Rumah Perlindungan Untuk Hari Kiamat?


BENTUK rumah perlindungan yang dibina Seyfried di Salt Lake Utara, Utah pada 12 Disember lalu.



WASHINGTON - Syarikat Utah Shelter System yang dikendalikan Paul Seyfried menghasilkan beberapa buah rumah perlindungan untuk kegunaan orang ramai menghadapi pelbagai bencana seperti peperangan nuklear, kimia, biologi, bencana alam dan hari kiamat.

Harga rumah itu adalah antara AS$51,000 (RM155,738) hingga AS$64,000 (RM195,471).
Seyfried menghasilkan rumah tersebut dengan menggunakan keluli di Salt Lake Utara, Utah.
Rumah itu turut dilengkapi dengan tandas. - Agensi

P/S : Kiamat itu penamat, tiada sesiapa boleh terselamat. Hanya Allah SWT sahaja tahu bila ia berlaku.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Ada Berani Makan Kuih Ini...??




Apakah anda akan tetap memakannya jika disodori kuih-kuih ini? Pemilik kedai Gillian Bell Cupcake membuat berbagai macam kuih yang mempunyai bentuk menjijikkan. Pelbagai cake dan cupcake dibentuk menyerupai organ tubuh yang dijangkiti penyakit.

Gillian membuatnya demikian untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya penyakit. Ia mempamerkan kreasinya itu di Muzium Patologi di London. Gillian juga mengatakan senang membuat pelbagai bentuk menjijikkan itu kerana bosan dengan bentuk standard.

"Ini sesuai dengan idea pameran untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit," kata pembuat roti berusia 34 tahun ini. "Ada cake yang menyerupai penyakit berjangkit. Aku mendesainnya dengan tema penyakit kulit, jadi ada yang serupa kutil dan bisul. "

Wanita yang menjalankan kedai kuih di Edinburgh ini memang kerap menerima pesanan kue berbentuk tidak lazim. Ia merasa senang boleh menjadi bahagian pameran ini dengan mempamerkan ciptaan kuihnya berjudul "Eat Your Heart Out". Gillian suka melihat reaksi awam apabila diminta memakan kuih-kuih tersebut.

"Sungguh lucu melihat reaksi orang-orang kerana sebenarnya kuih-kuih itu mempunyai rasa layaknya kuih normal," lanjut Gillian. "Beberapa orang langsung memakannya dan sebahagian tidak jadi. Itu hanya matamu saja yang tertipu sehingga kamu berfikir seperti akan memakan kutil. "


Dah baca klik LIKE (^_^)

Wang kertas RM1 unik bernilai RM600



TAMPIN – Seorang pekerja Majlis Daerah Tampin (MDT) tidak menyangka duit RM1 yang diperolehnya hasil jual beli sebelum ini mempunyai keunikannya yang tersendiri apabila cetakan BNM 1 timbul di bahagian tengah gambar Yang Dipertuan Agong.

Pekerja berkenaan, Mohd Amir Sheir Zuman, 25, berkata, keunikan wang itu hanya disedarinya apabiladia ingin membuat bayaran ketika membeli nasi lemak tiga minggu lalu dan dia terus menyimpan kembali wang berkenaan.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kerja, dia membelek kembali wang berkenaan dan menunjukkan kepada rakannya yang lain bagi membolehkan mereka mengesan keunikan duit berkenaan.

“Selain cetakan BNM 1 yang timbul, wang kertas ini juga lebih kecil saiznya berbanding wang RM1 biasa.

“Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan kemungkinan duit ini merupakan cetakan pertama RM1 lama ataupun cetakan terakhir sehingga menyebabkan BNM 1 berkenaan timbul berbanding duit kertas lain,” katanya ketika ditemui di Taman Rekreasi Tampin, dekat sini, kelmarin.

Sementara itu, Mohd Amir berkata, walaupun hanya RM1, ada seorang lelaki pernah menyatakan hasrat mahu membeli wang kertas itu dengan harga RM600 kerana ingin menggunakan duit berkenaan bagi tujuan perubatan.

Menurutnya, buat masa ini dia tidak membuat sebarang keputusan untuk menjual wang kertas berkenaan, bagaimanapun, dia tidak menolak sekiranya ada individu yang dapat menjelaskan sebab keunikan duit berkenaan dan menawarkan harga yang munasabah kepadanya.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Lisa Surihani Main Kayu Tiga Pulak Dah?


Lisa Surihani ni memang cute dan comel tidak dapat dinafikan lagi. Bila comel mesti la ramai peminat. Tapi dah jadi isteri kepada Yusry. Tapi diberitakan mase di Istanbul baru-baru ni mengatakan Lisa pergi ke sana dan ada yang kata die main kayu tiga.

Entahlah tak berani nak komen atau cerita lebih-lebih. Ketahui ceritanya lebih lanjut. Ohhh Lisa...Lisa apa nak jadi ni. Ada soalan saya tujukan untuk Yusry (kalo dia bace blog ni la), ko tak rase jeles atau dayus ke biar bini kena pegang/peluk walaupun berlakon je? Pesan saya kalau nak cari isteri, jangan cari artis, senang cerita.

Dah baca klik LIKE (^_^)

Usikkan Pocong di Jalan Batu 3 Mentakab Berhampiran Temerloh

Apabila ada anak2 ataupun rakan2 melalui jln batu 3 antara temerloh menghala ke jerantut berhampiran estat kuala krau haruslah berhati2 kerana ramai yg sudah terkena usikkan hantu kucung/pocong di situ..citer ni kalu yusri kru tau ni memang die nk buat filem ni mcm filem karak tu.


Ini adalah cerita sebenar seperti yg diceritakan oleh orang tua-tua di sini. citenye begini...kire jd urban legend jgk bg org area sini..pernah skali tu seorg lelaki membawa motosikal dan enjin mati dtengah jln dan terasa berat moto die tu kerana pocong menumpang kt blakang..ada juga yg terasa berat bumbung kereta kerana pocong duk btenggek atas bumbung..klu korang bwk kete n semua kete yg mlintasi keta korang tu bunyikan hon jaga2, ini kerana  ada pocong duk ats bumbung tu...


Dan lagi satu biasanya org yg dganggu pocong tu akan diselamatkan oleh seekor burung yg sbesar garuda...burung tu akan menyambar hantu tu dan mnghempaskannya keaatas tanah smpai pecah kain kafan pocong tu tersembur ulat dan nanahnya...ni kerana burung tu dikatakan jin islam kepada abg kepada si adik yg menjadi pocong itu.....ia ditugaskan utk mnyelamatkan org2 yg dganggu pocong tersebut

Asal usul kisahnya bermula disini.....

Pada tahun 1900an , sebelum zaman perang dunia pertama lagi, ada 2 org adik beradik dimana si abgnya seorg yg baik dan si adiknya seorg yg suka cemburu dan pemarah..apabila si abgnya dpt memiliki seorg gadis yg cntik yg dgilai ramai, si adiknya mula cemburu dan mula menuntut ilmu salah seperti ilmu hitam..aku xbrapa ingt lgi kisahnya sbb ada byk lgi peristiwa yg mmbuatkan adik bradik ni clash antara satu sama lain..lantas mereka pn membuat perhitungan di gua gunung senyum, si adik tewas walaupun sudah memiliki ilmu hitam....

Si adiknya terus mnuntut ilmu hitam dan bertekad akn mncari jln utk mmbunuh abgnya dan keturunannya...si abgnya pula terus bertapa di gunung senyum dan selepas beberapa ketika bertemu kembali mmbuat perhitungan..kerana kebenaran sememangnya mengatasi kejahatan adiknya tewas setelah beberapa jurus...dengan bantuan shabat abgnya iaitu jin islam yg mnjelma kpd burung garuda...adiknya dihempaskan oleh burung trsebut ke atas batu besar lalu pecah badannya...

Namun dengan menggunakan ilmu hitam anehnya, si adik yg telah mati bangkit semula kemudian berkata akan mmbalas dendam kepada keturunan abg dan org2 yg lainnya...adiknya terus berlalu pergi dengan dendam yg mmbara manakala si abg pula terus bertapa di gua gunung senyum...ada sesetengah org kata si abgnya ni masih lagi bertapa di gunung senyum ni smpai sekarang...


Tamat imbas kembali....

Dan hantu yg berkucung/pocong tu adalah jelmaan adiknnya yg suka mengganggu org ramai tatkala malam...dan jika bernasib baik, org yg diganggu tue akan diselamatkan oleh burung garuda iaitu jin sahabat abgnya.......

Wah pnjng jgk citer aku ni, sbnrnye crita nye pnjang lgi aku pndekkan sikit...dan ada byk versi ,lain org lain cara penceritaannya tapi mmbawa kepada cerita asal yg hampir 90% sama...sbnrnye ade byk lagi cite seram pngalaman org yg dikacau pocong tu.kang xtdo mlm lak korang hahahah...wah, ade x yusry kru bce post ni???nak buat filem tak cite ni hahahahah contact me, hakcipta terpelihara okay.....            

NAMUN HARUS BERINGAT, APABILA MELALUI JALAN BATU 3, ANTARA TEMERLOH KE JERANTUT...........

Dah baca klik LIKE (^_^)

Harga Ikan Arowana Emas Malaysia RM300,000 Seekor




JIKA durian terkenal dengan jolokan raja buah, arowana emas Malaysia pula mengungguli carta teratas bagi kategori ikan hiasan.

Nilainya yang mampu mencecah puluhan ribu ringgit seekor menyebabkan spesies ikan yang dikatakan hanya boleh didapati di Tasik Bukit Merah, Semanggol, Perak itu digelar sebagai 'emas yang berenang'.

"Siapa sangka ikan kelisa (panggilan penduduk tempatan bagi arowana emas) yang enak dimasak gulai dan kadangkala dijadikan pekasam oleh penduduk kampung dahulu rupa-rupanya begitu berharga.

"Pada awal 1970-an, ikan ini mudah didapati dan biasa terperangkap di dalam lopak air di bendang padi dan tali air setiap kali selepas musim banjir," ujar Ahmad Don, 58, mengimbas kenangan zaman kanak-kanaknya kepada Jurnal baru-baru ini.

Namun begitu, Ahmad yang ketika itu berusia belasan tahun merupakan antara segelintir individu yang menghidu potensi arowana emas sebagai ikan hiasan.

Dengan membeli anak ikan itu hidup-hidup daripada penduduk tempatan yang mengailnya dari Tasik Bukit Merah, beliau menjualnya semula kepada peniaga ikan hiasan di Pulau Pinang pada harga RM15 seekor.

Rezeki menjual ikan kelisa secara kecil-kecilan itulah sebahagian usaha Ahmad yang menjadi anak yatim seawal usia dua tahun untuk membantu ibunya menyara keluarga.

"Dari situ minat saya terhadap arowana khususnya spesies emas Malaysia mula bercambah. Kenangan zaman remaja itu telah menjadi inspirasi kepada saya untuk menceburkan diri dalam industri penternakan ikan arowana secara serius pada tahun 2001.

"Sebelum menubuhkan Bukit Merah Aquaculture (M) Sdn. Bhd. (BMA) yang menjadi perintis kepada industri ikan arowana di Bukit Merah ini, saya juga pernah membuka kedai ikan hiasan di Taiping," jelasnya.

Harga

Bermula dengan 25 buah kolam yang dibina di atas tanah pusaka arwah bapanya seluas 0.8 hektar, kini Pengarah Urusan BMA itu boleh berbangga kerana memiliki 1,000 buah kolam ternakan ikan arowana.

Walaupun menternak pelbagai spesies arowana seperti mas merah, highback, merah banjar, super red, merah cili, emas highback, perak dan hijau, bagi Ahmad, emas Malaysia ialah spesies yang paling berharga.

"Jika spesies lain, seekor anak ikan sebesar 12.7 sentimeter (sm) boleh dijual pada harga RM20 hingga RM1,500, anak ikan arowana emas Malaysia pula berharga RM2,500 seekor.

"Ikan hiasan itu bukan sahaja telah memberi pulangan jutaan ringgit malah yang lebih berharga daripada itu, ia memberi nilai sentimental yang mengingatkan saya kepada zaman silam," cerita Ahmad.

Induk daripada spesies arowana emas berkenaan mampu dijual sehingga RM24,000 seekor. Malah menurut Ahmad, beliau pernah menjual seekor arowana emas Malaysia yang bersifat albino pada harga RM300,000 pada tahun 2006.

Oleh sebab itu, bibir Pengerusi Persatuan Penternak Arowana Utara itu tidak henti-henti mengukir senyuman apabila Bengkel Standard Kualiti Arowana Emas Malaysia yang diadakan di Bukit Merah baru-baru ini memutuskan untuk menjadikan arowana emas Malaysia sebagai warisan negara.

Bagi bapa kepada 12 cahaya mata itu, penat-jerihnya memartabatkan ikan arowana emas Malaysia di mata dunia selama ini seolah-olah telah berbayar berikutan inisiatif Jabatan Perikanan tersebut.

"Pengiktirafan itu meletakkan ikan hiasan ini di tempat sewajarnya memandangkan ia merupakan merupakan khazanah paling berharga Tasik Bukit Merah," katanya.

Secara tidak langsung, pengwartaan arowana emas Malaysia sebagai warisan negara bakal menyerlahkan lagi nama Bukit Merah di mata dunia.

Dari sudut perniagaan pula, pengusaha ikan arowana di Zon Akuakultur Bukit Merah yang seluas 100 hektar sekarang bakal menerima manfaat besar serta potensi mengembangkan perniagaan mereka.

Selain menjamin nilai arowana emas Malaysia di pasaran antarabangsa, ia juga mampu mengukuhkan lagi penguasaan negara dalam industri berkenaan.

Setakat ini, Malaysia menguasai hampir 70 peratus pasaran arowana dunia biarpun mendapat saingan sengit daripada Indonesia dan Singapura.

Malah, ciri-ciri unik ikan itu akan semakin mudah dikenal pasti peminat ikan hiasan menerusi pengenalan Standard Spesifikasi Ikan Arowana Emas Malaysia atau DOF STAN 1:2012 kelak.

"Sebelum ini, ada beberapa kes peminat ikan hiasan khususnya yang baru berjinak-jinak terpedaya dengan pihak tidak bertanggungjawab yang menipu menjual pada harga tinggi ikan arowana hijau yang diakui kononnya emas Malaysia.

Mulut

"Ia bukan sahaja merugikan pelanggan bahkan memberi kesan kepada nilai pasaran arowana emas Malaysia yang sedikit merudum akhir-akhir ini akibat isu tersebut," jelas Ahmad.

Beliau yang juga salah seorang panel Jawatankuasa DOF STAN 1:2012 memberitahu, ikan arowana emas Malaysia boleh dikenal pasti daripada sisiknya yang berwarna keemasan dan semakin terserlah pada peringkat pramatang dan dewasa.

Selain itu, ikan yang turut dikenali sebagai dragon fish dan dragon bonytongues itu mempunyai sesungut dan lidah yang keras seperti tulang. Ia juga mampu membuka mulutnya dengan luas dan mempamerkan struktur giginya yang halus tetapi kuat.

Boleh dikatakan hampir 80 peratus daripada 336,000 ekor ikan arowana pelbagai spesies bernilai RM151 juta yang dikeluarkan setiap tahun oleh Zon Akuakultur Bukit Merah dibeli oleh pelanggan dari China.

Senario itu tidak menghairankan kerana ia berkait rapat dengan sentimen kaum tersebut yang percaya arowana adalah lambang kekayaan dan mempunyai feng shui yang baik untuk membantu kejayaan pemiliknya.

"Orang Cina percaya ikan yang menyerupai naga ini lambang kepada kesihatan yang baik, mampu menjamin keharmonian keluarga dan memberi perlindungan daripada sihir," ujar Ahmad.

Bercerita tentang penjagaan arowana, Ahmad berkata, ikan hiasan itu sesuai membiak di negara yang beriklim Khatulistiwa seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Selain memerlukan bekalan air yang sentiasa mengalir sepanjang tahun, kolam ternakan ikan arowana hanya sesuai dibina di kawasan tanah liat berpasir dengan kandungan tanah liat sekurang-kurangnya 55 peratus.

Habitat yang sesuai untuk pembiakan ikan arowana juga memerlukan kandungan air pada kadar pH antara 6.8 dan 7.4.

"Bagi memastikan pembiakan anak ikan arowana yang berkualiti, hanya enam ekor induk ikan jantan dan 10 betina diisi di setiap kolam yang sebesar 6x15 meter.

"Ikan yang bersifat karnivor itu akan diberi makan anak ikan seluang selain makanan tambahan lain seperti udang, cengkerik, katak, ulat dan lipan sebanyak dua kali sehari," katanya.

Berbanding ikan hiasan lain yang memerlukan bantuan manusia seperti teknik aruhan untuk membiak, proses persenyawaan induk arowana lebih mudah kerana ia berlaku secara semula jadi.

Ikan arowana akan matang apabila berusia antara dua hingga tiga tahun. Pada masa itu, induk jantan dan betina bakal berpasangan sehingga masa mengeluarkan telur dan sperma.

Ujar Ahmad, ikan hiasan itu hanya bertelur setahun sekali. Telur yang telah disenyawakan akan dikutip ikan jantan untuk dieram di dalam mulutnya selama dua bulan.

"Sepanjang tempoh tersebut, induk ikan jantan akan 'berpuasa'. Anak-anak ikan yang telah menetas hanya akan diluahkan daripada mulutnya selepas boleh berenang sendiri.

"Biasanya induk jantan boleh menjaga antara 20 hingga 60 ekor anak di dalam mulutnya pada satu-satu masa," beritahu beliau.

Begitupun, Ahmad menjelaskan bagi tujuan komersial, mulut ikan jantan terbabit akan diperiksa setiap dua bulan bagi mengeluarkan anak-anak ikan sebelum diletakkan di dalam inkubator yang fungsinya menyerupai mulut si induk.

- KOSMO!


Dah baca klik LIKE (^_^)

Cerita Hantu Karak

Setelah hampir setengah tahun tak buat entri pasal hantu Karak ni, saya nak cerita sikit tentang hantu-hantu yang sering berlegar di jalan Karak yang memang misteri dan menggerunkan serta menegakkan bulu roma orang yang melintasinya terutama  ketika senja hingga ke awal pagi.

Cerita misteri volkswagen kuning, pocong, hantu makan orang, kelibat pasukan hantu komunis berkawad atas jalan, hantu terbang, hantu mawas dan lain-lain lagi memang menggerunkan. Seuma jalan cerita hampir sama tapi cara penceritaan berbeza. Ini membuktikan ramai yang telah terserempak dengan kelibat hantu ni. Kali ni nak cerita sedikit daripada hantu-hantu ni.


Penampakan Pontianak
Tanpa fikir panjang, pintu kereta ditutup dan Saifullah menekan pedal minyak semahunya. Malik menekup muka, Azizi pula menenangkannya. Tingkap yang sebelum itu dibiarkan terbuka pantas ditutup. Hadi bertanya, apa yang mereka nampak dan kenapa ketakutan sampai begitu sekali.

http://3.bp.blogspot.com/-K6X6zwaygHU/TfzqOKSYsKI/AAAAAAAACyQ/cBR04kkF4KY/s1600/pontianak+karak.jpg

“Aku rasa aku nampak puntianak. Dia tengah baring terlentang atas but kereta kau tapi muka dia menghadap kita. “Masa aku toleh ke belakang tadi, mata aku betul-betul nampak matanya,” kata Saifullah ketika menceritakan detik cemas dia dan rakan-rakannya disapa makhluk halus di Lebuh Raya Karak.

Selepas mendengar pengakuan rakannya, Saifullah cuba memberanikan diri untuk melihat ke cermin pandang belakang namun tiada apa yang kelihatan. Hadi pula cuba pandang ke belakang menerusi cermin sisi. “Pul, betullah. Aku nampak ada ‘benda’ dekat belakang,” kata Hadi. Mendengarkan katanya, kami semua tidak putus membaca kalimah al-Quran. Hadi pula beberapa kali mengalunkan azan dalam tempoh 15 minit,” ujar Saifullah.

Apabila keadaan menjadi tenang, baru empat sekawan ini faham mengapa lori dan kereta yang memintas mereka menyalakan lampu besar. “Mungkin mereka nak beritahu kita pasal lembaga tersebut, tetapi kita yang tak faham. Mujur juga mereka masih boleh mengawal kenderaan kerana panik dan takut melampau juga boleh mengundang kemalangan,” jelasnya yang sehingga kini mengelak untuk melalui Lebuh Raya Karak pada waktu malam.

Tidak menolak kewujudan entiti di laluan berkenaan, ramai yang berpendapat kawasan di sepanjang lebuh raya tersebut memang keras. Menerusi carian di beberapa blog yang memaparkan cerita seram, sudah ramai yang disakat oleh makhluk halus terutamanya jika menggunakannya pada waktu malam.

Ada yang mengaitkan gangguan-gangguan tersebut terjadi ekoran kejadian kemalangan maut yang kerap berlaku di situ. Ada juga yang berpendapat, kawasan tersebut memang ‘keras’ kerana ia adalah tapak asal perkuburan lama.

Budak Sesat Cari Emak

Pada suatu malam, ada seorang lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur mahu pulang ke rumah pada waktu malam. Selalunya ramai orang memilih untuk mengguna lebuh raya Karak pada waktu malam kerana mahu mengelakkan kesesakan jalan raya dan juga bahang panas matahari.

Namun, lelaki ini yang begitu suci pemikirannya daripada kisah-kisah hantu di lebuh raya Karak terlalu penat pada malam itu, lalu memilih untuk berhenti memandu dan tidur di dalam kereta di tepi jalan. Silap besar! Itulah yang berlaku. Mungkin Uncle Seeker boleh menggunakan idea ini untuk mengesan kewujudan entiti dan bukti kewujudan hantu di Lebuh Raya Karak.

Baru sahaja beberapa minit dia terlelap, dia kembali dikejutkan dengan bunyi ketukan tingkap dari luar. Rupa-rupanya ada seorang budak lelaki yang merenungnya tanpa berkelip-kelip dan bertanya kepadanya di mana ibunya.

Pemandu itu masih mempunyai naluri yang kuat. Nalurinya kuat mengatakan dia harus menghidupkan enjin kereta dan memecut laju dan jangan mempedulikan budak misteri itu. Pemandu itu pun terus meninggalkan tempat tersebut dengan kereta yang dipecut laju. Dari cermin belakang keretanya, dia melihat budak itu masih mengejar dengan laju walaupun pada ketika itu kereta pemandu itu sedang bergerak pada kelajuan melebihi had laju nasional. Budak itu masih lagi mampu mengekori keretanya dan sempat lagi bersaing sebelah menyebelah dengan pemandu kereta itu. Budak itu terus bertanya dan bertanya jika pemandu itu tahu di mana ibunya.

Kemudian sebuah kereta polis peronda pun muncul lalu mengekori kereta lelaki itu. Ketika itulah hantu budak sesat cari ibu itu menghilangkan diri. Lelaki ketakutan dari Kuala Lumpur itu pun menceritakan segala-galanya kepada pegawai polis. Pegawai polis memberitahu lelaki tersebut:

Pada suatu ketika dahulu, ada kemalangan berlaku di sini. Kemalangan itu berlaku dipercayai kerana penumpang di dalam kereta tersebut tidak memaki tali pinggang keledar keselamatan semasa memandu. Dalam kemalangan itu, ibu kepada budak tersebut telah tercampak keluar dari keretanya. Manakala budak tersebut kekal di dalam kereta. Disebabkan hal itu, budak itu pun merayau-rayau mencari ibunya sehingga kini.

Lelaki ketakutan dari Kuala Lumpur itu pun bertanya bila peristiwa itu berlaku. Pegawai polis itu memberitahu, lama sudah.

Lelaki itu berasa pelik kenapa budak itu tidak membesar. Polis itu pun memberitahu, kalau dah namanya hantu, seratus tahun lagi pun macam itulah rupanya.

Begitulah kisah hantu budak sesat cari emak di lebuh raya Kuala Lumpur. Ada orang kata semasa kemalangan itu berlaku, budak itu yang duduk di bahagian depan, manakala ibunya sebagai pemandu. Dalam kemalangan itu, cermin pecah dan kaca menusuk ke mata budak itu.


Namun yang penting harus beringat apabila melintasi Karak........

Dah baca klik LIKE (^_^)

Cara Penyeludupan Pendatang Haram Yang Ekstrim

Inilah yang dilakukan oleh pendatang tanpa izin untuk memasuki sesebuah negara secara haram. Sangat extreme. 



Dah baca klik LIKE (^_^)

Tiada Matahari Terbit Pada 23-25 Disember 2012??



Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.

Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.

Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu

Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 25 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam…
 


Dah baca klik LIKE (^_^)

Kunci Mangga Original Zaman Dulu

Mungkin gambar ni menunjukkan bagaimana mangga kunci mendapat nama. Agaknya orang dulu-dulu gunakan mangga macam ni untuk kunci rumah diorang maka sekarang ni mangga ditukar kepada besi..Ahahaha


Dah baca klik LIKE (^_^)

Bahaya - Jangan Upload Gambar di FB Banyak Sangat


Korang tahu tak sebenarnya gambar didalam Facebook tidak boleh dipadam sepenuhnya? Biarpun korang sendiri yang upload gambar tersebut, gambar tu tetap akan  hidup walaupun gambar tu telah dipadam 2, 3 tahun yang lalu.

Sebenarnya fenomena ini telah disedari sejak tahun 2009 lagi, tapi aku je yang baru tahu hari ni. Ramai juga pengguna yang telah membuat aduan tentang perkara tersebut, tetapi sehingga kini masih tiada tindakan atau jalan penyelesaian yang diberikan oleh pihak Facebook.

Jadi untuk membuktikan kenyataan diatas adalah benar, sila ikut contoh dibawah :

1. Upload mana-mana gambar didalam Facebook korang,
2. Buka gambar yang korang upload tadi, lepas tu klik kanan pada gambar tu dan pilih "Copy Image URL",
3. Padam gambar yang korang upload tadi,
4. Last sekali pastekan link gambar yang korang copy tadi pada browser...
Jadi apa pendapat korang tentang perkara ni? Baik atau buruk itu terpulang pada korang... Cuma aku nak nasihatkan kepada semua kaki Facebook, sila kurangkan upload gambar buruk anda didalam Facebook, kehkehkeh... Jangan marah.

Sumber : klik-aje.blogspot.com

Dah baca klik LIKE (^_^)

Gua Kristal Gergasi



Ini adalah tempat di mana anda perlu pergi jika anda mahu melihat kristal terbesar di planet ini.


Dijumpai di lombong Naica Chihuahua, Mexico, Gua Kristal Gergasi adalah ruang hosting beberapa kristal yang paling menakjubkan yang pernah anda lihat. ia kelihatan seperti gergasi perak atau emas, dan mencapai 11 meter panjang, 1,5-2 meter dalam diameter dan 55 tan . Sehingga 2007, untuk saiz normal ia tidak diketahui, tetapi kini ia adalah jelas ia mempunyai sesuatu untuk dilakukan dengan air yang kaya dengan mineral kristal ,selama berjuta-juta tahun dan suhu yang berterusan daripada tidak pernah turun dibawah 150 darjah Fahrenheit.

Sejak ia telah ditemui, Gua Kristal Giants telah ditutup daripada dunia luar, jadi operasi syarikat perlombongan di lombong telah pasang pintu besi untuk menutup.












Dah baca klik LIKE (^_^)

Pinjam Muka Mayat



LELAKI ini pernah Hidup dalam persembunyian serta terpinggir selama 15 tahun di Hillsville, Virginia, Amerika SYARIKAT (AS), dengan berselindung di sebalik topeng Wajah dan hanya Keluar dari rumah pada waktu malam.

Semuanya disebabkan oleh satu insiden tembakan yang Tepat mengenai wajahnya pada tahun 1997.

Akibat daripada kejadian itu, Richard Lee Norris, 37, mengalami kecacatan teruk kerana hilang gigi, hidung serta sebahagian daripada lidahnya.

Bagaimanapun, Mimpi ngeri Norris itu berakhir selepas dia menjalani satu pembedahan pemindahan Wajah 19 Mac lalu di Pusat Perubatan Universiti Maryland, Baltimore, AS.

Pembedahan selama 36 jam itu melibatkan 100 orang Doktor yang terdiri daripada daripada Pakar pembedahan Plastik serta Pakar kraniofasia dari Institusi tersebut yang dilantik oleh Yang Profesor bedah di Jabatan Perubatan, Dr Eduardo D. Rodriguez.

"Sebelum ini, orang di sekeliling Sering memerhatikan Norris kerana dia Memakai topeng Wajah dan mereka ingin tahu rahsia di sebalik topeng itu.

"Kini, mereka mempunyai gak pernah buka lain untuk merenung ke arahnya. Perkembangan ini sangat menakjubkan," ujar Rodriguez selepas pembedahan itu Berjaya.

Peranan yang besar tersebut Saksikan Wajah Baharu Norris berfungsi sepenuhnya terutamanya dari segi Ekspresi Wajah dan pergerakan, pasukan pembedahan telah memberikannya lidah Baharu Supaya dia dapat bercakap, makan dan mengunyah dengan Sempurna.

Gigi

Selain itu, barisan tindak giginya juga distruktur semula serta dihubungkan dengan Saraf Saraf di sekitar wajahnya bagi Peranan yang besar tersebut dia kembali tersenyum Riang.

Norris merupakan individu pertama di AS yang menjalani pembedahan pemindahan Wajah pada keseluruhan Muka yang Berjaya mengekalkan penglihatannya.

FILEM tahun 1997, Face Off, lakonan John Travolta (kiri) dan Nicolas Cage menonjolkan idea pemindahan Wajah menerusi Teknologi transplan.

Ternyata juga Nasib menyebelahinya apabila dia terselamat dalam pembedahan itu meskipun menjalani pembedahan membina semula dan memperbaiki Saraf dan tisu Wajah dari Kulit kepala sehingga ke Leher.

"Saya sudah Kini Boleh kewajibannya di hadapan semua orang tanpa mendapat renungan yang Aneh daripada sesiapa pun.

"Bab Perkara Perkara yang paling menggembirakan adalah saya Kini dapat melakukan rutin Harian seperti memegang Muka, memberus gigi serta bercukur," jelas Norris yang telah kembali bekerja.

Pemindahan Wajah adalah suatu prosedur pembedahan untuk menggantikan keseluruhan atau sebahagian daripada Wajah seseorang.

Ia dijalankan bagi membaiki kecacatan Wajah yang disebabkan oleh kemalangan, Kebakaran, insiden tembakan, serta Serangan Haiwan.


Seorang Menurut Pakar Kulit, Dr Ko Chung Beng, dalam proses pemindahan Wajah, Bab Perkara Perkara utama yang perlu ada ialah Wajah daripada penderma.

"Ini ialah elemen Asas kerana pembedahan ini melibatkan proses pemindahan Wajah daripada satu individu kepada individu yang lain," katanya dipulangkan ditemui di kliniknya di Klang, Selangor.

Tambahnya, proses pemindahan Wajah meskipun baru Sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

"Dalam pembedahan itu, jutaan salur darah dan Saraf Muka dipindahkan dari Wajah asal milik penderma kepada Wajah milik pesakit.

"Bayangkanlah, salur-salur darah yang kecil itu perlu Disambungkan antara satu sama lain. Proses ini dilakukan dengan Sila baca arahan dan berhati-hati bagi mendapatkan hasil yang TERBALAS," ujarnya yang merupakan Pakar pembedahan Plastik.

Malaysia

Menurut Chung Beng, mungkin atas sebab Kerana itulah industri pemindahan Wajah masih Baharu di Malaysia memandangkan kekurangan tenaga Umno yang sanggup mengambil Risiko melakukan pembedahan tersebut.

Beliau memberitahu, sehingga ke hari ini tiada Seorang pun individu yang tampil menjadi penderma Wajah.

"Ini mungkin disebabkan oleh Budaya Masyarakat Malaysia yang mahukan si mati dikebumikan Dalam Keadaan Sempurna anggota badan.

"Mereka tidak dapat menerima andainya si mati dikebumikan dengan saja dilakukan asal maksud Dirinya tanpa Wajah kerana telah didermakan kepada orang lain," jelasnya.

Selain itu, ujar Chung Beng, di negara ini belum ada KES yang melibatkan kerosakan teruk pada Wajah seperti yang sah bagi di luar negara sehingga perlukan pembedahan pemindahan Wajah dilakukan ke atas pesakit.

MALAYSIA masih kekurangan tenaga Pakar dan Alatan untuk melakukan pembedahan pemindahan Wajah.

"Kalau ada pun ialah KES Mangsa simbahan asid dan yag teruk akibat Kebakaran ataupun kemalangan yang masih Boleh dirawat menerusi pembedahan Plastik atau rawatan laser," jelasnya yang mendedahkan bahawa Kos bagi membuat pembedahan Plastik di negara ini Boleh mencecah sehingga minima RM10, 000.

Sementara itu, dari segi kesannya pula, pesakit yang menjalani pembedahan ini akan mengalami masalah deria sentuhan pada Wajah yang kurang sensitif.

"Hal ini disebabkan oleh Saraf-Saraf yang Disambungkan itu tidak lagi dapat berfungsi dengan Sempurna kerana ia tidak berada dalam Tempurong wajahnya sendiri," katanya sambil Menambah, pesakit akan mengalami kesukaran untuk membuat Pelbagai mimik Muka.

Ujarnya, Bab Perkara Perkara yang paling membimbangkan ialah Jika sistem imunisasi badan pesakit tidak dapat menerima Saraf-Saraf bukan miliknya yang dipindahkan ke dalam Wajah baharunya itu.

"Jika sistem imunisasi badan enggan menerima kehadiran 'Baharu ahli' tersebut, ia akan menyebabkan Sel-Sel Wajah yang dipindahkan itu mati serta tidak dapat berfungsi lagi," jelasnya.

Bagi Chung Beng, meskipun industri pemindahan Wajah di Malaysia belum berkembang, beliau Berharap agar lebih banyak Pakar pembedahan Plastik di negara ini dapat melengkapkan diri dengan ILMU Kepakaran yang tinggi bagi membawa masuk Teknologi perubatan tersebut ke sini.

"Jika saja dilakukan asal maksud ini berlembutlah, ia adalah suatu perkembangan yang baik terhadap industri perubatan negara kerana itu menunjukkan bahawa Malaysia semakin Maju dalam bidang Teknologi perubatan," katanya.


Dah baca klik LIKE (^_^)