9 Mata Wang Paling Pelik

9. Wang dari lembaran kayu (Jerman)
  



Pernah digunakan sebagai wang semasa darurat di Jerman semasa pemulihan selepas Perang Dunia I.Kerana darurat, wang dicetak juga daripada kerajang aluminium, kain sutera dan kad dari sisa-sisa perang. Pengumpul akan sanggup untuk membayar dengan harga yang tinggi untuk wang pelik ini, yang paling mahal adalah batu yang dicetak menjadi duit syiling pada masa itu.

8. Wang dengan ancaman hukuman mati (amerika, ketika masih dijajah Inggeris)
  

US Dollar memang telah menjadi mata wang yang paling stabil dan dianggap sebagai safe heavencurrency. Jika dilihat dari sejarahnya, mata wang ini telah banyak berpengalaman dalam memerangi parapemalsu wang. Pada masa-masa awal penjajahan Inggeris, sangatlah mudah untuk mencetak wang kerana banyak alat cetak beredar dan reka bentuk cetakan wang tidaklah terlalu rumit seperti sekarang

Tetapi ia begitu mudahpemalsu juga boleh mencetak sendiriBagaimana kerajaan adalah untuk memberiancaman yang kuat kepada pemalsuDengan mencetak "To Counterfeit is Deathatau hukuman matiuntuk pemalsuanKelihatan seperti bukannya "In God We Trust" adalah lebih sesuai "In The Death Penalty We Trust".


7. Wang kumpulan voucher (vietnam)
  

Jika kita fikir wang yang boleh membeli segala-galanya, ia tidak. Wang Vietnam pada tahun 70-anberfungsi sebagai koleksi baucar yang hanya boleh digunakan untuk membeli pakaian dan peralatan.

6. Mata Wang berbentuk komoditi
  

Garam adalah salah satu barang tertua yang digunakan sebagai bayaran. Sebenarnya, kata "salary" (gaji)berasal dari bahasa Latin "salarium" iaitu wang yang telah dibayar kepada perajurit Rom untuk membeligaram.

Garam juga juga digunakan sebagai alat tukar (mata wang) utama di gurun Sahara selama berabad-abadlamanya, dan digunakan secara meluas di seluruh Afrika Timur. Biasanya, seseorang pada masa itu akanmenjilat garam satu blok untuk memastikan garam tersebut asli dan memutuskan untuk membuatpecahan dari blok itu sebagai pecahan wang kecil.

Blok garam pada gambar berusia 1500 tahun. 

Mata Wang unik yang lain adalah : 
"RENG", wang berbentuk bola benang yang dibungkus dalam sabut kelapa. Digunakan zaman dulu diKepuluan Solomon.
Koko digunakan di seluruh Mexico dan Amerika Tengah
* Keju Parmigiano Reggiano , boleh juga digunakan sebagai jaminan pinjaman di Italia 

5. Wang pecahan terbesar (Hungaria)
  

Inilah pecahan mata wang pemegang rekod sehingga kini. Dicetak oleh Hungary pada tahun 1946 dengan nominal 100,000,000,000,000,000,000 pengo. Ya! Seratus juta trilion pengo dengan kadar ketika ituhanya sekitar 20 US cent. Lihat saja, sampai jumlah nolnya pun tidak mungkin bercetak di sana.

4. Modifikasi Wang Kerana Rampasan Kuasa (Zaire)
Ketika rejim Joseph Mobutu dirampas kuasa pada tahun 1997 di Zaire (yang kini bernama TheDemocratic Republic of the Congo) Pemerintahan yang baru ketika itu terlalu sibuk untuk mereka bentukdan mencetak wang baru selain kerana jumlah wang ketika itu terhad pula.



3. Kulit tupai (Rusia)
  

Beberapa kurun yang lalu, kulit tupai merupakan wang yang sah digunakan di Russia. Bahkan beberapabahagian dari tupai mati ini seperti telinga, hidung, dan kuku-kukunya berfungsi sebagai "duit baki".

2. Syiling perak plus bonus air suci (Kep. Palau)
  

Jika di wang kertas USD ada "In God We Trust", negara kepulauan Palau selangkah lebih maju. Negara ini pada tahun 2007 mencetak syiling perak dengan gambar perawan suci dan memasukkan bonus botol kecil mengandungi beberapa titis air suci dari sebuah mata air suci di Lourdes Perancis.

Negara ini pernah pula memasukkan mutiara, bahkan batu meteor pada duit syilingnya. Perak dan air suci, apakah negara ini ada masalah dengan serangan vampire dan werewolf? 

1. Wang dari batu (Pulau Yap, Kep. Solomon)
  

Di pulau Yap, sebuah pulau di Kepulauan Solomon, anda akan menemui "wang" terbesar dan teraneh di dunia: batu rai (semacam batu kapur). Wang ini berbentuk lingkaran dengan diameter 12 kaki dan berat 8tan.

Sama ada sejarah atau kepercayaan apa yang menyebabkan orang-orang di pulau Yap sangat muliakanbatu ini, mungkin sama seperti Masyarakat moden mengagungkan batu emas. 

Kerana jenis batu ini tidak boleh ditemui di Pulau Yap, masyarakat Pulau Yap rela mengorbankan nyawamereka untuk mengembara mencari batu ini.

Tahukah anda? Penilaian nominal dari batu ini ditaksirkan bukan hanya berdasarkan saiz, tapi jugaditaksirkan berdasarkan pengorbanan menbawanya ke Pulau Yap, termasuk jumlah nyawa yangterbunuh kerana pengorbanan tersebut.

Kerana bentuknya besar, wang ini dibiarkan terbaring di luar rumah pemiliknya, bahkan kadang-kadangdi dalam hutan. Walaupun terbaring di mana sahaja, orang pasti mengetahui siapa pemiliknya. Apabila berlaku pertukaran pemilikan, akan dilakukan dalam upacara tertentu. 

Pihak berkuasa tempatan telah menlarang batu-batu wang ini keluar daripada pulau tersebut. Tetapisekurang-kurangnya anda boleh mencari wang antik ini di lobi Bank Kanada di Ottawa.



Dah baca klik LIKE (^_^)

Manusia Pertama Sembuh HIV


TIMOTHY RAY BROWN, 47, menjadi satu-satunya manusia dalam sejarah yang sembuh daripada jangkitan HIV selepas menjalani pembedahan pemindahan sumsum tulang daripada individu yang kebal terhadap virus itu.

Dia disahkan menghidap HIV sekitar tahun 1995 ketika menuntut di Berlin, Jerman dan diberitahu hanya mampu hidup selama dua tahun lagi.

Brown yang terkenal dengan jolokan ‘Berlin Patient’ berasal dari bandar raya Seattle, Washington, Amerika Syarikat (AS). Dia menjadi popular selepas beberapa doktor cuba mengaplikasikan teknik yang unik itu dengan menggunakan penderma kebal HIV untuk menjalani satu pemindahan sel induk bagi mengubati penyakit leukemia Brown.

Sejak tahun 2007, dia telah menjalani dua pembedahan pemindahan sumsum selepas doktornya, Gero Huetter melakukan ujian ke atas lebih 70 penderma untuk menentukan keserasian mereka dengan Brown. Penderma itu juga menunjukkan keputusan negatif dalam ujian HIV.

“Saya disembuhkan daripada HIV. Dahulu saya mempunyai HIV, tetapi kini tidak lagi. Saya menjadi bukti bahawa AIDS boleh diubati. Sungguh mengagumkan apabila dapat sembuh daripada jangkitan HIV,” kata Brown.

Kombinasi terapi antivirus yang muncul di pasaran dunia membolehkan jangkitan HIV yang dihidap berjuta-juta penduduk dunia dirawat.

Terapi itu dapat mengekang kuman HIV di dalam badan Brown tetapi dia memilih untuk menemui seorang doktor pada tahun 2006 selepas mengalami kelesuan yang berpanjangan.

Gen CCR5

Dia kemudian disahkan menghidap leukemia dan menjalani rawatan kemoterapi yang menyebabkannya mengalami pneumonia manakala darahnya mengandungi bakteria beracun.

Dalam usaha menyelamatkan nyawa Brown, doktornya, Huetter, mendapat idea untuk melakukan pembedahan pemindahan sumsum tulang dengan menggunakan penderma sel induk yang memiliki gen mutasi reseptor chemokine C-C jenis 5 (CCR5).

Mereka yang ada gen CCR5 kebal terhadap jangkitan HIV kerana sel mereka tidak boleh ditembusi virus tersebut.

Namun, manusia yang mempunyai gen CCR5 jarang ditemui. Dipercayai cuma satu peratus penduduk dunia khususnya mereka yang tinggal di rantau Eropah Utara memiliki keupayaan tersebut.

Idea Huetter adalah untuk cuba menyembuhkan leukemia dan HIV menerusi pembedahan transplan itu. Prosedur itu berjaya dan Brown didapati bebas daripada kuman maut itu.

Brown pada Selasa lalu mengumumkan pelancaran Yayasan Timothy Ray Brown untuk meningkatkan penyelidikan ubat-ubatan di Washington, ketika AS menjadi tuan rumah kepada mesyuarat saintifik terbesar di dunia mengenai HIV/AIDS.

“Pada dasarnya saya merancang mencari penderma bagi mendapatkan dana untuk membantu penyelidikan,” kata Brown sambil menambah bahawa dia merancang untuk mengabdikan hidupnya dalam usaha mencari penawar kepada virus maut itu untuk orang lain.

“Saya berhenti mengambil ubat HIV pada hari saya melakukan pemindahan dan sejak itu, saya tidak pernah mengambil apa-apa ubat HIV lagi. Saya hidup untuk menjadi bukti bahawa mungkin terdapat penawar untuk AIDS,” jelasnya.

Seorang pengarah perubatan bank tali pusat, StemCyte di AS, Dr. Lawrence Petz memberitahu, julat kesepadanan antara si penderma dengan orang yang ingin diderma tidak perlu terlalu rapat.

Petz berkata, pemindahan sumsum tulang yang dijalani Brown menjadi rumit kerana sel stem darah datang daripada penderma dewasa.

“Apabila melakukan pemindahan sel stem, kesepadanan yang sangat rapat diperlukan antara penderma dan penerima tetapi dengan pemindahan melalui darah tali pusat, ia tidak memerlukan kesepadanan yang sebegitu.

“Ia juga jauh lebih mudah untuk mendapatkan penderma yang sepadan,” ujar Petz.

Walau bagaimanapun, daripada 17,000 sampel darah tali pusat, hanya 102 daripadanya membawa gen yang kebal terhadap penyakit HIV. Untuk itu, Petz berkata, bank darah tali pusat perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Pemindahan

“Buat masa ini, tiada cara lain yang dapat menyembuhkan beberapa pesakit selain menggunakan darah tali pusat,” beritahu Petz kepada Fox News.

Pemindahan darah tali pusat pertama ke atas pesakit HIV dari Belanda telah dijalankan beberapa minggu lalu dan pasukan Petz mempunyai satu lagi pemindahan yang telah diatur untuk seorang pesakit di Sepanyol akhir bulan ini.

“Ia akan mengambil masa yang lama sebelum penyelidik dapat mengenal pasti sama ada rawatan itu memberikan perbezaan kepada pesakit HIV.

“Setakat ini tiada keputusan muktamad lagi, tetapi kami yakin proses ini bakal memberi faedah kepada pesakit,” beritahu Petz.

Sementara itu, dua cara utama dikenal pasti untuk mengubati penyakit AIDS berdasarkan kisah-kisah menakjubkan daripada sekumpulan kecil orang di seluruh dunia yang mendakwa telah berjaya mengatasi penyakit itu.

Walaupun terdapat kemajuan dalam merawat berjuta-juta orang dengan menggunakan ubat antiretroviral, pakar mengatakan penyembuhan adalah lebih penting.

Ini kerana kadar jangkitan HIV mengatasi keupayaan pakar untuk mengubati pesakit berkenaan.

“Bagi setiap seorang yang memulakan terapi antiretroviral, dua individu baharu pula akan dijangkiti HIV,” ujar penyelidik daripada Institut Penyelidikan AIDS (IrsiCaixa) di Sepanyol, Javier Martinez-Picado pada Persidangan Antarabangsa AIDS di Washington, Selasa lalu.

Kira-kira 34 juta orang di seluruh dunia hidup dengan HIV dan telah menyebabkan kira-kira 30 juta kematian akibat AIDS sejak penyakit itu dikesan pada tahun 1980-an.

Dengan pengambilan ubat antiretroviral, ia membantu lebih ramai pesakit untuk terus menjalani kehidupan biasa berbanding sebelum ini, tetapi dadah jenis itu sangat mahal dan perlu diambil seumur hidup.

“Saintis kini boleh membayangkan penawar daripada dua perspektif yang berbeza, sama ada dengan cara membasmi virus itu daripada badan seseorang atau membentuk badan pesakit untuk mengawal virus itu.

“Ini mungkin menjadi pesakit pertama yang pernah didokumenkan sembuh daripada jangkitan HIV,” rujuk Javier kepada Brown, pesakit HIV pertama yang sembuh daripada virus pembunuh itu.

- KOSMO!



Dah baca klik LIKE (^_^)

Buku Yang Lebih Mahal Daripada Ferrari

Buku Yang Lebih Mahal Daripada Ferrari

Maranello – Ini mungkin buku yang tidak anda temui di sembarang kedai buku atau perpustakaan di sekitar Anda. Harganya lebih mahal dari sebuah kereta Ferrari.

Penerbit buku dengan judul The Official Ferrari Opus ini disebut sebagai buku automotif paling eksklusif yang pernah dibuat.

Memang isinya apa ? Buku setebal 852 halaman ini berisi koleksi gambar dan data kereta Ferrari. Agar makin eksklusif, di sampul bukunya terdapat logo kuda dengan berlian. Wow…

Selain mendapatkan buku ini, setiap pembelinya nanti akan diberi gambar dirinya bersama replika kereta Formula 1 yang digunakan oleh bekas pelumba Ferrari dan juara dunia 7 kali, Michael Schumacher.

Dan untuk menambah nilai eksklusifnya, seperti detikOto kutip dari The New York Times, Khamis (7/4/2011) penerbit hanya memperbolehkan satu buku untuk satu negara. Jadi para pembeli harus bersaing untuk mendapatkannya.

Isi buku ini kebanyakan meliputi kegiatan lumba Ferrari di Formula 1 tahun ini. Selain itu buku ini juga akan memuat tanda tangan asli dari bos Ferrari Luca di Montezemolo dan investor Ferrari yang memfasilitasi pembangunan Ferrari Dunia Abu Dhabi, Al Mubarak.

Sementara buku pertama yang dicetak akan dileong dengan penawaran tertinggi yang hasilnya akan digunakan untuk amal.

Namun bagi yang ‘tidak rela’ mengeluarkan wang sebanyak itu untuk membeli sebuah buku, Ferrari khabarnya akan menyediakan buku ini dalam bentuk digital untuk dibaca di iPad atau iPhone dan bolehdidapatkan di iTunes.

Enzo Diamante edition sendiri bukanlah buku koleksi Ferrari pertama yang dikeluarkan. Sebelumnya juga sudah ada edisi lain yang dinamakan Enzo edition yang juga dicetak sebanyak 400 eksemplar. Buku ini masing-masing dijual dengan harga US$ 37.500 .

Ada lagi Cavallino Rampante edition yang dicetak sebanyak 500 eksemplar dan dijual dengan harga US$ 7.000. Sementara Classic edition yang ditandatangani oleh pembalap Formula 1, Felipe Massa dan Fernando Alonso dilepas dengan harga yang lebih murah, yakni ‘hanya’ US$ 4.100 adan dicetak sebanyak 4.100 buah. 


Dah baca klik LIKE (^_^)

Evolusi Manusia Mengikut Negara

Aq tidak menyokong Teori Darwin bahkan teori itu mampu disangkal dengan mudah tetapi aq menghormati Teori tersebut sebagai satu harta intelek.

Gambar di bawah ialah evolusi manusia berdasarkan negara masing-masing,naisu(nice dalam bahasa Jepun).






Dah baca klik LIKE (^_^)

Kerja Paling Mudah Tapi Gaji Lumayan

Biasanya gaji mahal adalah dari hasil kerja yang susah samada penat otak berfikir atau penata badan menbanting tulang empat kerat. Namum ada juga kerja yang mudah tetapi mendapat ganjaran gaji yang mahal.

1.Pro Sleeper ( sesuai untuk orang yang suka tidur)



Qunar, pusat kajian perlancongan Cina, melantik tiga pengulas rahsia tahunan untuk
menilai kiraan benang, kekuatan wi-fi, kelembutan selipar dan perkhidmatan bilik di hotel terkemuka di seluruh negara. Sementara itu, Travelodge menggunakan seorang pakar katil sepenuh masa untuk tidur dalam semua bilik rangkaian hotel negara, menguji kualiti setiap tilam.
Gaji : hampir 6 angka.

2. Chocolate Eater ( sesuai untuk yang suka makan coklat)




Di Godiva, penguji coklat dilatih seperti sommeliers untuk kerja, belajar untuk memeriksa untuk kilauan dan retak, mengambil "bunny sniffs" untuk nota aroma, dan menikmati tekstur sehingga 50 bonbons sehari.

Gaji : 24k - 70k dollar, depend atas company.

3. Cute Pet Aggregator (yang untuk yang suak sangat dengan kucing  Meoooww! )




For most of us, kitten ogling is for break-time. But if you're a web editor for Cute Overload or a casting agent at True Entertainment, the production company behind Animal Planet's "Too Cute" you have to comb through adorable footage and photos of sloths, kittens, and puppies for a living.

Bagi kebanyakan kita, melihat anak kucing adalah untuk mengisi masa lapang. Tetapi jika anda seorang editor web untuk Cute Overload atau agen casting di True Entertainment, sebuah syarikat produksi di belakang tabir Animal Planet's "Too Cute" anda perlu sikat melalui rakaman comel dan gambar sloths,anak kucing dan anak anjing.
 
Gaji : secara purata.. 10 dollar sejam.. ataupun dalam setahun, lebih kurang 40k.



Dah baca klik LIKE (^_^)

Otak lelaki Boleh Berhenti Apabila Namanya Disebut Wanita

Tubuh perempuan ternyata begitu penting bagikaum lelaki. Perempuan bagaikan satu pakejterulung yang boleh membuat lelaki terpesona,dari lekuk tubuhnya, aroma tubuhnya, wangirambutnya, hingga kelembutan kulitnya. Ketikatubuh wanita melintas di hadapannya, dalam tempoh seketika lelaki lupa dengan semua halyang semula difikirkannya. Bahkan, mendengar nama perempuan disebut saja sudah membuat otak lelaki berhenti bekerja. Ini bukan sekadar telahan, kerana telah dirujuk daripada hasil kajian psikologi Johan Karremans dan Sanne Nauts.

Kedua-duanya mengadakan Stroop Test, uji kognitif dasar di mana biasanya anda akan melihat sehelai kertas mengandungi kata-kata tentang jenis-jenis warna, namun kata-kata tersebut dicetak dengan warna yang berbeza. Lalu anda diminta menyebutkan warna dari kata yang tertera, bukan apa kata tersebut.

Namun dalam eksperimen Stroop Test ini, kedua-dua penyelidik meminta menguji 71 lelaki dan wanita yang menjadi sukarelawan untuk memberikan respons melalui instant message dari sebuah monitor yang akan membawa nama laki-laki atau perempuan. Kemampuan kognitif kaum perempuan rupanya tidak terpengarah oleh nama laki-laki atau perempuan yang dipaparkan. Sementara kaum lelaki, walaupun sama sekali tidak terpengaruh oleh nama laki-laki, gagal menunjukkan kemampuan kognitif mereka setelah mendengar nama perempuan. Dengan kata lain, otak mereka tidak berfungsi dalam kapasiti penuh hanya kerana mereka mendengar nama "Amanda" atau "Natalie" muncul di skrin monitor.

Dalam eksperimen seterusnya, seluruh peserta diberitahu bahawa seorang lelaki atau wanita akan menghantar mesej kepada mereka melalui instant messenger. Walaupun tidak ada mesej-mesej yang dihantar, lelaki masih tersipu-sipu, dan gagal lagi dalam ujian kognitifnya.

Mengapa reaksi lelaki sangat berbeza dari kaum wanita? Sukar dijelaskan, namun menurut Nauts, hal ini kemungkinan disebabkan kaum lelaki cenderung lebih memberi makna akan situasi yang relatif neutral dalam konotasi seksual berbanding kaum perempuan.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Isteri Yang Gila Internet

Isteri gila berinternet sampaikan badan anaknya dijadikan tempat untuk letakkan tetikus laptop!





Dah baca klik LIKE (^_^)

Ikan Raksasa Masuk Kampung

Penduduk setempat di kawasan Kampung Lubuk Pedati kecoh setelah menjumpai ikan gergasi iaitu jenis arapaima sepanjang 1.5 meter yang terdampar di dalam sungai berdekatan kampung itu kira-kira jam 1.30 petang, kelmarin.Ikan air tawar terbesar di dunia itu dijumpai berdekatan tebing sungai sebelum ia dikerumuni penduduk kampung yang melalui kawasan sungai itu.

Kebanyakan penduduk kampung terkejut kerana pertama kali melihat ikan bersaiz luar biasa itu terdampar di dalam sungai tersebut.

Penduduk, Nizam Hussin, 48, berkata, kemungkinan ikan gergasi sering dijumpai di Sungai Amazon itu dibuang oleh pihak tertentu sebelum hanyut ke kawasan perkampungan penduduk.

“Siapa yang tidak terkejut melihat ikan bersaiz gergasi di dalam sungai ini. Lagipun, penduduk tidak pernah terserempak dengan ikan ini sebelum ini. Disebabkan itu, ada kalangan penduduk yang terkejut,” katanya.

Katanya, memang ada penduduk yang memelihara ikan itu sebelum ini, tetapi tidak pasti ikan yang terdampar berkenaan adalah miliknya ataupun tidak.

“Selain itu, ada juga yang pihak yang mengatakan ikan berkenaan terlepas dan mati di dalam sungai ini semasa banjir di Baling baru-baru ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun apa pun, ikan seperti itu tidak seharusnya dibuang begitu sahaja ke dalam sungai kerana ia boleh mengakibatkan pencemaran bau.

“Saya yakin ikan ini telah mati beberapa hari lalu be-rikutan baunya yang busuk,” katanya.

Ikan yang mampu mencecah berat sehingga 200 kilogram ini antara yang semakin diancam kepupusan berikutan nilai harganya yang tinggi di pasaran gelap.

Keadaan mengakibatkan kerajaan seperti Brazil mengharamkan penangkapan ikan tersebut secara komersial bagi mengelakkan kepupusan ikan unik itu.



Dah baca klik LIKE (^_^)

Kurang Tidur Boleh Sebabkan Jadi Gila


Selain boleh menganggu kesihatan dan mengurangkan produktiviti ternyata kurang tidur boleh membuat kita sedikit boleh menjadi gila. Dalam sebuah kajian disebutkan bahawa orang dengan keadaan sleep apnea, seperti gangguan pernafasan semasa tidur, dua kali lebih mungkin untuk mengembangkan masalah mental atau demensia berbanding dengan mereka yang tidak masalah tersebut. lain, kurangnya waktu tidur di malam hari juga boleh menyebabkan menyusutnya kemampuan berfikir yang dikenali dengan penurunan kognitif pada orang tua. 

Kajian yang dilakukan terhadap 15.000 perempuan di Nurses Health Study di AS menyebutkan bahawa seseorang yang tidur sebanyak kurang dari lima jam sehari mempunyai fungsi mental yang lebih rendah. Penelitian lainnya, para saintis dari Universiti California, San Francisco mengukur kualiti tidur lebih dari 1.300 perempuan di atas usia 75 tahun dengan menggunakan unit sensor dan rakaman perubahan fizikal semasa tidur. 

Mereka mendapati bahawa peserta dengan gangguan pernafasan semasa tidur seperti sleep apnea kemungkinan mengalami penurunan kognitif ringan atau demensia selama lima tahun berbanding mereka tanpa gangguan tersebut. Meskipun demikian, jika anda menderita insomnia, jangan bimbang bahawa anda ditakdirkan untuk mengembangkan demensia.

Walaupun kajian melaporkan adanya hubungan antara gangguan tidur dan penurunan mental, mereka tidak menunjukkan hubungan sebab akibat. Namun, penyelidik menyarankan, diperlukan kesedaran yang lebih akan manfaat tidur yang cukup. Kerana cukupnya waktu tidur akan mempengaruhi keadaan tubuh secara keseluruhan. Sumber : Smartnewz.info



Dah baca klik LIKE (^_^)

Nafsu Ramadhan

Mak oii ni orang ke gajah nk mkan ni???


Dah baca klik LIKE (^_^)

Bahaya Mencelup Teh Uncang Lebih 3 Minit!

Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta ‘direndam’ terlalu lama. Ini disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh itu. Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang tersebut daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, iaitu teh menjadi lebih tahan lama. 

Klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.



Dah baca klik LIKE (^_^)

Budak Kembar di Dada

Deepak Kumar Paswaan yang berusia lapan tahun berasal dari India ini akhirnya akan merasai waktu dan juga kehidupan sebagai seorang  kanak-kanak yang normal apabila Deepak Kumar telah menjalani satu pembedahan membuang kembarnya itu. Deepak Kumar yang kian dikenali di seluruh dunia yang mana ketika ini telah mendapat jolokan nama “anak-oktopus”, nama yangg dikaitkan sengan kembarnya yang berada di sebahagian depan badan Deepak Kumar dan agak jarang sekali berlaku didunia, dikatakan ini adalah kes pertama dalam jangka masa tertentu.



Dah baca klik LIKE (^_^)

Cas Jantung Guna Pencucuh Rokok Kereta

LONDON: Seorang bekas fanatik sukan yang mempunyai jantung tiruan terpaksa ‘mengecas’ jantungnya, terutama ketika perjalanan jauh dengan menggunakan tempat pencucuh rokok kereta.
Chris Marshall, 50, terpaksa membawa beg berisi bateri dan mengecasnya di palam elektrik apabila tidur setiap malam.
Tiga tahun lalu, dia mengalami serangan jantung yang hampir meragut ajalnya dan terpaksa menjalani pembedahan untuk membetulkan jantungnya yang rosak dan injap sempit.
Tahun lalu, kapasiti jantungnya menjunam ke 13 peratus dan sejenis peranti dimasukkan ke dalam tubuh untuk berfungsi sebagai jantung tiruan dan mengepam darah ke seluruh tubuhnya.
Tetapi, bateri itu hanya bertahan selama empat jam dan Chris terpaksa mengecasnya selalu.
Jurufoto amatur itu sering melakukan perjalanan jauh dan akan mengecas ‘dirinya’ menggunakan pencucuh rokok kereta untuk memastikan baterinya tidak habis.
Dia yang juga seorang jurutera televisyen kabel dari Wembury dekat Plymouth, Devon berkata, “Saya akan mengecas setiap kali ada peluang.
“Peranti ini sangat penting untuk saya tetapi baterinya hanya tahan empat jam jadi saya terpaksa mengecas setiap masa.
“Apabila saya masuk tidur, saya akan mengecas di palam utama dan sekiranya ia gagal mengecas, jadi nampaknya selamat malam untuk saya.”
Katanya lagi, “Tenaga saya datang dari bateri ini. Kalau saya memandu ke Cornwall, perjalanan pergi balik saja mengambil masa tiga jam.
“Jadi, untuk memastikan saya tidak kehabisan bateri, saya akan mengecas menggunakan pencucuh rokok di kereta. Ia tak jadi masalah selagi saya tak perlu ganti untuk mengecas pemandu arah satelit.
“Saya mungkin satu-satunya orang di Britain yang terpaksa mengecas dirinya menggunakan pencucuh rokok kereta,” katanya.


Dah baca klik LIKE (^_^)