Pelangi Waktu Malam

Kita biasa melihat pelangi muncul pada waktu siang yang biasanya muncul semasa matahari bersinar ketika hujan gerimis atau selepas hujan berhenti.

Moonbow

Tetapi bagaimana pula dengan pelangi pada waktu malam? Mungkin ia kedengaran pelik, tetapi fenomena unik ini memang benar-benar berlaku dan dikenali sebagai Moonbow.

Moonbow adalah pelangi yang dihasilkan oleh pantulan, pembiasan dan penyebaran cahaya dari bulan yang berinteriaksi dengan titisan air hujan yang turun dari langit.

Sama seperti pelangi di waktu siang, Moonbow terjadi disebabkan oleh pembiasan cahaya. Pelangi pada waktu siang terjadi kerana pembiasan cahaya matahari, manakala pelangi yang terjadi pada waktu malam pula disebabkan oleh pembiasan cahaya bulan.

Lunar-Rainbow
Pengunjung yang mahu menyaksikan Moonbow.

Moonbow sangat jarang terjadi kerana memerlukan keadaan dan kriteria khusus untuk menyebabkan fenomena itu berlaku.

Masa terbaik untuk melihat Moonbow adalah ketika bulan penuh kerana cahaya yang banyak diperlukan untuk mewujudkan fenomena ini.

Bulan perlu berada pada titik rendah iaitu pada kedudukan disekitar 42 darjah di langit pada waktu malam yang gelap selepas hujan.

Tidak seperti pelangi berwarna-warni yang dihasilkan oleh cahaya matahari pada waktu siang, Moonbow kelihatan berwarna putih dan kurang jelas pada mata kasar kita. Ini kerana cahaya bulan terlalu malap untuk merangsang reseptor kon warna di mata manusia.

Akibatnya, mata manusia sukar untuk membezakan warna dalam Moonbow dan ia sering kelihatan berwarna putih sahaja.

Walau bagaimanapun, warna-warna sebenar Moonbow akan dapat dilihat dalam gambar yang diambil dengan menggunakan teknik 'Long Exposure'.

Moonbow Victoria Water Falls
Moonbow di Air Terjun Victoria, Afrika.

Selain pembiasan cahaya bulan pada titisan air hujan, cahaya yang dipantulkan oleh bulan pada percikan air di air terjun juga menghasilkan Moonbow. Cara terbaik untuk melihat Moonbow pada air terjun adalah dengan berdiri di antara air terjun dan bulan penuh dibelakang anda.

Lokasi-lokasi air terjun yang selalu berlaku fenomena Moonbow adalah di Yosemite Falls, California dan Cumberland Falls, Kentucky, Amerika Syarikat. Selain itu, Moonbow juga sering dilihat di air terjun di Victoria Falls, Afrika.

Air terjun Yosemite Falls adalah salah satu tempat popular untuk menyaksikan fenomena ini. Ramai orang akan berkunjung ke Yosemite Falls setiap tahun untuk melihat dan merakam fenomena unik itu.

Jika bulan penuh muncul dan langit cerah di Yosemite Falls, akan ada cahaya yang mencukupi untuk menghasilkan pelangi di air terjun tersebut.

Moonbow Yosemite Falls, California
Moonbow di Air terjun Yosemite Falls, California.
.
Musim luruh dan musim panas adalah masa yang sangat sesuai untuk menikmati spektrum cahaya menakjubkan ini di air terjun Yosemite. Keindahan pelangi itu akan dapat dilihat pada waktu malam hingga beberapa jam sebelum matahari terbit.

Sementara itu, seorang jurugambar, Charlie Hamilton James yang pernah merakamkan Moonbow di air terjun Victoria, Afrika, memberitahu bahawa Moonbow tidak terlalu menarik apabila dilihat dengan mata kasar. Ia hanya kelihatan seperti lengkungan cahaya berwarna putih yang malap.

Tetapi selepas melihat hasil gambar yang diambil dengan menggunakan teknik 'Long Exposure' iaitu dengan membiarkan kamera dipasang untuk masa yang lama akan mendedahkan keindahan sebenar Moonbow.

Dan percayalah, ia adalah pemandangan yang sangat menakjubkan!


Dah baca klik LIKE (^_^)

Bangkai Haiwan Aneh Bergigi Besar di New Zealand

Penemuan pelbagai bangkai haiwan aneh di seluruh dunia menimbulkan pelbagai spekulasi tentang kewujudan haiwan misteri.

Bentuk kepala makhluk ganjil yang ditemui 
di Pantai Pukehina, Teluk Penty, New Zealand.

Antara yang mencuri tumpuan termasuklah bangkai haiwan yang digelar sebagai raksasa laut yang mempunyai gigi besar yang ditemui di sebuah pantai di New Zealand baru-baru ini.

Seorang wanita, Elizabeth Ann telah merakamkan video penemuan bangkai itu di Pantai Pukehina, Teluk Plenty, New Zealand dengan sebahagian tubuh haiwan itu telah hilang.

“Adakah sesiapa yang boleh memastikan apakah makhluk ini? Ia memiliki kepala yang besar serta gigi kacip yang panjang. Badannya mungkin sepanjang sembilan meter. Tetapi, sebahagian tubuhnya sudah terputus,” kata Ann.

Wanita itu berkata, makhluk tersebut mungkin telah diserang haiwan lain sebelum ia mati.

“Makhluk besar itu terdampar selepas ribut kuat. Penduduk sekitar juga tidak tahu tentang makhluk pelik itu dan ia menimbulkan pertanyaan (kemunculan bangkai makhluk itu) dalam kalangan mereka,” katanya.

Ada pihak yang mengandaikan bahawa ia mungkin bangkai buaya air masin, ikan lumba-lumba, belut laut gergasi atau dinosaur.

Bagaimanapun seorang pakar haiwan mamalia, Anton van Helden menolak kesemua andaian itu dengan menyatakan bahawa ia hampir menyamai bentuk ikan paus pembunuh yang kerap ditemui di Fiji dan Teluk Plenty.

Gambar-gambar bangkai itu turut dihantar ke Jabatan Konservasi dan Akuarium Hidupan Laut Kelly Tarlton’s di Auckland, New Zealand untuk dikenal pasti spesiesnya.

Seterusnya, beberapa keping foto makhluk menyerupai ikan paus yang dijumpai oleh anggota-anggota tentera laut Iran di Teluk Parsi turut menimbulkan persoalan orang ramai.

Berdasarkan gambar yang dilihat itu, seorang pengguna internet yang mengaku bahawa dia merupakan pakar biologi menjelaskan bahawa begitu sukar untuk mengenal pasti jenis makhluk tersebut.

Menurut pengarah di Institut Sains Marin, Universiti California, Amerika Syarikat, Dr. Gary Griggs, haiwan itu diandaikan sebagai ikan paus.

“Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya tentang ikan paus dan tulangnya, ia merupakan ikan paus. Bagaimanapun dengan keadaan tubuhnya yang semakin mereput itu, sukar juga untuk mengesahkan bahawa ia adalah haiwan berkenaan,” kata Gary.

Dalam pada itu, seekor haiwan misteri yang hodoh dan sering menyerang lembu penternak telah berjaya dibunuh oleh penternak di Belarus baru-baru ini.

Haiwan itu dikatakan menyamai gambaran tentang makhluk legenda di Amerika Latin, chupacabra yang menghisap darah haiwan ternakan.

Chupacabara menghisap darah selepas ia menggigit kaki haiwan ternakan seperti lembu dan kambing.

Penemuan haiwan ganjil itu dikatakan boleh menjadi kunci untuk menyelesaikan misteri seekor haiwan yang ditemui oleh seorang petani Ukraine pada tahun lalu.

Haiwan yang ditemui itu dikatakan mutasi musang yang berlaku akibat keracunan radiasi selain teori lain menyatakan bahawa ia adalah haiwan hibrid yang menjadi bahan ujian kimia dan biologi yang dilakukan di sebuah kilang pembangunan senjata milik bekas Kesatuan Soviet.

Ahli-ahli biologi pernah mendedahkan bahawa ia merupakan anjing rakun yang dibiakkan di sebuah kilang Soviet pada tahun 1939.

Haiwan itu dikatakan telah dilepaskan ke hutan ketika Perang Dunia Kedua bermula.

-Kosmo


Dah baca klik LIKE (^_^)

Pokok Kelapa Bercabang Lima

Sesiapa yang melalui jalan Seremban Port Dickson di Batu 1 Jalan Pantai pasti akan menyedari deretan pokok kelapa yang ditanam bersebelahan dengan Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).


Namun, di antara deretan pokok kelapa itu, terdapat sebatang pokok kelapa yang mempunyai lima cabang dahan.

Nelayan, Maamin Judin, 71, berkata, dia yang sering berulang alik menggunakan laluan Port Dickson-Seremban dari rumahnya ke pengkalan nelayan di Batu 1 menyedari kelainan pada pokok berkenaan.

“Pokok kelapa ini memang lain daripada yang lain, namun diakui ia bukanlah sesuatu yang mustahil.

“Ini adalah kali pertama saya melihat pokok kelapa yang mempunyai cabang dahannya di mana kebiasaannya pokok kelapa tidak mempunyai dahan,” katanya kepada media.

Maamin berkata, semua lima cabang pokok kelapa ini mengeluarkan buah sama seperti pokok kelapa yang ditanam di situ.

“Ketinggian pokok kelapa ini juga tidak jauh beza pokok kelapa lain dan mungkin usia pokok kelapa ini sekitar lima hingga tujuh tahun,” katanya.

-Sinar Harian


Dah baca klik LIKE (^_^)

Belut Yang Menyerupai Makhluk Asing

Seekor haiwan ganjil yang disangka sebagai makhluk asing oleh para pengguna internet selepas ia disiarkan di laman Reddit sebenarnya ialah spesies haiwan seperti belut.


Menurut laman GrindTV.com, seorang jurucakap Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar New York menyatakan, berdasarkan saiz pada gambar di laman itu, haiwan tersebut ialah lamprei.

Imej itu juga disiarkan di laman YouTube semalam yang dtangkap di New Jersey. Menurut jabatan berkenaan, lamprei juga tidak mempunyai tulang dan mulutnya dipenuhi dengan barisan gigi yang jarang.

Gambar tersebut menunjukkan haiwan itu ditusuk dan darah keluar daripada badannya. 

-Kosmo


Dah baca klik LIKE (^_^)

Aneh ! Wanita Tertido Dalam Air

Pihak polis di bandar Wenling, Wilayah Zhejiang, China telah dibanjiri panggilan telefon dari orang ramai yang telah melihat mayat terapung di dalam sungai.

Chinese Woman Falls Asleep Into River

Polis yang bertindak cepat dan tiba di lokasi yang dilaporkan mendapati tubuh seorang wanita muda terapung di atas air.

Dan yang peliknya, wanita itu sebenarnya tidak mati, hanya tertidur di atas permukaan air. Dan yang paling menarik, dia sudah tertidur di situ selama 40 minit.

Seperti yang dilaporkan oleh Rocketnews, insiden itu berlaku selepas wanita tersebut bertengkar dengan suaminya di rumah.

Di tengah kerisauan, wanita itu menelan 20 butir ubat dan kemudian berjalan sendirian untuk meredakan kemarahannya.

Malangnya, wanita tersebut tidak mengambil kira faktor kesan sampingan yang ada. Ketika berjalan-jalan, dia mengalami perasaan mengantuk yang sangat luar biasa.

Kerana tidak mampu menahan perasaan mengantuknya itu, dia terjatuh ke dalam sungai yang kebetulan dilaluinya.

Perkara terakhir yang diingatinya mengenai insiden itu adalah perasaan tercekik di leher selepas jatuh ke dalam air, tapi oleh kerana perasaan mengantuk yang terlalu kuat, dia pun terlelap.

Namun, wanita itu sangat beruntung kerana ketika tertidur tubuhnya mampu terapung di atas air dengan tenang dan mencegahnya dari tenggelam.

Ramai saksi menyatakan bahawa wanita tersebut berada dalam kedudukan tersebut selama 40 minit sebelum polis tiba dan menyelamatkannya.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Makhluk Aneh Yang Menyerupai Monyet

Seorang wanita telah menemui seekor haiwan yang agak ganjil dari segi bentuk fizikalnya. Haiwan yang dikatakan tidak pernah dijumpai ini, ditemui sedang asyik mencuri timun dari salah sebuah rumah di kawasan tersebut.


Sekali pandang mirip seperti kucing pula. Namun bentuk badan fizikalnya sangat besar. Haiwan ganjil dan pelik ini kemudiannya ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis.

Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya.

Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya.

Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut.

Wanita itu kemudian bertindak memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China.

Dia juga meminta polis menahan haiwan itu.

Kelmarin, beberapa pakar masih melakukan pemeriksaan bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang spesies makhluk itu.

Makhluk itu kelihatan amat kurus sehingga tulang rusuknya dapat dilihat selain berkepala botak.

Terdapat dakwaan bahawa ia merupakan seekor monyet yang bermata besar.

Menurut wanita itu, dia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor arnab.

Dia berkata, jiran-jirannya juga menyatakan mereka tidak pernah melihat haiwan tersebut sebelum ini.

“Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain,” katanya.

-Wootmedia.my


Dah baca klik LIKE (^_^)

Hidung Di Dahi Selepas Terlibat Dalam Kemalangan

Seorang lelaki di China telah mempunyai hidung baru yang ditanam di dahinya. Lelaki itu, yang hanya dinamakan sebagai Xiaolian, telah menjalani rawatan untuk membuat gantian kepada hidung asalnya yang telah dijangkiti dan menjadi cacat.

Hidung di dahi

Lelaki China ini yang mempunyai hidung baru yang telah ditanam di dahinya telah menjalani prosedur ini di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.

Lelaki berusia 22 tahun ini telah rosak hidungnya dalam satu kemalangan jalanraya pada Ogos 2012 tetapi gagal untuk mendapatkan rawatan.

Akibatnya, jangkitan pada tulang rawan membuatkan pakar bedah tidak dapat memperbaikinya.

Hidung di dahi

Mereka tidak mempunyai pilihan selain menanam hidung baru dan kemudian memindahkannya ke tempat yang rosak itu.

Hidung itu telah dicipta dengan meletakkan pengembang tisu kulit ke dahi Xiaolian. Ia telah dipotong menjadi bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil dari tulang rusuk lelaki itu.

Doktor mengatakan bahawa hidung itu telah dijaga dengan baik dan pembedahan pemindahan akan dilaksanakan tidak lama lagi.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Anak Kambing Berkaki Enam

Tidak dapat dipastikan sama ada kelahiran seekor kambing ada kaitan dengan tarikh istimewa 12 Disember 2012 atau hanya kebetulan semata-mata.


Namun, itulah perkara yang berlaku ke atas seekor kambing di Kampung Mancar, Mukim Peterongan, Jawa Timur, yang dilahirkan dengan mempunyai enam kaki dan dua alat kelamin.

Keunikan itu telah menarik perhatian penduduk kampung yang berduyun-duyun mengunjungi kediaman Ponidi, pemilik kambing berkenaan.

Ponidi ketika ditemui, memberitahu bahawa seekor kambingnya telah melahirkan dua ekor anak, baru-baru ini.

Anak kambing yang pertama lahir dalam keadaan sempurna, namun anak kambing yang kedua sama sekali berbeza.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Kambing Yang Bersahabat Dan Berlagak Seperti Anjing

Jack adalah nama seekor kambing biri-biri yang berusia enam bulan begitu yakin yang dia adalah seekor anak anjing peliharaan dimana dia berkebolehan menggonggong kayu, melompat ke atas dengan kaki belakang dan juga cuba menyalak.


Ladang di Market Drayton, Shropshire, di mana Jack telah dibesarkan, dimiliki oleh Alison Sinstadt dan rakannya Simon. Mereka mula menyedari kambingya bertingkah laku seperti anjing sejak ia menjalin persahabatan dengan sepasangan anjing.


Jack tidak mengenali kambing biri-biri sebagai jenisnya sendiri kerana dia cuba mengembala sekumpulan kambing biri-biri semasa ia berada di padang bersama kumpulan kambing biri-biri tersebut.

Persahabatan antara Jack dan anjing spesis Springer Spaniel adalah punca utama yang menyebabkan terjadinya ciri-ciri baru kambing biri-biri itu. Sehinggakan, mereka menemani satu sama lain di sepanjang terusan semasa berjalan "anjing" dan berkongsi kotak tidur yang sama.


"Ia membuat bunyi yang aneh iaitu separuh mengembek dan separuh menyalak yang didapati lucu oleh semua orang", kata Alison kepada akhbar tempatan, News Today.

"Ia dilahirkan satu daripada tiga anak-anak kambing biri-biri, yang mana ia adalah lain dari yang lain. Ia sangat kecil dan kami memutuskan untuk membawa dia ke dalam rumah dan memaksa ia minum susu." jelas Alison.

"Ia fikir ia anjing, tetapi ia tidak makan makanan anjing. Ia adalah sebahagian daripada keluarga kami sekarang. Kami tidak mahu ia berakhir sebagai Lamb Chop." kata Alison lagi.

Jack bukanlah satunya kambing di Britain yang dibesarkan dengan cara anak anjing peliharaan. Pada tahun 2006, Welshman Emlyn Roberts telah mengajar haiwan kesayangan beliau, Rolo yang juga seekor kambing biri-biri dengan trik anjing. Rolo membesar bersama anjing spesis collies selama lima tahun. Ia berlumba untuk menjadi sheepdogs. Rolo belajar melompat melalui gelung dan meningkatkan kemahiran penggembala itik.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Pantun Untuk Panda

Tak masuk akal, berpuluh juta RM untuk 2 ekor panda.. 

Jom kite dengar peribahasa/pantun untuk 2 ekor panda ini..


Pepatah-pepitih moden, selepas sempena mereka.

"Tuntutlah panda, walau ke negeri China"

"Sepandai-pandai Panda melompat, akhirnya jatuh ke Malaysia jua".

"Carik-carik bulu panda, akhirnya bercantum jua"

"Dua tiga panda berlari, mana nak sama si panda belang..."

"Di mana ada zoo, di situ ada panda"

"Yang merah itu saga, yang hitam putih itu panda"

"Panda dari China disusukan, anak dari rumah mati kelaparan"

"Harapkan panda, panda makan padi"

"Pucuk dicita, panda mendatang"

"Yang kurik itu kundi, yang hitam putih itu panda. Yang indah itu budi, yang 72 juta itu panda"

"Besar badan panda, Zoo Negara kami tadahkan"

"Tuah ayam nampak di kaki, tuah panda nampak di Malaysia"

"Panda di zoo ada insuran, anak di rumah tiada takaful"

"Buah cempedak di luar pagar, amik panda tolong jolokkan"

"Jika tiada panda,masakan pokok bergoyang"

"Terbakar kampung nampak asap, Terbakar zoo panda pun mati.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Ular Tertelan Kawah

Tertelan kawah berisi daging, die ingat turtle agaknye...sian.



Dah baca klik LIKE (^_^)

Cerita Misteri Jalan Karak Yang Popular


Cerita jalan Karak lagi?? Haiya banyak penat mahu menulis woo...Anda cari dalam archive untuk blog ini untuk ceritanya yang banyak versi itu. Atas permintaan ramai. Bye hehehheh

Dah baca klik LIKE (^_^)

Makhluk Terdahulu Sebelum Nabi Adam


ISU: Kita umat Islam faham bahawa manusia pertama adalah Nabi Adam tetapi macamana dengan kajian menunjukkan bahawa manusia zaman terdahulu adalah sangat kuno dan sangat tidak bertamadun. Bagaimana dengan keujudan dinosour yang rangka-rangkanya cukup besar?


PENJELASAN: Dalam Islam adalah jelas bahawa manusia pertama yang dicipta oleh Allah ialah Nabi Adam a.s.

Ini berdasarkan apa yang disebut oleh al-Qur’an dalam Surah al-Baqarah, ayat 30 yang merujuk kepada penciptaan Nabi Adam sebagai khalifah.

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.”

Namun timbul persoalan adakah manusia lain yang hidup sebelum Nabi Adam berdasarkan penemuan ahli arkeologi dan antropologi rangka dan tengkorak manusia kuno yang dikaitkan dengan hidupan jutaan tahun dahulu?

Begitu juga wujud persoalan berdasarkan apa yang sebut oleh al-Qur’an dalam surah al-Baqarah (sambungan ayat di atas) bahawa malaikat mempertikaikan penciptaan manusia (Nabi Adam)  atas dasar mereka akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah.

Persoalannya adakah di sana manusia lain sebelum Adam sehingga menyebabkan malaikat mempersoalkan hakikat dan fitrah manusia yang suka menumpahkan darah?

Sebagai seorang Muslim kepercayaan kita terhadap asal usul manusia haruslah berteraskan apa yang disebut oleh al-Qur’an.

Justeru  kita harus meyakini bahawa manusia pertama dicipta Allah ialah Nabi Adam. Namun kewujudan makhluk lain boleh dijelaskan seperti berikut:

1. Makhluk lain seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan telah pun dicipta Allah sebelum kejadian Nabi Adam;

2. Selain itu, golongan jin, makhluk yang sebagaimana manusia menerima taklif dari tuhan juga telah diciptakan Allah sebelum ciptaan manusia.

Ini berdasarkan riwayat dari Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As “Jin diciptakan pada dua ribu tahun sebelum Adam.”

Juga dari Ibn Abbas sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Kathir dalam tafsirnya berkata bahawa “Jin telah melakukan kerosakan di muka bumi sebelum Adam”

Berdasarkan riwayat-riwayat ini, berkemungkinan kerosakan yang dilakukan seperti yang dipertikaikan oleh malaikat dilakukan oleh golongan jin;

3. Ada pandangan yang mengatakan bahawa sebelum Nabi Adam telah ada makhluk yang dicipta oleh Allah yang menyerupai manusia namun dari segi kejadiannya, mereka ini tidak sempurna berbanding manusia justeru  tidak dianggap sebagai manusia sebenar dan tidak diberikan taklif keagamaan. Mereka inilah yang melakukan kerosakan seperti yang dipertikaikan oleh para malaikat.  

4. Berdasarkan pandangan di atas juga, kewujudan binatang-binatang terdahulu seperti dinasour seperti yang kaji dan dianalisa oleh para ahli arkeologi adalah sesuatu yang tidak mustahil.

Wallahu A’lam. Subhanallah...


Dah baca klik LIKE (^_^)