Pocong Di Hospital Kulim

Inilah Dalang Di Sebalik Gambar Pocong Di Hospital Kulim | Lain yang dirakam, lain yang dapat! Seorang kakitangan awam terkejut apabila kamera telefon bimbitnya merakam objek aneh berhampiran bilik mayat di sebuah hospital, malam kelmarin. Dia yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku ketika dalam perjalanan keluar ke tempat letak kereta dan ingin mengambil gambar kerusi roda bagi tujuan sumbangan. Katanya, setelah sampai ke rumah, dia melihat semula beberapa gambar diambil sebelum terlihat imej asing seperti pocong di laluan bilik mayat berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa dan Pendaftar Nikah, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata, kewujudan syaitan dan iblis adalah benar dan sentiasa menyesatkan manusia. “Kita tidak perlu takut dengan kehadiran imej sedemikian sebaliknya kita perlu terus beriman kepada ALLAH SWT,” katanya. Kalau dilihat pada gambar, imej berbungkus sedang duduk di kerusi depan bilik mayat memang kelihatan amat jelas, justeru mustahil kalau tukang ambil gambar ni tak perasan ianya ada sewaktu butang kamera ditekan betul tak? Memang meremang roma dibuatnya….


Dah baca klik LIKE (^_^)

Tulisan Terbesar Di Dunia Yang Dapat Dilihat Dari Angkasa

Inilah Tulisan Terbesar Di Dunia Yang Dapat Dilihat Dari Angkasa | Di pulau berpasir di Abu Dhabi, Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan telah menulis sebuah Grafiti terbesar di dunia yang pernah ada. Hamad, keturunan ke 63 dari keluarga kerajaan Abu Dhabi sang jutawan, telah membuat namanya dalam huruf besar dua batu dan lebar setengah batu. Tulisan / grafiti itu begitu besar yang dapat dilihat dari luar angkasa (boleh dilihat dari Google Earth). Ujung “H” mencapai ke selat yang mengarah ke Teluk Arab, Hamad membuat dua huruf pertama dari namanya berjaya mengalirkan air. 



Dan inilah rupa mamat yang bernama Hamad tu, bukan main besar lagi nama dia kat dunia…….Kan lagi best kalau beliau boleh buat amalan yang membolehkan namanya sering disebut-sebut oleh malaikat di langit. Ada juga faedahnya. Kan? Apa pendapat anda?



Dah baca klik LIKE (^_^)

Penjaga Gol Singapura Hilang Kat Mana?

Keeper kat mana? Malaysia 3 Singapore 1, AFF Suzuki Cup 2014


Dah baca klik LIKE (^_^)

Pil Ubah Kentut Jadi Wangi

Saintis Perancis, Christian Poincheval menghasilkan pil yang boleh

Saintis Perancis, Christian Poincheval menghasilkan pil yang boleh mengubah kentut menjadi wangi

Seorang saintis dan pereka cipta yang berasal dari Perancis, berjaya mencipta sejenis pil yang mampu meng­ubah bau kentut manusia menjadi wangi.

Portal berita mirror.com melaporkan, Christian Poincheval, 65, mendakwa pil tersebut bukan sahaja memudahkan penghadam­an, tetapi mampu membuatkan kentut berbau seperti coklat atau bunga ros.
Jelas beliau, pil itu sangat sesuai untuk hadiah Hari Krismas.
Sebelum ini Poincheval telah menjual pil kentut dengan bauan mawar, tetapi kali ini dia mengeluarkan versi coklat hanya untuk perayaan itu.

Katanya, sebotol pil kentut itu dijual pada harga 7.90 hingga 9.99 pound (RM52.14-RM89.50) dan menawarkan beberapa manfaat lain seperti mengurangkan angin dan baik untuk perut kembung.

Poincheval berkata, dia mula menjual pil itu yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi melalui laman webnya, pilulepet.com pada tahun 2006 dan mendakwa jualan pil tersebut sa­ngat menggalakkan.
“Ada yang membelinya kerana masalah perut kembung dan ada juga sebahagian mereka membelinya sebagai jenaka untuk dihantar kepada rakan-rakan. Setiap kali Hari Krismas, jumlah jualan sentiasa meningkat.

“Pil ini diperbuat daripada campuran sayur-sayuran, arang, Adas, lithothamne (rumpai laut), propolis (resin tumbuhan) dan blue­berry,” katanya.

Sumber : Utusan Online

Dah baca klik LIKE (^_^)

Pencuri Yang Terseksa

Ngeri memang ngeri, itulah p'kataan yg mampu diungkapkan bagi yg melihat gambar si pencuri yang terkantoi. Sakit tu -


Ini nasib malang yang dialami oleh seorang pencuri.

Setelah menyedari yang dirinya diperhatikan, dia segera melarikan diri dengan melompat pagar rucing pada pagar rumah yang yang menjadi sasarannya.

Malangnya dia gagal melompat.

Punggungnya tertusuk besi pagar yang runcing tersebut., ouwhchhhh!!!

Satu hal pula bomba terpaksa dipanggil untuk menyelamatkan dirinya yang menjerit-jerit kesakitan.








Dah baca klik LIKE (^_^)

Misteri Sungai Jadi Kampung

Sumber : SinarHarian Online

Perigi tempat wuduk suatu ketika dulu digunakan jemaah Suluk yang datang ke masjid itu setiap kali bulan Rejab dan Syaaban.

SABAK BERNAM - Siapa sangka, sebelum tahun 1950-an, Kampung Lubuk Pusing, Bagan Terap dulunya adalah sebuah sungai yang merbahaya disebabkan pusaran airnya yang berpusing-pusing dengan deras hingga menenggelamkan kapal dagangan dan mengorbankan banyak nyawa.

Tidak hairanlah, apabila nama kampung itu berasal daripada perkataan ‘lubuk pusing’ yang diambil sempena sebuah kawasan sungai yang mempunyai sebuah lubuk dengan airnya berpusing-pusing.

Mengikut sejarahnya pula, sebahagian besar Kampung Lubuk Pusing asalnya dari Sungai Bernam yang menjadi laluan kapal-kapal besar menjalankan aktiviti perdagangan, namun terdapat misteri disebalik sungai itu!.

Kisah sungai berpusing-pusing ini menjadi igauan ngeri kepada penduduk kampung dan kapal dagang setiap kali melalui kawasan ini ia seolah-olah tak ubah seperti kawasan Segi Tiga Bermuda yang seringkali dikaitkan sebagai kawasan misteri berikutan ratusan kapal laut dan kapal terbang dilaporkan hilang di kawasan yang menjangkau keluasan sehingga 1.2 kilometer persegi.

Diasaskan pada tahun 1914

Kampung Lubuk Pusing terletak di Mukim Sungai Panjang ini diasaskan Tuan Haji Chik atau namanya sebenar Sheikh Ahmad Marzuki pada 1914.

Sheikh Ahmad Marzuki berasal dari Kepulauan Sumatera, Indonesia dan dipercayai bersama 40 rombongannya terdiri dalam kalangan ahli keluarga dan rakannya datang ke kampung itu bagi mewujudkan penempatan baharu ketika itu.

Sheikh Ahmad Marzuki yang terkenal sebagai seorang alim dan berbudi pekerti luhur amat dihormati penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Lubuk Pusing Bagan Terap, Mohd Razif Md Maini berkata, terdapat dua dakwaan yang menyebabkan pusaran air itu menjadi surut seperti yang diketahuinya melalui pembacaan dan ceritaan lisan daripada penduduk lama.

“Menjadi kebimbangan penduduk dan pedagang setiap kali melalui sungai berpusing ini, maka mereka minta kewalian Sheikh Marzuki ini untuk hentikan pusaran lubuk.

“Maka, Allahyarham Sheikh Marzuki bersama penduduk mengadakan solat hajat bagi menghentikan pusaran air berpusing di sungai terbabit yang menenggelamkan beberapa buah kapal dagang yang melalui sungai ini.

“Ada satu cerita lagi, Sheikh Marzuki dipercayai melontarkan serbannya ke dalam lubuk pusaran sungai itu hingga Allahyarham memberitahu dengan rakan dan saudara terdekat bahawa suatau masa kawasan ini akan jadi daratan,” katanya.

Menurut Mohd Razif, sejak peristiwa itu, berlaku perubahan pada aliran sungai dan dasar sungai yang menyebabkan pusaran air semakin cetek.

“Dengan mendapan demi mendapan berlaku, akhirnya kawasan pusaran air atau lubuk pusing ini menjadi daratan dan menjadi kawasan pertanian subur.

“Kini pusaran air tersebut sudah tiada lagi disebabkan bentuk muka bumi yang berubah. Air sungai tersebut juga sudah kering dan kini menjadi daratan. Yang tinggal kini hanyalah empat tempat yang berbentuk kolam-kolam air,” katanya.

Masjid berusia 100 tahun

Di sebalik cerita pusaran itu, Mohd Razif memberitahu, terdapat beberapa cerita menarik kampung itu seperti pembinaan masjid yang turut diasaskan Sheikh Marzuki di sebelah tapak rumahnya sejak kedatangannya ke kampung berkenaan.

Nazir Masjid Marzukiah Kampung Lubuk Pusing, Norrodin Khalil, 55, berkata, di masjid itu terdapat sebuah bangunan kayu lama yang suatu ketika dahulu pernah dijadikan tempat pengikut tarikat Naqshabandariah dari Sumatera bersuluk iaitu membersihkan hati dengan berzikir.

Katanya, bangunan itu kini kosong, namun ia masih dikekalkan bagi memastikan ia terus menjadi bahan sejarah kepada generasi akan datang termasuk sebuah perigi tempat mengambil air solat yang terletak bersebelahannya.

“Jemaah suluk suatu ketika dahulu dari segenap pelusuk tanah air setiap kali bulan Rejab dan Syaaban akan tinggal beberapa hari di pondok ini untuk berkumpul beramai-ramai dengan menunaikan ibadah dan berzikir,” ujarnya.

Pengunjung singgah ambil air kolam

Selain itu, Norrodin yang juga sebahagian daripada keturunan Sheikh Marzuki memberitahu, di sisi kiri hadapan masjid, terdapat makam Sheikh Marzuki dan anaknya, Muhammad Ilham atau lebih dikenali sebagai Haji Ikhsan.

“Sheikh Marzuki berkahwin dua iaitu seorang isterinya di kampung ini dan seorang lagi di Indonesia. Beliau mempunyai dua anak iaitu Muhammad Sulamuddin dan Haji Ikhsan. Muhammad Sulamuddin berhijrah ke Kampung Terjun Pelabuhan Keli Sumatera, manakala Haji Ikhsan terus menetap ke kampung,” jelasnya.

Berhadapan makam itu, Norrodin berkata, terdapat sebuah kolam yang didakwa pernah digunakan Sheikh Marzuki untuk mengambil wuduk dan mandi.

Kata Norrodin, air dari kolam itu dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai penyakit dan ramai pengunjung yang datang dari jauh semata-mata ingin mengambil berkat air dari kolam terbabit.

“Setiap hari pasti ada yang singgah ke sini untuk mengambil berkat air kolam yang pernah digunakan Sheikh Marzuki. Mungkin ini ikhtiar kita untuk merawat tetapi kuasa ALLAH yang menyembuhkan,” jelasnya yang memberitahu masjid yang berusia 100 tahun itu masih mengekalkan ciri-ciri binaan tradisionalnya sehingga sekarang.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Haiwan Aneh Di Padang Pasir

Jeddah: Seorang lelaki Saudi menangkap seekor haiwan menyerupai anjing di padang pasir dan berkata, tidak seorang pun dapat mengenal pasti jenis binatang itu.
Mutammam Al Rabei memberitahu akhbar Sabq, dia memandu melintasi padang pasir itu di Jeddah apabila melihat binatang berkenaan berlari di depan keretanya.
“Saya menangkapnya hidup-hidup. Kepalanya seperti anjing tetapi binatang itu lebih kecil dan mudah takut.
“Saya bertanya penduduk di kawasan itu, tetapi tidak seorang pun pernah menemuinya. Agak ganjil dan ini kali pertama saya menemui binatang seperti ini,” katanya.- Agensi
HAIWAN menyerupai anjing yang ditangkap di padang pasir Jeddah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4575#sthash.EYm5M92i.dpuf

Dah baca klik LIKE (^_^)

Betul Ke Neil Armstrong Pernah Mendarat di Bulan?


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca.
Untuk pengetahan para pembaca jarak antara Bumi dan Setelit Semula Jadi Bumi(Bulan) ada sejauh 384.403 km. Pendaratan manusia di Bulan masih lagi menjadi keraguan bagi umat manusia berikutan gambar yang disebarkan National Aeronautics and Space Administration (NASA) boleh di bahaskan.
Manusia pertama yang mendarat di ialah Neil Amstrong pada 20 Julai 1969 dengan menggunakan pesawat Apollo 11. Berikut gambar yang diambil semasa pendaratan manusia di Bulan.

Ada beberapa kemushkilan di sini. Kita diajar bahawa di Bulan tiada udara (vakuum) tetapi bagaimana bendera AS boleh berkibar di permukaan Bulan? Cuba perhatikan betul-betul kapal yang berada di belakang angkasawan dikatan digunakan untuk mendarat di Bulan tapi di manakah kesan hentaman semasa proses pendaratan, keratan tanah permukaan Bulan berada dalam keadaan mendatar dan sedikit pun tidak tenggelam.
Gambar ini diambil secara lansung dari Bulan dan di hantar ke Pusat Angkasa di Bumi tetapi tahukah anda bahawa pada tahun 1969 teknologi Wireless belum wujud? yang ada hanya gelombang radio yang mempunyai frekuensi seperti yang digunakan untuk alat yg dipanggil kod morse. Pada gambar tersebut juga cuba perhatikan langit di Bulan. Langit di sana sangat pekat hitamnya di mana bintang-bintang? Kita di Bumi mempunyai Udara dan lapisan Atmosfera tetapi kita masih boleh melihat bintang-diangkasa, tetapi bagaimana ia boleh menjadi gelam gelita di Bulan? Tidakkah ia menjadi suatu misteri??

Ok, sekarang cuba perhatikan gambar ini pula. Kita semua tahu bahawasanya di Bulan mempunyai tarikan graviti yang amat rendah iaitu 1/6  daripada bumi tetapi bagaimana tapak kaki angkawasan ini boleh menjadi begitu dalam dan jelas di permukaan bulan?? Sedangkan kapal angkasa Apollo 11 pun tidak tenggelam??(cuba perhatikan gambar di atas).
Begitu banyak kemushkilan pada gambar yang telah disebarkan oleh NASA, Jadi pendaratan manusia di Bulan menjadi tanda tanya sehingga sekarang. Walaubagaimanapun terpulang kepada anda sebagai pembaca untuk menilai sendiri. Sekian terima kasih :).

Dah baca klik LIKE (^_^)

Patung Wajah Seram Yang Bergerak Sendiri di SIngapura

Warga twitter di Singapura kecoh apabila sebuah anak patung dengan mata di tutup dengan kain putih bertulisan ayat AL-Quran dijumpai diletakkan di tepi sebatang pokok di hougang, Singapura. Apa yang menyeramkan, adalah wajah anak patung tersebut yang menyeramkan. Terdapat juga dakwaan anak patung yersebut bergerak-gerak dengan sendirinya!!
1
Menurut beberapa pengguna twitter, patung itu adalah milik seorang yg dikenali sebagai Narcosis (@S_chadenfreude) di laman twitter. Menurut Narcosis, anak patung itu adalah kiriman pos dari seseorang. Menurutnya lagi, anak patung itu bukan seperti anak patung biasa. ia sebenarnya berpuaka! beliau juga menerangkan mengapa mata anak patung itu harus ditutup dgn kain.

2
3
4
Ketika anak patung itu dijumpai di tepi pokok, seorang ustaz yang berpengalaman telah dipanggil untuk membantu.
Entah ye tidak tak tau la yakk

Dah baca klik LIKE (^_^)

Bayi Perempuan Parah Digigit Biawak di Tioman

ROMPIN: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan parah digigit biawak di rumahnya di kuarters pekerja sebuah resort di Pulau Tioman, di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.
Kejadian terbabit disedari ibunya yang berusia 20-an sebelum membawanya ke Klinik Desa Kampung Tekek dan kemudian dirujuk ke Hospital Mersing.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu di pondok polis Kampung Tekek, malam tadi.
Johari berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan termasuk meminta Jabatan Perhilitan Pahang melakukan pemeriksaan di kediaman mangsa.
Beliau juga berkata kes berkenaan adalah pertama kali dilaporkan di pulau itu membabitkan biawak menyerang manusia.
Difahamkan, bayi berkenaan di hantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk rawatan susulan.
Sumber : Bharian Online

Dah baca klik LIKE (^_^)

Kisah Seram Highway Bukit Gerik - Baling

Gambar Hiasan

Kisah seram ini sebenarnya dikongsikan oleh seorang pembaca di forum CariGold dan dikongsikan oleh blogger beritamyon9... Sebenarnya banyak cerita-cerita dari mulut kawan-kawan menyatakan Highway Bukit Gerik - Baling sememangnya keras dengan perkara-perkara mistik. Apapun jom layan salah satu cerita yang dikongsikan ini.. 

Minggu lepas kami sekeluarga dapat berita adik Ipar aku eksiden motor dgn kereta kat Kg di Kuala Terengganu.

Jadi kami sekeluarga diminta utk balik mlm tu juga...

Tetapi dlm perjalanan (baru nak masuk Baling) kami dpt call, adik kesayangan kami dah pulang ke Rahmahtullah... Allah lebih sayangkan dia... Al-Fatihah...

Jadi kami teruskan juga perjalanan keTrg dgn hati yg tabah...

Setelah semua selesai, Ahad mlm Isnin kami kena pulang ke Penang sebab aku ada kerja yg perlu disiapkan, dan kami bertolak dari K.Trg dlm 10.30mlm...

Mula masuk H'way Bukit Grik dlm 1.30 pagi... dan sepanjang prjalanan aku rasa mcm biasa..cuma bini aku ckp dia pening dan rasa nak muntah..mgkn sebab jln bengkang-bengkok...

Alhmdllah, kami sampi ke Grik dlm kul 4.10pagi gitu, dan kami stop kat R&R sebab aku nak p toilet...

mcm biasa aku lock kereta kalau aku tggl sat anak bini aku, tapi alhmdllah mlm tu aku tergerak nak kasi on alarm...

Tiba-2 kereta aku bunyi alarm, then aku bergegas p tgk kereta aku, tak ada apa-2 berlaku...

Then aku p dptkan bini aku, dia nmpk mcm takut... Aku tanya kenapa? Dia kata ada org lalu mundar mandir depan keta aku tu, tgk direct kat depa dlm keta... Then, masa tu keta aku berbunyi...Then tiba-2 org tu hilang... So aku pujuk bini ckp maybe org driver lorry dkt-2 situ yg lepak sama....

Then kami teruskan perjlanan ke Penang... start nak masuk H'way baru Grik-Baling dlm kul 4.30pagi...

Aku nampak kabus tebal... Rasa berat hati nak teruskan...ingat nak U-turn...jadi aku plan nanti kalau kat depan ada lampu jln aku nak U-turn... Tapi bila terus...still takder lampu jln, sebab bateri solar utk lampu tu dah habis kot... so aku make desicion teruskan perjlanan...

Tiba-2 aku rasa semcm jer...Then bini aku tiba-2 mcm terkejut! Aku pesan kat dia baca apa yg patut...Aku pun sama baca apa yg patut... Then tiba-2 aku rasa keta aku mcm berat... aku tekan myk juga (masa tu gear 5 dan turun bukit!) Then aku tak puas hati aku drop gear 4... masa tu turun bukit! Hangpa bayangkan turun bukit guna gear 4 Utk pengetahuan, bila kereta dah bergerak lama, pick-up dia ada skit... Sebelum tu, aku belasah gear 5 naik bukit...Tapi ini turun bukit gear 4.

Alhmdllah depan kami ada lori balak..rasa ringan semula... Bila aku dah overtake lori tu...tak lama aku rasa berat balik... Mcm tadi gak, turun bukit aku henyak gear 4...Aku nekad. Aku mesti lawan balik demi anak bini aku.... Sepnjg nak kuar h'way tu nak sampai ke Baling, dlm 3-4 kali aku rasa mcm tu... Kadang-2 aku mcm terasa nak tgk tepi cermin...tapi bila tgk takder apa-2... Alhmdllah, kami dpt kuar dari H'way tu dan sampai ke Baling... Then takder rasa apa-2...Lepas tu ada bukit-2 nak menghala ke Kulim tu selamba jer aku naik bukit guna gear 5....

Then sampai ke BKE Kulim, aku stop kat Petronas tu nak rest aku ckp kat bini aku... (Sebenarnya aku saja nak stop, tak nak balik terus kot-2 kalau ada benda ikut, dia akan stay kat situ...) Lepas aku ckp kat bini aku, barulah bini aku rasa 'burden' yg dia rasa tadi hilang tiba-2..rasa lega... Kami selamat sampai rumah kat seberang jaya dlm kul 7.30 pagi... itu pun aku sempat lagi p beli nasi kandar kat Jalil bagan...

Sampai rumah baru kami bincang pasal apa yg berlaku... Bini aku ckp, masa perjalanan nak ke K.Trg pun dah ada nampak benda pelik... Dia nampak mcm org tua lelaki kat tepi jln kat atas bukit Grik lambai tangan sambil senyum kat dia... Then masa nak balik ke Penang, still org yg sama lambai tangan kat dia, tapi kali ni tak senyum. Then dia kata masa kat H'way Grik Baling tu org tua tu ada follow keta kami! Bini aku nampak. Dia lawan juga dgn beranikan diri buat tak tahu jer... Kuat juga bini aku. Tahniah!

Then masa kereta kami rasa berat tu, dia pun rasa berat juga...Ingatkan aku jer as driver rasa kereta berat...

Dia ada nmpk mcm benda putih follow kereta kami... Nauzhubillah..! Tapi Alhamdullah, kami selamat sampai rumah....Then kami cerita benda tu kat family kat kg,... Adik ipar aku yg sorang tu cerita, dlm bulan lepas, member dia terbabas kereta kat H'way Baling Grik sebab rasa benda yg sama..kereta rasa berat, then lost control terbabas... dia kata kami Alhamdullah kuat juga dpt lawan....

Jadi aku pesan kat korang, kalau nak lalu H'way Baling grik tu, kalau boleh jgn lewat sgt..Tunggu sat kat Pekan Grik tu...dah masuk subuh, then boleh la kot tempoh jln tu... Tapi kalau kuat, belasah jer...

Lagi kalau korang ada any experience or info tntg topik aku bukak ni, boleh la share kat sini...

At least takder la member-2 kita kena benda yg sama aku kena..or maybe lagi teruk!

Sumber: Beritamyon9.blogpsot.com


Dah baca klik LIKE (^_^)

Mengejutkan ! Gambaran Jika Ais Di Kutub Utara Cair Keseluruhannya




Gambaran dari peta interaktif atau simulasi yang menunjukkan pencairan ais di kutub utara. Di ramalkan banyak kawasan di Asia akan tenggelam, antaranya ialah benua China,  600 juta rakyat China hilang tempat tinggal, menenggelamkan terus Teluk India ,dengan 160 juta penduduk hilang tempat tinggal. Malahan di kawasan IndoChina juga turut musnah dengan menjadikan kawasan gunung Cardamon di Kemboja pulau baru.  Negara Indonesia dan Filipina akan semakin mengecil.

Bagaimana Malaysia? Kawasan rendah atau berhampiran dengan laut tenggelam keseluruhannya. Hanya tinggal kawasan tinggi iaitu Banjaran Titiwangsa, akan menjadi satu-satunya kawasan yang tidak tenggelam. negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor sebahagian besar tenggelam dan tidak boleh diduduki lagi. Kawasan Sabah dan Sarawak agak kurang terjejas kerana kedua-dua negeri tersebut mempunyai banyak kawasan tanah tinggi. Bencana alam ini jika berlaku akan mengubah struktur peta dunia dan negara keseluruhannya. dengan tangan-tangan manusia yang terus merosakkan aam ini tidak mustahil ianya akan berlaku. Malahan saintis saban tahun mendapati paras air laut meningkat setiap tahun, walaupun sedikit.

- See more at: http://www.lovehijau.com/2013/11/mengejutkan-gambaran-jika-ais-di-kutub.html#sthash.cizjh2se.dpuf

Dah baca klik LIKE (^_^)

Motosikal Dari Tulang Haiwan

Florida: “Cowasaki” bukanlah kesilapan ejaan pada bagi satu nama pengeluar motosikal sebaliknya ia nama yang diberikan bagi replika motosikal yang dibuat dari tulang binatang.

Cowasaki
Replika motosikal yang diperbuat daripada tulang haiwan.

Reese Moore, 65, dari Orange City mempunyai kemahiran unik menggunakan tulang binatang untuk membina replika motosikal selama lebih 10 tahun..

Rekaan terbarunya yang di beri nama Cowasaki akan mula dipamerkan di bilik pameran Ormond Beach sebagai sebahagian daripada Minggu Motosikal 2014

Replika bernilai AS$ 55,000 (RM 180,372) itu dibuat daripada tengkorak lembu, tulang buaya, rakun dan khinzir.

“Saya suka menggunakan tulang dalam hasil kerja saya,” kata Reese.

Lelaki itu tidak pernah menunggang motosikal apatah lagi motosikal yang dibinanya kerana ia hanya replika dan bukan untuk digunakan.

Dia mula membina replika motosikal itu apabila dia cuba melakukan sesuatu yang hebat untuk anaknya pada hari Halloween dengan membuat replika dinosaur dari tulang binatang.

Apabila rakannya meminta dia membuatkan satu untuknya, dia membuat sesuatu yang lebih baik.

“Pada mulanya saya cuma bergurau dengan mengatakan saya akan membuat motosikal untuk Minggu Motosikal, dan saya anggap itu sebagai satu cabaran buat saya,” katanya. Dalam kira-kira tiga atau empat hari kemudian saya menghubunginya untuk memberitahu ia sudah siap,” katanya.

Rekaan terbaru Reese itu kini dipamerkan untuk jualan di Dunn's Attic & Auction House. -Agensi


Dah baca klik LIKE (^_^)

Sanggup Kerat Urat Sebab Nak Pohon Cuti

Fujeirah: Seorang pekerja sanggup mengerat uratnya bukan untuk membunuh diri tetapi semata-mata mahu mendapatkan cuti.

Bunuh Diri
                                                                     Gambar hiasan.

Namun tindakannya itu sia-sia apabila dia bukan saja tidak diberi cuti malah turut didenda.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu dikejarkan ke hospital minggu lalu selepas melakukan perbuatan itu.

Doktor berjaya menyelamatkan dan menyambung uratnya.

Mahkamah di Fujairah mendendanya sebanyak Dh2000 (RM 1,796) selepas dia mengaku kepada polis bahawa dia bertindak demikian untuk mendapatkan cuti daripada majikannya. -Agensi



Dah baca klik LIKE (^_^)

Subhanallah! Gambar Cuaca Yang Unik Di Australia

Di Australia, bukan sahaja terkenal dengan kes serangan jerung ketika berada di pantai, malah, cuacanya juga ada kalanya agak extreme.



lagi gambar



Dah baca klik LIKE (^_^)

Kucing Tersepit Dalam Enjin Kereta 2 Minggu

Kucing terselamat setelah tersepit dalam enjin kereta selama 2 minggu.



Dah baca klik LIKE (^_^)

Pocong Belakang Pengawal!

Kisah yang akan aku ceritakan ini, pengalaman aku dengan kawan sekerja aku sama-sam kerja Mac Donald. Kerja sebagai pelayan restoran ini biasa lah kan memang sibuk memanjang, lagi-lagi kerja di dalam dapur. Biasa shiff aku memang selalu malam je, kena buat closing, cleaning semua memang memakan masa.

Kerja pun habis lewat-lewat 12 lebih dekat 1 pagi jugalah, aku dan kawan aku naik moto sama sebab tinggal pun dekat-dekat juga. Masa perjalanan nak balik rumah, aku ikut jalan Conlay dekat Kompleks kraff tu. Sana memang sunyi je atas pukul 10 malam, lagi satu kat situ selalu ada roadblok polis. 

Gambar contoh, pocong itu agak mengerikan, tapi hanya nampak bahagian kepala sampai badan je.

Cerita nya macam ini,Di jalan Conlay itu ada sebuah rumah banglo besar warna putih, sesiapa yang pernah lalu jalan itu mesti perasan punya banglo putih tu. 

Malam aku balik kerja tu, keesokannya aku off tapi kawan aku masuk noon. Aku behenti motor aku kat tepi jalan traffiq light depan Kompleks Kraff itu. Aku tanya kawan aku. "wei esok kau noon shiff kan?" Kau ingat tak banglo putih kat depan sana tu? 

Kawan aku pun jawab macam ini " wei kau dah tebiat bukan ke banglo itu ada orang jaga?" Maksud aku pengawal. Aku jawab " eh kalu ada lagi bagus suruh dia teman kita la ok tak?

Jadi kawan aku pun setuju, aku pun menuju ke banglo itu. Keadaan memang sunyi dan gelap, tapi pengawalnya aku tak nampak pula. Meja dengan moto je ada kat dalam banglo itu. Aku redah je masuk banglo tu, agak semak la dalam tu. 

Tiba-tiba ada suara bertanya " siapa itu, siapa itu" aku dengan kawan aku diam je la, mana tahu benda tu ke yang tanya. Suara itu pun hilang. Lepas itu, aku terdengar enjin motor berbunyi, bila aku tengok dekat luar xda pun enjin motor hidup. Dekat setenggah jam dah aku dengan kawan aku lepak sana, terkantoi sudah aku dan kawan aku dengan pengawal.

"eh korang buat apa kat sini?" ni kan kawasan larangan, pengawal tu pun duk bising-bising la kat aku dan kawan aku. Nak tahu apa yang aku nampak masa pengawal tu bising-bising? Pocong la! betul-betul belakang pengawal itu. Aku pun pandang la bawah pejam mata sebab terkejut nampak pocong! aku dalam hati cakap alamak pocong ni asal pandang tepat ke mata aku!  


Aku lari dengan kawan aku tinggal kan banglo itu, pengawal tu je yang tak nampak padahal aku da jerit pocong! pocong! pocong!

Hidupkan enjin motor terus cabut! ini lah pengalaman aku jumpa pocong, nasib dia x ikut balik ke apa. 


Sumber : mforum

Dah baca klik LIKE (^_^)

Gajah Mati Tersepit Celah Pokok Cempedak



KOTA TINGGI - Seekor gajah dewasa dilaporkan mati akibat sebelah kakinya tersepit di celah dahan sebatang pokok cempedak di Felcra Dusun Panti, Kota Tinggi pada Khamis lepas.

Haiwan berkenaan dipercayai cuba memanjat pokok tersebut untuk mendapatkan buahnya.

Seorang peneroka, Mohd. Nasir Hashim, 57, berkata gajah itu ditemui terbaring pada pangkal pokok tersebut oleh seorang pekerja di dusun berkenaan.



Dah baca klik LIKE (^_^)