Oh!

Tak Mungkin Benar!

21 March 2011

Gambar Yang Disumpah

Dikatakan, jika kita merenung gambar tersebut
(klik link dibawah untuk melihat)
untuk beberapa lama, dan jika gadis (mayat) di dalam gambar ini tiba-tiba tersenyum, bermakna sesuatu yang buruk akan berlaku kepada anda.

Gambar diambil sekitar tahun 1920an di tanah besar Cina. Setelah menyiasat lebih kurang, maka gambar tersebut ditemui dan cerita di sebalik gambar tersebut juga diperolehi.

Pada mulanya kemunculan gambar ini memang mengerikan, dan ada yang tidak percaya. Sekitar awal tahun 2000, seorang guru sejarah telah melakukan research mengenai gambar tersebut dan mengakui cerita di sebalik gambar ini.

Pada tahun 1920an ada seorang gadis berusia 17 tahun yang berasal dari keluarga yang kaya. Dia telah menemui lelaki idamannya. Lelaki tersebut berusia 19 tahun dan seorang yang cukup digilai di kampung tersebut kerana dia seorang yang tampan. Tanpa berlengah gadis ini melangsungkan pertunangan dengan si lelaki. Malangnmya sebelum upacara pernikahan sempat dijalankan, si gadis telah meninggal dunia kerana demam yang teruk. Dan mengikut tradisi di sana, lelaki harus juga berkahwin dengan gadis ini walaupun dia telah mati. Kerana enggan, lelaki ini melarikan diri dan menjadi seorang tentera.

Namun dengan harta dan pengaruh yang besar, keluarga gadis berjaya menemui dan membawa pulang lelaki tersebut. Nak tak nak lelaki tersebut dipaksa juga untuk berkahwin dengan gadis yang telah mati itu. Mayatnya dijaga dengan baik. Gambar ini diambil setelah 6 hari gadis itu mati. Pada waktu malam, mayat gadis didirikan dengan menggunakan sebuah papan. Jika diperhatikan dengan teliti, kelihatan kaki gadis tidak menyentuh tanah dengan baik. Suasana hujan lebat dan guruh sabung menyabung ketika gambar ini diambil.

Gambar durjana ini dikatan disumpah kerana lelaki itu sangat tidak menginginkan perkahwinan tersebut. Dan si gadis ketika hidup benar-benar ingin menikahi lelaki tersebut. Kerana kemiskinan, keputusan keluarga gadis tidak dapat ditolak.

AMARAN : KAMI TIDAK MEMAKSA ANDA MELIHAT GAMBAR INI. APA-APA YANG TERJADI ADALAH TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI.

(Klik Untuk Melihat) Gambar Yang Disumpah

2 comments:

atyn bubbalicious ! said...

bt0l kew ? awk si empunya blog nie dh tg0k ker ?
sye x brani la .

aboythatsmilealways said...

haha! saja nak kenakan orng gmba tuh. gamba tuh flash la. gmba gerak2. cuba la.