Oh!

Tak Mungkin Benar!

12 May 2014

Makhluk Terdahulu Sebelum Nabi Adam


ISU: Kita umat Islam faham bahawa manusia pertama adalah Nabi Adam tetapi macamana dengan kajian menunjukkan bahawa manusia zaman terdahulu adalah sangat kuno dan sangat tidak bertamadun. Bagaimana dengan keujudan dinosour yang rangka-rangkanya cukup besar?


PENJELASAN: Dalam Islam adalah jelas bahawa manusia pertama yang dicipta oleh Allah ialah Nabi Adam a.s.

Ini berdasarkan apa yang disebut oleh al-Qur’an dalam Surah al-Baqarah, ayat 30 yang merujuk kepada penciptaan Nabi Adam sebagai khalifah.

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.”

Namun timbul persoalan adakah manusia lain yang hidup sebelum Nabi Adam berdasarkan penemuan ahli arkeologi dan antropologi rangka dan tengkorak manusia kuno yang dikaitkan dengan hidupan jutaan tahun dahulu?

Begitu juga wujud persoalan berdasarkan apa yang sebut oleh al-Qur’an dalam surah al-Baqarah (sambungan ayat di atas) bahawa malaikat mempertikaikan penciptaan manusia (Nabi Adam)  atas dasar mereka akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah.

Persoalannya adakah di sana manusia lain sebelum Adam sehingga menyebabkan malaikat mempersoalkan hakikat dan fitrah manusia yang suka menumpahkan darah?

Sebagai seorang Muslim kepercayaan kita terhadap asal usul manusia haruslah berteraskan apa yang disebut oleh al-Qur’an.

Justeru  kita harus meyakini bahawa manusia pertama dicipta Allah ialah Nabi Adam. Namun kewujudan makhluk lain boleh dijelaskan seperti berikut:

1. Makhluk lain seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan telah pun dicipta Allah sebelum kejadian Nabi Adam;

2. Selain itu, golongan jin, makhluk yang sebagaimana manusia menerima taklif dari tuhan juga telah diciptakan Allah sebelum ciptaan manusia.

Ini berdasarkan riwayat dari Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As “Jin diciptakan pada dua ribu tahun sebelum Adam.”

Juga dari Ibn Abbas sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Kathir dalam tafsirnya berkata bahawa “Jin telah melakukan kerosakan di muka bumi sebelum Adam”

Berdasarkan riwayat-riwayat ini, berkemungkinan kerosakan yang dilakukan seperti yang dipertikaikan oleh malaikat dilakukan oleh golongan jin;

3. Ada pandangan yang mengatakan bahawa sebelum Nabi Adam telah ada makhluk yang dicipta oleh Allah yang menyerupai manusia namun dari segi kejadiannya, mereka ini tidak sempurna berbanding manusia justeru  tidak dianggap sebagai manusia sebenar dan tidak diberikan taklif keagamaan. Mereka inilah yang melakukan kerosakan seperti yang dipertikaikan oleh para malaikat.  

4. Berdasarkan pandangan di atas juga, kewujudan binatang-binatang terdahulu seperti dinasour seperti yang kaji dan dianalisa oleh para ahli arkeologi adalah sesuatu yang tidak mustahil.

Wallahu A’lam. Subhanallah...


Dah baca klik LIKE (^_^)

No comments: