Bahaya Meminum Minuman Tin Terus Ke Mulut


INFO PENTING DAN HARUS DIBACA!

Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga bersiar² dengan membawa beberapa minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.'

Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terkena (dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.

kita dinasihatkan agar membilas secara rata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman ini disimpan dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai² runcit, tanpa dibersihkan.

Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih tercemar jika dibandingkan dengan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)

Jadi, bersihkan tin minuman terlebih dahulu dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Kisah Aisyah Masih Hidup (18SG)


Awas, entri ini hanya untuk orang yang kuat semangat. Sebarang akibat adalah tanggungjawab sendiri.

Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.


Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.


Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.

Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut.

Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak bermaya.

Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, "Sesiapa yang melihat gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!"

Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai gambar untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sungguh memalukan itu.

Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus melalui enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu. Dia mati di tempat kejadian.

Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala yang teruk..

Lelaki ke-tiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang dalam. kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas. Akhirnya mati lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat.

Lelaki ke-empat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga dia merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu kronik sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke kepalanya hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah terkena sumpahan Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis berdekatan dan menceritakan semua perkara terkutuk yang dilakukannya terhadap Aishah yang malang itu. Semua gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari Aishah.

Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi.

Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya.

Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut menghembuskan nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.

Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit.




Diceritakan gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan kerana sesiapa yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri dan sakit kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat Aishah sudah ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana sumpahan ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang melihat gambar ini, malam nanti Aishah akan datang di dalam mimpi, dan apabila terjaga akan mengalami sakit kepala yang kronik. Mengikut pengalaman, imej tersebut akan menghantui pemandangan anda sehingga di mana-mana sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah akan menjelma dalam pandangan anda.


Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan dongak ke atas. Apa yang anda lihat?

Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke matanya. Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih sayangkan mereka.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Jom tengok INI

Sharbinee Terkena Ilmu Hitam?


Sharbinee Kena Ilmu Hitam : Adakah Sharbinee, penjaga gol pasukan Terengganu yang rebah, pengsan dan mengalami gatal-gatal seluruh badan dipadang tempohhari terkena ilmu hitam?
Sharbinee Kena Ilmu Hitam?
Satu ulasan berkaitan dengan Sharbinee terkena ilmu hitam telah dikeluarkan oleh seorang pengamal perubatan traditional, Sharhan Shafie.
KUALA LUMPUR: “Kalau benar dia tidak mempunyai sebarang alahan, pihak berkaitan perlu kaji dari sudut amalan ilmu hitam dan jin. Ia bukan sesuatu yang pelik kerana Piala Malaysia adalah kejohanan penting dan penjaga gol setiap pasukan juga adalah tonggak. Untuk menjatuhkan pasukan, mesti lemahkan tonggak itu,” kata pengamal perubatan Islam, Sharhan Shafie.
Katanya, persoalan mengenai ilmu hitam atau sihir ini memang wujud dan ia dijelaskan Nabi Muhammad SAW yang membahagikan jin kepada tiga golongan iaitu mempunyai sayap dan terbang di udara, menyerupai ular dan kala jengking serta daripada jenis berpindah randah.
Beliau mengulas mengenai insiden menimpa penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee yang diserang penyakit gatal seluruh badan secara tiba-tiba ketika beraksi dalam perlawanan bolasepakKumpulan B Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu lalu.
Pada pengamatannya, Sharhan berkata, dia berpendapat Mohd Sharbinee terkena sihir daripada jin di dalam kategori pertama kerana ia berlaku secara mengejut sehingga dia pitam seketika sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang.
Sharbinee-Allawee
“Saya tidak bermaksud untuk menuduh sesiapa, tetapi ia perlu diperhalusi kerana jika tidak, Piala Malaysia tahun ini akan diwarnai dengan unsur-unsur sihir seperti yang pernah berlaku pada tahun 60-an dulu.
“Semua orang terdedah kepada ilmu hitam ini apatah lagi individu dikenali ramai seperti bintang bola sepak. Mungkin hari ini terkena kepada Mohd Sharbinee, tak mustahil selepas ini orang lain pula,” katanya.
Selepas menerima rawatan, dia dibenarkan keluar dari hospital jam dua pagi, namun masih kebingungan kerana doktor memaklumkan dia mengalami alahan daripada makanan atau pun ubat sedangkan sebelum ini dia tidak menghadapi masalah sedemikian.
Sharhan juga menasihati pemain supaya mengamalkan bacaan surah al Fatihah, ayat Kursi serta ayat 57, surah Hud sebelum memasuki padang bagi menghindari sebarang gangguan dan unsur ilmu hitam selain menghalang apa juga bentuk sihir.
Beberapa hari lalu, Forblogger melaporkan Mohd Sharbinee mengalami kegatalan di seluruh badan secara tiba-tiba kira-kira 10 minit sejurus separuh masa kedua bermula memaksa bekas penjaga gol kebangsaan itu menanggalkan sarung tangan dan jersi dipakainya.



Dah baca klik LIKE (^_^)

Gambar Manipulasi Terbaik

Semakin ramai di luar sana yang menggemari bidang photografi kerana bidang ini sungguh halus seninya dan juga boleh membuat pulangan kepada kita semua. Seseorang photografi juga memerlukan kemahiran individu untuk mencantikkan gambar. Selalu kita tengok, mereka ini semua kebanyakkan ada yang sanggup berbaring di atas tanah untuk mendapatkan posisi yang cantik.

Berikut merupakan gambar-gambar yang boleh diklasifikasi sebagai gambar yang bijak kerana berjaya memanipulasi pemikiran kita.









Dah baca klik LIKE (^_^)

Perkara Ganjil Disebalik Gambar Lama

Aku terperasan ada perkara ganjil dalam gambar ini. Cuba korang cari perkara ganjil yang aku maksudkan. 


Tak jumpa?? Kita zoom lagi..



Wadepak?? Dia tunjuk jari hantu la pulak...



Dah baca klik LIKE (^_^)

Tumit Berlubang (18SG)

Sungguh ngeri melihat gambar di bawah walaupun mungkin ianya hanya photoshop tapi bayangkan sekiranya tumit kaki anda menjadi sedemikian rupa. Penyakit apa ini? Mungkin ini akibat brek menggunakan kaki. 



Pasangan Pelik Kahwin 22 Kali


Pasangan Pelik, Janji Berkahwin 22 Kali di Seluruh Dunia : Berbagai karenah manusia di dunia ini, ada yang biasa malah ada juga yang agak pelik sedikit seperti Pasangan Pelik, Janji Berkahwin 22 Kali di Seluruh Dunia ini.

Pasangan Pelik, Janji Berkahwin 22 Kali di Seluruh Dunia
Alex dan Lisa melakukan upacara pernikahan mengikut adat resam penduduk di Guatemala.
LONDON – Agak pelik tetapi benar kisah Alex Pelling, 32, dan isterinya, Lisa Grant, 30, meraikan ikatan cinta mereka dengan berkahwin dalam 22 majlis di negara berlainan dan kini masih berbaki lapan majlis yang belum dilalui.
Pasangan yang bercinta lebih 11 tahun daripada Yorkshire, Britain memulakan pengembaraan sejak musim panas tahun lalu dengan melakukan 22 upacara pernikahan mengikut adat negara yang dijejaki.
Setakat ini, mereka melalui beberapa majlis pernikahan seperti dikelilingi ikan lumba-lumba di Hawaii, berpakaian pontianak di Los Angeles, pernikahan adat di kepulauan Honduras, di kebun anggur Quebec, di pantai Mexico, dan 15 lokasi lain di dunia.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Hantu Bertopi Di Taman Tertangkap Menerusi Ipad


Hantu Bertopi Di Taman Tertangkap Menerusi Ipad : Satu imej menyerupai hantu tertangkap di taman belakang rumah menerusi Ipad.
Hantu Bertopi Di Taman Tertangkap Menerusi Ipad
Charlotte Wearing, 16, mendapat kejutan besar apabila gambar yang beliau ambil menggunakan ipadnya di belakang rumah keluarganya  menunjukkan imej kabur seorang lelaki yang memakai topi tinggi dan bermisai tebal.
Imej lelaki itu, yang telah digelar Jack, dikatakan sering melawat ke rumah keluarga Ward Green Barnsley secara kerap sejak empat tahun yang lalu.
Sebelum ini, Charlotte juga pernah melihat seorang wanita berselendang, berpakaian biru sambil memegang bayi di dalam bilik ibu bapanya pada tahun lepas.
Gillian [ibu Charlotte] percaya pasangan itu kemungkinan mempunyai kaitan kepada Jack. Dia berkata: “Saya fikir dia sebenarnya sedang mencari isteri dan anaknya, sebab tu dia sering kelihatan”.



Dah baca klik LIKE (^_^)

Sangat Sadis - Mangsa Ditipu Internet

Selalu kita dengar mangsa ditipu dengan perniagaan atau orang di internet. Tapi kali ini terjadi kes internet itu yang menipu dengan sendiri. Kasihan...


hahahahaha LOL..


Dah baca klik LIKE (^_^)

Rumah Yang Dilitupi Dengan Pokok Bunga


Cantik – Suami Isteri Litupi Rumah Dengan Pokok Bunga : Memang cantik dan menarik bila idea kreatif sepasang suami isteri menghisi kawasan luar rumah mereka dengan pelbagai jenis bunga yang menarik.
Cantik – Suami Isteri Litupi Rumah Dengan Pokok Bunga
LONDON: Sepasang suami isteri menghabiskan masa hampir tiga dekad menanam pelbagai jenis pokok bunga bagi menghias setiap sudut rumah mereka.
Bagi Anne dan Robin Strange, setiap masa lapang akan digunakan untuk menjaga pokok bunga itu sejak mereka mula menanamnya 26 tahun lalu. Kata Anne, 65, ketika in mereka masih menambah bilangan pokok bunga di situ.
Cantik – Suami Isteri Litupi Rumah Dengan Pokok Bunga
“Kami menghabiskan banyak wang setiap tahun untuk membeli benih dan pokok, sebelum menjaganya dalam rumah hijau sebelum menanamnya di tempat terbuka pada pertengahan Jun,” katanya. Menceritakan bagaimana dia mula menanam pokok bunga, Anne berkata, dia dan suaminya berada di York pada satu hari dan terpandang banyak pasu digantung di situ. “Sejak itu kami mula menanam bunga dan jumlahnya terus bertambah,” katanya.
Cantik – Suami Isteri Litupi Rumah Dengan Pokok Bunga
Menetap di Coniston Cold, Yorkshire Utara, rumah pasangan itu memang mudah menarik perhatian orang ramai yang melalui jalan di situ. Malah, seorang wanita menghantar baucer hadiah kepada mereka setiap sambutan Krismas sebagai menghargai kegigihan pasangan terbabit.
Cantik – Suami Isteri Litupi Rumah Dengan Pokok Bunga
Untuk mengairi tanaman itu, Strange yang pernah bekerja dengan syarikat Tree Tops Forestry menyediakan sistem khusus bagi menyalurkan air secara automatik.
Cantik – Suami Isteri Litupi Rumah Dengan Pokok Bunga
Cantik – Suami Isteri Litupi Rumah Dengan Pokok Bunga

Kredit to : forblogger.net

Dah baca klik LIKE (^_^)

Rumah Hantu Terbesar dan Paling Menakutkan Dalam Dunia


Rumah Hantu Terbesar dan Paling Menakutkan Dalam Dunia : Inilah rumah hantu terbesar dan juga rumah hantu paling menakutkan dalam dunia.
Rumah Hantu Terbesar dan Paling Menakutkan Dalam Dunia
Rumah hantu yang terletak di negara Jepun ini juga diiktiraf oleh Guiness Book Of Record sebagai rumah hantu terbesar dan juga rumah hantu paling menakutkan dalam dunia, satu tanda pengiktirafan terhadapnya.
Asalnya ialah bangunan usang, kemudian diubah suai bertemakan “Rumah Hantu Hospital” yang tidak mempunyai jalan-jalan khusus didalamnya. Maksudnya sesiapa sahaja yang masuk perlu mencari jalan keluar sendiri termasuk membuka pintu dan tingkap yang banyak didalamnya.
Hantunya juga dikatakan pandai berdandan menyerupai hantu yang amat mengerikan, bahkan untuk menambah suasana ngeri, pengunjung disajikan dengan hidangan bau yang amat menusuk hidung.
Dikatakan, bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang mampu membuatkan pengunjung tersesat.  Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut.
Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio canggih yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.
Menurut info,kerana suasananya terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang mengalami kecederaan kerana terjatuh dalam bangunan hantu itu.
Saksikan gambar-gambar yang lain dibawah.



Dah baca klik LIKE (^_^)

Penemuan Makhluk Asing Di Marikh Obama Minta Segera Diberitahu

Obama memberi arahan kepada beberapa saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang bertanggungjawab dalam penerokaan kenderaan Curiosity di Marikh, agar memaklumkan dengan segera kepadanya jika mereka bertemu dengan makhluk asing di planet tersebut.

Hidupan Mahkluk Asing Di Marikh

"Jika secara kebetulan anda bertemu dengan hidupan asing di Marikh tolong beritahu saya dengan segera," kata Obama sambil bergurau ketika dia menghubungi para saintis di sebuah makmal NASA di California dari pesawat Air Force One.

"Saya mempunyai banyak perkara lain yang perlu difikirkan namun ia (penemuan itu) akan berada dalam senarai utama saya. Walaupun ia hanya sejenis mikro organisma, saya sangat teruja untuk mengetahuinya," kata Obama.

Kenderaan robotik Curiosity itu mendarat di Marikh pada 5 Ogos lalu dengan misi selama dua tahun untuk mencari sebarang tanda kewujudan kehidupan.

Ia mendarat di Kawah Gale yang mempunyai pemandangan Gunung Sharp dan jerebu.

Kos projek yang dikendalikan NASA itu ialah AS$2.5 bilion (RM7.8 bilion).

Kenderaan robotik berkuasa nuklear itu mengharungi penerbangan sejauh 566 juta kilometer selama lapan bulan sebelum ia tiba di Marikh.



Dah baca klik LIKE (^_^)

Berbicara Dengan Jin Dalam Telefon


Video ni memaparkan perbualan sebuah rancangan bual bicara tv kat negara asing, ketika itu ada seorang Muslimah ni buat panggilan untuk bercakap dengan Syeikh jemputan tu, dan dia mengadu bahawa ada 'benda' yg mengacau beliau, dan ingin meminta bantuan Syeikh tu.



Tetiba je suara dia berubah jadi garau giler-giler, tanda dia sedang dirasuk JIN berkenaan, dan Syeikh tu berbicara dengan JIN tersebut dan memberi amaran kepada JIN tersebut supaya meninggalkan badan si Muslimah.




Dah baca klik LIKE (^_^)

Tujuh Jam Berbaris Beli Burger


Tujuh Jam Berbaris Beli Burger Di Manila

Lebih 1,500 penduduk di bandar Manila sanggup beratur panjang bagi menikmati hidangan burger setinggi lima inci pada harga istimewa di Zark's Burgers, terletak di bandar La Salle, Manila, Filipina sempena 'Jawbreaker Day'. 

Burger setinggi lima inci itu mengandungi tiga lapis daging, sos keju sayuran dan sos yang dicipta sendiri oleh syarikat berkenaan. 

Pemiliknya, Zark berkata, pada hari biasa burger itu dijual pada harga 250 peso (RM19), namun sempena 'Jawbreaker Day' burger berkenaan dijual pada harga 150 peso (RM11). 

Menurutnya, sebahagian pelanggan sanggup beratur selama tujuh jam untuk mendapatkan burger berkenaan. 

"Kami membuat perubahan dengan mengadakan 'Jawbreaker Day' setiap minggu berbanding sebulan sekali sebelum ini. Mereka yang inginkan burger ini perlu membeli kupon tiket sebagai tempahan awal," katanya. 

Beliau berkata, 'Jawbreaker Day' juga menganjurkan pertandingan menikmati burger, kentang goreng dan teh ais terpantas secara percuma. [Sumber


Dah baca klik LIKE (^_^)

Kampung Rambut Panjang Di China

SEKUMPULAN wanita Yao Merah membasuh rambut mereka di sungai.
SEKUMPULAN wanita Yao Merah membasuh rambut mereka di sungai. 


Sekumpulan wanita membantu mencipta sejarah tersendiri apabila berambut panjang mereka membolehkan sebuah kawasan penempatan di China diiktiraf sebagai kampung rambut panjang pertama di dunia. 

Pengiktirafan itu diberi Rekod Dunia Guinness, lapor media semalam. 

Wanita Yao Merah kumpulan etnik minoriti dari Kampung Huangluo Yao memiliki panjang rambut secara purata 1.6 meter. 

Rambut terpanjang dicatatkan di kampung itu ialah dua meter. 

Uniknya, semua wanita di kampung itu memotong rambut mereka hanya sekali seumur hidup, iaitu ketika mereka berusia 16 tahun dan sebelum mula mencari lelaki untuk dijadikan suami. Mengikut tradisi, rambut dianggap begitu suci bagi wanita Yao dan hanya suami atau anak mereka saja boleh melihatnya. 

Jika ada lelaki terserempak dengan seseorang wanita tanpa bertutup rambut, dia terpaksa hidup bersama keluarga wanita terbabit selama tiga tahun sebagai menantu. Rambut itu pula hanya boleh dileraikan jika ada ahli keluarga terdekat bersama. 

Bagaimanapun, wanita Yao meninggalkan tradisi itu pada 1987. 

Seramai 120 wanita di Kampung Huangluo Yao kini boleh berbangga mempamerkan rambut mereka di situ. 

Keunikan itu juga mendorong penduduk China menggelar kawasan penempatan itu sebagai kampung rambut panjang. 

Ketika ramai wanita merungut kerana terpaksa meluangkan banyak masa menguruskan rambut, wanita Yao Merah tetap selesa dengan keadaan itu.  

Di kalangan penduduk setempat, mereka yakin wanita berambut panjang hidup lebih lama, berharta dan bertuah. Semakin panjang rambut seseorang, semakin banyak manfaat diperolehnya. 

Mereka akan membasuh rambut beramai-ramai di Sungan Jinjiang pada musim panas atau musim gugur. [Sumber


Dah baca klik LIKE (^_^)