Mario Balotelli Akan Jadi Super Saiya Pada Final EURO?

Adakah pada perlawanan FINAL EURO 2012 akan membuatkan Mario Balotelli bertukar menjadi super saiya? Keh3


Dah baca klik LIKE (^_^)

Ibu Ayam Yang Hebat Melawan Anjing


Ayam Jadi Terkuat Di Dunia Bila mempunyai naluri semula jadi untuk lindungi anaknya dari pemangsa.Berani giler dia lawan anjing yang 3 kali ganda lebih besar kuat dan bertaring ganas.Jom lihat...




Beginilah kuatnya kasih seekor ibu.
jom lihat kasih seorang ibu bergelar manusia bawah ni

V


V



V




V



V


bukan anjing raksasa yang sedang menerkam ibu ini
v


V




v



V




V



V

tapi hanya perasaan takut malu 
V



V





v

maka dia sanggup bunuh anak sendiri untuk hapuskan bukti






Dah baca klik LIKE (^_^)

Kereta Separuh Lama Separuh Baru

Sebuah kereta Toronado coupe 1967 hanya dipulihkan separuh sahaja oleh sebuah syarikat dari St.Louis supaya dapat memberi atau melihat perbezaan dan perbandingan diantara kereta baru dan kereta lama.













Dah baca klik LIKE (^_^)

Misteri Terowong Jepun Di Kunak Sabah


Kunak yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar. 


Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar.

Nama Kunak memang agak jarang disebut dan masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan walaupun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah. 

Mungkin disebabkan kurangnya promosi dari pihak yang berwajib meskipun di Kunak terdapat banyak lokasi menarik.


Lokasi Menarik Di Kunak, Sabah :
~ Kolam Lumpur (Mud Pool) di Ladang Binuang,
~ Air Terjun Di Hutan Simpan Madai Baturong
~ Gua Madai di Madai
~ Tasik Impian Di Mostyn
~ Kelab Golf di Mostyn
~ Tinggalan Terowong Jepun di Mostyn
~ Kawasan Tanaman Kelapa Sawit yang Tertua di Pulau Borneo (ditanam pada 1957)
~Telaga Tujuh di Pangi
~ Kolam Air Panas / Hot Spring di Sungang
~ Bahan Artifak di Tingkayu




Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak di mana terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan 4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.

Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di dalam terowong tersebut. Beberapa individu cuba memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu, dan ada juga yang mendakwa pernah menemui ”bekas landasan lokomotif” di dalam terowong berkenaan.

Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu.

Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi. Namun, setakat ini tiada yang mampu menjelaskan di manakah penghujung terowong ini. Ada juga peneroka yang cuba memasuki terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap.

Setiap tahun, dikatakan ada sahaja keluarga dari Jepun datang untuk melakukan upacara sembahyang mereka di kawasan berkenaan.

Juga difahamkan, Terowong itu kemungkinan terbentuk hasil daripada aliran basalt dari letusan gunung berapi yang pernah berlaku puluhan ribu tahun dahulu.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Hantu Tanpa Kepala di Kulim Kedah

Ada dalam kalangan kita menolak kewujudan alam misteri dan mistik. Tidak kurang yang menyatakan ia hanya tahyul dan tidak seharusnya dipercayai. Bagi penduduk Terap Daerah Kulim Kedah, penemuan mayat tiga beradik tanpa kepala beberapa tahun lalu, meninggalkan kesan kepada mereka apabila jelmaan hantu lembaga tanpa kepala sering ditemui berdiri di tepi jalan apabila menjelang waktu tengah malam terutama ketika waktu hujan.

Gambar Hiasan Hantu Tiada Kepala
Ada juga penduduk kampung yang pernah melihat lembaga itu pada waktu pagi, terutama yang bekerja di ladang getah. Seorang Penoreh Getah, En. Abu Hassan Ismail yang tinggal di Terap sejak 54 tahun lalu berkata, hanya mereka yang pernah bertemu dengan lembaga hantu itu sahaja akan mempercayai kewujudannya. Menurutnya, sehingga kini, ramai penduduk sudah melihat sendiri dan ada antara mereka yang sampai demam kerana terkejut.

“Sekitar tahun 2007 dan 2008, penduduk kawasan ini digemparkan dengan penemuan mayat tiga beradik tanpa kepala di dalam kawasan ladang getah. Mereka dipercayai dibunuh di tempat lain dan mayat mereka dibuang disini.”

“Selepas kejadian itu berlaku, ada penduduk kampung, terutama penoreh getah yang keluar bekerja seawal jam 4 pagi, ternampaklembaga tanpa kepala berdiri di tepi pagar kawasan ladang atau di tepi jalan. Sejak itu laluan dari Terap ke Sungai Tengasdikatakan berpuaka” kata En.Abu Hassan.

Sementara itu, seorang penggemar burung yang sering masuk ke kawasan hutan berdekatan berkata, dia turut menemui lembaga itu kira-kira jam 12 tengah hari. Ketika sedang leka mengunggu, dengan tiba-tiba burung yang dijadikan umpan bertukar menjadi liar.

Sedang dalam kehairanan itu, dia merasa seram sejuk dan seakan ada orang sedang memerhati. Apabila dia menoleh ke belakang, lembaga hantu tidak berkepala itu telah ada di belakangnya.

Selain itu, kawasan misteri berkenaan juga sering berlaku kemalangan. Penunggang motosikal, pemandu kereta, bahkan pemandu lori treler juga dilaporkan sering terbabas kerana cuba mengelak daripada lembaga tidak berkepala yang sedang melintas jalan.

Anggota-anggota polis dari Pondok Polis Terap yang sering membuat rondaan juga menyatakan yang kawasan berkenaan amat menyeramkan terutama apabila tiba di puncak bukit.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Gadis Dirogol Ditanam Hidup-Hidup Bangkit Dari Kubur


Mungkin inilah yang disebut mukjizat Tuhan pada orang yang teraniaya. Kejadian yang menimpa gadis 10 tahun yang diperkosa dan ditanam hidup-hidup oleh sepupunya yang berusia 21 tahun akhirnya bangkit kembali dari kuburnya. 

Ia keluar dari kubur yang tak terlalu dalam, lalu kembali ke rumah orang tuanya dan melaporkan kejahatan itu kepada pihak berwajib. Kejadian ini berlaku di kampung terpencil di Kota Magpet, Cotabato Utara, Filipina, Rabu, 5 Oktober 2011. Menurut Ketua Polis Magpet Inspektor Polis Roberto Ocumen, awalnya pelaku yang bekerja sebagai petani mengajak berbual korban di luar rumah.

Pelaku yang diketahui bernama Dennis Quilaton ternyata memendam berahi terhadap sepupunya itu. Tak lama berbincang, Dennis memukul korban dengan benda keras. Dalam keadaan tak sedar, tubuh kecil itu diseret ke rumput dan pelaku pun memperkosanya.

“Pemerkosa lalu menguburnya di tanah yang tidak terlalu dangkal dan menutupi dengan daun pisang,” ujar Ocumen dalam incuirer.ner. Merasa sudah cukup selamat untuk menghilangkan jejak maka pelakupun akan meninggalkan lokasi dengan tenang tanpa punya fikiran apa-apa. 

Namun Tuhan Maha Penolong hambaNya yang teraniaya, tanpa diketahui pelaku sang gadis ternyata masih sedar. Ia tertatih-tatih merangkak ke permukaan tanah. Pihak polis belum tahu berapa lama budak perempuan ini berlangsung di dalam tanah.

Akhirnya, budak ini bertemu jiran yang kemudian menghantarnya kembali ke rumah dan menemui orang tuanya. Peristiwa seseorang bangkit dari kubur pernah terjadi di Indonesia meski dalam kes yang berbeza seperti di postingan beberapa waktu silam. 

Warga Desa Bujel, Kediri, Jawa Timur, geger pada Khamis, 21 April 2011 malam. Seorang lelaki berusia 76 tahun yang dikira sudah meninggal dan dikubur warga, pulang ke rumah. Mat Ikhsan, datuk itu pulang berjalan kaki dengan mengenakan kemeja batik lengan panjang dan seluar pendek.

Keluarga dan jiran Mat Ikhsan yang sedang nongkrong tiba-tiba terkejut. Pasalnya, Mat Ikhsan telah dikuburkan satu bulan lalu di perkuburan desa tempatan. Sebelumnya, keluarga dan warga meyakini jenazah Ikhsan ditemui di Lereng Gunung Klotok dengan keadaan mengenaskan. 

Polisi bahkan menduga datuk yang berprofesi sebagai carian pasir itu sebagai korban pembunuhan. “Kami menguburnya jam 19.00 WIB setelah diambil dari rumah sakit,”


Dah baca klik LIKE (^_^)

Helikopter Angkat Kapal Terbang



Sebuah helikopter Mi-26 membawa pesawat Tu-134 Mothballed ke pusat latihan Emergency Situations Ministry di St. Petersburg, Rusia. Pesawat itu telah diambil daripada perkhidmatan am dan telah dibawa ke dariPulkovo lapangan terbang di St. Petersburg, yang akan dipasang dipusat latihan untuk melatih pasukan Emergency Situations Ministry dalam operasi menyelamat dan senario kemalangan.








Dah baca klik LIKE (^_^)

Cara Terbaik Mencegah Selsema Burung

Ini adalah kaedah yg paling baik dan murah untuk dipraktikkan..


Hahahaha

Dah baca klik LIKE (^_^)

Tepon Buruk


Dah baca klik LIKE (^_^)

Apabila Spiderman Kehilangan Kuasa

Dah hilang kuasa tak leh buat ape dah, minta sedekah je la..


Dah baca klik LIKE (^_^)

Permintaan Yang Bijak

Permintaan daripada jin yang bijak..jin pun bengang hehe


Dah baca klik LIKE (^_^)

Apabila Ikan Jaws Memberus Gigi


Dah baca klik LIKE (^_^)

Loyar Buruk


Dah baca klik LIKE (^_^)

Kucing Atau Bola?


Kalau dapat kat aku ni memang kurus jadi kucin ni aku kerjakan hohoho

Dah baca klik LIKE (^_^)

Pandai Kucing Ni Jaga Tuan Die


Dah baca klik LIKE (^_^)

Fakta Menarik Lelaki Apabila Memasak

Sebenarnya chef-chef yang terkenal di seluruh dunia sudah semestinya kaum lelaki bukan? Lihat sahaja di Malaysia,semua kenal dengan Chef Wan, Master Chef chef yang cukup dikenali ramai.. Tapi tahukah anda yang kebanyakkan lelaki ni memang jarang nak memasak.. betul tak? ekeke. Jom tengok antara 9 fakta-fakta menarik apabila lelaki memasak..

1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la.

2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk.

3) Kadangkala apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.

4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok.

5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.

6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.

7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.

8) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. Betul tak?

9) Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat awek. Tak pun dalam proses nak mengorat.. hahaha

10) Korang tambah2 la lagi di bawah comment, kita buat koleksi. 



Dah baca klik LIKE (^_^)

Misteri Kematian Seorang Anggota Polis

Apabila disebut sahaja perkataan ‘polis’, apakah yang terbayang di fikiran anda ? Majoriti dalam masyarakat akan lebih cenderung untuk membayangkan perkara-perkara yang negatif tentang pasukan beruniform ini. Seperti pengawas di sekolah, polis juga digambarkan sebagai komuniti yang suka mencari kesalahan orang lain. Setiap apa yang kita lakukan, akan diperhatikan oleh mereka setiap masa. Tetapi, adakah tanggapan ini benar ? 

Mungkin peristiwa yang benar-benar berlaku ini boleh mengungkap sedikit perkara yang anda perlu tahu tentang pasukan penguatkuasa ini.


Kisah benar yang diceritakan oleh : Ustaz Haji Zainal Abidin Abdul Karim

Sebaik sahaja selesai dimandi dan muka Arwah dilap, mata saya terpaku menatap wajahnya. Seperti tidak percaya bahawa sesuatu yang amat luar biasa berlaku di hadapan mata saya.

Dengan kekuasaan Allah Yang Maha Agung dan Maha Besar, wajah Arwah yang sudah berusia 60-an tiba-tiba bertukar menjadi seperti wajah yang berusia 30-an. Kulitnya yang seketika tadi berkedut bertukar menjadi tegang. Raut wajahnya memang memikat sementara senyumannya cukup manis seolah-olah Arwah meninggalkan dunia yang fana ini dengan hati yang seronok

Lama saya terpegun menatap wajah Arwah. Cukup hebat kekuasaan Allah swt hingga dalam waktu beberapa detik sahaja wajah yang sudah berkedut diubah-Nya menjadi kembali muda dan tampan. Saya terus menatap wajah dari hujung rambutnya hingga ke hujung dagu dengan rasa yang amat kagum di atas kebesaran Allah swt dan kemuliaan Arwah.

Tanpa disedari, orang semakin ramai dan berpusu-pusu menziarahi Arwah. Seperti saya, mereka juga berebut-rebut untuk menatap wajah Arwah. Dan seperti saya juga, setiap mata yang memandang Arwah pasti akan terus terpaku kepadanya. Sebilangan besar mereka juga tertanya-tanya, benarkah jenazah yang terbaring di hadapan mereka itu adalah Allahyarham.

Eh, betul ke bapa awak yang meninggal dunia ? Bukan adik ? Tanya salah seorang daripada mereka yang nyata tidak dapat mengecam wajah Arwah.

Betul, itu ayah saya, jawab anak Arwah. Bukan dia seorang, malah kebanyakan yang menziarahi Arwah juga begitu. Keseronokan segera terpancar di hati kami. Sebagai orang yang bertanggungjawab menguruskan jenazah, saya seperti tidak sabar-sabar lagi untuk meneruskan pengurusan jenazahnya. Sementara keluarga, saudara-mara dan orang ramai yang menziarahi Arwah terus ingin menatap wajah Arwah.

Walaubagaimanapun, yang pergi perlu diuruskan juga. Jenazah Arwah kemudiannya dikapan dan seterusnya dikebumikan. Sepanjang urusan tersebut, suasana cukup tenang, aman dan menyeronokkan. Tidak ada sebarang masalah yang kami tempuhi, malah orang ramai seperti berebut-rebut ingin membantu urusan pengkebumian jenazah arwah. 

Kembali dari pengebumian Arwah, fikiran saya terus menerawang mengingati kemuliaan Allah swt berikan kepada jenazah Arwah. Begitu sekali balasan yang Allah swt berikan kepadanya.

Namun bagi kami yang mengenali Arwah, memang layaknya dia diberikan kemuliaan sedemikian rupa kerana semasa hidupnya, Arwah memang seorang yang bertaqwa. Riwayat hidupnya dipenuhi dengan amal ibadah, bukannya perbuatan-perbuatan mungkar.

Arwah adalah bekas pesara polis yang bertugas di Bahagian Perhubungan Awam, salah sebuah balai polis di Kuala Lumpur. Semasa hayatnya, Arwah sangat dihormati kerana beliau merupakan seorang yang pemurah dan suka membantu orang yang dalam kesusahan. Tugasnya sebagai pegawai polis digunakan sepenuhnya bagi membantu orang ramai.

Arwah tidak pernah berkata ‘tidak’ bagi setiap orang yang meminta pertolongan, walaupun mereka datang pada jam 2 – 3 pagi. Dikejutkan pada waktu tengah malam dan dinihari ketika di luar tugas juga adalah perkara biasa bagi Arwah dan setiap tetamu yang datang disambutnya dengan muka yang manis. Ketika orang lain sedang nyenyak tidur , dipeluk kedinginan pagi dan dibuai mimpi, arwah bersengkang mata membantu orang yang datang meminta bantuannya. Dia tidak pernah merungut malah bersedia membantu mereka dengan hati yang gembira.

Selain Arwah, isterinya juga bersikap demikian. Mereka berdua tidak pernah lekang daripada membuat amal jariah, membantu anak-anak yatim dan pelajar-pelajar universiti dengan mengambil mereka sebagai anak angkat. Anak yatim dan anak angkat yang mereka pelihara telah berjumlah puluhan orang.

Melakukan kebaikan bukanlah satu perkara yang mudah. Pasti ada sahaja orang yang iri hati dan berprasangka buruk. Walaupun bermacam-macam tomahan dan kata-kata yang cuba melemahkan semangat, namun mereka tidak mengambil peduli. Malah dia tetap seperti biasa membantu orang yang memerlukan pertolongannya.

Bagi Arwah, menghulurkan bantuan lebih besar nilainya daripada wang ringgit. Arwah juga tidak berkira langsung dari segi wang ringgit hinggakan jika tidak mempunyai wang, Arwah sanggup meminjam daripada anak-anak atau isterinya. Ini merupakan satu pengorbanan yang amat besar demi membantu insan lain. Gaji Arwah bukanlah besar, tanggungannya juga bukan ringan, namun Arwah tidak pernah menunjukkan kesusahannya kepada orang lain.

Selain itu, Arwah juga dikenali masyarakat sebagai seorang yang warak. Beliau adalah merupakan seorang imam surau semasa hayatnya.

Walaupun sudah beberapa tahun Arwah pulang menghadap Ilahi, namun sehingga kini orang masih menyebut-nyebut tentang kebaikannya. Anak-anak angkat Arwah juga masih datang ke rumahnya, bermalam sewaktu cuti dan berhari raya bersama keluarga di situ. Jangan menganggap keakraban itu sebagai biasa kerana sebilangan daripada anak-anak angkat Arwah berasal dari Sabah, Sarawak dan negeri-negeri yang dari ibu kota ini.

Kemuliaan yang Allah swt berikan kepada Allahyarham itu mengingatkan saya bahawa di dalam syurga nanti tiada orang-orang yang tua. Semua penghuni syurga muda-muda belaka, tampan, cantik dan menawan. Adakah iktibar ini yang ditunjukkan oleh Allah swt menerusi keajaiban yang berlaku ke atas jenazah Arwah?

Walaupun peristiwa itu berlaku lima tahun yang lalu, namun kesempatan menguruskan jenazah Arwah adalah satu kepuasan kepada saya. Itulah pengalaman paling menarik sepanjang penglibatan saya sebagai sebagai pengurus jenazah. Ia sungguh bermakna dan memberi keinsafan kepada diri saya.


Dah baca klik LIKE (^_^)