Kucing Miskin Meminta Sedekah

sedekah kucing1 Kucing Peminta Sedekah

Kucing ni dikesan meminta sedekah kat sebuah bandar di Rusia. Dia hanya duduk di suatu kawasan, pastu ada nota disebelahnya “need money for meat and fish, bless you”. Yang bagusnya kucing ni langsung tak berganjak dari tempatnya.


sedekah kucing2 Kucing Peminta Sedekah


sedekah kucing3 Kucing Peminta Sedekah


sedekah kucing4 Kucing Peminta Sedekah

Pemilik kucing ni ade menceritakan bagaimana dia menyelamatkan kucing ni daripada disembelih…tragis…Disebabkan dia sudah memiliki binatang peliharaan sendiri dan tidak mampu bela kucing ni, jadi dia membiarkan kucing ni mencari duitnya sendiri….

…this cat is cute…i wish i have a cat..so i can use it to get $$…

Jambatan Paling Menyeramkan (18SG)

Horror story

Jambatan ini di dinamakan Jambatan Tatauapanama terdapat di Shonghai Chiena. Kretip atau uniknya jambatan ini kerana ia tersangatlah panjang dan seram. Kepada korang yang ada sakit jantung, lemah lutut, gout disarankan jangan tengok jambatan ni lama-lama takut akan mengigau malam. Serious ni!!




Korang dah kena kelentong, geram ke? Hahahaha. Jika anda suka post ini, sila tekan butang like ye. J

Buat Duit Dengan Blog Tanpa Modal Sesen Pun

Memang terbukti kini ramai blogger meraih 4 angka sebulan dengan hanya bermodalkan internet dan idea dengan berblog. Anda tidak percaya? Ini antara bukti dan cara meraih pendapatan sampingan. Daftar dahulu secara percuma :)

Haa?? Nak Berblog Kena Daftar Dengan Kerajaan Dulu?

Adoiyay! Ada pulak blog kena daftar dengan kerajaan dulu. Lepas daftar, akan dapat satu sijil lepas tu sijil tu kena letak dalam blog. Pembaca kena tengok dulu dalam blog tu ada atau tak sijil yang dibagi. Kalau takde, tak boleh baca.

Sengal tak sengal? Huhu! Ni kes kena beng beng bung dengan Ben Ashaari lah tadi ni. "Arahan Terkini dari Kerajaan Terhadap Pemilik Blog". Laju gilos Tia pergi baca. Rupanya Ben gurau-gurau je. Tapi serius weh bila baca, rasa cuak yang kronik melanda tadi.

Korang dapat bayangkan tak, macamanalah agaknya ye kalau betul-betul satu hari nanti blog-blog yang ada kat Malaysia ni kena daftar dulu? Kalau tak, tak boleh berblog. Yee! Tak kiralah blog cikai ke, blog professional ke. Semua kena daftar.

Mak aii. Tak dapat cikgu bayangkan kalau betul-betul kena buat macam tu..

Sekian...

Awas, Jangan Sekali-kali Menyimpan Pisang dalam Peti Sejuk

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mOOd kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati. Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

Tak perlu simpan ia dalam peti sejuk, biar saja ia di luar dan sedia untuk dimakan. (^_^)

Serigala Masih Hidup Dilanggar Kereta



Seekor coyote dilanggar dengan kelajuan 70km sejam dan tersangkut di dalam enjin kereta dan masih hidup..Berikut merupakan gambar usaha untuk menyelamatkan coyote tersebut...cute jugak huhu <3








Asam Laksa Makanan ke-7 Terbaik Dunia

KUALA LUMPUR – Masakan tempatan yang berasal dari Pulau Pinang, Asam Laksa telah terpilih sebagai salah satu daripada makanan terbaik di dunia.

Kaji selidik pemakanan yang dijalankan oleh CNN International mendapati, Asam Laksa tersenarai di tangga ke-7 dalam senarai 50 makanan terbaik dunia.

Tersenarai dalam ruangan Guide to lifestyle, shopping, hotels and restaurants CNNGo, Asam Laksa Pulau Pinang ini akan menjadi lebih sedap apabila ditabur dengan halia ‘yang boleh mencairkan anda sebelum anda makan lagi.”

Menurut ruangan itu, ciri makanan tersebut sebagai ‘ikan kembung, asam jawa, cili merah, pudina, serai, bawang, nanas sup ikan masam pedas ketagihan dan mee yang direbus.’

Walau bagaimanapun, makanan tersebut adalah satu-satunya makanan Malaysia yang tersenarai walaupun Malaysia adalah antara negara yang dianggap sebagai negara yang mempunyai banyak makanan yang amat mengiurkan.

Thailand, menduduki tempat teratas carta tersebut dengan masakan kari yang mempunyai rasa kelapa dan manis dan ianya dianggap sebagai sesuatu yang lebih baik berbanding dengan pilihanraya negara tersebut.

Makanan lain Thailand yang turut tersenarai adalah tom yum goong (nombor 8), nam tok moo (nombor 19) dan som tam (nombor 46).

Asam Laksa Pulau Pinang, bagaimanapun, berjaya mengatasi makanan-makanan terkenal lain seperti Shepherd’s Pie dari Britain, French Croissant, Pho dari Vietnam dan Kebab Iran.

Singapura mendapat dua tempat iaitu Chili Crab (no 35) dan nasi ayam (no 45), walaupun kedua-dua makanan tersebut juga banyak dijual di restoran-restoran di Malaysia.

Antara makanan lain yang juga sering dinikmati oleh rakyat Malaysia seperti roti telur (Hong Kong), lasagna (Itali) dan rendang (Indonesia) juga termasuk dalam senarai tersebut.

Makanan pelik yang disenaraikan adalah tauhu busuk yang berada di tangga ke-41. Ianya disifatkan sebagai salah satu daripada ikon terhadap makanan di Asia Tenggara, sama seperti durian.

Bau yang dikeluarkan oleh tauhu tersebut amatlah kuat, hinggakan seseorang itu tidak dapat melupakan bau tersebut hingga berbulan lamanya.

“Adakah membuat makanan seperti itu sesuatu yang berbaloi? Sudah tentu,”tambah CNN.

Lukisan Dengan Hanya Sebatang Pen

Ini merupakan suatu karya seni halus yang hebat, Joe Fenton hanya perlu menggunakan sebatang pen mekanikal 0.5 untuk menghasilkan lukisan besar yang amat menarik dengan kemas. Sila lihat karya beliau dibawah, serius gempak.

Pelik, tapi memang benar!

Kenapa Saya Guna Laptop Asus Update Blog?


Entri kali ini lebih santai iaitu saya nak cerita pulak kenapa jenama Asus menjadi pilihan berbanding jenama lain macam Acer, Compaq, Dell dll tuh. Pilihan yang saya buat ni mungkin agak berbeza dengan majoriti pengguna terutamanya pelajar yang kebanyakannya memilih jenama Acer dan Compaq. Dan dengan laptop ni la saya selalu guna update blog hohoho..

Saya buat dalam bentuk point dengan sedikit huraian berdasarkan ‘ simple research’ yang saya buat dalam tempoh dua minggu pencarian. Jom kita usya kat skang.

1. Pengeluar motherboard terbesar dan no 1 di dunia

Satu daripada tiga desktop adalah dikuasakan oleh motherboard Asus dengan penguasaan pasaran motherboard dunia sebanyak 40 peratus. Asus juga diiktiraf sebagai pengeluar motherboard terbaik selama enam tahun berturut-turut dan ramai gamers yang pakai jenama ni kat desktop masing-masing. Motherboard memang benda yang sangat penting sebab kos pembaikannya adalah tinggi jika mengalami sebarang kerosakan (kebiasaannya kena tukar baru terus). Jadi, memang kena cari motherboard yang reliable la sebab laptop sebelum ni kong pun adalah berpunca daripada kerosakan motherboard. Malas den nak pegi service center selalu walaupun dekat gile dengan rumah.

Dari segi ranking pengeluar, Asus menduduki tempat ketiga selepas Acer dan HP. Ranking ni berdasarkan bilangan unit yang dieksport ke negara-negara yang menjadi pasaran mereka pada suku ke-3 2010.

2. 2 Years Global Warranty (default)

Warranty memang benda yang sangat penting sebab benda yang korang beli tu bukannya murah kan? Tambah pulak laptop sekarang tak semuanya tahan bertahun-tahun macam laptop zaman dulu. So, warranty la yang boleh menyelamatkan duit korang.

Semua laptop Asus didatangkan sekali dengan 2 tahun jaminan (kecuali netbook) jika berlaku kerosakan dan korang boleh claim warranty kat mana-mana service center Asus di seluruh dunia. Sesuai sangatlah untuk yang selalu travel.

Kebanyakan pengeluar laptop lain hanya letak setahun jaminan sahaja. Kalau nak extend korang kena bayar sket (lebih kurang RM100- RM200, bergantung pada model) dan tak semua model yang boleh dilanjutkan tempoh jaminannya. Bila dah dapat 2 tahun tak payah nak pening-pening kepala dah. Malangnya laptop suka rosak lepas tamat tempoh jaminan. Macam tau-tau je diorang ni.

3. Telah Teruji Dalam Keadaan Ekstrem

Laptop Asus pernah dibawa dan digunakan di kawasan ekstrem antaranya Gunung Everest, 600 hari beroperasi tanpa gagal dalam misi di angkasa lepas, off-road car race, digunakan dalam helikopter unit penyelamat dan macam-macam lagi.

Takdela pulak nak angkut benda alah ni ke tempat-tempat macam tu. Tapi contoh kat atas tadi menunjukkan yang laptop Asus telah teruji dengan persekitaran ekstrem dan bukan sesuatu yang mustahil untuk teknologi yang sama digunapakai dalam pengeluaran model laptopnya untuk kegunaan orang biasa macam saya.

Laptop Asus juga telah menjalani beberapa ujian ketahanan antaranya vibration test, hinge test, shock test, pressure test, drop test dan twist test. Mungkin ada yang tak faham dan korang boleh tengok kat sini untuk pencerahan.

Tapi kalau korang pegi hempas laptop tu memang komfem rosak punya. Hahaha… Jadi sila jaga dengan baik!

4. Kebarangkalian Untuk Cepat Rosak Adalah Rendah

Graf kat atas tu dikeluarkan oleh Rescuecom (untuk tahun 2010 tak silap) iaitu syarikat membaiki komputer terkenal kat US. Dalam unjuran 3 tahun, laptop Asus 40 peratus lebih reliable daripada HP dan encik Acer. Kalau tengok jenama HP, satu daripada empat laptop keluarannya mungkin akan buat hal. Sekarang mungkin dah improve kot sebab logiknya tak kan diorang goyang kaki je bila tengok graf ni betul tak?


Data untuk graf tu diorang dapat berdasarkan daripada bilangan call pasal kerosakan yang dibuat oleh pelanggan kepada mereka. Lagi rendah grafnya lagi baik.

Apa pun itu hanya kajian sahaja dan mungkin agak berbeza dari tahun ke tahun. Biase la benda buat dalam mod mass production (buat dalam kuantiti yang banyak), mesti ada defect punya untuk sebahagian model yang dikeluarkan tanpa mengira jenama apa sekalipun dan kerana itulah warranty disediakan untuk melindungi pembeli macam kita semua.

Mana Yang Bagus?

Soalan ni sangat subjektif sebab semuanya bagus tapi nak cari yang paling best dan kena pulak dengan bajet yang kita sanggup keluarkan. Kalau memang tak bagus dah lama dah syarikat tu bankrap. Dari segi spec pulak lebih kurang sama je untuk semua jenama. CPU masih lagi dikeluarkan oleh Intel/AMD, kad grafik oleh AMD/NVidia, ram oleh Kingston/Corsair dan lain-lain.

Cuma dari segi kualiti bahan buatan (terutamanya body laptop tu), craftmanship dan rekabentuk je yang membezakan syarikat-syarikat tu semua.

Ok itu saje untuk kali ini. Ada lagi yang lain tapi saya hanya highlightkan yang penting-penting je. Tapi korang tak dipaksa nak percaya bulat-bulat sebab apa yang saya tulis pun hanya pandangan peribadi semata-mata berdasarkan apa yang saya cari kat alam maya ni dan juga lepas pegi usya beberapa kedai komputer kat KL. Saya cadangkan korang tanya kat forum Lowyat. Berlambak otai-otai komputer dalam tu dan diorang memang tak lokek ilmu.

Pada saya harga tak penting dah buat masa sekarang. Reliabiliti yang harus menjadi keutamaan. Nak pakai lame kan. Kalau murah tapi selalu rosak pun boleh bikin panas jugak. Buatlah pilihan yang bijak supaya berbaloi dengan duit yang korang keluarkan nanti.

Kalau ade pape nak tanya boleh diajukan kat ruangan komen ye. Harap-harap entri ini dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya kepada mereka yang nak usya laptop baru.

Sebab Utama Kenapa Tiada Orang Menolong Budak Dilanggar di China


Tak mungkin benar!! Ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini. Sejak kelmarin, memang kecoh pasal video budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya tiada seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tahu sahaja. Video tu tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni. Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.

Sekarang mari kita kaji sebab kenapa ianya berlaku dan boleh juga dikatakan peringatan pada anda yang nak pergi ke China. Kalau anda jumpa atau ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecil dipukul atau dibuli ataupun anda nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung, sila jangan tolong.. ..

Benar, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...

Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh...Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya...

Cerita ini berdasarkan fakta yang benar2 berlaku dan tertulis dalam akhbar cina minggu lepas. Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tu.

Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula2kan die dah terlanggar budak tu dan die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..

Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam sebuah paper cina Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan saya ni...
Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini... Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri. Sebarkan untuk pedoman kita semua

Tak Mungkin Benar!! Klik butang ‘Like’ dan ‘Share’

Untuk info lebih lanjut tentang rakaman perlanggaran tersebut, lihat video di bawah ini :



Robot Gundam Bersaiz Sebenar!

Pada tahun 2009, engineer² di Tokyo telah membina sebuah robot Gundam RX-78 berskala sebenar (1:1) sempena menyambut ulangtahun ke-30 siri anime popular Mobil Suit Gundam.

Ia juga adalah sebahagian daripada Green Tokyo Gundam Project iaitu projek mendapatkan dana bagi menghijaukan Tokyo untuk menghadapi penganjuran sukan Olimpik dan Paralimpik 2016.

Didirikan pada Jun 2009 dan dibuka kepada orang awam pada 11 Julai 2009. Pada Julai 2010, robot ini telah diupgrade dengan beam saber atau pedang di tangan kanannya. Kini, ia berdiri megah di hadapan stesen keretapi Higashi-Shizuoka & akan dipamerkan di sana sehingga Mei 2011.

Robot berketinggian 18 meter ini, mempunyai kepala yang boleh bergerak menggunakan remote control, 50 unit pemancar cahaya & boleh mengeluarkan kabus dari beberapa bahagian badannya!

Obsesi Pembedahan Plastik Ala Korea

Kat sini mungkin ramai yang suka tengok drama korea. Minat dengan artis Korea atau pun terpegun sampai tahap jatuh hati melihat ketampanan mahupun kecantikan mereka. Kalau peminat daripada Korea jangan kate la. Boleh jadi histeria kalau nampak artis diorang ni depan mata. Mengalahkan fan artis hollywood!

Saya tak minat dengan apa juga benda berkaitan dengan industri hiburan diorang. Kalau pasal bidang engineering dengan automotif die tu minat jugak la. Kereta buatan Korea mantap kot sekarang. So tak kenal sangat artis-artis sana. Tapi ada satu fakta yang saya belajar hari ni iaitu obsesi orang Korea terhadap kecantikan. Obsesi yang hampir serupa yang mereka tunjukkan terhadap artis.

Rupa-rupanya majoriti rakyat Korea terutamanya perempuan (of course) sangat obses dengan kecantikan sampai terbawak-bawak dalam semua aktiviti kehidupan diorang samada nak interview kerja, nak kahwin, nak jadi perhatian orang lain, nak cari makan dan macam-macam lagi. Diorang menganggap cantik paras rupa la benda paling penting untuk berjaya dalam hidup sampaikan pembedahan plastik menjadi satu kemestian di sana.

So dalam entri ni nak share sedikit fakta yang saya dapat berkaitan obsesi orang Korea terhadap kecantikan.

1. Hampir 30% pendapatan individu dibelanjakan semata-mata untuk nampak cantik. Nak tak nak kena kahwin dengan orang kaya untuk tampung kos maintenance yang tinggi.

2. 50% wanita Korea dalam usia 20-an dah menjalani pembedahan kosmetik.

3. 70% lelaki Korea rasa diorang pun patut buat pembedahan plastik.

4. Sangat sensitif bila orang mengata pasal rupa paras diorang. Kalau ada sape-sape cakap “ko tak cantik”, diorang sanggup carik jalan untuk jadi cantik. Tak kisahla dengan pembedahan ke ape ke. Sebab tu pembedahan plastik jadi feymes di Korea.

5. Pembedahan alis mata adalah prosedur pembedahan paling common kat sana (diorang rasa bengang sebab mata diorang sepet) dan dilakukan seawal umur 14 tahun. Siap jadi hadiah hari lahir atau pun hadiah tanda tamat zaman persekolahan lagi oleh sesetangah parent. Itu kira pembedahan plastik pertama la yang diorang akan buat sebelum beralih kepada pembedahan payudara, hidung, dagu, liposuction dan lain-lain.

6. Sanggup pakai skirt pendek kat luar semata-mata nak jadi perhatian walaupun suhu sekitar kadang-kadang mencecah sub-zero! Kat Cameron tak pakai sweater pun rasa macam nak beku dah.

7. Klinik kosmetik jadi sesak terutamanya masa cuti sekolah sebab remaja kat sana berpusu-pusu nak buat pembedahan kosmetik. Yang bestnya, budak-budak tu pun expert dalam bab-bab ni siap boleh cakap dengan doktor tu lagi prosedur pembedahan macam mana yang diorang nak dengan menggunakan bahasa medikal yang saintifik.

8. Mak ayah pentingkan anak-anak diorang buat pembedahan plastik sama seperti pentingnya diorang hantar anak-anak untuk belajar kat sekolah. Untuk mereka kecantikan adalah tiket untuk berjaya. Mak ayah pun sama naik macam anak masing-masing. Sebab tu pembedahan plastik jadi hadiah tamat belajar atau pun hadiah hari jadi.

9. Majoriti yang menjalani pembedahan adalah wanita berusia 20-an.

10. Dah kurus kering (BMI berada di daerah kurang berat badan) pun masih anggap diri tu gemuk dan nak buat liposuction kat bahagian peha sebab dia rasa peha tu masih lagi besar.

Tapi…

Bila tak bersyukur dengan ciptaan tuhan, cantik tak dapat tapi muka kerepot yang diorang dapat.


Hang Tuah Pernah Ambil SPM Namun Gagal



Tahukah anda bahawa Hang Tuah satu ketika dahulu pernah mengambil SPM, namun beliau gagal teruk. Jom kita saksikan video di bawah :




Hahaha sekadar berhibur

Motosikal Terpantas

Ducati 848

Motosikal Terpantas


Aprilia RSV4

Motosikal Terpantas


Suzuki GSX-R750

Motosikal Terpantas


Yamaha YZF R1

Motosikal Terpantas


Ducati 1198R

Motosikal Terpantas


Kawasaki Ninja ZX-14 – Electronically limited to 299 km/h

Motosikal Terpantas


Kawasaki Ninja ZX-10R

Motosikal Terpantas

Suzuki Hayabusa

Motosikal Terpantas

Suzuki GSX-R1000

Motosikal Terpantas



MTT Turbine Superbike Y2K

Motosikal Terpantas

Minum Petrol Selama 42 Tahun - Ketagih Punya Pasal

\

Chen Dejun yang berusia 71 tahun, tinggal di dalam pondok uzur di sebuah bukit di dekat Bandar Shuijiang, mukim Nanchuan di barat daya daerah Chongqin, mendakwa dia minum minyak petrol selama 42 tahun.


Chen yang bertubuh pendek dan kurus berkata, dia minum tiga hingga 3.5 liter minyak petrol sebulan yang dibeli di sebuah stesen minyak di kaki bukit. Dikalangan penduduk setempat, Chen dikenali sebagai seorang pemahat batu dan pengayam buluh yang pandai berniaga. Dia juga dikenali kerana gemar minum minyak petrol.


Dia mula minum minyak petrol pada 1969 apabila dia mula batuk dan dadanya terasa sakit. Setelah mencuba pelbagai ubat, penyakitnya masih tidak sembuh, dia mula mengikut petua orang tua dan minum minyak tanah.


Penyakitnya sembuh, dan sejak hari itu, dia mula ketagih minyak tanah. Dia kemudian berubah selera dan minum minyak petrol pula. Kata Chen sukar untuk dia menganggarkan berapa banyak minyak petrol yang diminumnya sepanjang hidupnya, tetapi menurut sebuah akhbar, Chen telah minum sekurang-kurangnya 1.5 tan minyak petrol sejak 42 tahun.


Isteri Chen, Yuan Huibi dan tiga anak lelaki mereka, telah berkali cuba untuk menghentikan ketagihannya kepada minyak petrol tetapi usaha mereka menyebabkan hubungan keluarga menjadi tegang. Lapan tahun lalu, Chen terus pindah ke pondok untuk hidup sendirian.

Sumber dari Hospital Honglou di Chongqin berkata, kesihatan Chen baik walaupun dia mempunya simptom emfisema (penyakit paru-paru) tetapi Chen tidak mahu mendapatkan pemeriksaan percuma di hospital.