Akibat Menyuntik Insulin Ditempat Yang Sama

insulin 

Akibat menyuntik insulin di tempat yang sama selama bertahun-tahun, perut lelaki ini tumbuh dua benjolan yang di kenali sebagai lipohipertofi.


Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^ ______________________________________________________ Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Jom Tengok Dapur Manusia Kanibal

Ketika tersesat  di suatu kawasan yang asing, saya secara tidak sengaja telah terjumpa satu rumah yang agak jauh dari rumah-rumah yang lain. Pada asalnya saya ingin bertanya arah kepada penghuni rumah tersebut tetapi tidak menemui sesiapa pun. Lalu saya masuk ke dalam rumah yang tidak berkunci itu.....dan alangkah terkejutnya saya apabila melihat sesuatu yang langsung tidak saya jangkakan.......bulu roma saya berdiri.....tiba-tiba sahaja saya rasa seperti ingin pengsan kerana ketakutan yang amat sangat. Saya ingin berteriak sekuat-kuat hati tetapi fikiran rasional saya melarang saya berbuat demikian.

Saya tak mahu kehadiran saya disedari oleh penghuni rumah tersebut yg mungkin berada tidak jauh dari situ. Apa yang terlintas difikiran saya ialah lariiiiiiiiiiiiiiiiii........... lari sebelum saya enjadi mangsa yang seterusnya. Tapi sebelum lari saya sempat menangkap beberapa keping gambar untuk saya tunjukkan kepada kalian. Saksikan!!

 

 

 

 

 

Perghhh...memang gilooss ni...


Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^ ______________________________________________________ Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Pembunuh Yang Memang Gila...

Dalam dunia ni memang ada manusia yang gila.....gila kejam!
yang tak terjangkau dengan akal kita apa yang mampu mereka lakukan
lihatlah gambar di bawah
sebenarnya ada lagi gambar lain, gambar yang menunjukkan wajah mangsa dan juga tubuh badannya yang dikerat-kerat.
(tak lalu nak kongsi kat sini)

 



Menurut saksi, McLean (mangsa) sedang tidur dengan headphone apabila lelaki yang duduk di sebelah beliau tiba-tiba mengeluarkan pisau besar dan mula yang menikam McLean di leher dan dada. Penyerang kemudian menyembelih McLean dan kemudian menunjukkan kepala yang sudah putus kepada penumpang lain  yangsudah  melarikan diri dari bas yang mereka naiki .. Li (pembunuh) kemudian mula memutuskan bahagian badan yang lain dan memakan daging McLean.

ps: hanya orang gila, tidak waras sahaja yang sanggup buat kerja macam ni.



Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^ ______________________________________________________ Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Nasib Lelaki Buih

Chandra Wisnu, 57, mungkin satu-satunya lelaki di dunia ini yang menghidap penyakit kulit yang jarang berlaku apabila tubuhnya ditumbuhi dengan benjolan besar seperti buih. Bapa empat anak dari Indonesia itu jarang sekali meninggalkan kediamannya dan apabila dia berbuat demikian, dia terpaksa menutup mukanya dan memakai cermin mata hitam kerana bimbang diejek atau menakutkan orang lain. Jangkitan ketumbuhan mula tumbuh di wajah Chandra ketika dia berusia 19 tahun.

 

Apabila meningkat usia 24 tahun, jangkitan itu sudah merebak ke belakang badannya dan ketika dia berusia 32 tahun, ia sudah menutupi seluruh tubuhnya. Pada peringkat awal jangkitan, ibu bapa Chandra membawanya berjumpa beberapa doktor dan pakar sakit kulit yang bingung dengan keadaan penyakitnya yang teruk itu. Dia diberitahu keadaan itu berpunca daripada pengaruh genetik dan mungkin disebabkan oleh sistem saraf yang tidak normal hingga membawa kepada tumor yang tidak berbahaya pada kulit atau tulang.

Dia diberikan pelbagai jenis krim tetapi tidak dapat menghentikan penyakit itu daripada terus merebak. Berikutan gagal mendapatkan penawar dan tidak mampu lagi menanggung rawatan perubatan, Chandra terpaksa hidup dengan keadaan yang aneh. Dia berkata: Tidak ada rawatan khusus untuk penyakit saya. Saya hanya diberitahu supaya berjumpa dengan pakar kulit seorang demi seorang kerana mereka tidak tahu cara untuk merawat saya.

“Selepas itu, bapa tidak lagi percaya untuk membawa saya ke hospital dan sejak itu, saya tidak pernah lagi berjumpa doktor.

“Penyakit ini memberi kesan besar dalam hidup saya, benjolan ini sangat sakit dan gatal ketika cuaca panas. “Orang lain takut, mereka takut dengan wajah saya yang buruk ini dan bimbang mereka akan terkena jangkitan penyakit ini.

“Jadi, saya mengelak daripada orang ramai. Saya jarang sekali keluar rumah kecuali untuk menjemput anak perempuan saya, Hasunns dari sekolah. Dan bila saya berbuat demikian, saya menutup kepala dan wajah saya kerana saya tidak mahu anak perempuan saya dibuli rakannya kerana mempunyai bapa yang berwajah buruk,” katanya.

Chandra kini memutuskan untuk mendedahkan wajahnya kepada dunia dalam usaha mendapatkan rawatan pemulihan untuk penyakitnya selepas mendapat tahu anak lelaki sulungnya, Martin Ananda, 32 dan anak perempuannya, Lis Chandra, 26 juga mula menghidap penyakit yang sama.




Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^ ______________________________________________________ Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Akibat Dituduh Sebagai Penyihir, Diri Dibakar

Pihak polis  Nepal pada Sabtu (18/02) mengatakan bahawa seorang ibu berusia 40 tahun dibakar hidup-hidup di Nepal tengah setelah ia dituduh sebagai penyihir.

Dhegani Mahato Burnt to Death (Warning sensitive image) 

Dhegani Mahato, seorang ibu dari dua anak diserang dan dibakar oleh anggota keluarganya serta warga yang lain setelah seorang dukun menuduhnya menggunakan mantra untuk membuat salah satu kerabatnya sakit.


Menurut Hira Mani Baral, seorang petugas polis, serangan itu terjadi pada Jumaat (17/02) di Bagauda, distrik Chitwan, sekitar 80 kilometer barat daya dari ibukota Nepal, Kathmandu. CNN melaporkan bahawa Polis telah menangkap 10 orang, termasuk dua dukun, lima wanita dan seorang anak berusia 8 tahun, sehubungan dengan pembakaran.
“Mereka yang ditangkap telah mengakui kejahatan mereka dan akan dikenakan dengan tuduhan melakukan pembunuhan,” kata Baral.

Baral menjelaskan bahawa Mahato baru saja selesai membersihkan kandang sapi di pagi hari ketika dia diserang. Dimana ia dipukuli dengan tongkat dan batu sebelum disiram dengan minyak tanah dan dibakar, dan kejadian mengerikan ini disaksikan oleh puterinya yang berusia 9 tahun  .


Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^ ______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Suami Didera Isteri

Impian seorang warga emas untuk merasai nikmat perkahwinan dengan seorang gadis Vietnam berkecai apabila dia bukan sahaja kerugian RM18,000 malah kini hidup dalam keadaan tertekan kerana dikhuatiri dijangkiti virus HIV selepas telinga kirinya digigit wanita itu.

 

Bekas jurujual yang kini memandu teksi, Chin Weng Seng, 61, mendakwa, dia tidak pernah terbayang akan didera begitu teruk oleh wanita asing itu seperti disembur ubat nyamuk, matanya disapu minyak angin selain diugut kemaluannya akan dipotong setiap kali berhasrat meniduri isterinya, Le Thi Quang, 29.

Mengimbau semula kejadian itu, Weng Seng mendakwa, sepanjang hidupnya, dia tidak pernah berkahwin hinggalah dia mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman bujang dengan seorang gadis asing selepas melihat gambarnya di sebuah agensi mencari jodoh di Cheras di sini pada 5 Julai lalu.

Katanya, sebaik membuat tempahan, dia dikehendaki membayar RM5,000 dan disusuli RM11,800 lagi untuk berkahwin di Putrajaya sebelum mendaftarkan perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara.

“Saya kemudian dikehendaki membayar RM2,116 kepada pihak agensi untuk mendapatkan visa sosial isteri pada 16 Ogos lalu. Saya terlalu gembira kerana dapat beristerikan wanita muda Vietnam ketika itu.

“Bagaimanapun, ia tidak seperti diharapkan kerana sebaik sahaja saya membawanya pulang ke rumah di Jalan Cempaka, Ampang, dia berubah menjadi ganas setiap kali saya ingin menyentuhnya. Pernah saya tidur di stesen minyak kerana rumah telah dikunci wanita itu,” ceritanya ketika ditemui di Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam Wisma MCA, Jalan Ampang di sini semalam.



Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Nenek 65 Tahun Ulang Alik 300KM Demi PhD

Keazaman untuk menamatkan pengajian doktor falsafah (PhD) Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM), seorang nenek sanggup menempuh perjalanan hampir 300 kilometer dari Singapura ke Kuala Lumpur selama 10 tahun.

 

Warga emas yang memiliki lima cucu, Alimah Lob, 65, mengakui terpaksa berulang-alik dari Singapura ke ibu kota menggunakan pelbagai jenis pengangkutan, termasuk kereta api dan kapal terbang.

Alimah yang ditemani suami, Mohd Naim Daud, 67, berkata tempoh 10 tahun untuk menamatkan ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD memerlukan banyak pengorbanan, apatah lagi ia tidak membabitkan sebarang pinjaman.

“Banyak wang dikeluarkan bagi menampung pengajian, tambang perjalanan dan kos hotel, namun itu bukan alasan kerana ia bergantung kepada minat serta kesungguhan menimba ilmu.

“Sebenarnya, saya merancang menyambung pelajaran ketika muda, namun tanggungjawab sebagai ibu membataskan pergerakan saya. Syukur hari ini, hasrat itu menjadi kenyataan,” katanya.

Alimah antara 7,327 graduan yang menerima ijazah dan diploma masing-masing sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-35 bermula semalam dan berakhir Rabu ini.



Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Suami Letupkan Isteri Guna Bom Petrol

KUALA LUMPUR: Suami setan! Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 28 tahun apabila didakwa bertindak kejam ‘meletupkan’ isterinya menggunakan bom petrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Kampung Baru di sini, tengah malam kelmarin.

 

Perbuatan keji yang dipercayai bermotifkan cemburu itu menyebabkan mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur.

Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yang baru pulang kerja, masuk ke bilik air di rumahnya untuk membersihkan badan.

Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan.

“Sebaik isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntung rokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api sebelum satu letupan kuat berlaku.

“Api hasil letupan kuat itu menjilat pakaian dan tubuh mangsa menyebabkannya menjerit meminta bantuan daripada suami,” katanya.



Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________

Jom ikuti sambungan di SINI

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Gadis Cantik Cinta Kucing Lebih Dari Lelaki

Setiap kali mencium, memeluk dan bermain dengan kucing, naluri saya terhadap lelaki akan hilang,” kata gadis hanya mahu dikenali sebagai Camelia yang membuat pengakuan tidak mahu berkahwin kerana lebih cintakan kucing berbanding lelaki.
 

Graduan universiti tempatan berusia 24 tahun itu berkata, dia tidak kisah apa tanggapan orang lain, namun yang pasti dia rela tidak berkahwin, sebaliknya ingin sehidup semati bersama 12 kucing kesayangannya.

“Sebelum ini saya mempunyai seorang teman lelaki, namun sejurus dia mengajak saya berkahwin Mei tahun lalu, saya lebih rela menolaknya. Ini kerana jika saya berkahwin dengannya, siapa yang akan membela kucing saya.

“Sejak hari itu, saya semakin cuba menjauhi lelaki kerana saya mahu memberikan tumpuan 100 peratus kepada kucing ini,” katanya.

Dia kini memiliki 12 kucing yang diberi nama Lulu, Wonder Pets, Bobo, Stoki, Chepot, Comot, Lex, Apple, Cici dan Bubu, Bubu 1 dan Bubu 2.

Malah, Camelia menyifatkan cinta terhadap manusia tidak berbaloi berbanding kasih sayang terhadap binatang.

“Bagi saya, lelaki sekarang tidak boleh dipercayai kerana sering curang dan suka mempermainkan wanita, tetapi binatang peliharaan terutama kucing sentiasa setia.

“Saya berpendapat jika saya menghabiskan wang untuk binatang, binatang itu pasti mendoakan kesejahteraan saya. Jika saya menghabiskan wang untuk manusia belum tentu manusia itu berterima kasih.

“Perkahwinan sesuatu yang tidak penting untuk difikirkan berbanding menjaga 12 kucing peliharaan saya yang perlu diberi perhatian selalu,” katanya.

Berikutan itu, Camelia berkata, dia tidak kisah menghabiskan RM500 setiap bulan semata-mata untuk perbelanjaan kucingnya termasuk untuk membeli makanan, pasir, membawa ke klinik dan urusan pembersihan.

“Selain keluarga, kucing makhluk yang paling saya sayang. Saya dapat hidup jika tidak berkahwin atau berkawan, tetapi saya kesunyian jika tidak ditemani kucing comel ini.

“Andai kata satu hari nanti kucing ini mati saya akan berasa amat sedih,” katanya.

Camelia berkata, hatinya akan tenang setiap kali melihat 12 kucingnya bermain, malah turut memberitahu tidak dapat tidur malam jika tidak memeluk dan mencium haiwan itu.

Menurutnya, setiap hari selepas pulang daripada kerja, perkara utama yang akan dilakukannya ialah memeluk kucing dan menciumnya.

Sementara itu, perunding motivasi, Profesor Madya Md Izuddin Ali ketika dihubungi berkata, pendirian Camelia menyimpang daripada fahaman Islam.

Katanya, perkahwinan adalah sunnah Rasulullah s.a.w dan setiap umat Islam harus mengikut sunnah Baginda.

Sekiranya umat Islam membuat keputusan sengaja tidak mahu berkahwin, mereka boleh dikategorikan bukan umat Rasulullah.

“Jika itu berlaku, kita bimbang kita akan dijauhi dan tidak mendapat syafaat Rasulullah di akhirat kelak,” katanya.

Md Izuddin berkata, perlu diketahui seorang sahabat Rasulullah s.a.w, Abu Hurairah digelar ‘bapa kucing’ kerana minatnya yang mendalam terhadap kucing serta memelihara banyak kucing, namun dia tetap berkahwin kerana perbuatan itu sebahagian sunnah Rasulullah.



Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Ayat Lawak Mr Karam Singh Walia

kKaram Singh Walia memang terkenal dengan ayat sastera dan istilahnya yang power. Ramai yang tersenyum apabila menonton laporan berita darinya. Jom kita lihat beberapa ayat beliau:

 

1. Biar lambat asalkan tak cepat

2. Biar putih tulang, jangan kuning gigi

3. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula

4. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

5. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan kulit, 
manusia mati meninggal dunia

6. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap

7. Alang-alang mandi biar guna sabun

8. Lembu punya susu Cap Teko dapat nama

9. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. 
(beli la pukat tunda lagi baik)

10. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut

11. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili



Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________
Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Salman Khan Halau Shah Rukh Khan Dari Kapal Terbang

KEJADIAN lucu telah berlaku antara Salman Khan dan Shah Rukh Khan yang dikatakan secara tidak sengaja telah menaiki kapal terbang yang sama untuk ke New Delhi baru-baru ini.

 

Umum mengetahui hubungan antara kedua-dua aktor tersohor Bollywood itu tidak baik tetapi takdir telah menemukan kedua-duanya dalam kapal terbang yang sama.

Ujar sumber: "Shah Rukh yang baru memasuki perut kapal terbang penerbangan ke New Delhi di bahagian kelas bisnes terkejut apabila mendapati Salman telah duduk di salah satu kerusi di situ.

"Sedangkan ketika itu Salman serta krew filem terbaharu lakonannya, Ek Kha Tiger juga berada dalam kapal terbang itu. Apabila Shah Rukh melihat Salman dalam kapal terbang itu, dia kelihatan panik sambil menelefon seseorang dan serta-merta turun dari kapal terbang itu."

Namun jurucakap Shah Rukh pula telah memberi alasan yang tersendiri yang boleh dipersoal kebenarannya.

Katanya: "Shah Rukh pada awalnya mahu menaiki jet peribadi. Namun, disebabkan sesuatu perkara dia terpaksa menukar rancangan pada saat-saat akhir dengan menaiki kapal terbang komersial. Namun, apabila dia sudah duduk di kerusi kapal terbang tersebut, dia tiba-tiba mendapat panggilan telefon bahawa jet peribadi untuknya telah disediakan."


Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya  ^_^
______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Unta Sakit Mental Telan Gadis Cantik

Seekor unta yang mengalami sedikit gangguan mental telah menelan hidup-hidup seorang gadis cantik ketika sedang membuat pemeriksaan kesihatan unta tersebut.

Kejadian ini berlaku di negara Arab di mana identiti gadis tersebut yang juga seorang doktor haiwan dirahsiakan untuk menjaga nama baik beliau dan negara Arab sendiri.

 

Seperti yang kita sedia maklum, unta bukanlah haiwan yang memakan daging. Makanan utamanya ialah rumput tetapi kejadian ini agak pelik dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Akibat daripada serangan unta, gadis tersebut mengalami kecederaan. Bagaimanpun, tahap kecederaan beliau dirahsiakan setakat ini.


baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Jambatan Kaca Pelik di China

 HUNAN – China sememangnya terkenal dengan pembinaan laluan berbahaya bagi menjadi salah satu tarikan kepada pelancong luar untuk berkunjung ke negara itu.

 

Pelancong yang tidak gayat berada di tempat tinggi, pasti teruja untuk mencuba pengalaman baru berjalan melalui jambatan tergantung diperbuat daripada kacapada ketinggian 1,432 meter dari paras laut di Gunung Tianmen, wilayah Hunan sambil menikmati pemandangan indah alam semula jadi.

Bagi memastikan kebersihan laluan tersebut, pelancong diminta membuka kasut, sebelum melalui jambatan sepanjang 60 meter yang disambungkan ke kemuncak cenuram bahagian barat antara Gunung Tianmen dan Zhang Jiajie tersebut.

Pelancong boleh menyaksikan keindahan pelbagai spesies tumbuhan yang jarang dilihat, menerusi kaca kristal di bawah kaki mereka dan pe­ngalamannya seperti sedang berjalan di udara.

Gunung Tianmen turut digelar sebagai ‘Pintu ke Syurga’ kerana pelancong dapat menyaksikan gua besar semula jadi di hampir separuh perjalanan menuju ke puncak.
Perkhidmatan kereta kabel didakwa terpanjang di dunia juga disediakan di tempat pelancongan itu.

 

Sebelum ini, sebuah kawasan pelancongan di Gunung Shifou terletak di wilayah Hunan juga telah menerima kritikan banyak pihak.

Mereka mendakwa laluan pejalan kaki diperbuat daripada papan kayu nipis tersebut, tidak dilengkapi ciri- ciri keselamatan, sekali gus membahayakan pelancong.sumber myberita

 


Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Perkara Yang Menyebabkan Anda Menyesal Memiliki Tablet


Saya yakin ramai yang mempunyai tablet dan digunakan untuk melayari internet. Ada juga yang menjadikan tablet sebagai telefon pintar bagi tablet yang menyokong rangkaian 3G. Namun jika dibandingkan dengan Netbook mana yang hebat? Dari segi perkakas jauh Netbook lebih hebat. 

Antara perkara yang menyebabkan anda menyesal membeli tablet.
1) Kapasti penyimpanan yang terhad.
Ada tablet yang hanya mempunyai memori dalaman sahaja dengan kapasiti 16GB/32GB. Ia tidak boleh ditingkatkan. Ada juga tablet yang didatangkan khas dengan memori kad, tapi hanya menyokong hingga 64GB.
2) RAM yang terhad
Walaupun sistem operasi yang berasaskan Linux mengunakan RAM yang rendah, namun jika hanya mempunyai RAM 1GB memang tidak cukup. Bayangkan jika anda membuka banyak aplikasi dalam masa yang sama. Susah tentu tablet anda akan jadi pelahan.RAM juga tidak boleh dipertingkatkan.
3) Kelajuan pemprosesan.
Jika Netbook yang mengunakan Intel Atom mempunyai kelajuan pemprosesan 1.6Ghz, tapi tidak bagi Tablet. Paling laju pun 1.5Ghz.
4) perisian Office
Di dalam Tablet yang berasaskan Android, tiada Office yang setanding Microsoft Office ataupun Open Office. Office yang disediakan hanyalah peralatan yang asas sahaja.
5) Papan kekunci.
Semasa anda membeli tablet, ia tidak didatangkan dengan papan kekunci. Anda perlu membelinya secara berasingan.
6) Harga
Biasanya tablet berharga RM1600 hingga 1900. Bayangkan jika anda membeli tablet dengan harga RM1900, secara automatik anda akan terfikir jika andabeli netbook, anda akan dapat dua netbook.
7) Sistem Operasi
Seperti yang kita tahuu, jarang ada tablet yang boleh menyokong lebih dari 1 sistem operasi. Jika netbook, anda boleh memasang windows dan Linux (OpenSUSE, Android, Ubuntu, Linux Mint)
8)Port yang terhad
Biasanya jarang tablet yang mempunyai port USB seperti pada
 komputer. Jadi macam mana anda nak pindahkan fail ke pendrive atau nak print dokumen?

9)Bateri
Memang bateri tablet tahan. Tapi bagaimana jika rosak? Bateri tablet tidak boleh dicabut-cabut seperti laptop. Jika rosak, terpaksa claim waranti sebab tak ada jual kedai biasa.



Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Kecik-Kecik Dah Pandai Cintan-Cintan


Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Sembelihan Buaya Di Jalanan

Ada ke peminat makanan eksotik di sini?  Kalau ada pun mungkin makan belalang saja.  Belalang pun eksotik juga.  Kalau buaya?  Confirm tiada yang makan buaya mahu pun biawak di sini.  Dan anda juga pastinya mungkin belum pernah melihat bagaimana buaya di potong-potong untuk dijual kepada peminat makanan eksotik ini.  Gambar di bawah memaparkan bagaimana penjual buaya ini "menyembelih" buaya di pasar jalanan di China.








Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Bayi Diikat dan Ditampal Mulut

Kes pengasuh taska tampal mulut bayi dah jadi kes polis, pemilik Taska Kota Masai, puan Shaherah telah membuat laporan dan kejadian ini mesti disiasat dan pihak yang melakukan penderaan ini mesti dihukum.  Ini bagi memastikan pemilik dan pengasuh di setiap taska menjalankan perniagaan mereka dengan lebih bertanggungjawab dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

tampal mulut bayi

Bayangkanlah perasaan ibu yang melihat anak meraka diikat ketat dan mulut pula ditampal dengan selotape.

Akibat marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.


“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.



Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com