Satu Pertiga Penduduk Dunia Gemuk!

London: Hampir sepertiga penduduk dunia kini gemuk dan tiada negara mampu membendung kadar obesiti sejak 30 tahun lalu.

Satu Pertiga Penduduk Dunia Gemuk

Menurut satu kajian terbaru lebih dua bilion penduduk di seluruh dunia mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Kadar tertinggi dicatatkan di Asia Barat dan utara Afrika dengan 60 peratus lelaki dan 65 peratus wanita gemuk.

Selain itu, Amerika Syarikat pula mempunyai 13 peratus populasi gemuk dunia, satu jumlah yang tinggi berbanding negara lain.

Jumlah penduduk gemuk yang digabungkan di China dan India hanya 15 peratus.

Seorang pakar dari Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan Universiti Washington, Christopher Murray menyifatkan keadaan itu sebagai ‘menggerunkan.’

Beliau dan rakan penyelidik lain mengkaji lebih 1,700 kajian meliputi 188 negara dari 1980 hingga 2013.

“Ia menggerunkan. Bila kami menyedari tiada satu negara mampu mengurangkan tahap obes, ia pasti menyedarkan kamu betapa sukarnya untuk mengatasi masalah itu,” kata Murray.

Murray berkata, terdapat hubungan kukuh antara jumlah pendapatan dan obes, semakin kaya, semakin gemuk,

Dia juga berkata saintis turut mendapati peningkatan dalam kes diabetes dan kanser berkait dengan berat badan.

Kajian baru itu ditaja oleh Yayasan Bill dan Melinda Gates dan diterbitkan dalam talian Khamis melalui jurnal Lancet.

Minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menubuhkan suruhanjaya tinggi untuk menamatkan obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

“Anak-anak kita semakin gemuk. Sebahagian daripada penduduk dunia ini makan sehingga mati,” kata Pengarah WHO ketika mesyuarat tahunan agensi itu di Geneva.

Awal tahun ini WHO menegaskan kadar gula yang diambil untuk kalori seharian sepatutnya tidak melebihi lima peratus daripada gula.

Seorang lagi pakar obes dari Universiti Emiriah Arab Bersatu mendedahkan kadar kegemukan itu menjangkau lima kali ganda dari 20 tahun lalu walaupun di kawasan terpencil seperti di Pakistan.

Hasil penyelidikannya dibentangkan di sidang media Bulgaria.

“Permodenan menjejaskan kesihatan. Beberapa tahun lalu manusia terpaksa berjalan berjam-jam untuk membuat panggilan telefon berbanding zaman sekarang yang mempunyai telefon bimbit,” katanya.

Di Britain pula, pemerhati kesihatan menggesa orang gemuk dihantar mengikuti kelas penurunan berat badan secara percuma bagi mengurangkan sebanyak tiga peratus berat badan mereka.

Sekurang-kurang dua daripada tiga orang dewasa negara itu terlebih berat, menjadikan ia ‘negara tergemuk’ di Eropah Barat. -AP



Dah baca klik LIKE (^_^)

Tikus Gergasi Dalam Rumah!

Stockholm: Satu keluarga di Sweden terkejut besar apabila mendapati tikus yang selama ini berkeliaran di rumah mereka bersaiz gergasi.

Tikus gergasi yang ditangkap keluarga Bengtsson-Korsås.

Keluarga Bengtsson-Korsås mula mengesan sesuatu yang pelik apabila kucing peliharaan mereka, Enok enggan masuk ke dapur kediaman mereka di Solna, Stockholm.

Kejutan berlaku selepas mereka melihat sendiri tikus yang membuatkan kucing mereka ketakutan itu berukuran 38 sentimeter.

Tikus itu berjaya masuk ke dalam rumah berkenaan melalui lubang yang dibuat di celahan panel kayu dan konkrit.

Sebelum ini, tikus itu tidak pernah kelihatan sehinggalah keluarga itu mengalihkan tong sampah di dapur rumah mereka.

“Saya ketakutan. Ia sangat besar sehingga saya tidak dapat mengenal pasti apakah benda itu sebenarnya dan sebaik melihatnya, saya terus melompat ke atas meja,” kata Signe Bengtsson-Korsås

Tikus gergasi itu selesa “menetap” di sebalik sinki dan turut menyebabkan salurannya bocor kerana digigit haiwan berkenaan.

Usaha keluarga itu untuk menghalaunya tidak berhasil sebaliknya tikus gergasi itu berani menunjukkan dirinya dan berkeliaran di dapur.

Khidmat kawalan makhluk perosak dipanggil bagi memasang jerat yang digunakan industri untuk menangkap tikus berkenaan dan tidak lama selepas itu satu dari jerat itu mengena.

Bagaimanapun, apabila diperiksa, jerat itu hilang.

Jerat yang dipasang tidak mampu menghalang pergerakan tikus gergasi itu.

“Haiwan itu tidak mati terkena jerat sebaliknya melarikan diri bersama jerat itu. Ia kemudiannya masuk di celah kayu dan tersekat di situ sebelum mati tercekik,” katanya. -Agensi


Dah baca klik LIKE (^_^)

Pin Dan Jarum 10 Tahun Dalam Badan

JARUD BANNER, China - Seorang wanita yang mengalami sakit luar biasa sejak 10 tahun lalu mendapati dalam badannya mempunyai sembilan pin dan jarum selepas menjalani ujian X-ray, lapor akhbar MailOnline.

Alatan Hsia

Beberapa doktor yang memeriksa Alatan Hsia mendapati pin dan jarum berkenaan terdapat pada bahagian paru-paru, hati, kaki dan berhampiran dengan jantung.

Dalam pada itu, wanita itu yang merupakan penggembala lembu berkata, dia pernah melalui situasi perkahwinan yang teruk sebelum ini.

"Bekas suaminya saya, Chung Hsiao selalu memukul saya. Pada akhir tahun 2002, saya ke rumah ibu bapa saya untuk mengelak daripada dia.

"Pada suatu hari, apabila saya berada di sana dan kedua orang tua saya keluar, dia datang dan memukul saya. Dia menjerit: "Jika kamu tidak pulang ke rumah, saya akan membunuh kamu. Saya dipukul hingga koma," jelasnya.

Apabila Hsia tersedar daripada koma lima hari selepas itu, ibu bapanya memberitahu yang mereka menemui sembilan jarum di sisinya ketika kejadian berlaku.

"Saya percaya selepas memasukkan sedikit jarum ke dalam badan saya, dia kemudian melarikan diri dan membiarkan selebihnya di atas lantai," katanya lagi.

Bagaimanapun, wanita itu kini memerlukan kos sebanyak £17,000 (RM91,372) untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan pin dan jarum-jarum tersebut. -Agensi


Dah baca klik LIKE (^_^)

Pen Berkarat Dalam Perut

Taipei: Doktor yang melakukan X-ray ke atas seorang wanita yang mengalami sakit perut sejak enam bulan lalu terkejut apabila menemui sebatang pen di dalam perutnya.

Giler! Pen Berkarat Dalam Perut
Keputusan X-Ray menunjukkan pen dalam perut Shing.

Shing Fang, 20, menjalani pemeriksaan di hospital di Taipei selepas mengalami sakit perut yang berpanjangan sehingga menyebabkan dia tidak boleh makan.

Malah Shing turut disahkan menghadapi kemurungan selepas doktor gagal mencari punca penyakitnya.

Apabila doktor melakukan endoskopi - memasukkan kamera melalui mulut hingga ke perutnya, mereka menemui objek panjang berkarat.

Selepas gambar yang diambil oleh doktor dengan melakukan X-ray, mereka terkejut mendapati objek itu pen.

Giler! Pen Berkarat Dalam Perut [2]
Pen yang berkarat dikeluarkan dari perut mangsa.

Tanpa berlengah, Shing dibedah untuk mengeluarkan objek berkenaan.

Shing bernasib baik kerana jika dibiarkan lebih lama ia boleh menyebabkan kematian.

Wanita itu berkata, dia tidak ingat pernah tertelan pen itu.

Bagaimanapun, Shing mengaku dia mungkin tertelan pen itu ketika mabuk semasa meraikan keputusan peperiksaannya. -Agensi


Dah baca klik LIKE (^_^)

Toyol Dirakam Dari CCTV

PETALING JAYA - Tiga kali premis dipecah masuk membuatkan seorang pemilik kedai runcit di Kampung Sungai Kayu Ara memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek.

Imej Toyol Berjaya Dirakam CCTV!

Huzaifah Mohd Yatim, 25, terkejut selepas CCTV itu berjaya merakam visual seorang kanak-kanak sedang menggeledah barangan dan mencuri wang yang disimpan dalam kedai jam 2.50 pagi 20 Jun lalu. 

“Kanak-kanak itu mengaku masuk ke dalam kedai melalui lubang kecil celah dinding papan kedai yang reput,” katanya.

Menurutnya, perangkap itu sengaja dibuat bagi mengesan pencuri yang menjadi buah mulut penduduk kampung itu selama ini.

“Saya kerugian besar selepas kedai dipecah masuk. Malah selepas ditangkap budak itu masih cuba pecah masuk kedai saya,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Man berkata, dia kerugian RM4,000 selepas rumahnya dimasuki akhir bulan lalu.

“Dompet yang mengandungi wang saya letak di dalam poket seluar yang digantung di dalam bilik lesap dan kejadian itu disedari ketika saya bangun waktu pagi.

“Anehnya tiada kesan rumah dipecah masuk, tapi ada saksi yang nampak kelibat kanak-kanak merayau di sekitar rumah saya pada waktu malam,” katanya.

Menurutnya, laporan mengenai kejadian itu dibuat di Balai Polis Damansara.

-Sinar Online Harian



Dah baca klik LIKE (^_^)

Rugi Biar Ramadhan Berlalu Tanpa Amal

Rugi dibiarkan Ramadan berlalu tanpa amal.

Rugi dibiarkan masa berlalu tanpa amal.

Kalau malas solat sunat 20 rakaat, boleh solat sunat 8 rakaat.

Kalau malas solat sunat, boleh buka dan baca alQuran.

Kalau malas buka alQuran, boleh baca ayat alQuran yang telah dihafal.

Kalau malas baca alQuran, boleh istighfar (minta ampun) ucapkan astagfirullah, astagfirullah, astagfirullah ..

Kalau malas istighfar, boleh zikir baca sebut.. la ila ha il lallah.. la ila ha il lallah.. la ila ha il lallah..

Kalau malas zikir sebut, tak payah sebut, baca dalam hati.. la ila ha il lallah.. la ila ha il lallah.. la ila ha il lallah..

Kalau malas zikir panjang dalam hati.. la ila ha il lallah.. pendekkan sedikit, zikir dalam hati.. ALLAH, ALLAH, ALLAH ..

Rugi dibiarkan masa berlalu tanpa amal.
Rugi dibiarkan Ramadan berlalu tanpa amal.


Dah baca klik LIKE (^_^)