Pokok Nangka Berbuah Pisang


Penemuan sebatang pokok nangka di sebuah kampung yang bernama Cilubang, Kecamatan Cicantayan, Sukabumi Indonesia telah menimbulkan kegemparan penduduk sekitarnya. Ini kerana pokok nangka itu telah berbuahkan pisang, menambahkan pelik lagi jika dimakan nangka berbentuk pisang itu mempunyai rasa seperti buah durian pula. 


Menurut pemilik pokok nangka itu Sirojudin “Pohon nangka ini untuk kedua kalinya berbuahkan pisang dengan rasa durian. Bagi saya, (ini) merupakan anugurah Allah SWT,” katanya kepada wartawan. kerana ramainya orang yang melihat nangka pelik ini, Pemilik pokok nangka ini Sirojudin telah meletakkan kotak amal di kebunnya. “Hasil sedekah dari orang ramai ini, Insya Allah digunakan untuk pembangunan pusat keagamaan disini,” katanya lagi.

Dah baca klik LIKE (^_^)

Peliknya! Hospital Anak Patung


Jika kita sakit, hospital menjadi tempat kita menerima rawatan. Jika anak patung ‘sakit‘ adakah mereka juga akan ke hospital? Sebuah tempat yang dijadikan sebagai hospital bukan hanya dikhususkan kepada manusia atau binatang sahaja. Tetapi sebenarnya ramai tidak mengetahui kewujudan hospital anak patung di Sydney, Australia yang kini mencecah usia 100 tahun. Wah lama tu. KisahBest.My difahamkan hospital ini sering menerima kunjungan pelanggan yang membawa anak patung yang ‘sakit’.

Sungguhpun di kalangan kita menggelarnya sebagai kedai membaiki anak patung, tetapi di Australia ia dikenali sebagai Sydney’s Famous Original Doll Hospital.

Perniagaan ini diuruskan oleh keluarga Harold Chapman Snr dan kini generasi ketiga dari waris itu, Geoff Harold Jnr menguruskan perniagaan tersebut sepenuhnya.

“Cetusan idea membuka kedai ini bermula selepas menerima ratusan anak patung rosak ketika dalam perjalanan dari Jepun ke Australia pada 1913. Sehingga kini, kami menerima banyak anak patung rosak dari seluruh Australia dan New Zealand untuk dibaiki,” katanya dalam laporan DailyMail


Menurutnya, sungguhpun kanak-kanak sekarang lebih terdedah kepada permainan komputer, tetapi masih ramai yang bermain dengan anak patung dan trend itu tidak hanya kepada kanak-kanak malah remaja juga berbuat demikian.

“Perniagaan kami tidak pernah terjejas. Pada 1995, kami memperoleh keuntungan bersih 2.5 juta pound (RM7.7 juta),” katanya.

Beliau berkata, ketika menjalankan perniagaan pada 1940-an, kedai ini mempunyai 70 pekerja yang mempunyai kepakaran seperti membaiki tangan, kepala, kaki dan badan anak patung.

“Tiada yang lebih memuaskan daripada melihat senyuman pada wajah kanak-kanak ketika mereka datang untuk mengambil semula anak patung berbanding ketika mereka datang untuk membaiki bahagian yang rosak dengan linangan air mata,” katanya.

Di kedai itu terdapat ratusan kaki, lengan, kepala dan beberapa anggota lain anak patung termasuk yang berusia 100 tahun.

Dah baca klik LIKE (^_^)

Harga Bidaan Cermin Hitam Mata Psy Gangnam Style


Psy yang terkenal telah dijual pada harga yang sangat tinggi.

Pada asalnya, cermin mata hitam bernilai kira-kira 650,000 KRW (~ 592 USD). Walau bagaimanapun, pada 'Love Sharing Auction', cermin mata hitam psy bermula pada tawaran sebanyak 100,000 KRW (~ 90 USD), tetapi pada akhirnya, cermin mata hitam "Gangnam Style"  dijual 16 kali kali ganda dengan harga 1.6 juta KRW (~ 1,470 USD ).


P/S : ntahapaapa gangnam style ni..wasting time je 

Dah baca klik LIKE (^_^)

Anjing Yang Pandai Memandu



Biar Betik!! Anjing Ini Mampu Memadu Dan Akan Menjalani Ujian Memandu | Apabila Anjing Pun Pandai Memandu ! Aduhh pelik sungguh idea manusia sekarang apabila anjing pun nak diajar memandu, di New Zealand beberapa ekor anjing telah diajar memandu memandu kereta dengan memusingkan stereng, menekan brek dan pedal minyak.

Menurut info kosmo, buat masa ini, hanya tiga ekor anjing yang bernama Porter, Monty dan Ginny dilatih selama dua bulan oleh pelatih haiwan, Mark Vette sedang diajar memandu kereta!

Difahamkan, projek tersebut dilaksakan kerana mahu meningkatkan pengambilan anjing oleh orang ramai dari pusat perlindungan haiwan untuk dipulihara

Anjing itu dilatih memandu dengan menggunakan sebuah 'kereta beroda' kecil yang mengandungi tempat duduk, stereng dan papan pemuka dengan memakai abah-abah keselamatan, memusingkan stereng, menekan brek dan minyak.

Papan pemuka 'kereta' itu dicipta khas supaya ia mempunyai pedal brek dan minyak.

Anjing-anjing tersebut akan menjalani 'ujian memandu' yang akan disiarkan secara langsung menerusi televisyen di negara ini pada Isnin ini.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Ular Yang Memakan Diri Sendiri



Fuh Aneh! Ular-Ular Ini Makan Dirinya Sendiri. Kenapakah? | Ini kejadian yang benar-benar berlaku ! bukan super impose atau olahan komputer. Kejadian yang sangat pelik ini sempat dirakam secara video oleh seorang pengunjung kedai menjual haiwan untuk peliharaan di England. Seorang pengunjung kedai haiwan ini tiba-tiba tergamam apabila menyaksikan seekor ular yang sedang di pamerkan dikedai tersebut menunjukkan aksi yang langsung tak masuk akal dan luar biasa.

Dimana ular tersebut menunjukkan aksi sedang memakan badannya sendiri sehingga kehujung kepalanya, Setelah menyedari ia termakan badannya sendiri, Ular tersebut pun berusaha untuk meluahkan badannya semula secara sedikit demi sedikit. Aksi luar biasa ini sempat dirakam oleh pengunjung kedai tersebut.


Lapar sangat le tu, dah berapa hari agaknya tak di beri makan. Moral kisah ini, " Bagilah haiwan anda makan sebelum ia memakan dirinya sendiri " !


Dah baca klik LIKE (^_^)

Kelibat Wanita Berkebaya Merah di Jalan Raya



Kisah Benar Misteri Wanita Kebaya Merah Edisi Meremang Bulu Roma | MOHD. Fitri tidak menyedari ada imej ‘lembaga’ berbaju merah di belakang isterinya di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula. Kisah ini adalah kisah benar.

KANGAR – Seorang guru bahasa Arab, Mohd. Fitri Mohamad tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas.

Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis.

Tidak cukup dengan itu, Mohd. Fitri juga mendakwa keretanya terasa begitu ‘berat’ dan beliau ternampak kelibat ‘lembaga’ semasa berhenti di Padang Besar.


GAMBAR ini dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun tidak lama selepas imej ‘wanita berbaju merah’ itu kelihatan.

Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej ‘lembaga’ dipercayai wanita berbaju merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu.

Mohd. Fitri, 29, mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Shatini Shahidan, 28, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Shatini.

Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.

“Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja,” katanya.

Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd. Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.

“Saya sempat membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu,’’ ujarnya.

Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya.

“Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang,” ujarnya.

Sementara itu, Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, dia tidak berasa sesuatu yang aneh.


Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani.

Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April.

Dalam kejadian tersebut, mangsa-mangsa mendakwa cuba mengelak ‘wanita berkebaya merah’ yang dilihat melintas lebuh raya di situ.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Rumah Berhantu Yang Popular di Shah Alam



Senarai Rumah Seram Dan Popular Di Shah Alam, Selangor Bukanlah maksud saya nak takutkan korang sume,tapi saya nie pun cuma nak berkongsi dengan korang jer..Mana la tau,adik,kak,abang,atau anak-anak anda sambung belajar atau kerja di Shah Alam nie,nak beli rumah atau nak sewa rumah di Shah Alam kan?So lebih baik saya share kepada korang daripada saya simpan sorang dan duk diam jer betul tak?Dan saya yakin ramai dikalangan korang nie dah tau antara rumah-rumah yang popular (berhantu) di Shah Alam,contohnya macam rumah di seksyen 12.Yup,yang tu memang la,memang dah rumah tinggal pun,takde orang dan orang takkan jual dan bagi sewa kat sesiapa dah.Tapi masih ada rumah-rumah yang owner dah tinggalkan,dan bagi sewa kepada student-student dan penyewa-penyewa lain.Mari saya sharekan disini beberapa buah rumah dan sedikit details tentangnya :

1.Banglo Kayangan,seksyen 12 Shah Alam


Ok korang,rumah nie,macam yang korang tengoklah,memang owner dia,tuan tanah ke sapa-sapa ke memang takkan bagi sewa la kat korang.Yang nie korang tak perlu risau,kalau ada orang nak bagi sewa pun,korang takkan la nak duduk rumah macamni kan?Bango ini dikenali sebagai Banglo Kayangan,terletak di seksyen 12 Shah Alam.Ramai orang cakap rumah ni rumah Mona Fandey,tapi maaf,saya takde bukti kukuh tentang rumah ni sape punya.Banyak sangat dah versi cerita tentang rumah nie.Ada orang cerita rumah nie dulu terbakar,orang gaji mati kat dapur,ada orang cerita anak owner rumah ni mati kat buaian dan macam-macam lagi.So pandai-pandai la korang buat research balik.

2.Rumah RM50,Seksyen 2,Shah Alam



tentang rumah ini pula,terletak di seksyen 2 Shah Alam,cerita mengenainya ditulis sendiri oleh bekas penyewa rumah ini dulu yang juga bekas pelajar UiTM (baca kat bawah nanti).Beliau menceritakan bagaimana sengsaranya dikacau di dalam rumah itu.Walaupun mereka hanya tinggal di rumah itu sehari,tetapi banyak perkara yang mereka lalui.Tidak hairanlah owner rumah hanya meminta RM50 sebagai bayaran pertama untuk masuk rumah itu dan berpesan kepada mereka agar tidak membawa masuk barang-barang lagi kerana bimbang susah nak angkat kerana rumah itu 2 tingkat..Ishhk ada ke??

3.Seksyen 2,Shah Alam (Dah roboh kot)


Rumah lama dahulu penghuninya India,ditinggalkan lewat 80an,jiran2 sekeliling selalu nampak lembaga hitam keluar masuk rumah.Rumah ni pernah masuk dalam rancangan Pemburu Hantu.Mula-mula berlagak terer,bila terjumpe masing-masing lari.

4.Rumah tepi Sirim,Seksyen 2,Shah Alam


Komen daripada owner gambar : Haa yg ini special, penghuni original (chinese family) dok rumah ni sekitar lewat 70s, lepaih tu ada tragedi yg terjadi, aku pun tak suka nak cerita benda2 tak elok ni, rumah tersebut dibiarkan sekian lama, lepaih satu satu penyewa masuk/keluar sebab tak tahan asyik kena dok kacau je, bila Al-Arqam menyewa rumah tersebut, depa dok ramai2 dlm banglo tu.. bangun pagi, badan ada yg calar-balar, ada yg kena pindahkan tempat lain,bila start 11 onwards bunyi riuh satu rumah mcm ada party.. etc, lepas tu kosong balik, lepaih tu..rumah tersebut dibuat tempat belajar english language, dan akhirnya ditukar kepada pejabat, dan telah diubah-suai berberapa kali, jadi staf dtg pkl 7am, 7pm mesti dah takda org kat dlm tu, aku nasihat kalau nak usha tmpt ni jgn la p malam, sbb ramai p malam(padahal usha kat luaq ja) balik rumah depa demam, its no joke OK.

Mungkin korang pernah ternampak rumah-rumah nie masa driving ke??Memang pernah kan?

Kalau korang nak tahu,Seksyen 2,Seksyen 1(UiTM),Tasik,Kompleks PKNS adalah penempatan/pembangunan yang paling awal kat shah alam ni,bermula naik dengan ITM awal 1970an,Tasik Shah Alam adalah tasik buatan manusia,dulu hutan dan kelapa sawit bertanah gambut,Pusat Shah Alam ni dulu hutan berbukit bukau.So korang faham-faham dan fikir dua kali la kalau nak duduk rumah-rumah yang dah lama kosong tu yea??

Dan yang paling penting,selalu mengingati Pencipta kita,kerana Dia lah yang Maha Kuasa yang telah mencipta kita dan makhluk-makhluk lain di sekeliling kita.

cerita tegak bulu roma rumah sewa RM50 seksyen 2 shah alam. - kisah seram ini tak pasti kesahihannya. Wallahu a'lam.

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]

Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...

Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.


Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan dvd dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah...

Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what?

ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.

Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

PS: Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Misteri Diganggu Makhluk Putih


Fuh!! MIsteri : Di Ganggu Makhluk Putih SEGAMAT: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Siapa sangka peribahasa itu menjadi pengalaman unik dan menakutkan bagi penduduk Ladang Bukit Dato Tenang Station, Labis, dekat sini, apabila kediaman mereka dihujani batu dan bateri sejak dua bulan lalu.



Kejadian misteri dan menyeramkan itu mengakibatkan enam keluarga resah dan tidak dapat tidur malam apabila batu gravel, batu landasan kereta api dan juga bateri lampu picit dibaling menghentam dinding dan tingkap hingga pecah.

Malah, kejadian turut disaksikan anggota dari Balai Polis Tenang yang menyiasat tempat kejadian pada malam Rabu lalu.

Seorang mangsa, Ellan Senaya, 39, berkata kejadian misteri itu dikatakan bermula kira-kira dua bulan lalu selepas seorang bomoh dikatakan menangkap makhluk halus sebelum memenjarakannya di dalam botol sebelum ditanam di kawasan perkuburan masyarakat India di situ.

Namun, pada awalnya, kejadian baling batu itu tidak dihiraukan sangat oleh kira-kira 450 penduduk ladang berkenaan kerana mereka beranggapan ia perbuatan kanak-kanak nakal.

“Sebelum ini, hanya bumbung rumah yang dilempar batu dan ia hanya membabitkan enam rumah bahagian dapurnya menghadap pokok getah di lereng bukit di ladang itu.

“Batu dan objek lain disyaki dilempar dari ladang getah menyebabkan ada juga cermin tingkap rumah yang pecah.

“Sejak kebelakangan ini, kejadian misteri itu semakin menjadi-jadi tidak mengira siang atau malam. Pada waktu malam sehingga awal pagi semakin rancak menyebabkan ada jiran saya yang cedera di kepala serta cermin tingkap rumah banyak yang pecah akibat dibaling batu,” katanya.

Ellan yang tinggal di ladang itu hampir 39 tahun berkata, keluarganya amat takut dengan kejadian misteri yang pertama berlaku sejak dia tinggal dan dibesarkan di ladang itu.

Katanya, semua mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Tenang pada Rabu lalu dan dua orang anggota polis pergi ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

Seorang anggota polis, Konstabel Saifudin Yacob, 25, terpaksa memakai topi keledar ketika tiba di tempat kejadian kira-kira jam 12 tengah malam apabila menyaksikan beberapa cermin tingkap yang pecah tanpa di ketahui sebabnya.

Seorang anggota polis bantuan, Veloo Punusamy, 47, yang berkawal di tempat kejadian pada tengah malam kelmarin turut menyaksikan beberapa batu memecahkan cermin tingkap rumah seorang penduduk.

Apabila beliau bertindak balas dengan cuba memeriksa lokasi arah datangnya batu itu, semakin banyak pula cermin tingkap pecah akibat dibaling dengan batu gravel, batu landasan kereta api dan bateri lampu picit seolah-olah tindakan Veloo menyebabkan kemarahan kepada pihak yang membaling batu berkenaan.

Jiran Ellan, Sathia Kumar, 28, berkata dua sempat merakamkam beberapa gambar yang memaparkan objek misteri berbentuk pancaran cahaya panjang.

Manakala rakannya mendakwa pernah melihat bayangan makhluk setinggi 1.2 meter berwarna putih di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali menasihatkan penduduk supaya lebih waspada dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi mengenai perkara itu kerana polis sedang menjalankan siasatan.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Tempat Seram dan Misteri di Malaysia

5 Tempat Paling Misteri dan Seram Di Malaysia, Beranikah Anda?? | Di beberapa tempat di Malaysia yang masih belum terbongkar antaranya misteri seperti di bawah, masih belum ada yang berjaya bongkarkan misteri tempat-tempat terbabit, beranikah anda untuk membongkar misteri ini?


1.HIGHLAND TOWER,KUALA LUMPUR
 HIGHLAND TOWER,suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yg didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. 1 tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.

2.BANGLO MONA FANDEY
Banglo yg pernah didiami oleh seorang artis terkenal tanah air yg merupakan dukun. Pernah terlibat dalam 1 kes pembunuhan yg menggemparkan 1 malaya.


3.KEMAYAN CITY,JOHOR BAHRU
 Shopping complex yg terbengkalai sejak sekian lama. Dipercayai tempat kediaman pelbagai makhluk2 halus.


4.LEBUHRAYA KARAK
 Pernah gempar dengan cerita kehadiran Volkswagon kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Lebih2 lagi apabila di kawasan terowong ini. Seringkali mengakibatkan kemalangan yg meragut nyawa.

5.VILLA NABILA,JOHOR BAHRU
Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan 1 kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan2 mistik telah terjadi di sekitar kawasan itu.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Anjing Yang Suka Berjalan Macam Manusia



Fuh Menakjubkan! Anjing Ini Suka Berjalan Lagak Manusia | Lupakan seketika istilah 'catwalk', kerana kita akan bercerita tentang 'dogwalk'. Seekor anjing betina bernama Lulu gemar berjalan menggunakan kedua-dua kaki bahagian belakangnya, seolah-olah seperti manusia.

Anjing berusia 1 tahun itu menggunakan kaki belakangnya untuk berjalan, sementara dua lagi kakinya digunakan untuk membawa beg tangan, sambil bergaya seperti seorang model, haiwan ini telah memenangi hati orang ramai di Zhumadian, di daerah Henan China di mana ia boleh selalu dilihat berjalan dengan cara yang aneh berbanding anjing-anjing lain.


Namun tidak diketahui mengapakah anjing ini mula berjalan sedemikian rupa. Seorang bekas guru yang kini meriupakan seorang pesara Zhou Guanshun, pemilik Lulu berkata, gaya jalan Lulu yang luar biasa ini menjadikannya sebagai seekor haiwan yang sangat menarik perhatian.

Menurutnya "Kami tiba-tiba jatuh cinta padanya".


Dah baca klik LIKE (^_^)

Kisah Misteri di Lorong Sunyi



Kisah Misteri Sebuah Lorong Yang Sunyi Sepi | Fuh!! Dengar tajuk pun dah seram kan? Bila sebut sahaja lorong sunyi sudah pasti kita terbayangkan sebuah lorong yang gelap, tiada manusia yang lalu lalang. Adapun bunyi kucing terbiar yang lalu lalang mencari makanan. Lorong sunyi ini juga tidak terlepas dikaitkan dengan sebuah kejadian misteri. Jom ikuti cerita ini di bawah.

Ashraf pada mulanya memang sukar untuk mempercayai cerita-cerita mengenai hantu, makhluk halus, ghaib dan sebagainya. Kadang-kadang dia membantah rakan-rakan apabila mereka bercerita tentang kisah-kisah pelik atau misteri. Bukan kerana dia takut tetapi kerana dia memang tidak mempercayainya.

Tetapi kejadian tiga bulan lalu mengubah pendirian Ashraf. Akhirnya dia terpaksa mengaku bahawa kisah-kisah seram, ghaib dan makhluk halus ini memang wujud di dunia ini. Memang kejadian itu begitu sukar untuk dia lupakan, bahkan masih segar dalam ingatannya.

Kejadian yang amat menakutkan itu berlaku di satu lorong sunyi yang terletak tidak jauh dari kilang tempat Ashraf bekerja. Sememangnya lorong sunyi itu menjadi laluan baginya setiap kali pulang dari tempat kerja. Ashraf sebenarnya sudah lama menggunakan lorong sunyi tersebut. Boleh dikatakan hampir empat tahun dia menggunakan lorong itu. Tidak pernah dia terserempak dengan sebarang makhluk ghaib atau aneh.

Selama ini rakan-rakannya galak menceritakan tentang ada orang yang berjumpa dengan puntianak, hantu raya, hantu bungkus dan sebagainya. Walaupun pelbagai cerita seram didengarinya, biarpun beratus nasihat telah diterimanya, namun Ashraf tetap berdegil untuk melalui lorong sunyi itu.

Sebenarnya Ashraf tidak mempunyai pilihan. Lorong sunyi itu adalah jalan pintas baginya, sama ada untuk ke tempat kerja atau pulang ke rumah. Ashraf bekerja sebagai wartawan di sebuah syarikat penerbitan majalah. Disebabkan waktu kerjanya yang tidak tentu masa menyebabkan ada sesekali dia terpaksa pulang lewat malam disebabkan harus menyiapkan tugasan terlebih dahulu sehinggakan kadang kala menjangkau pukul dua pagi.

Dahulu laluan sunyi itu memang menjadi laluan ramai pekerja kilang kerana kawasan itu memang kawasan perindustrian. Tetapi sejak setahun dua kebelakangan ini, pekerja-pekerja kilang sudah jarang menggunakan lorong tersebut berikutan tersebarnya cerita hantu puntianak dan makhluk halus yang menyerupai budak kecil.

Biarpun orang lain tidak berani menggunakan lorong sunyi itu, tetapi Ashraf tetap melaluinya. Sehinggalah pada suatu malam, selepas habis bekerja, Ashraf terus pulang ke rumah. Tetapi dalam perjalanan pulang sebelum sampai lorong sunyi itu, Ashraf singgah terlebih dahulu di warung mamak bersama dua orang rakannya, Sharil dan Muhaimin. Kerana asyik berborak, mereka bertiga terlupa hari sudah jauh malam.

Jam di tangan Ashraf sudah mencecah pukul 12.45 malam. Kebetulan malam itu adalah malam Jumaat. Shahril dan Muhaimin tidak pulang melalui lorong sunyi itu. Walaupun diajak oleh Ashraf, Shahril dan Muhaimin tetap enggan melalui lorong tersebut. Tinggallah Ashraf seorang yang terpaksa melaluinya kerana tidak mempunyai pilihan lain. Kalau dia ikut jalan raya, sudah terlalu jauh untuk sampai ke rumahnya. Mahu tidak mahu, Ashraf terpaksa melalui lorong sunyi itu.

Dalam perjalanan pulang, hati Asharf tiba-tiba berdebar. Matanya menjeling kiri kanan lorong. Tiba di pertengahan lorong, dia tersentak. Wajah seorang wanita jelas kelihatan di hadapannya. Ashraf berhenti seketika. Hati dan perasaannya mula menggambarkan apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Tetapi Ashraf kuatkan semangat.

Ketika langkahnya semakin menghampiri wanita itu, hidungnya tiba-tiba ditampar bau wangi. Tidak pernah dia menghidu bau wangi sedemikian sepanjang dia melalui lorong tersebut. Tetapi kali ini dia menghidunya. Tidak mungkin wangian itu turun bersama embun pagi! Ashraf mula tertanya sendirian.

Segera Ashraf menutup hidungnya. Dia terus berjalan tanpa mempedulikan wanita di hadapannya. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Langkah dicepatkan. Semakin dia menghampiri wanita itu, semakin kuat bau wangi itu menusuk hidungnya.

Kala itu terlintas di fikirannya tentang cerita rakan-rakannya. Kalau terhidu bau wangi, jangan dihidu kerana bau wangi itu adalah bau hantu raya! Teringat itu, Ashraf segera menahan nafas seketika untuk tidak menghidu bau wangi itu.

Degup jantungnya semakin kencang. Hatinya mula berdebar-debar. Tidak pernah dia mengalami peristiwa sebegini. Ashraf sudah dapat mengagak, cerita hantu yang diberitahu oleh rakannya itu memang benar. Kini barulah Ashraf, tahu bahawa cerita ngeri dan menakutkan ini memang wujud.

Tiba-tiba Ashraf mendongak kepalanya. Entah tidak semena-mena, anak matanya mencuri jeling ke arah wanita itu. Dalam jelingan itu, Ashraf dapat melihat seperti ada satu keganjilan pada wajah wanita itu. Wajahnya putih, bibirnya merah dan rambutnya panjang melepasi bahu.

Seluruh bulu roma Ashraf berdiri tegak. Langkahnya tiba-tiba terhenti, bagaikan dipegang sesuatu. Dia cuba melangkah tetapi tidak berdaya. Kakinya terasa begitu berat. Matanya terus terpandang wanita itu yang mula bertukar wajah. Bermula dengan wajah senyum, berubah menjadi bengis. Gigi yang tersusun cantik tiba-tiba bertukar tajam dengan susunan yang menyeramkan.

Rambut wanita itu mula mengerbang, disusuli hilaian suara menakutkan yang memecah lorong sunyi itu. Dengan wajah yang menakutkan, wanita itu menghampiri Ashraf. Dia cuba lari, tetapi kakinya seolah-olah terpijak gam. Serentak itu, dia terus menjerit sekuat hatinya, kemudian rebah menyembah bumi.

Keesokan paginya, Ashraf ditemui oleh seorang wanita tua yang kebetulan melalui lorong sunyi itu. Setelah mendapatkan bantuan, Ashraf akhirnya dihantar pulang dalam keadaan tubuhnya yang lemah. Melihat wajahnya yang kebiruan, nyata Ashraf sudah tidak bersemangat lagi.
Ashraf demam selama tiga hari dan menurut ibunya, Azizah, Ashraf sering kali meracau-racau dalam tidurnya terutamanya pada sekitar jam 1.00 atau 2.00 pagi. Akhirnya, untuk memulihkan kembali semangat Ashraf, ibunya memanggil seorang pakar perubatan tradisional.

Dengan izin Allah SWT, akhirnya dia berjaya dipulihkan biarpun terpaksa menunggu masa yang agak lama. Sejak peristiwa itu, barulah Ashraf sedar dan percaya apa yang telah diceritakan oleh rakan-rakannya. Kini Ashraf juga sudah tidak lagi menggunakan lorong sunyi yang berpuaka itu!


Dah baca klik LIKE (^_^)