Oh!

Tak Mungkin Benar!

28 March 2011

Berhati-hati! Kebayan Di Sebelah Anda!


Di Malaysia, kebanyakkan rumah mempunyai atap dan syiling. Biasanya atap akan berbentuk tirus dan menajam ke atas. Ini untuk memudahkan aliran air hujan turun ke bawah. Di antara atap dan syiling rumah, pasti terdapat ruang kosong yang digunakan untuk memerangkap haba daripada turun ke dalam rumah.

Ruang kosong antara atap dan syiling rumah ini biasanya menjadi tempat tinggal untuk segala jenis jembalang dan puaka. Suhu yang sentiasa panas menjadi kegemaran bagi makhluk-makhluk halus untuk tinggal di ruang kosong ini. Biasanya pada waktu malam sekali-sekala anda pasti akan terdengar bunyi-bunyi yang pelik di dalam rumah seperti bunyi pinggan berjaga, bunyi kerusi ditarik dan bermacam-macam lagi. Bunyi ini adalah dihasilkan oleh makhluk halus yang menghuni ruang kosong antara atap dan syiling rumah anda. Setelah semua penghuni rumah masuk tidur, mereka akan turun untuk bermain di dalam rumah.

Cerita mengenai makhluk halus penghuni atap rumah yang semakin popular ketika ini adalah mengenai satu entiti ganjil yang dikenali sebagai Kebayan. Ia mempunyai rupa seperti seorang wanita yang sangat tua seperti berusia beratus-ratus tahun. Pipinya mengeleber ke bawah dipenuhi kedut-kedut yang sangat hodoh, matanya kuyu. Biji matanya pula berwarna merah garang dan bercahaya ketika gelap. Kebayan memakai pakaian seperti gaun tidur yang sudah lusuh.


Kebayan akan menunggu anda masuk tidur setiap malam. Ketika anda mula memejamkan mata untuk tidur, Kebayan akan turun dan duduk di sisi anda. Ketika itu mata anda sedang terpejam tetapi masih belum terlena (masih sedar). Ketika ini, adalah dinasihatkan agak anda jangan membuka mata. Jika mata telah terpejam untuk tidur, teruskan memejamkan mata anda. Kerana jika anda membuka mata, anda pasti akan terlihat Kebayan yang sedang merenung anda. Biasanya Kebayan akan duduk di tepi katil anda dan menunggu anda terlena. Jika anda membuka mata dan ternampak kelibat kebayan, ia akan sedar bahawa anda masih belum terlena dan akan duduk lebih rapat dengan anda. Lebih teruk lagi jika anda membuka mata dan terkejut. Kebayan akan turut terkejut dan terus menjerit mengilai di dalam bilik anda.

Jadi setiap kali anda mahu masuk tidur, pastikan anda benar-benar mengantuk. Jika belum mengantuk, jangan berbaring dan memejamkan mata dalam keadaan sedar. Kerana Kebayan akan memerhatikan anda...


1 comment:

Anonymous said...

tipuuuuuu.. btoi ka? shud be worried then. ;(