Disakat Ketika Memancing

Selain manusia, Allah turut menciptakan makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi kehadirannya dapat dirasai walaupun ia tidak pernah menyenangkan. Di layar perak atau kaca televisyen, kehadiran makhluk halus selalunya disertakan dengan muzik menyeramkan, membuatkan bulu roma penonton turut sama berdiri.

Bagaimanapun, di alam nyata, kehadirannya langsung tidak memberi petanda kerana tiba-tiba saja ekor mata dapat menangkap kelibat sesuatu tetapi akhirnya hilang begitu saja. Ada ketikanya, ia menjelma betul-betul di depan mata tetapi bagi yang penuh ilmu di dada, ia tidak sedikit pun mencuit rasa. Sebaliknya, bagi yang longgar iman, kemunculan makhluk yang dijanjikan kekal dalam neraka itu sedikit sebanyak mencabar kewarasan.

Sebaiknya kehadiran makhluk berkenaan sama ada di depan mata atau sekadar berasakan kelibatnya tidak dihiraukan kerana takut bererti manusia yang disertakan akal bersama kejadiannya memberikan kemenangan kepada iblis yang diizinkan Allah mengusik dan menyesatkan anak cucu Adam sehingga hari kiamat. 

Mungkin kisah yang diceritakan pemuda berusia awal 20-an yang cuma dikenali sebagai Faiz boleh dijadikan panduan betapa makhluk itu juga bosan jika usikan dan gangguannya tidak diendahkan.

“Kisah ini diceritakan oleh rakan sekerja yang jauh lebih senior. Dulu, di tempat kerja saya ada dua sahabat baik yang gila memancing. Persahabatan mereka sejak di bangku sekolah rendah terbawa-bawa sehingga ke alam pekerjaan.

“Memandangkan persekitaran kerja yang dekat dengan laut, kedua-dua mereka tidak melepaskan peluang memancing sebaik tamat tugas. Keakraban mereka dapat dilihat jika seorang bekerja syif pagi dan seorang lagi syif petang hingga malam, kedua-duanya akan balik ke rumah esok pagi selepas memancing semalaman,” kata Faiz. 

Pada malam kejadian, kedua-dua sahabat baik itu duduk selesa di atas tembok bersebelahan antara satu sama lain sambil menunggu joran masing-masing diragut ikan. Malam semakin hening tetapi kedua-dua lelaki berkenaan terus sabar menanti.

Tiba-tiba mereka ternampak sebiji labu sayong yang hanyut entah dari mana. Salah seorang lelaki berkenaan terus memungut labu itu dan diletakkan di tepi kemudian kembali menumpukan perhatian kepada joran.

“Dalam keadaan sunyi sepi dan hening itu, tiba-tiba mereka ternampak ada sesuatu menjelma di tengah laut dan di atas permukaan laut, makhluk itu berjalan menghampiri mereka. Kedua-dua sahabat itu cuma melihat makhluk itu semakin menghampiri dan duduk di tengah-tengah antara mereka berdua.

“Lucunya, mereka tidak pula lari lintang pukang, sebaliknya cuma mengalih kedudukan seolah-olah memberi ruang kepada makhluk itu. Agaknya bosan gangguannya tidak dihiraukan, makhluk itu lesap begitu saja meninggalkan kedua-dua sahabat tadi yang asyik memancing itu. Rupa makhluk itu tidak pula diceritakan oleh rakan sekerja,” katanya.

Mungkin juga kerana nasib tidak menyebelahi, joran mereka tidak dimakan ikan menyebabkan kedua-dua sahabat itu berkemas untuk balik. Ketika itulah baru disedari labu yang sebelumnya berada berhampiran mereka sudah hilang.

Kedua-dua sahabat itu terperanjat besar apabila membuka but kereta kerana mereka mendapati labu berkenaan berada di dalamnya. Siapa yang meletakkan labu sayong itu di dalam bonet menjadi misteri kepada kedua-duanya.

Faiz berkata, seorang rakannya yang digelar abang Din, juga kaki pancing kerap diganggu makhluk halus tetapi bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.

“Dia menceritakan pernah satu hari dia balik ke rumah pada waktu dinihari selepas memancing. Selepas membersihkan badan, abang Din mengejutkan isterinya untuk memberitahu ikan sudah dibawa masuk ke dalam sebelum tidur.

“Tidak lama kemudian, isterinya mengejutkan abang Din untuk bertanya apa yang dibawa balik. Apabila abang Din menjawab ikan, isterinya dengan selamba berkata: ‘Ikan apa dengan bentuk badan besar macam beruk, hitam legam dan berbulu lebat?’ Rupa-rupanya abang Din turut membawa balik makhluk lain,” katanya.

Sudah tiba masa kita kembali membetulkan anggapan salah yang kerap disajikan di layar perak mengenai makhluk halus mencari korban. Memang betul kata seorang ustaz - makhluk itu cuma berjanji untuk mengusik dan menyesatkan, bukan membunuh. 



Dah baca klik LIKE (^_^)

Lembaga Misteri Muncul Ketika Kebakaran

"Ketika anggota bomba sedang berusaha memadam kebakaran di sebuah rumah tinggal, secara tiba-tiba muncul tiga kepala lembaga misteri di ruang udara dan satu daripadanya sempat saya rakamkan dengan telefon bimbit."



 

Demikian dakwaan seorang mekanik, Rosli Sabri, 38, semasa menceritakan pengalaman yang menakutkan apabila terlihat tiga kepala lembaga misteri dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah tinggal di Bukit Subang di sini Ahad lalu.

Rosli ketika ditemui di bengkelnya di sini semalam berkata, dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, rumah yang ditinggalkan sejak tujuh tahun lalu itu hangus selepas disambar api yang merebak dari sebuah bengkel bersebelahan rumah tersebut.

"Pada mulanya tiada sebarang kejadian aneh berlaku tetapi apabila anggota bomba memancutkan air pada rumah yang terbakar, secara tiba-tiba muncul tiga kepala lembaga dalam tempoh kira-kira seminit sebelum hilang.

"Malah ada cerita mengatakan anggota bomba terpaksa menghentikan kerja-kerja memadam api beberapa minit kerana diganggu makhluk halus," ujarnya.



Dah baca klik LIKE (^_^)

Tandatangan Barrack Obama



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Can you copy?


Dah baca klik LIKE (^_^)

Misteri Tamar Jalis

A. Jalil Miran yang dikatakan menulis siri Bercakap Dengan Jin, tidur di tepi kubur dan berjanji untuk berkahwin dengan wanita bermuka gajah.



 

Novel mistik, Bercakap Dengan Jin amat popular di negara ini pada tahun 1980-an. Namun, pengarangnya, Tamar Jalis, masih misteri.

Ada yang mengatakan penulis sebenar sudah berusia lebih 70 tahun dan tinggal di Bruas, Perak tetapi beliau enggan dikenali.

Seorang lagi yang dikaitkan dengan nama Tamar Jalis ialah A. Jalil Miran yang pernah menulis untuk majalah Variasari dan Variapop.

Jalil meninggal dunia pada Oktober tahun lalu kerana sakit jantung pada usia 57 tahun.

Beliau yang juga bekas wartawan tabloid Buletin Rakyat dan Buletin Utama, dikenali dengan cerita seram dan hantu selain sensasi hiburan yang dihasilkannya.

Hotel berhantu

Menurut isteri arwah, Faridah Lah Omar, 46, Jalil bukan sahaja gemar menulis kisah-kisah hantu, malah beliau mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan makhluk alam ghaib itu. Jalil turut memiliki sisi eksentriknya sendiri, kata Faridah.

Pernah arwah mengajak Faridah tidur di sebuah hotel lama di Kuala Lumpur.

“Kami jadi seronok dapat tidur di hotel dengan anak-anak. Sebaik sahaja tengah malam, dia keluar sekejap. Apabila balik, dia tanya apa yang saya rasa semasa tidur.

“Saya kata seram sejuk dan ada terdengar suara seperti orang menjerit.

“Rupa-rupanya bilik hotel itu merupakan tempat orang mati dibunuh. Terus saya tidak menerima ajakan arwah untuk tidur di hotel lagi selepas itu,” katanya ketawa.

Faridah yang berasal dari Jeniang, Kedah, berkahwin dengan Jalil selama 21 tahun dan dikurniakan dua orang anak.

Faridah menceritakan, beliau mengenali Jalil semasa membuka kedai makan bersebelahan dengan pejabat syarikat penerbit Variasari iaitu Variapop Group di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

“Pada mulanya saya tidak berminat untuk mengenalinya walaupun arwah selalu mengurat saya dengan datang makan berkali-kali dalam sehari di kedai makan saya. Dia juga selalu mengutus surat cinta.

“Ambil masa setahun juga sebelum saya dapat menerimanya. Itu pun disebabkan kelembutan dan sifat sopan santun arwah,” ujar Faridah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Beliau menyifatkan Jalil seorang yang pendiam dan tidak suka diganggu semasa bekerja sepanjang perkahwinan mereka sejak tahun 1987.

“Kadang-kadang seharian dia menghadap komputer sampai tak mandi. Malah jika bilik bersepah dengan buku kerana dia membuat rujukan, arwah melarang saya mengemasnya.

“Dia juga suka pulang lewat malam dan hanya akan balik selepas mendapat berita yang dikehendaki,” ujarnya.

Wanita bermuka gajah

Bicara Faridah lagi, Jalil mempunyai tabiat yang pelik iaitu gemar tidur di rumah tinggal yang dikatakan berhantu.

“Dia ingin rasai sendiri pengalaman terserempak dengan hantu.

“Malah jika ada individu mendakwa pernah berjumpa dengan hantu, arwah lantas pergi ke tempat yang dimaksudkan itu.

“Bila balik ke rumah, arwah akan berceritalah pada saya yang dia jumpa hantu panjang, pocong, puntianak dan sebagainya.

“Itu yang kadang-kadang membuatkan saya sukar tidur malam,” ujarnya yang pernah mengalami gangguan tidur semasa mengandungkan anak pertama.

Kata Faridah, ketika itu, beliau terasa seperti ada makhluk yang menindihnya semasa tidur.

“Selepas saya membaca ayat-ayat suci al-Quran, ia terus hilang,” kata beliau.

Bercerita mengenai arwah suaminya, Faridah memberitahu, Jalil pernah mendapat gambar seorang wanita yang mukanya mirip rupa gajah. Gambar wanita itu pula belum pernah disiarkan oleh akhbar lain semasa beliau bekerja di Variasari.

“Saya tidak ingat wanita itu dari negeri mana tetapi arwah ada berjanji akan mengahwininya jika dia dibenarkan menyiarkan gambar tersebut.

“Namun dia tidak jadi berkahwin kerana wanita itu meninggal dunia beberapa hari selepas itu.

“Banyak lagi aktiviti pelik arwah termasuk pergi berjumpa bomoh tarik duit dan sering ke Indonesia untuk menuntut ilmu dan mencari ilham.

“Kadang-kadang seminggu sekali dia akan ke sana. Dia juga memperoleh ijazah dalam bidang mistik di negara itu,” katanya.

Namun, adakah Jalil ialah Tamar Jalis yang sebenar tidak dapat Faridah menjawabnya.

“Ini kerana saya berkahwin dengannya selepas siri Bercakap Dengan Jin berakhir dan arwah sendiri tidak pernah mengakui dirinya Tamar Jalis kerana dia sememangnya seorang yang kuat berahsia,” ujarnya.



Dah baca klik LIKE (^_^)

Kereta Cantuman Separuh Lama Separuh Baru

Sebuah kereta Toronado coupe 1967 hanya dipulihkan separuh sahaja oleh sebuah syarikat dari St.Louis supaya dapat memberi atau melihat perbezaan dan perbandingan diantara kereta baru dan kereta lama.











Read more: http://klik-aje.blogspot.com/2011/10/kereta-separuh-lama-separuh-baru.html#ixzz1tGCUInI4

Dah baca klik LIKE (^_^)

Berjalan Atas Langit

Seorang pelajar dari Moscow Rusia mendapat perhatian dunia gemar mengambil gambar dibantu rakannya dengan kamera Canon dari atas bangunan tanpa sebarang alat keselamatan.






Dah baca klik LIKE (^_^)

Imej Hantu Tepi Tingkap


ROTHESAY, Scotland - Seorang datuk, Harry Ross terkejut melihat wajah hantu menyerupai dirinya tiba-tiba muncul dalam sekeping gambar yang dirakamkan bersama beberapa anggota keluarganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ross, 64, mendapati lembaga itu sedang mengintai dari langsir dan dia yakin wajah tersebut menyerupai dirinya 42 tahun lalu.

"Keluarga saya pun sependapat bahawa wajah itu adalah saya. Ia merupakan satu pengalaman yang menakutkan," kata Ross.

Lelaki itu mengahwini isterinya, Theresa, 60, di Kettering, Northamptonshire pada 1967 dan mereka memperoleh 10 orang cucu serta dua cicit.

Gambar tersebut merakamkan Ross, anaknya, Andrew, 26 dan dua cucu perempuan, Bonnie dan Leah.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Watak Realistik Dragon Ball


Authentic Dragon Ball

Authentic Dragon Ball

Authentic Dragon Ball

by Munoz Velazquez
via

Authentic Dragon Ball

Authentic Dragon Ball

by curi222

Authentic Dragon Ball

by Energise

Authentic Dragon Ball

Authentic Dragon Ball

Authentic Dragon Ball

by curi222

Authentic Dragon Ball

by cazetta

Authentic Dragon Ball

by mataleoneRJ

Authentic Dragon Ball


Dah baca klik LIKE (^_^)

Menderita Kerana Sihir Pelalau

Wanita berusia 44 tahun ini baru bertemu jodohnya dua tahun lalu. Bukan sengaja menolak jodoh atau ingin digelar andartu, namun guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur ini menjelaskan ada satu cerita pahit di sebalik kehidupannya.

“Setiap kali pulang ke kampung dan berkumpul dengan saudara-mara, soalan bila mahu kahwin pasti ditanyakan kepada saya.

“Saya memang tidak pernah berniat untuk menolak jodoh tetapi apakan daya, tidak ada seorang pun yang datang meminang saya, melainkan suami saya sekarang,” kata wanita yang mahu dikenali sebagai Jemilah ini.

Dengan usia yang semakin bertambah, naluri anak perempuan tunggal dalam lima beradik ini sudah lama terseksa. Semuanya dikatakan berpunca daripada sihir pelalau yang dititipkan kepadanya melalui rojak buah 22 tahun lalu.

Yang paling menyedihkan, sihir itu dihantar oleh rakan baiknya sendiri.

Murung

“Benda itu ada dalam diri saya sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya saya fikir saya lemah semangat dan mudah tertekan, sebab itu saya pernah diserang histeria di sekolah beberapa kali.

“Rupa-rupanya saya ialah mangsa sihir. Saya sendiri tidak tahu tapi keluarga dan rakan-rakan rapat yang beritahu,” katanya.

Menurut Jemilah, semasa proses pengubatan, ustaz yang merawatnya mengatakan dia terkena sihir pelalau.

“Pada mulanya saya tidak tahu telah disihir, malah saya tidak percaya kerana seingat saya, saya tidak mempunyai musuh.

“Namun, selepas beberapa kali meracau dan menjadi pemurung, emak dan ayah tidak senang duduk dan mula mengikhtiarkan pelbagai cara untuk mengubati saya.

“Kebanyakan pengamal perubatan tradisional itu memberitahu saya disampuk benda ghaib, namun tidak dapat dipastikan apakah bendanya.

“Sejak itu, kehidupan saya berubah 180 darjah. Saya lebih suka menyendiri. Tidur malam saya tidak lena kerana rasa seperti ditindih dan sering bermimpi perkara yang mengerikan. Kulit saya mula rasa kering dan pedih.

“Mujur sihir itu tidak menjejaskan pelajaran saya. Kalau diingatkan semula, saya tidak tahu bagaimana saya boleh fokus dalam pelajaran sedangkan fikiran saya selalu runsing ketika itu,” kata graduan Universiti Jordan ini.

Mula terkena sihir pada tahun 1988 pada usia 22 tahun, jin yang dikatakan bersarang dalam tubuh Jemilah hanya keluar pada tahun 1999.

“Saya sudah puas berubat. Dengar saja ada orang yang pandai mengubat, saya pergi. Kadang-kadang sampai tak larat nak pergi berubat.

“Keadaan saya beransur pulih tetapi ‘benda ghaib’ itu masih ada dalam badan,” ceritanya.

“Sampailah pada tahun 1999, saya berubat dengan seorang ustaz di Rawang, Selangor. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa yang tidak pernah putus, dia dapat membebaskan saya daripada sihir tersebut,” imbas Jemilah.

Ditanya bagaimana dia ini mendapat tahu dikenakan sihir pelalau, Jemilah yang berasal dari Klang, Selangor memberitahu, apabila berubat dengan ustaz terbabit, dia pernah meracau.

“Saya tidak sedar apa yang berlaku, tetapi rakan dan emak yang menemankan saya berubat menceritakan semula apa yang terjadi.

“Sebenarnya, selepas ‘dipaksa’ oleh ustaz itu, jin tersebut berterus terang. Siapa yang menghantarnya, melalui cara apa, mengapa dan apa tujuannya,” ujar Jemilah.

Dari situ baru Jemilah tahu segala-galanya.

“Jin yang memasuki badan saya dihantar oleh rakan baik saya. Namanya tidak perlulah saya sebutkan.

“Menurut mereka yang menyaksikan pengubatan itu, jin berkenaan mengaku dia mengacau saya kerana tiga sebab.

“Pertama kerana saya selalu cepat menjawab apabila cikgu bertanya soalan di dalam kelas.

“Kedua, kerana sifat saya yang periang dan disenangi oleh guru dan rakan. Ketiga, kerana saya aktif dalam persatuan dan sering mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan.

“Tujuan saya disihir supaya hubungan saya dingin dengan semua orang yang rapat dengan saya.

“Tidak hairanlah, ramai yang mengatakan muka saya seperti orang kebingungan, mudah marah dan cepat tersentuh,” jelas Jemilah yang baru dua tahun bergelar isteri kepada seorang anak murid ustaz yang mengubatinya dahulu.

Muntah darah

Ceritanya lagi, saat jin itu dikeluarkan, dia memuntahkan semula rojak buah yang dimakan 22 tahun lalu yang diberikan oleh rakannya itu. 

Mendalami apa itu sihir pelalau, kata Jemilah, sihir jenis itu digunakan untuk menghalang seseorang terutama perempuan daripada dipinang atau dikahwini.

“Mereka yang terkena sihir pelalau dikatakan lambat menerima jodoh kerana apabila ada lelaki yang ingin berdampingan dengannya, mereka akan nampak muka pesakit pucat seperti mayat ataupun tidak berseri,” tambahnya yang bersyukur kerana keluarga memahami masalahnya dan tidak pernah memaksanya berkahwin.

Walaupun pada mata kasar Jemilah boleh dianggap sudah sembuh dan jauh daripada cengkaman pelalau, dia masih dapat merasakan ada benda lain yang menumpang di tubuhnya.

“Ada masanya saya dapat merasakan saya sedang bertarung dengan makhluk lain dalam diri saya. Saya berharap ia cuma ilusi kerana saya sudah tidak sanggup menanggung seksa disihir lagi.

“Bagi wanita di luar sana, jika anda seorang periang dan keletah anda sering menarik perhatian ramai, seeloknya dikurangkan. Takut ada yang busuk hati,” nasihatnya sebelum meminta diri petang itu.



Dah baca klik LIKE (^_^)

Gambar Keluarga Mr Bean




Ahahahaaaaaahaaaaaaaaaaaahhaaaa

Dah baca klik LIKE (^_^)

Penampakan Roh Wanita Baru Dikebumi


Mati pada malam selasa bulan mengambang.




Dah baca klik LIKE (^_^)

Kereta Berat Ditumpang Pontianak

Menghabiskan cuti hujung minggu di Bukit Fraser, Raub, Pahang sudah jadi amalan Ghazli dan Fazlin (buka nama sebenar) serta tiga anak mereka sejak setahun lalu.



 

Kerjaya Ghazli sebagai pemuzik dan isterinya, penulis sesuai dengan suasana semula jadi yang ditawarkan kawasan pelancongan berbukit di Banjaran Titiwangsa ini. 

Selain suasana alam semula jadi yang masih tidak dicemari pemodenan yang rencam, Fazlin cukup mengagumi suasana perkampungan seolah-olah di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

Banyak kali juga suami isteri ini mendengar cerita seram, pelik dan misteri yang dialami pelancong yang bertandang, maklumlah kebanyakan banglo serta hotel yang ada sedia wujud seawal era kolonial lagi, namun itu semua tidak pernah menjadi penghalang.

Bukit Fraser menyimpan pelbagai sejarah perjuangan orang Melayu sewaktu menentang penjajah Inggeris sejak 1917 hingga ambang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Antara kisah misteri yang pernah menyelubungi Bukit Fraser, termasuk pencarian seorang paderi Kristian dari Singapura pada 1917, Bishop C.J. Ferguson yang berjaya menemui ‘Bukit Fraser’ selepas berhari-hari mencari rakannya, seorang pelombong bijih timah, Louis James Freser yang dilaporkan hilang di dalam hutan itu.

Kerajaan Inggeris percaya Freser mati dimakan binatang buas atau dibunuh Orang Asli dan tubuhnya menjadi makanan mereka. Begitupun versi yang boleh diyakini menyatakan Freser dibunuh pejuang Melayu yang menentang Inggeris.

Memang sudah tertulis, setiap apa yang berlaku ada sebab tersendiri. Terpulang kepada manusia dan insan di bumi Allah SWT untuk mengambil iktibar.

Kali ini Ghazli dan Fazlin silap perkiraan dan lewat memulakan perjalanan iaitu hampir Maghrib. Biasanya mereka akan mengelak mendaki Bukit Fraser dalam suasana gelap kerana jalan yang sempit dan sukar ketika berselisih kereta, banyak selekoh berbahaya dan curam. Jika sesuatu berlaku sukar juga hendak mendapatkan bantuan.

Nekad meneruskan perjalanan, kira-kira setengah jam memandu, sebaik melepasi kawasan tadahan Empangan Kuala Kubu Bharu, mereka berasa seperti sesuatu yang tidak kena dengan kereta yang dipandu.

Anak kedua mereka, Nayli, 6, sejak tadi resah dan takut. Fazlin memujuk sambil menyuruhnya cuba tidur seperti abang dan adiknya.

Fazlin sendiri tambah gusar kerana baru hari pertama datang bulan, suami pula senyap dan langsung tidak bercerita, malah cukup serius memandu. Sebelum ini, tidak pernah pula dia begitu. Enjin kereta terdengar mengeram kuat tetapi kelajuan hanya 60 kilometer sejam (km/j). Berpeluh Ghazli menekan pedal minyak tetapi kelajuan tetap sama. Pelik, padahal kereta baru dihantar servis. Bukit Fraser pun belum dipanjat lagi.

Bulu romanya tegak berdiri, dalam hati kalimah dan ayat suci serta Ayatul Kursi menemani mereka sepanjang perjalanan.

Jangka waktu 20 minit sebelum sampai ke Gap dirasakan terlalu lama. Perasaan sesal dan bimbang bercampur baur. Apa pula musibah yang bakal menimpa mereka sekeluarga.

Sebaik melepasi selekoh lokasi tragedi Sir Henry Gurney dibunuh, kenderaan tiba-tiba meluncur laju. Tiada lagi bunyi enjin mengeram, ringan dan lancar. Ghazli dan Fazlin masih membisu sehinggalah mereka tiba di menara jam di tengah pekan Bukit Fraser.

“Nampak tak apa yang saya nampak?” kata Ghazli dengan wajah serius. Fazlin dengan wajah pucat dan suspen sekadar menggelengkan kepala.

“Benda tu terbang dan melintas betul-betul depan kereta kita dan terus lenyap ke dalam hutan dekat selekoh tadi...” kata Ghazli lagi sambil meraut muka dengan tangan. Rupa-rupanya kereta mereka ditumpang makhluk yang dikenali sebagai pontianak.

“Patutlah abang diam semacam saja, rupanya makhluk itu cuba mengusik kita sekeluarga. Barulah saya faham kenapa orang tua kita tidak galakkan keluar rumah waktu Maghrib, inilah mungkin sebabnya.”

Selepas kejadian itu, Ghazli dan Fazlin serik dan akan memastikan mereka akan naik ke Bukit Fraser hanya pada waktu siang. 



Dah baca klik LIKE (^_^)

Pengalaman Misteri Seorang Rakan di Jalan Karak Lama

Kali ini saya nak sambung cerita benar tentang misteri jalan karak. Kisah ini berlalu sebulan sebelum bulan puasa tahun 2009. Rakan seuniversiti saya ketika itu yang bernama Azroy pulang ke kampung sebab  cuti semester UIAM baru bermula. Dia menaiki motosikal melintasi jalan lama karak untuk ke Temerloh. Waktu tu pukul 8 malam, bila lalu hampir keluar dari daerah karak tu motor die tetibe je abis minyak padahal memang dia dah isi penuh minyak di Shell Gombak tadi.


Maka terpaksa la si Azroy ni menolak motor dia melalui jalan yang sunyi ni kiri kanan semuanya hutan jauh lagi baru jumpa rumah orang berdekatan. Dalam hati memang lah takut, macam-macam surah dibacanya. Dalam masa kurang dari 5 minit muncul seorang lelaki tua dari tepi jalan tu. Dia menggelarkan diri sebgaia pakcik Samad. Memang terkejut Azroy namun nak tak nak kena berani kan diri jugak menceritakan apa yang berlaku kepada orang tua tu. Manalah tahu orang tua tu boleh bantu dia untuk dapatkan petrol.

Kemudian orang tua tu ajak Azroy turun ke rumahnya yang tak jauh dari tempat tu. Hanya bersebelahan jalan raya dan menuruni sedikit ke bawah dari tepi jalan. Azroy memang dah sangka yang orang tua tu memang boleh tolong dia so rasa takut tu dah hilang sikit. Rase pelik jugak  Azroy sebab dah biasa lalu kat situ tapi tak de pula die perasan ada rumah dekat situ. Mungkin hari malam memang dia tak perasan lagipun kawasan tu memang agak tebal hutannya dan jauh dari rumah orang kebanyakan.

Dia nampak orang tua tu mengambil sebekas besen dan menuangkan ke dalam tangki minyak motor Azroy dan orang tua tu kata selagi meter minyak belum turun, jangan buka tangki minyak tu. Azroy pelik tapi dia angguk-angguk aje la. Kemudian orang tua tu ajak die minum kopi dan makan ubi rebus. Sebelum balik dan ucap terima ksih kepada orang tua tu, dia diberi beberapa ubi kayu oleh orang tua tu dan terus meneruskan perjalanan balik ke kampong dia kat Temerloh.

Lepas je beberapa hari berjalan naik motor tu, memang Azroy rase pelik bila tengok tangki minyak dia memang tak pernah turun-turun walaupun dah pusing jalan naik motor berpuluh kilometer. Sedikit pun meter tak berganjak. Rasa pelik memang menusuk sanubari dia. Cewah ayat jiwang pulak. Tapi ni memang cite betul la. Lepas tu Azroy nak pergi lagi sekali ke rumah orang tua tu sebab nak bagi buah tangan dan ucap terima kasih pada orang tua tu. Sampai ke tempat die habis minyak aritu, dia cuba cari tempat die jumpa orang tua tu dan rumahnya.

Azroy memang pasti rumahnya ada dekta sekitar tu tapi yang ada cuma semak samun. Tak lama lepas tu lalu la penoreh getah tegur Azroy dan dia tanya mana rumah orang tua yang bernama Samad tu. Penoreh getah tu rase pelik dan cakap pakcik Samad tu dah lama meninggal dunia rumahnya pun dah lama diruntuhkan sebab anak-anaknya dan isterinya dah pindah ke Melaka. Lepas tu Azroy pun terus pergi dari situ sebab dia rasa tak sedap hati. Takkanlah pakcik Samad yang dia jumpa dulu tu hantu sebab memang masa dia jumpa tu de apa-apa yang pelik berlaku siap minum2 kopi dan makan ubi rebus dengan pakcik Samad tu. Dan ubi yang pakcik tu bagi mak Azroy boleh buat pengat ubi lagi.

Kemudian die teringat tentang tangki minyak yang pakcik Samad isi yang masih belum luak lagi. Terus je Azroy buka dan terkejut die sebaik aje dibuka tangki tu kering kontang kering berasap seolah dah lama tak diisi petrol. Agaknya selagi Azroy tak buka tangki tu memang ia akan sentiasa berisi.

Agaknya siapakah pakcik Samad yang kawan saya ni temui?? Bunian kah?Hantu kah? Jin kah? Persoalan ni akan berlegar kat otak semua orang yang mendengar cerita ni.

Namun yang pasti kena beringat adalah apabila melintasi jalan karak terutama jalan lama karak yang mempunyai begitu banyak misteri…




Pesanan saya, hati-hati apabila melintasi Karak tak kira highway atau jalan lama Eeeeeeiiii......

Nota : Nama Azroy adalah nama samaran, namun pengalaman dan cerita tersebut adalah cerita sebenar.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Cara Mudah Mencuci Dan Menjaga Buah Pinggang

Kali ni nak berkongsi sedikit tips untuk menjaga buah pinggang kita. Ianya mudah sahaja dengan menggunakan kos sebanyak RM1.00 sahaja. Bagaimana? Jom kita lihat caranya.

Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini.

Daun parsley hanya dijual RM1.00

Caranya mudah sahaja beli seikat daun parsley, cuci bersih-bersih, potong kecil2, masukkan kedalam periuk, masukan air bersih, didihkan untuk sepuluh minit sahaja, sejukkan, tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk, amalkan meminumnya segelas sehari.

Insyaaallah anda akan rasa perubahannya, segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun Parsli telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!



Dah baca klik LIKE (^_^)

Pokok Betik Wajah Manusia

Gambar Batang Pokok Betik Berwajah Manusia | Sebatang pokok betik yang menyerupai wajah manusia yang tengah marah ditemui di ladang betik di Kampung Parit Hassan, Pontian Johor.




Tak mungkin benar!

Dah baca klik LIKE (^_^)

Bob Kuman Meninggal Dunia Berita Palsu

BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA


Bob memegang kad yang mempunyai tarikh hari ini sebagai bukti dia masih hidup.

Khabar angin mengenai kematian pelakon dan pelawak, Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi, 41, yang disebarkan melalui beberapa laman sosial pada Sabtu disahkan palsu.
Rakan baiknya, Mohd Razali Harun, 39, berkata Bob Kuman masih sihat dan kini berada di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara.
“Saya amat kesal dengan penyebaran khabar angin seperti ini dan sedih kerana perkara sebegini terjadi kepada Bob.
“Saya berada di sisi beliau ketika mendapat tahu mengenai khabar angin tersebut dan ingin saya jelaskan di sini bahawa Bob sihat walaupun dibantu alat pernafasan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya tahap kesihatan Bob kini sentiasa dipantau oleh pembantu perubatan di rumahnya.
Seorang rakan artis, Richie Rachman ketika dihubungi berkata, perbuatan menyebarkan berita palsu seperti ini merupakan satu perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.
“Soal hidup dan mati memang tidak boleh dibuat main-main tidak kira sama ada artis ataupun orang biasa dan perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku,” katanya. 

Kucing Spesis Terbaru Ditemui


Keh3 lawak benar..

Dah baca klik LIKE (^_^)

Ulang Tahun Pertama Blog Takmungkinbenar

Bulan 4 ini maka genaplah usia blog ini selama setahun. Dalam tempoh ni banyak pengalaman diperolehi dalam dunia blogging nih. So admin mengucapkan kepada semua follower dan  tukang pembaca setia yang tidak kunjung habis melawat blog ni.

Kalau ada sesiapa nak share link ngan blog ni pun xpe, bagitau saya dan saya akan letak link blog anda juga di blog sy ni. Tukar suka sama suka ni no punya dengan blog sy ni. Boleh tinggalkan link dibahagian komen ni. Dan jangan lupe ajak teman2 lain follow juga blog ni ya! (^_!)

Dah baca klik LIKE (^_^)

Teknik Menyapu Baru Dari China

Teknik Menyapu sebegini yang unik dengan mengabungkan 16 batang kayu penyapu sekaligus dalam satu cakra yang berputar dapat membersihkan sampah dan debu jalan.Yang pasti teknik sebegini dapat menjimatkan kos dan murah..




Kalau terlibas orang masa tengah bersihkan jalan agak-agak macam mana ??


Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^ ______________________________________________________ Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com