Beribu Ikan Melompat Ke Darat di Lahad Datu Sabah

Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.

Ribuan ikan melompat ke darat di Lahad Datu
 
Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.
 
Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu berkata, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.
 
"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.
 
"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.
 
"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.
 
Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.
 
Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.

Sumber : SH

Dah baca klik LIKE (^_^)

Telur Dalam Telur

Seorang peniaga di Gerai Majlis Daerah Tampin (MDT) Taman Gunung Mas Repah terkejut apabila mendapati terdapat telur kecil di dalam telur yang dipecahkannya pada malam Isnin lalu.


Jumpa telur dalam telur

Peniaga berkenaan, Masnora Saad, 42, berkata, ketika itu, dia ingin memasak pesanan nasi goreng kampung yang diterima dan mula berasa pelik apabila terdapat telur sebesar saiz sudu teh kecil di dalam telur yang dipecahkan.

“Akak tak pernah lihat keunikan seperti ini. Kalau kuning telur kembar tu akak dah biasa jumpa tapi kalau telur dalam telur inilah yang pertama kali. Pada masa itu, akak fikir ada kulit telur tetapi selepas diteliti ianya merupakan telur bersaiz kecil dengan kulit yang agak lembik.

"Apabila telur berkenaan dipecahkan ia tetap mempunyai kuning telur walaupun agak kecil,” katanya.


Sumber : Sinarharian

Dah baca klik LIKE (^_^)

Kucing Yang Selalu Melawat Kubur Tuannya


Kisah Kasihnya Kucing,

Kisah nyata yang terjadi di kota Montagnana, Itali. Seekor kucing bernama Toldo setiap hari pergi ke makam sejak penjaganya Iozzelli Renzo meninggal pada 22 September 2011. Dan setiap kedatangan Toldo "berziarah" ke kubur penjaganya, dia selalu membawakan sesuatu untuk diletakkan di kubur penjaganya seperti ranting, plastik kosong, batang pokok, daun, kertas dll.

Sudah setahun Toldo kerap mengunjungi kubur penjaganya. Kelakuan Toldo yang tidak pernah diketahui oleh Ada, istri Iozzelli Renzo. Dia baru mengetahui yang Toldo mengunjungi kubur suaminya setiap hari malah diberitahu sendiri oleh orang sekitar bahawa mereka sering melihat Toldo berkeliaran di kubur tersebut.

"Suami saya sangat sayang pada binatang terutamanya kucing. Ini seolah-olah Toldo hendak berterima kasih. Toldo memang merupakan seekor kucing yang istimewa,"

"Saya pergi ke kubur suami dengan anak perempuan saya dan terjumpa setangkai bunga akasia di makam suami saya. Saya terus terfikir yang bunga itu dibawa oleh kucing arwah"


p/s: Mungkin Toldo "rindu" dengan belaian penjaganya....


Dah baca klik LIKE (^_^)

Oh Malaysiaku Apa Dah Jadi..

Whats wrong with my country....

Cara-cara mengelak kemalangan jalan raya adalah dengan menghapuskan kereta berumur 12 tahun.

Cara-cara mengurangkan kesesakan lalu lintas adalah dengan menaikkan harga petrol.

Cara-cara mengurangkan kencing manis adalah dengan menaikkan harga gula.

Cara-cara mengelakkan bayi tersedak susu adalah dengan menaikkan harga susu.

Cara-cara mengurangkan darah tinggi adalah menaikkan harga garam.

Cara-cara mengurangkan anak luar nikah adalah dengan memberi kondom percuma.

Cara-cara mengurangkan aids adalah dengan memberi jarum suntikan percuma.

Cara-cara nak elakkan harga ayam naik, jangan makan ayam.

Cara-cara nak elak harga rumah melambung, jangan beli rumah.

Cara-cara nak kurangkan defisit negara adalah dengan bayaran gst.

Cara-cara nak elakkan rompakan, hadkan operasi restoran makan 24 jam.

Cara-cara nak mengurangkan kolestrol dlm darah adalah dengan menaikkan harga beras.

Cara-cara nak beli kereta murah adalah dengan cara naikkan harga kereta asing 300%, kereta proton naikkan 150%.

Apa lagi...


Dah baca klik LIKE (^_^)

Gempar Remaja HIlang di Villa Nabila Johor


Menurut "Urban Legend" penduduk Johor Darul Ta'zim, jika sesiapa masuk ke dalam banglo tersebut dengan angka genap, ia akan menjadi ganjil. Contohnya jika seramai 10 orang yang masuk mereka akan mengalami kejadian aneh dimana akan terlebih seorang (makhluk halus?) atau terkurang seorang (disorok?).


Di bawah penulis ada menghidangkan beberapa gambar Villa Nabila yang terdapat di laman twitter, yang kemungkinan dirakam di lokasi berkenaan. Setakat ini penulis berasa "Skeptical" terhadap kejadian tersebut selagi tidak mendapat kesahihan yang benar-benar sahih. Jika sesiapa yang mempunya info lengkap serta update terbaru, sila hubungi kami.







antara dua org budak dari 7 yg terselamat dari tragedi villa nabila..hok aloh..mmg sah group budak2 degil tak dgr cakap..main redah je dorang ni..





mcm teruk je. ramai btol ilang nye. so, yg kompem ilang brape? aku terbaca 2 org je. tp da byk ditokok tambah.


harapnya sesiapa yang mampu lakukan sesuatu buatlah sesuatu... 

kesian kat budak2 nie... betollah diorang buat salah, tapi manusia mana tak pernah buat salah kan?



Dah baca klik LIKE (^_^)

Kisah Benar Banglo Berhantu Villa Nabila di Johor

Assalamualaikum & salam sejahtera. Minggu lepas MiG Online dah share dengan korang misteri sebuah rumah banglo tinggal iaitu Villa Nabilla. Tak sangka artikel yang dikeluarkan tu mendapat perhatian seorang pembaca yang katanya pernah ke sana dan mengalami satu gangguan yang misteri dan menyeramkan. Apa yang jadi? Jom kita baca…
Tak tau kenapa tiba-tiba hati ni tergerak nak on blog migonline. Tujuannya cuma nak tengok perkembangan artis kesukaan saya, Farid Kamil. Nak tau jugak apa perkembangan lepas mendirikan rumah tangga ni kan. Tapi, saya terbaca info yang dikeluarkan oleh migonline tentang sebuah rumah yang dipanggil Villa Nabila. Rasanya tak ramai yang tau pasal kisah disebalik Villa Nabila ni.
Saya ada pengalaman yang saya takkan lupakan sepanjang hayat ni tentang Villa Nabila. Lima tahun yang lepas, ketika tu umur saya baru menjangkau 20 tahun. Saya dan empat lagi kawan-kawan sekolej tergerak nak buat kerja gila (memang kami selalu buat) untuk pergi ke Villa Nabila memandangkan waktu tu kami berlima tengah cuti sem dan jalan-jalan ke rumah salah sorang dari kami yang tinggal di Johor. Nama kawan saya ni S. Pada suatu malam, S menceritakan tentang kisah disebalik Villa Nabila. Kami semua tertarik dengan kisah yang terjadi dalam villa tersebut (walaupun tak tau betul ke tidak). Teman lelaki saya (sekarang dah jadi suami saya) D mencadangkan kami semua ke villa tersebut kerana S ada cerita tentang beberapa peristiwa yang dialami oleh orang ramai yang ada minat yang sama dengan kami. S cakap, barang siapa yang masuk ke villa tersebut dan menyahut nama Nabila sebanyak tiga kali sememangnya akan nampak bayangan seorang kanak-kanak perempuan di situ.
D dengan terujanya ajak kami semua ke villa tersebut. Keesokan harinya, S bawa kami semua ke villa tersebut. Suasana takdelah seperti gambar yang ditunjukkan oleh migonline (5 tahun yang lepas villa tu takdelah bersarang sangat). Kami lalu kat semua kawasan yang dikeluarkan oleh migonline. S bawa kami semua masuk ke dalam villa tersebut. Oleh kerana kami semua pergi pada waktu siang jadi takde la rasa takut yang amat sangat. Cuma teruja sebab nak tau betul ke tidak kisah Nabila ini atau sekadar urban legend.
D mula menyahut nama Nabila. D memanggil nama Nabila sebanyak tiga kali tapi tiada apa yang berlaku. D dan saya merasakan bahawa ini semua hanya gurauan penduduk setempat sahaja. Kami semua duduk di situ dan bersembang tentang hal-hal biasa seperti apa nak buat lepas cuti sem, tentang subjek yang bakal kami ambil sem depan dan tentang lecturer-lecturer yang meminta-minta!!!!!!
Hati saya tergerak tentang kesahihan kisah Nabila. Begitu banyak persoalan dalam fikiran saya masa tu. Alang-alang dah sampai ke situ, takkan takde apa-apa. Tiba-tiba saya rasa meremang. Bulu roma saya menegak. Tubuh saya rasa seram sejuk. Saya fikir ianya cuma perkara biasa saja sebab kita masuk ke tempat keras. Jadi, saya tak beritahu hal ini pada D, S mahupun kawan-kawan yang lain. Sedang kami bersembang lagi (saya dah tak menyampuk apa-apa) tiba-tiba saya terdengar suara kanak-kanak sedang ketawa tapi bunyinya tidak terlalu jelas di telinga saya cuma sayup-sayup. Saya jadi confuse tiba-tiba. Siapa pulak yang gelak macam kanak-kanak ni? Saya pandang ke arah kawan-kawan saya. Tapi semuanya masih bersembang dan bergelak ketawa macam biasa. Takde pula kedengaran seperti gelak kanak-kanak.
Saya mula rasa tidak sedap hati. Saya seperti dapat merasakan sesuatu yang berbeza di situ. Tubuh saya meremang dan seluruh badan saya rasa sakit (rasa macam demam urat). Saya bangun dari situ dan mula berjalan-jalan. Saya berdiri tidak jauh dari kawan-kawan saya berada. Saya melihat sekeliling kawasan. Tiada apa yang pelik. Tiba-tiba, ada satu perkara yang terlintas di fikiran saya. Saya period ketika itu. Perasaan saya mula tidak menentu. Saya dapat rasa kehadiran Nabila di situ (jika bukan Nabila pun tentunya ada makhluk lain). Saya menuju ke arah D dan ajak D pulang. Kawan-kawan yang lain mula pelik. Saya beritahu D dan yang lain bahawa saya period dan tak sesuai untuk ada di kawasan seperti itu. D dan yang lain setuju untuk pulang demi mengelakkan sebarang kejadian pelik berlaku.
Semasa kami berjalan menuju ke luar dari kawasan tersebut, saya sempat menoleh ke arah perigi yang terletak di dalam villa tersebut. Saya nampak seorang kanak-kanak yang memakai gown berwarna biru (putih maybe sebab nampak kotor dan pudar), bertocang dan mengangkat tangan pada saya. Saya terasa seluruh badan saya kejang dan seram sejuk. Saya yakin kanak-kanak tersebut adalah Nabila. Mata saya tidak lepas dari memandang matanya. Matanya nampak sayu dan bergenang. Wajahnya nampak macam baru lepas menangis. Tiba-tiba rasa takut dalam hati saya hilang dan timbul rasa sedih. Tak tau kenapa. Saya terus berjalan keluar dari villa tersebut (walaupun tak mampu nak berjalan dah).
Saya tidak menceritakan hal ini pada sesiapa selepas kejadian itu sehinggalah hari pertama saya berkahwin dengan D barulah saya menceritakan hal ini padanya. Kisah ini saya akan bawa hingga akhir hayat saya. Cuma yang menjadi persoalan saya adalah, kenapa kanak-kanak secomel itu kelihatan begitu sedih? Apa yang telah terjadi padanya? Apakah kisah sebenar di sebalik Villa Nabila ini? Hanya tuhan yang tahu. Al-Fatihah untuk Nabila dan semoga rohnya dicucuri rahmat tidak kira dimana ia berada.
Sekian,
Faten.
Semenyih.
Hmm.. Seram jugak cerita dari Faten nie… Mungkin korang pun ada kisah yang menyeramkan? Boleh jugak kongsikan macam yang Faten buat.

Dah baca klik LIKE (^_^)

Kisah Seram Rumah Berhantu Villa Nabila di Johor


Mesti ada antara korang yang pernah dengar pasal Vila Nabila ni. Ada macam-macam cerita yang menarik pasal rumah ini.


Baru-baru ini kita ada menerima kiriman dari sorang brader yang telah pergi sendiri ke Villa Nabila ini. Dia pegi pepagi buta, nak pegi malam-malam buta apa barang ye dak?

Jadi seterusnya adalah tulisan En. Haziq yang menceritakan pengalaman beliau (dan kawan-kawan) ke vila berhantu ini:

Salam.
Saja berkongsi gambar penampakan selepas khusyuk tengok penampakan di blog ini.
Lokasi rumah lama ini ialah berdekatan Danga Bay Johor Bahru.
Berpagar warna biru.
Saya dulu pelajar di IPTA di sini, dan kampung halaman disini.
Saya dan kawan-kawan saya saja overnight di JB, maklumlah.. bosan kan.. tapi just bersiar-siar saja. Pada mulanya, memang kami dah merancang nak pergi ke rumah Misteri ini pada jam 3 pagi (Waktu paling Aktif mengikut kebanyakkan cerita).
Tetapi atas dasar-dasar keselamatan, kami tunda lepas subuh.. maklumler... bukan semua yang berani kan nak nampak depan mata? hehe.. untuk ke rumah lama ini, jika mengikut pintu depan mengambil masa 15minit sebab jalannya belukar semak samun dan usang. (umpama jungle trakking pagi2). Untuk pengetahuan, rumah lama ini berada di puncak bukit. Jadi kepada yang mahu jungle trekking disini perlu berhati-hati sebab kalau tergelincir.. Bahaya ooh.. Sesudah berada di rumah lama di puncak bukit, tiada kelibat yang kami nampak... cuma 1 kejadian pelik iaitu rakaman video yang dibuat oleh kawan saya seperti telah dipotong di pertengahan jalan? sedangkan kawan saya kata dia tidak stop atau pause rakaman tersebut mahupun Delete. memang pelik dan ini saya sendiri telah perhatikan rakaman tersebut berulang kali. sebab saya ada sedikit ilmu tentang sunting video guna kamera hp nih. mungkin 'Penghuni" kawasan ini tak suka kot? well.. common sense ler..
Sesudah tiba laman puncak bukit tuh, kami berlegar-legar disitu untuk seketika sambil mengambil Kenangan Terindah.. hehe.. Keadaan rumahnya memang usang dan bahagian-bahagian dalam rumah tersebut telah runtuh.. tapi masih ada lagi perkakasan rumah tersebut.
Antara gambar-gambar yang telah di upload dan sedikit penerangan:

Gambar 1 - fokus kepada kawan saya yg pakai baju merah tuh.. ada tak nampak kelibat budak kecil? apa entah yang cuba ditunjuk oleh 'budak' itu.

Gambar 2 - fokus kepada bahu kiri kawan berbaju merah, jika dibesarkan dan di zoom, akan nampak maklhluk berambut panjang dan berupa macam anjing.

Gambar 3 - fokus kepada tingkap kiri sekali. akan nampak makhluk berkepala hijau tengah merenung saya yang mengambil gambarnya.. hehe...

Gambar Akhir - ada dua kelibat jika diperhatikan betul-betul.. satu di tingkap (perlu di zoom dan akan nampak wajah seseorang yg membujur bentuknya sedang melihat saya dan kawan-kawan) dan satu lagi di kaki rumah.. (seperti 'budak' tadi.. tapi tak pasti ia betul atau tidak)

Gambar-gambar ini saya cuma edit dari segi menjelaskan imej sahaja.. nak percaya atau tidak terpulanglah..
Sewaktu saya dan kawan-kawan saya berjalan-jalan di sekitar rumah ini, ada beberapa kali saya terlihat kelibat bayang-bayang perempuan berdekatan kami.. tetapi seperti pesanan orang tua-tua, jika nampak jangan tegur, jangan menyapa dan buat-buat tak nampak saja.. sambil-sambil tuh saya mengucap 2x syahadah dan baca ayat-ayat pelindung seperti Sura Al-Falaq dan Sura An-Nass.

tempat ini memang ada kisah tragedinya tersendiri dan sememangnya ada usaha pihak-pihak tertentu untuk membangunkan tanah ini.. maklumlah harga tanah di JB mahal oh... lagi-lagi berdekatan pusat bandar dan berhampiran Danga Bay..
Tetapi sayangnya.. dengar cerita orang JB yang tahu kisahnya.. setiap kali ada usaha untuk memecahkan dan membersihkan tempat ini, mesti ada kejadian yang pelik dan tidak masuk akal.. contohnya mesin jentolak rosak tiba-tiba, kena ganggu dan sebagainya.

Ceita tentang Villa Nabila ada banyak versinya.. korang boleh cari di laman google dan taip jer villa nabila.
tetapi versi yang kebiasaan didengar, mengisahkan sebuah keluarga mendiami villa ini sewaktu 70 an dahulu.
keluarga tersebut golongan berada dan mempunyai anak bernama Nabila.
sehinggalah satu ketika setelah Nabila mewarisi harta peninggalan bapanya, ibu tirinya iri hati dan membunuh Nabila dan menanam mayatnya di dinding.
ibu tirinya melarikan diri bersama harta tersebut..

Jadi bagaimana mayat Nabila ditemui sedangkan berada di dalam dinding dan di sebuah Villa yang sangat besar? berjarak 20 meter daripada jalan besar?
ini cerita turun temurun, kisah di sebalik penemuan mayat Nabila di dinding.. ini disampaikan oleh kawan saya, dan dia memang banyak mendengar cerita-cerita pelik di JB.. Kisahnya.. Ada seorang hamba Allah s.w.t ini datang membantu, (mungkin kerana dah teruk sangat kawasan tersebut diganggu). tidak pasti bagaimana dia menemuinya tetapi diyakini bahawa Allah s.w.t telah menunjukkan sesuatu kepadanya agar ke villa tersebut dan ke tempat mayat Nabilla ditanam di dinding. you all boleh survey di internet tentang kisah villa Nabila.

------------------------------------------------------------------

Kita hargai usaha-usaha anda dalam mengeksplorasi dan membongkar misteri sebegini. Kita ucapkan berbanyak terima kasih kepada En. Haziq dan rakan-rakan atas keberanian diaorang.

Cuma dinasihatkan agar kalau plan nak buat trip macam ni, sentiasa maklumkan orang lain tentang rancangan anda. Be safe, jangan berpecah dan hormati 'kawasan' yang anda lawati. Paling penting sekali adalah stenbai kamera dan kirimkan penemuan anda kepada kami untuk dinilai bersama oleh semua pengunjung blog ini.

Sumber : blog ceritahantuindo

Dah baca klik LIKE (^_^)

Misteri Villa Nabila Johor Bahru

Banyak cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 7 versi semuanya. Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik kisah yang paling last sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.
Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.
Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.
Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.
Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.
VERSI #6
Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.
VERSI #7
Jiran dikeliling tu pulak ber cerita pasal rumah tu kne rompak. Cristine tu betul la tp suaminyer melayu n kerabat sultan yg dulu2 la… apabila umah dirompak cristine n nabila telah dirogol beramai2 baru dibunuh kejam,… semua yg ader dlm uamh tuh dibunih… lps tu mayat disimen didinding n tiang tengah umah tersebut. selps dlm 20 thn ader la org kaya nak bli tanah tu tp die slalu bermimpi pasal hal keluarga nabila dan bersetuju untuk menyempurnakan mayat2 tersabut… part yg akhir tu xbp pasti lakan, mcm tkt jew nak pecah dinding cr mayat…. tp xpasti la kan…

Dah baca klik LIKE (^_^)

Lelaki Dengan Kekuatan Lengan Luar Biasa



Denis Cyplenkov adalah lelaki gagah dan juara gusti lengan berasal dari Ukraine yang dikenali tidak hanya kerana mempunyai kekuatan yang luar biasa, tetapi juga saiz lengan dan telapak tangan yang luar biasa besar. Ketika melihatnya, anda pasti teringat akan watak fiksyen dalam filem Hulk.

Denis Cyplenkov (31 tahun) lahir di Krivoy Rog, Ukraine, di mana ia telah mengikuti pelbagai kelab sukan sejak  kecil dan remaja. Dia dilatih kettlebell lifting selama beberapa tahun dan mempunyai hasil yang bagus dalam beberapa aktiviti kompetitif, sebelum menjadi salah satu ahli gusti lengan terbaik di dunia.

Beliau telah memenangi Nemiroff World Cup pada tahun 2010 dan 2011, dan memegang beberapa gelaran Russian Arm Wrestling Champion. Pada laman web peribadi, Cyplenkov juga mendakwa ia memegang rekod bisep terbesar di Rusia dan orang terkuat di Rusia.

Dengan tinggi 186 cm dan 140 kg , Denis Cyplenkov mempunyai fizikal yang cukup mengkagumkan. Tetapi aset yang paling luar biasa dari tubuhnya adalah tangan raksasa berukuran abnormal.

Bila dibandingkan dengan kebanyakan lelaki, saiz jari kelingkingnya saja dua kali lebih besar berbanding ibu jari mana-mana lelaki, belum lagi jari yang lain. Pergelangan tangannya juga tak kalah besar dengan saiz 24 cm, yang menjelaskan mengapa kerjaya gusti lenganya boleh berjaya.

Jari Cyplenkov tidak hanya berukuran raksasa tetapi juga sangat kuat. Dengan menggunakan jari-jarinya, Cyplenkov mampu memecahkan buah keras hanya dengan cara menyelipkannya di antara dua jari, seolah-olah buah keras selembut buah anggur.

Dengan hanya melihat foto, kebanyakan orang mungkin berfikir bahawa tubuh Cyplenkov adalah hasil editan photosop. Tapi semua otot dan saiz tangannya yang raksasa adalah asli, ratusan video yang beredar di laman2 web cukup menjadi bukti.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Iklan Berhenti Merokok Yang Kreatif




Laporan asal WebNeel


Dah baca klik LIKE (^_^)

Cara Kereta Baru Diangkut di Afghanistan

Di Malaysia kereta baru yang perlu dihantar dari kilang ke bilik pameran diangkut menggunakan lori treler. Tetapi di Afghanistan tidak terdapat banyak lori treler dan hanya satu atau dua kereta yang perlu diangkut. Jadi adalah normal di Afghanistan untuk menggunakan bas sebagai makeshift cargo carriers. Inilah dinamakan menggunakan setiap ruang secara optimum. Tetapi nampak tak selamat langsung!




Laporan asal Hooniverse


Dah baca klik LIKE (^_^)

Apa Punya Tandas Ni Bro??

Seriously?




Laporan asal SinachZ

Dah baca klik LIKE (^_^)

Banglasia??!


Repairing peti sujuk
Esi gas
Tukar compressor
Atas ada sujubawah tiada sujuk
Boley buat dsruma anda.
Cer tengok.. tada tulur..kincin kuat..vara manya busit.
Ini worang suda GANGU bisnes org tempatan.
Ini worang melayu islam umno tara peduli cantas bisnes org tempatan.
Kudai runcit, kudai jahit , kudai ikan , workshop , kudai makan .. summa sapu.. kasi banggela.
Ini melayu niaga.. cina niaga.. itu melayu islam umno tara pedulik sama kita.
Itu banggela jugak.. ic kasik

Dah baca klik LIKE (^_^)

Situasi di Akhir Zaman...

Nauzubillah semoga kita tak termasuk dalam golongan yang berlumba membuat bayaran ke neraka...


Dah baca klik LIKE (^_^)

Jambatan Unik Yang Boleh Tenggelam


Jambatan ini unik sebuah lagi jambatan unik di Greece. Dua buah jambatan tenggelam timbul boleh ditemui di Corinth dan Isthmina. Ia terletak di hujungTerusan Corinth dan siap dibina pada tahun 1988. Untuk membenarkan laluan kapal jambatan ini akan tenggelam sedalam 8 meter. Terusan ini hanya mempunyai 8 meter dalam dan 16 meter lebar. Tanpa struktur pada bahagian atas jambatan, kapal layar dapat melepasi jambatan ini tanpa risau berlakunya perlanggaran pada bahagian atas.






Dah baca klik LIKE (^_^)

Keadaan Kereta Yang Pelik-Pelik














Dah baca klik LIKE (^_^)

Penduduk Gembar Ular Tedung & Ular Sawa Berlawan

Seorang lelaki tidak menyangka bunyi ganjil yang datang dari sebuah longkang di tepi rumahnya di Taman Kenari di sini malam semalam berpunca daripada dua ekor ular yang sedang berlawan.
   

Penduduk gempar ular tedung, sawa berlawan

Empat anggota JPAM Kulim yang diketuai Ketua Skuad Saifilizan Azizi, 35 (kanan) menunjukkan ular tedung selar buluh dan anak ular sawa yang ditemui seorang penduduk Azmi Abdul Rahim, 45, ditepi sebuah longkang di rumahnya, Taman Kerani di Kulim semalam. - Foto Bernama

Azmi Abdul Rahim, 45, berkata dia agak terperanjat apabila melihat seekor ular tedung selar sedang dibelit seekor anak ular sawa apabila dia menyuluh ke arah bunyi ganjil yang didengarinya.
   
"Saya minta jiran-jiran memanggil pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kulim membantu menangkap kedua—dua haiwan itu kerana kehadiran haiwan berkenaan amat berbahaya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.
   
Azmi berkata, beliau mendengar bunyi ganjil itu kira-kira 10.50 malam ketika membantu membuat persiapan kenduri kahwin anak jirannya.
   
Sepasukan tiga anggota JPAM yang tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian berjaya kedua-dua ular tersebut.

Ketua skuad JPAM, Saifulizan Aziz, 34, berkata, ini pengalaman pertamanya menyaksikan ular berlainan spesies berlawan.
   
Biasanya kami jumpa ular yang berkelahi daripada jenis sama, katanya.
   
Menurutnya anak ular sawa sepanjang 2.5 meter dan ular tedung selar sepanjang tiga meter itu akan dirujuk ke tempat bersesuaian atau Zoo Ular di Perlis.


Sumber : Sinar Harian

Dah baca klik LIKE (^_^)