Kucing Berjalan 3.218 Km Mencari Tuannya

Seekor kucing berjalan 3.218 kilometer untuk mencari majikannya setelah majikannya pindah rumah tanpa si kucing dari Uzbekistan ke Russia. Dua tahun kemudian, kucing tersebut berhasil menemukan rumah majikannya di Russia.

Ravila Hairova, 52 tahun, memutuskan menitipkan kucing hitam peliharaannya bernama Karim kepada tetangganya di Gulistan, Uzbekistan. Keputusan tersebut diambil kerana Hairova khuatir perubahan keadaan bakal membuat Karim tidak sesuai.

Hairova pun meninggalkan kerusi kesayangan Karim dan piring makanan Karim agar Karim merasa selesa. Akan tetapi, dua tahun kemudian, Hairova menemukan Karim di pintu rumahnya di Liska, Russia.

“Saya tahu dia hilang dari rumah tetangga saya beberapa hari setelah kami pergi. Dan itu sangat menyedihkan. Tetapi, setelah itu kami tidak pernah mendengar kabar mengenainya lagi,” ujar Hairova.

“Lalu ketika saya berjalan di jalanan, saya melihat kucing yang sepertinya menunggu saya. Ketika saya mendekat, ternyata kucing itu adalah Karim yang berada dalam keadaan kurus serta mengenaskan. Tetapi itu memang benar dia,” ujar Hairova.

“Dia saat ini sangat senang, begitu juga dengan kami. Saya tidak tahu bagaimana ia menemukan kami. Tetapi saya senang ia berhasil menemukan kami,” tambahnya.

Suami Hairova, Lev Kondratyev, 46 tahun, mengatakan,

“Ia nampaknya menggunakan sembilan nyawanya untuk menemukan kami. Tetapi yang pasti itu memang dia.”

“Ada beberapa tanda di tubuhnya, termasuk luka di ekornya, yang menunjukkan memang 100 peratus Karim ketika ia berada di depan pintu. Dan ia pun mengenal kami,” aku Kondratyev.

Buaya Raksasa Baham Seladang


TAMAN NEGARA MAASAI MARA, Kenya - Seekor buaya gergasi sepanjang 6.4 meter membaham seekor antelop seberat 136 kilogram di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Aksi buaya itu membaham haiwan tersebut sempat dirakamkan oleh jurugambar terkenal, Paolo Torchio dari Itali di sebatang sungai di sini.

Menurut Torchio, kejadian tersebut menyebabkan seseorang itu berfikir bahawa betapa kecilnya diri kita dalam dunia haiwan.

Sungai itu dipenuhi dengan bangkai haiwan yang mati semasa ia cuba untuk berhijrah dari Tanzania ke Kenya.

Dua minggu lalu, sekumpulan penduduk di bandar Bunawan, Filipina berjaya menangkap seekor buaya sepanjang 6.1 meter hidup-hidup.

Buaya itu kini ditempatkan di sebuah kurungan dan ia dipercayai buaya paling besar pernah ditangkap hidup-hidup di dunia.

Harimau Pun Pandai Buat 'Demo'



Menurut sumber diperolehi, kejadian berlaku di India...Zaaas mari kita saksikannya...



Meteor Jatuh di Peru



Satu keadaan luar biasa tertangkap oleh sebuah rakaman video yang memperlihatkan sebuah meteor yang berapi-api jatuh dengan kecepatan tinggi.

Setelah diselidiki ternyata meteor tersebut jatuh di bahagian selatan Kota Imperial, antara daerah San Sebastian dan San Geronimo, hantaman meteor yang berukuran sebesar bola basket tersebut membuat lubang sebesar 44 ft.

Setelah dilakukan penelitian mereka mendapatkan unsur-unsur yang terkandung dalam batu meteor tersebut iaitu, besi, nikel, kobalt dengan mengandung sedikit iridium.

Katak Seberat 20Kg


Seorang lelaki di Gemencheh, Negeri Sembilan, mendakwa dia telah melihat katak besar seberat 20kg, berat badan normal tujuh atau lapan tahun kanak-kanak.

Bujang Senang Masih Hidup


KERATAN akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Mei 1992 memaparkan bangkai Bujang Senang yang ditembak di Sungai Pelaban, Sri Aman, Sarawak.

CERITA mengenai buaya raksasa menghuni sungai-sungai di Sarawak bukanlah kisah dongeng bahkan nama Bujang Senang masih digeruni hingga kini.

Kemunculan semula Bujang Senang, buaya jantan yang dipercayai oleh masyarakat tempatan berukuran 20 kaki panjang (enam meter) dan empat kaki (1.2 meter) lebar, bermula pada tahun 1982 apabila reptilia itu membaham Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali di Sri Aman, Sarawak.

Pada masa itu, Penghulu Bangan bersama abangnya Kebir sedang asyik menangguk udang di Sungai Sungga, cabang Batang Lupar sebelum dia terpijak sesuatu di dasar sungai.

Sepantas kilat, seekor buaya besar timbul dengan tubuh Penghulu Bangan di rahangnya. Kebir yang dari tadi memerhati dari tebing terus terjun dan memeluk ekor buaya itu demi menyelamatkan adiknya tetapi tidak berjaya.

Ketika itulah Kebir menyedari buaya itu mempunyai belang putih di belakangnya. Warna itu pula kelihatan berkilau-kilauan.

Patah

Operasi mencari mayat Penghulu Bangan berterusan selama lima hari tetapi cuma bahagian atas mayat lelaki itu ditemui.

Berikutan itu, polis Sarawak melancarkan Operasi Buaya Ganas di semua sungai besar di negeri itu seperti Batang Sadong, Samarahan, Lupar, Layar dan Saribas.

Operasi itu gagal dan Bujang Senang terus mengganas. Di antara tahun 1982 hingga 1991, sebanyak 13 orang menjadi mangsa kebuasan Bujang Senang.

Pada Mei 1992, Bujang Senang menyambar mangsa ke-14, Dayang anak Bayang, 20, ketika gadis Iban itu menyeberang Sungai Pelaban, cabang Batang Lupar bersama ibunya.

Air Sungai Pelaban hanya sedalam separas pinggang tetapi sebaik sahaja ibunya naik ke tebing, tiba-tiba satu deburan kuat menyebabkan Dayang hilang daripada pandangan.

Abang Dayang, Enie Bayang dengan bantuan rakan-rakannya segera membantu. Bersama mereka ialah si bomoh Mandau yang tidak henti-henti membaca mantera.

Setelah lebih dua jam, Enie menjumpai mayat adiknya yang masih sempurna di celah-celah puing di salah satu lubuk sungai itu.


TENGKORAK kepala Bujang Senang dipamerkan di Ladang Buaya Jong, Siburan.

Entah kenapa, buaya itu timbul semula di permukaan sungai. Mandau pantas melemparkan lembing ke kepala buaya itu malangnya lembing itu patah.

Beberapa das tembakan yang dilepaskan Enie pula gagal membunuhnya. Buaya itu melarikan diri ke arah Batang Lupar namun terhalang oleh sebatang kayu besar yang merentangi mulut Sungai Pelaban.

Kepala

Ketika itulah penduduk dari tiga buah kampung iaitu Pelaban, Suduku dan Lingga mengepungnya.

Sebanyak 40 das tembakan dilepaskan dengan 22 daripadanya tepat di kepala haiwan itu. Semua tembakan itu menggunakan peluru paku sepanjang 10 sentimeter.

Buaya itu menemui ajal dan bangkainya diangkut ke rumah panjang selama empat jam perjalanan.

Selepas itu barulah disedari di belakangnya ada garisan putih. Penduduk percaya itulah Bujang Senang yang diperkatakan orang selama ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Lingga, Awang Mahda Pengiran Mat mengesahkan buaya yang dibunuh itu seekor buaya jantan.

Katanya, orang yang membelah perut buaya itu menemui tulang dan rambut yang tidak dapat dipastikan kepunyaan manusia atau binatang, selain timah dan tali nilon.

Buaya itu berukuran 5.46 meter (18.5 kaki) panjang dengan lilitan perut 2.12 meter (6.9 kaki).

Berita kematian Bujang Senang itu mengejutkan rakyat Malaysia selepas ia disiarkan akhbar-akhbar arus perdana. Malangnya bangkai buaya itu dibuang ke sungai begitu sahaja.


SESETENGAH masyarakat di pedalaman Sarawak percaya Bujang Senang masih hidup malah bersaiz lebih besar sekarang.


Hanya beberapa hari kemudian kepalanya dikerat dan dibawa pulang oleh seorang lelaki, Johnson Jong untuk tatapan umum di ladang buayanya di Siburan, Sarawak.

Johnson, 65, percaya buaya itu adalah Bujang Senang seperti yang didakwa penduduk.

Itulah kali pertama saya berjumpa dengan buaya yang mempunyai jalur putih di belakangnya, imbau Johnson yang membuka Ladang Buaya Jong sejak tahun 1963 lagi.

Katanya kepada Jurnal, selepas kejadian 1992 itu, tiada lagi serangan oleh buaya berjalur putih berlaku di sekitar Batang Lupar.

Sementara itu, Kurator Sejarah Zoologi dan Semula Jadi Muzium Sarawak, Dr. Charles Leh berkata, sungai-sungai di Sarawak sememangnya terdapat banyak sarang buaya.

Mengikut sejarah, buaya sudah wujud sejak lebih 160 juta tahun lalu. Jadi kewujudan banyak buaya besar di Sarawak adalah perkara biasa.

Jalur putih di belakang buaya yang didakwa Bujang Senang itu berkemungkinan seekor buaya separa albino, ujarnya.

Apa pun, ada orang yang mempertikaikan kesahihan Bujang Senang sudah mati.

Malah terdapat masyarakat Iban di sepanjang Batang Lupar percaya Bujang Senang masih hidup malah bersaiz lebih besar.

Oleh kerana itulah jika pukat mereka terjerat anak buaya, mereka akan melepaskannya sambil memohon maaf.

Ini semua bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada mereka dan keturunan mereka.

Hantu Bonceng Hina Islam ?

FILEM Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham yang mencecah kutipan jutaan ringgit baru-baru dikesan mempunyai bahagian lakonan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ia dapat dilihat pada bahagian di mana pelakon utamanya, Zizan Razak sedang menerima rawatan di hospital dan mula menjerit bila ditegur rakannya.

Dalam bahagian itu, pada salah satu dialognya, Zizan telah menambah istilah “asyhadu anna Muhammadar syaitan” (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

Bukan bertujuan untuk mempertahankan Zizan, namun Mynewshub.my pernah berjumpa pelakon ini, beliau adalah seorang yang berbudi bahasa dan memiliki pekerti yang baik.

Mengapa dialog ini terkeluar dari mulutnya bukan untuk kami menilainya. Ada pihak lain terutama Ahmad Idham yang perlu menjawab mengapa jadi begini.

Bagi pihak Zizan, mungkin kegagalan beliau untuk memahami apa yang diucapkan itu menjadi punca mengapa dialog seperti itu boleh wujud dalam filem berkenaan.

Bukan bertujuan untuk mempertahankan Zizan, namun Mynewshub.my pernah berjumpa pelakon ini, beliau adalah seorang yang berbudi bahasa dan memiliki pekerti yang baik.

Mengapa dialog ini terkeluar dari mulutnya bukan untuk kami menilainya. Ada pihak lain terutama Ahmad Idham yang perlu menjawab mengapa jadi begini.

Bagi pihak Zizan, mungkin kegagalan beliau untuk memahami apa yang diucapkan itu menjadi punca mengapa dialog seperti itu boleh wujud dalam filem berkenaan.

Namun, apa yang penulis skrip fikirkan masa menulis ayat itu?

Apa yang harus dikeluh-kesahkan ialah mengapa badan-badan berkenaan seperti Lembaga Penafisan Filem (LPF) tidak menilai dengan terperinci filem ini sebelum membenarkannya disiarkan.

Membaca komen-komen di Youtube, ramai yang berkata mereka hanya gelak apabila melihat adegan berkenaan tanpa menyedari kesilapan yang wujud.

Pokok pangkalnya, rasanya apa yang berlaku ini mudah sahaja, kejahilan dalam hal agama dan kelalaian pihak yang berkenaan menyebabkan wujudnya babak yang demikian.

Mungkin filem itu perlu ditarik balik dari pasaran atau penyuntingan kali kedua dilakukan segera.

Ini soal akidah yang tidak boleh dipandang rendah.

Setakat ini, Dewan Pemuda PAS sudah mengeluarkan kekesalan mereka atas apa yang terjadi.

Tahniah kepada mereka dan Ketuanya, Nasrudin Hassan.

Cuma jangan benda ini dijadikan isu politik dengan persoalan seperti apa yang Pemuda UMNO pula buat?

Takkan kita nak harap Azeez Rahim bagi komen benda-benda camni kan, atau Reezal Merican Naina Merican. Ini semua muka publisiti murahan.

Apa yang perlu, insiden ini hendaklah disiasat, pihak yang bersalah perlu bertanggungjawab, permohonan maaf kepada semua umat Islam harus dilakukan dan kesalahan ini dijadikan pengajaran agar tidak berulang.

Untuk berlaku adil kami letakan klip yang mana berlaku kesilapan dalam dan kejahilan agama dalam filem itu.

Nilai sendiri dan kita suarakan dengan berhemah kekecewaan kita.


ZIZAN MOHON MAAF



Zizan Raja Lawak bertindak memohon maaf di atas ketelanjurannya mengucapkan dialog yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam filem Hantu Bonceng yang dibintanginya. Pengarah Filem berkenaan, Ahmad Idham pula sebaliknya masih mempertahankan bahawa dialog tersebut bukanlah satu kesalahan kerana filem itu katanya turut ditonton empat ulama sebelum ia disiarkan kepada umum.

Beliau bagaimanapun belum lagi menamakan siapa keempat-empat ulama itu. Ahmad melalui Twitter juga marah dengan segelintir peminat yang katanya tidak beradab dalam memberikan teguran mengenai isu tersebut.

Sementara itu, pernyataan maaf Zizan kepada semua masyarakat Islam di negara ini juga dibuat melalui laman Twitter miliknya semalam. “ Sy(saya) paham, apa yang salah, salah jugak(juga), tapi pasal hina islam mmg(memang) jauh dari otak pkiran(fikiran) sy(saya) la..xde(tiada) lgsung(langsung) terniat. Ini adalah Agama dan Rasul sy(saya). Maaf sekiranya saya silap,” katanya.

Zizan menambah, tidak pernah terdetik pun difikirannya untuk menghina Rasulullah S.A.W. Filem Hantu Bonceng yang sebelum ini mendapat pujian atas kejayaan mengumpul kutipan tiket mencecah RM8 juta dalam masa dua minggu ia ditayangkan di pawagam seluruh negara. Namun, ia mula dikritik banyak pihak apabila dikesan mempunyai bahagian lakonan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Nilai sendiri dan kita suarakan dengan berhemah kekecewaan kita.

Tags: Hantu bonceng, zizan raja lawak, hantu bonceng hina islam, zizan hina islam, zizan mohon maaf, kutipan hantu bonceng, ahmad idham


Jemur Anjing di Ampaian

Di Filipina, seorang pemuda, Jerzon Senador dari sini bakal berdepan dakwaan melakukan kekejaman pada haiwan selepas dia menyidai seekor anak anjing pada penyidai pakaian.

Senador menggunakan beberapa penyepit pakaian untuk menyidai haiwan itu sebelum dia merakamkan beberapa gambar anak anjing tersebut. Dia kemudian menyiarkan beberapa gambar haiwan itu yang disepit pada penyidai pakaian di laman Facebook baru-baru ini.

Namun, pemuda tersebut meminta maaf selepas pengguna-pengguna Facebook menyuarakan kemarahan mereka. Senador menyatakan dia melakukan perbuatan itu setelah diselubungi kebosanan. Lebih 3,000 pengguna laman itu menyertai kempen bagi meminta Senador dihukum ekoran perbuatan tersebut. Persatuan Kebajikan Haiwan Filipina telah melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.

Tandatangan William Shakespeare $5 Juta

Ramai orang yang percaya bahawa tanda tangan dari William Shakespeare adalah tanda tangan yang paling mahal di dunia. Hanya ada enam tanda tangan asli dan masing-masing dianggarkan berharga sekitar $ 5 juta..

Harga Smartphone Makin Murah Macam Gula-Gula

Sekarang ni macam-macam jenis telefon pelik dan canggih dah ada dipasaran. Memang kira pelik kalau sekarang ni kita jumpa orang tidak memiliki sebuah handphone. Paling kurang pun 3 dalam tangan. iPhone lah, Blackberry lah, iPad lah Samsung Galaxy lah. Kalau 10-15 tahun dulu handphone memang tak ramai mampu beli sebab harga terlalu mahal, sekarang makin murh sebab banyak persaingan, tak sampai setahun keluar harga dah jatuh mendadak, boleh beli phone macam ikan dipasar @ gula-gula je sekarang.

Peh memang best lah sekarang ni. Namun teknologi membuatkan manusia semakin malas dan manja. Kali ni cikgu nak tengok fungsi Samsung Galaxy. Jom kita tengok Samsung Galaxy, mcm best jer. Aduh tak tau nak pilih yang mana satu ni hohoho. Jom tengok di SINI

Akibat Tangkap Gambar Ular Dari Dekat


Inilah akibat tangkap gambar ular dari jarak dekat. Kalau kamera tu mahal zoom je la, tak payah la nak dekat-dekat sangat. Ular ni sangat pantas untuk mematuk..



Motosikal Terbang

Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy mencipta sebuah motosikal terbang yang pertama di dunia di dalam garaj miliknya. Malloy, 32, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.

Motosikal itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh terbang pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam.

Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.

Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu. Dia berkata, prinsip asas motosikal itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa.

Setakat ini, tali diikat pada motosikal itu semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi.

Nelayan Rakam Imej Raksasa

TELUK CADBORO, British Columbia - Imej seekor raksasa yang mempunyai bonggol di bahagian belakang berjaya dirakamkan di sini oleh seorang nelayan pada 2009 dekat Alaska, seperti disiarkan sebuah akhbar pada 20/7/2011.

Imej itu disiarkan dalam program Discovery Channel kelmarin. Bekas ketua di Jabatan Bumi dan Sains Lautan, Paul LeBlond berkata, dia tertarik dengan video tersebut.

"Walaupun dirakamkan semasa hujan dalam kapal yang bergoyang, ia amat asli," katanya

Pokok Ngeri di England

Pokok di Stowlangtoft di Bury St Edmund, Sufflolk, ini terkenal bukan kerana ketinggiannya yang mencapai 21 meter, tetapi kerana bentuknya yang mengerikan.

Lubang-lubang pada pokok itu membentuk wajah yang mengerikan, terutama di bahagian mulutnya. Bahkan lubang "mulut" yang lebar itu nampak memiliki gigi dan lidah yang terjelir.

Pokok ini pertama kali ditemui oleh David Garnham dan kini dinobatkan sebagai pokok paling mengerikan di England. Garnham berpendapat, pokok itu adalah versi alam lukisan "Scream" karya Edvard Munch.

Kuda Terkecil Dunia

Nama kuda ini adalah thumbelina, kuda yang tingginya hanya 17 inci, atau sekitar setengah meter. Thumbelina lahir di kawasan terrnakan yang mengkhususkan menyediakan kuda mini.



Budak Berkaki 3

Lihatlah kebesaran Allah. Allah mampu membuat apa saja dan kita harus redha dengan segala ketentuan yang ditetapkan. Kerana, tiada satupun perkara yang berlaku di dunia ini berlaku tanpa sebab yang munasabah dari Allah. Samalah dengan kanak-kanak berkaki 3 di dalam gambar di bawah ni..

Wanita Kahwin Dengan Anjing

Seorang wanita bernama Emily Mabou, telah berkahwin dengan anjing sendiri! Perempuan dari Aburi, Togo itu mengakui pernah melakukan hubungan dengan lelaki. Anjingnya lain, dia baik, setia pada saya dan dia selalu melayan saya dengan hormat menurut Emily.Bagaimanapun perkahwinan ini tidak diadiri oleh ahli keluarga terdekat kerana mereka tidak bersetuju dengan perkahwinan ini...