Burung Helang Terbang Terbalik

Burung Helang Terbang Terbalik



PRINCE RUPERT, Kanada - Seorang pengurus penerbitan yang meminati burung, Pam Mullins berjaya merakamkan gambar seekor burung helang yang terbang dalam keadaan terbalik, lapor sebuah akhbar kelmarin. Pengurus itu, Pam Mullins, 49, menghabiskan masa selama bertahun-tahun untuk cuba merakamkan gambar tersebut.

Gambar itu berjaya dirakamkan dekat rumahnya di Prince Rupert, Kanada.

"Sungguh susah untuk merakamkan aksi burung helang itu kerana ia berlaku terlalu pantas," katanya.

Aksi burung helang yang dirakamkan dalam foto itu hanya berlaku dalam sekelip mata yang menunjukkan gerakan akrobatik haiwan itu. - Agensi - KosmoOnline

Ular Berkepala 7


Gambar ular berkepala tujuh beredar di dalam Facebook baru-baru ini. Gambar ini dikatakan diambil sebelum Hari Raya Korban hari tu. Diambil oleh seorang pelombong di Maran. Dikatakan juga saksi sempat mengambil gambar sebelum bertempiaran lari.

Gaya-gayanya penampakan yang aneh seperti ini biasanya gangguan makhluk halus/jin/iblis. Tengok lokasi gambar ini diambil, alur air. Tempat lembab dan berair sentiasa menjadi tumpuan 'makhluk lain' melepak.

Suka kita mendengar pendapat anda pula mengenai gambar ini.

Berhati-hati! Kebayan Di Sebelah Anda!


Di Malaysia, kebanyakkan rumah mempunyai atap dan syiling. Biasanya atap akan berbentuk tirus dan menajam ke atas. Ini untuk memudahkan aliran air hujan turun ke bawah. Di antara atap dan syiling rumah, pasti terdapat ruang kosong yang digunakan untuk memerangkap haba daripada turun ke dalam rumah.

Ruang kosong antara atap dan syiling rumah ini biasanya menjadi tempat tinggal untuk segala jenis jembalang dan puaka. Suhu yang sentiasa panas menjadi kegemaran bagi makhluk-makhluk halus untuk tinggal di ruang kosong ini. Biasanya pada waktu malam sekali-sekala anda pasti akan terdengar bunyi-bunyi yang pelik di dalam rumah seperti bunyi pinggan berjaga, bunyi kerusi ditarik dan bermacam-macam lagi. Bunyi ini adalah dihasilkan oleh makhluk halus yang menghuni ruang kosong antara atap dan syiling rumah anda. Setelah semua penghuni rumah masuk tidur, mereka akan turun untuk bermain di dalam rumah.

Cerita mengenai makhluk halus penghuni atap rumah yang semakin popular ketika ini adalah mengenai satu entiti ganjil yang dikenali sebagai Kebayan. Ia mempunyai rupa seperti seorang wanita yang sangat tua seperti berusia beratus-ratus tahun. Pipinya mengeleber ke bawah dipenuhi kedut-kedut yang sangat hodoh, matanya kuyu. Biji matanya pula berwarna merah garang dan bercahaya ketika gelap. Kebayan memakai pakaian seperti gaun tidur yang sudah lusuh.


Kebayan akan menunggu anda masuk tidur setiap malam. Ketika anda mula memejamkan mata untuk tidur, Kebayan akan turun dan duduk di sisi anda. Ketika itu mata anda sedang terpejam tetapi masih belum terlena (masih sedar). Ketika ini, adalah dinasihatkan agak anda jangan membuka mata. Jika mata telah terpejam untuk tidur, teruskan memejamkan mata anda. Kerana jika anda membuka mata, anda pasti akan terlihat Kebayan yang sedang merenung anda. Biasanya Kebayan akan duduk di tepi katil anda dan menunggu anda terlena. Jika anda membuka mata dan ternampak kelibat kebayan, ia akan sedar bahawa anda masih belum terlena dan akan duduk lebih rapat dengan anda. Lebih teruk lagi jika anda membuka mata dan terkejut. Kebayan akan turut terkejut dan terus menjerit mengilai di dalam bilik anda.

Jadi setiap kali anda mahu masuk tidur, pastikan anda benar-benar mengantuk. Jika belum mengantuk, jangan berbaring dan memejamkan mata dalam keadaan sedar. Kerana Kebayan akan memerhatikan anda...


Murid Tahun 1 Mati Dibelasah Guru

ZIARAH… guru serta kenalan keluarga mengusung jenazah Saiful di Masjid Ar-Rahman di Jejawi Dalam, Kangar, petang semalam.

Apa nak jadi. Kebanyakkan kisah yang kita dengar jika melibatkan pergaduhan dan selalunya belasah sampai mati, agak kerap kali berlaku di Sekolah Agama. Ke mana perginya sahsiah diri pelajar dan guru dan ke mana perginya segala pengajaran agama yang diberi sehingga begitu mudah melakukan sesuatu mengikut nafsu peribadi.

Apapun bagi kami, itu normal. Nama pun sekolah agama dan pastinya lebih banyak iblis dan syaitan yang cuba menghampiri tempat-tempat sebgitu untuk terus menyesatkan umat manusia.

Dan kejadian baru-baru ini melibatkan seorang pelajar tahun 1 iaitu Saiful Syazani Saiful Sopfidee yang dibelasah sehingga koma oleh guru sekolahnya atas sebab dituduh mencuri wang RM7 milik rakan sekelas mangsa. Paling menyedihkan, apabila pelajar tersebut yang ketiadaan ibu dan juga anak tunggal menghembuskan nafas terakhir di ICU akibat pendarahan dalaman.

Bayangkan, hanya kerana RM7, tergamak guru tersebut meragut nyawa budak yang baru ingin kenal dunia. Kalau benar guru tersebut bersalah, harap hukuman yang setimpal dapat diberikan kepadanya agar menjadi contoh dan pengajaran kepada yang lain.

Ayat Al-Quran Pada Kulit Bayi


Baru-baru ini gempar mengenai penemuan ayat-ayat suci Al-Quran pada bayi di Moscow, Russia. Benar atau tidak, terserah kepada anda untuk menilainya.


Khabarnya, pada mulanya ibu bapa bayi ini merahsiakan penemuan ini, tetapi apabila tulisan di kaki bayi tersebut tertera "Tunjukkan aku", maka mereka terus menunjukkannya kepada orang ramai.

Dari akhbar KOSMO:
MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensii

Ilmu Kebal Yang Tewas



Brader dari Indonesia ni kena tembak lebih 100 das tapi tak lut. Sehinggalah ada sniper menembak cincin hikmat kat jadi dia yang dikatakan menjadikan dia kebal. Pastu baru lut senjata.

Peh.. Aku nak jugak la cincin macam dia tu.

Silap Mata Yang Tersilap

Silap Mata Yang Tersilap (18+)


Bukan semua silap mata itu berlaku dengan sempurna, Kadang-kadang mungkin juga boleh buat kesilapan semasa melakukannya, dan mungkin juga membunuh seseorang, video dibawah adalah sebuah video dokumentari silap mata yang gagal, video menunjukkan seorang ahli silap mata melakukan satu melakukan satu trik menggunakan mesin gergaji untuk memotong kepala seorang wanita, tetapi trik tersebut tidak menjadi dan wanita itu mati, yang lebih menyadiskan wanita tersebut adalah isteri kepada ahli silap mata itu.





Sangat sadis...
Amaran : Jika anda lemah semangat, elakkan dari menekan butang play. Segala kemungkinan adalah tanggungjawab anda sendiri.


Jom tengok LAGI


Nak Sihat? Menangislah!


Mengikut satu buku berjudul, “Psychology – Human, humor, eyes and tears”, ada menerangkan bahawa setiap tangisan akan mengeluarkan segala masalah dan mampu menenangkan fikiran. Jika seseorang itu cuba menahan diri dari menangis, beliau boleh menyebabkan sistem peredaran darah ke dalam otaknya tidak stabil menyebabkan beliau tidak mampu mengawal emosi negatif seperti kemarahan yang melampau!

Siapa kata menangis tak ada gunanya? Menangis terlalu lama memang boleh menyebabkan mata merah dan bengkak. Tapi jangan salah tafsir, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuhdan fikiran. Apa saja keajaiban air mata itu?

Ini dia 7 khasiat atau kebaikan yang anda semua perolehi dari menangis dan mengeluarkan air mata : -

1. Membantu Penglihatan.

Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang bisa membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat mata seperti ‘Eyemo’. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit. Cool kan? haha.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis mampu menurunkan level tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandung 24% protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar hasil daripada menangis kerana emosi ternyata mengandungi racun. Ini bermakna, racun dikeluarkan dari badan setiap kali kita menangis selepas bergaduh dengan boyfriend atau girlfriend! Bunyi macam anda akan bergaduh dengan kekasih setiap hari sebab nak buang racun. :-P

5. Mengurangi stress

Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin(aku pun tak tahu apa benda ni.haha). Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun sifat komuniti

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang membangunkan sebuah sifat komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan mereka nasihat, dan hal ini akan meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan perasaan

Semua orang rasanya akan berasa sedemikian. Meskipun Anda didera berbagai macam masalah dan cobaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega di hati. Setelah menangis, sistem saraf, peredaran darah, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuatkan seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam karena Anda boleh menangis tanpa tertahan dengan penuh perasaan negatif.

Jadi, tidak apa-apa kalau anda menangis sesekali.

Air Mata ternyata memiliki beberapa fungsi yang amat sangat ajaib, jadi siapa kata orang yang menangis terus-menerus boleh menyebabkan air matanya kering? Malahan, orang yang menangis memiliki beberapa kelebihan akibat dari kesan yang ditimbulkan air matanya. Jadi jangan malu untuk menitiskan air mata karena air mata itu memiliki keajaiban. Air mata berfungsi untuk membersihkan kotoran yang ada dimata.


#P.S: MENANGIS LAH! KELUARKAN AIR MATA MU

Gambar Yang Disumpah

Dikatakan, jika kita merenung gambar tersebut
(klik link dibawah untuk melihat)
untuk beberapa lama, dan jika gadis (mayat) di dalam gambar ini tiba-tiba tersenyum, bermakna sesuatu yang buruk akan berlaku kepada anda.

Gambar diambil sekitar tahun 1920an di tanah besar Cina. Setelah menyiasat lebih kurang, maka gambar tersebut ditemui dan cerita di sebalik gambar tersebut juga diperolehi.

Pada mulanya kemunculan gambar ini memang mengerikan, dan ada yang tidak percaya. Sekitar awal tahun 2000, seorang guru sejarah telah melakukan research mengenai gambar tersebut dan mengakui cerita di sebalik gambar ini.

Pada tahun 1920an ada seorang gadis berusia 17 tahun yang berasal dari keluarga yang kaya. Dia telah menemui lelaki idamannya. Lelaki tersebut berusia 19 tahun dan seorang yang cukup digilai di kampung tersebut kerana dia seorang yang tampan. Tanpa berlengah gadis ini melangsungkan pertunangan dengan si lelaki. Malangnmya sebelum upacara pernikahan sempat dijalankan, si gadis telah meninggal dunia kerana demam yang teruk. Dan mengikut tradisi di sana, lelaki harus juga berkahwin dengan gadis ini walaupun dia telah mati. Kerana enggan, lelaki ini melarikan diri dan menjadi seorang tentera.

Namun dengan harta dan pengaruh yang besar, keluarga gadis berjaya menemui dan membawa pulang lelaki tersebut. Nak tak nak lelaki tersebut dipaksa juga untuk berkahwin dengan gadis yang telah mati itu. Mayatnya dijaga dengan baik. Gambar ini diambil setelah 6 hari gadis itu mati. Pada waktu malam, mayat gadis didirikan dengan menggunakan sebuah papan. Jika diperhatikan dengan teliti, kelihatan kaki gadis tidak menyentuh tanah dengan baik. Suasana hujan lebat dan guruh sabung menyabung ketika gambar ini diambil.

Gambar durjana ini dikatan disumpah kerana lelaki itu sangat tidak menginginkan perkahwinan tersebut. Dan si gadis ketika hidup benar-benar ingin menikahi lelaki tersebut. Kerana kemiskinan, keputusan keluarga gadis tidak dapat ditolak.

AMARAN : KAMI TIDAK MEMAKSA ANDA MELIHAT GAMBAR INI. APA-APA YANG TERJADI ADALAH TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI.

(Klik Untuk Melihat) Gambar Yang Disumpah

Hantu Dalam Tandas!



Awas : Pengidap sakit @ lemah jantung dilarang menonton!




Nampak tak apa mereka buat?



Pokok Rupa Hantu

Gambar ini di ambil oleh Christopter Martin di sebuah daerah di California, USA. Nampak menakutkan sekali.

Setiap kali Pesta Halloween lilin diletakkan di dalam lubang pokok supaya nampak lebih mengerunkan kepada sesiapa yang melihatnya.

Kalau pokok ini ditemukan kepada 'kaki ekor' dah sah akan jadi tempat pemujaan nombor 4d.

he ... he ... he ...


Kejam!! Sup Bayi Menambahkan Kejantanan?

Biadap! Itulah perkataan pertama yang terpancul di mulut ketika membaca artikel “Healthy Soup”. Bukan soal geli tetapi soal sikap manusia yang keterlaluan. Beginilah rupanya manusia yang diagung-agungkan sebagai makhluk paling mulia, makhluk paling tinggi darjatnya tapi, ternyata masih ada yang berperangai umpama binatang.

Sup ayam, sup kambing, sup lembu mungkin sudah biasa didengar. Tapi, membayangkan kalau ada sup bayi manusia, itu betul-betul luar biasa. Luar biasa biadapnya.

Melihatkan gambar di bawah ini, benar-benar menggamit hati. Mendengar suara tangisan anak-anak menangis dirumah pun sudah melahirkan rasa kasihan, apatah lagi melihat tubuh bayi yang masih elok dicuci, dibersihkan dan seterusnya direbus untuk dijadikan sup.

Healthy Soupyang dipercayai dapat meningkatkan stamina dan keperkasaan lelaki dibuat dari janin bayi manusia berumur 6 – 8 bulan.

Salah seorang pengusaha fabrik di daerah Tong Wan , Taiwan mengaku sebagai pelanggan tetap ‘Healthy Soup’. Sebagai hasilnya, lelaki yang berusia 62 tahun menjelaskan khasiat ‘Healthy Soup’ ini boleh mempertahankankejantanannya sehingga mampu berhubungan seks beberapa kali dalam 1 malam.

Apakah ini merupakan akibat kebijaksanaan pemerintah China untuk mewajibkan satu anak dalam satu keluarga yg berlaku sampai sekarang?



Sup ini tidak mudah didapat kerana ianya bukan jenis makanan yang tersedia(ready stock). Tambahan pula makanan ini harus disajikan secara fresh, bukan frozen. Tetapi sebagai alternatif, restoren pembuat sup ini akanmenyediakan ari-ari bayi (plasenta) yang dipercayai dapat meningkatkan gairah seksual dan juga ubat awet muda.






Harga bagi janin bergantung kepada kecil-besar saiznya dan hidup-mati janin tersebut. Urusan bayi biasanya diserahkan bulat-bulat kepada restoransamada dalam keadaan hidup atau mati, tidak ada yang mengetahui. Menurut beberapa sumber, janin yang disaji semua adalah janin bayi perempuan.


Kek Hari Lahir Special!

Ada sesiapa nak makan kek?

Kaki Balut

Adat China lama yang akan membalut kaki sebagai simbol kekayaan! lagi kecik kaki, lagi kaya orang tu!

Ada sesiapa ingin mencuba pakai kasut ni?? He..he..

Kambing Sekor Sorang

Hebat betul makanan yang dihidangkan kat conference ni. Kambing sorang seekor siap~~ hah, makan jangan tak makan!