Oh!

Tak Mungkin Benar!

29 August 2012

Sharbinee Terkena Ilmu Hitam?


Sharbinee Kena Ilmu Hitam : Adakah Sharbinee, penjaga gol pasukan Terengganu yang rebah, pengsan dan mengalami gatal-gatal seluruh badan dipadang tempohhari terkena ilmu hitam?
Sharbinee Kena Ilmu Hitam?
Satu ulasan berkaitan dengan Sharbinee terkena ilmu hitam telah dikeluarkan oleh seorang pengamal perubatan traditional, Sharhan Shafie.
KUALA LUMPUR: “Kalau benar dia tidak mempunyai sebarang alahan, pihak berkaitan perlu kaji dari sudut amalan ilmu hitam dan jin. Ia bukan sesuatu yang pelik kerana Piala Malaysia adalah kejohanan penting dan penjaga gol setiap pasukan juga adalah tonggak. Untuk menjatuhkan pasukan, mesti lemahkan tonggak itu,” kata pengamal perubatan Islam, Sharhan Shafie.
Katanya, persoalan mengenai ilmu hitam atau sihir ini memang wujud dan ia dijelaskan Nabi Muhammad SAW yang membahagikan jin kepada tiga golongan iaitu mempunyai sayap dan terbang di udara, menyerupai ular dan kala jengking serta daripada jenis berpindah randah.
Beliau mengulas mengenai insiden menimpa penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee yang diserang penyakit gatal seluruh badan secara tiba-tiba ketika beraksi dalam perlawanan bolasepakKumpulan B Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu lalu.
Pada pengamatannya, Sharhan berkata, dia berpendapat Mohd Sharbinee terkena sihir daripada jin di dalam kategori pertama kerana ia berlaku secara mengejut sehingga dia pitam seketika sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang.
Sharbinee-Allawee
“Saya tidak bermaksud untuk menuduh sesiapa, tetapi ia perlu diperhalusi kerana jika tidak, Piala Malaysia tahun ini akan diwarnai dengan unsur-unsur sihir seperti yang pernah berlaku pada tahun 60-an dulu.
“Semua orang terdedah kepada ilmu hitam ini apatah lagi individu dikenali ramai seperti bintang bola sepak. Mungkin hari ini terkena kepada Mohd Sharbinee, tak mustahil selepas ini orang lain pula,” katanya.
Selepas menerima rawatan, dia dibenarkan keluar dari hospital jam dua pagi, namun masih kebingungan kerana doktor memaklumkan dia mengalami alahan daripada makanan atau pun ubat sedangkan sebelum ini dia tidak menghadapi masalah sedemikian.
Sharhan juga menasihati pemain supaya mengamalkan bacaan surah al Fatihah, ayat Kursi serta ayat 57, surah Hud sebelum memasuki padang bagi menghindari sebarang gangguan dan unsur ilmu hitam selain menghalang apa juga bentuk sihir.
Beberapa hari lalu, Forblogger melaporkan Mohd Sharbinee mengalami kegatalan di seluruh badan secara tiba-tiba kira-kira 10 minit sejurus separuh masa kedua bermula memaksa bekas penjaga gol kebangsaan itu menanggalkan sarung tangan dan jersi dipakainya.



Dah baca klik LIKE (^_^)

No comments: