Oh!

Tak Mungkin Benar!

23 July 2011

Hantu Makan Orang Lebuhraya Karak

Berat betul jemari nak menaip pasal karak ni lagi kalu bukan atas permintaan ramai..bukan apa cerita ni makin femes kerana entri2 cikgu yg lalu..cisss laluan ni la cikgu guna untuk balik kampong ketika balik dari uia ke temerloh mase belajar n kerja kt kl dulu..setakat ni memang xde apa yg pelik pernah cikgu alami, dh biase sgt lalu ikut higway ni, waktu tgh2 malam pun dh slalu sgt terutama waktu blik kerja ujung minggu kadang tu pukul 12-1 pagi pun lalu kt situ jgk..

Banyak cerita berkaitan dengan Karak Highway yang famous sekarang ni kan… cikgu mmg suke cerita-cerite mistik ni…cikgu pun tak tau nak cakap cikgu percaya ke tak. tapi sebagai satu aktiviti masa lapang.. cerita-cerite begini lagi bagus dibaca dari merempit kan…ooo by the way, cikgu bukan nak promote cerita Karak yang ditayangkan tu yea!! kalau dapat duit tak pe..kali ni cikgu nk spesifikkan cerita iaitu tentang kisah hantu makan orang di karak..


Fakta kronologi hantu makan orang karak:

1) Lokasi – Karak Highway selepas terowong dari arah KL.

2) Tarikh – Sekitar 1984

3) Mangsa – Keluarga cina. Suami (Mati), Isteri & anak kecil (baby).
4) Saksi – Isteri mangsa, orang awam yang terserempak dengan kereta & makhluk tu serta 2 orang polis peronda yang menyelamatkan isteri & anak lelaki malang tu.
5) Rupa makhluk – Seakan2 kelawar tapi besar & boleh terbang.
6) Bukti – Gambar mayat tak berkepala ada dalam fail simpanan polis.
7) Kes – x-file (Unsolved mistery)



8) Teori – Ia angkara manusia, pontianak, pengganas kominis, harimau & binatang buas lain.
Cerita ni ada berbagai versi iaitu cerita seakan sama tapi lokasi dan jalan cerita berubah2. Ada yang kata bukan polis tapi askar yang jumpa keluarga tu. Ada pulak kata lokasi di jalan Bentong lama dan macam2 lagi. Tak payahlah cikgu ulang cerita tu sebab cikgu rasa ramai yang dah tahu. Kalau ada yang nk tau lagi boleh bace di link INI dan INI ..

Cerita yang tidak berkunjung habis.......

Cikgu penah dengar versi mangsa dijumpa oleh keter polis. Cikgu dengar masa kat UIA dulu. driver bas uia ada citer masa diorang blk dr kelantan htr student. dengar citer natang tu mcm kelawar besar tinggi manusia. dah kene tembak – cedera – lari turun gaung bukan terbang mcm sesetengah citer. x tau la mana betul…. ikut citer lg si wife tu org kedah. org merbuk. si laki tu cikgu tatau….

Lagi satu….

Tun mahathir waktu tu minta kes ni dirahsiakan sbb xnak jd kecoh n menakutkan. kes ni disiasat. contoh darah natang tu di amik n mayat tu juga dibedah siasat. ada sisa air liur makhluk tu pd mayat. mayat lengkap berkepala cuma dadanya terbelah terkopak. isi badan byk dah robek kene makan. tp yg pelik darah setitik pun dah takde… dah kering mcm kene sedut gituhhh…

so teori n persoalan waktu tu ialah…:



- makhluk ghaib – tak juga sbb hantu jin setan takde fizikal yg bila kene tembak akan cedera.

- binatang – tak juga sbb walaupun keluar darah tp belum lg ada spesis yg dikenali berbentuk kelawar besar setinggi manusia n bersayap.. oyyeee ikut citer polis menatang tu lari berjalan… masa berjalan die mengheret sayapnya. so maknanya sayapnya tu lebih panjang dr badan die. mungkin die makhluk terbang tp dah cedera kene tembak dah xleh terbang lagi.



- makhluk asing? Wah ini sudah kes canggih – TUDM n juga US dihubungi utk bantuan maklumat samada ruang udara mana2 kws diceroboh. jawaban cikgu tatau….. tukang cerita kes ni pun taktau. mangsa yg selamat (wife) waktu tu peknen. uit panjang pulok…
Dan cerita seterusnya lagi…



Sebijik kete rosak… laki kuor… polis lalu… nampak berok besor(bukan kelawar) tengah kerje kan laki tu… polis tu bunyikan siren.. berok tu lari… pastu amek pompuan bawak gi balai
Versi lain plak…



kete rosak.. laki kuo.. nak carik bantuan… pastu tetibe kete kene hentam sesuatu.. bini tgk keliling takde per per… pastu polis benti. tanya.. ajak gi balai… polis cakap kat pompuan tu jgn pandang belakang kenderaan.. tapi bile pompuan tu tengok dia nampak mayat laki dia tanpe kapale…
Versi lain lagi..
kete rosak.. laki kuo… tetibe.. berdentum atas kete… bini takut nak kuo… ade orang len lalu… bukak lampu tinggi… nampak berok besor atas kete tengah pegang kepale org… berok tu lari… org tu gi balai.. polis dtg… amek pompuan tu gi balai

TAMAT IMBAS KEMBALI...

Pengalaman cikgu sendiri...

Bila cerita tentang lebuhraya karak ni, teringat cikgu pada peristiwa berlaku di Hutan Lipur Lentang pada tahun 2004 iaitu ketka zaman cikgu blaja kt matrik uia tahun pertama. Pnah skali tu cikgu ngn abg cikgu gi KL dari Temerloh waktu hari raya ptama naik moto. Sesaja nk tukor selera beraya kat KL. Abg cikgu keje partime kt KL mase tu so kne blik KL ptg tu jgk sbb kje malam. Waktu tu dh kul 7 ptg n kitorng rehat la kat jmbatan sbelah tmpat rehat lintang tu (lori slalu klihatn berhenti di situ).

Tgh duduk2 tu tetibe je nampak sebuah kete tetiba jatuh tjunam dari atas jln raya ke atas jalan raya yg kecik di bawah. Ia tdk melibatkan kenderaan lain,blanggar xde,tbabas pon xde. Yg peliknya penghadang jalan punye la tinggi dkt 1 meter mcmmne kete tu tetibe bleh mnggelongsor jatuh ke bawah. Cikgu pn heran. Punya le berdebor cikgu xbrani nk tgk dkat ape jd pd pemandu tu tmbah lgi waktu senja. Kereta lain xde yg brenti mcm xde org lain yg nmpak kejadian tu kecuali kami.

Xlama lpas tu lalu org asli yg berdekatan di situ dan jmpe ngn kami, dia kata xelok brada disitu pada waktu itu, sedang senja katanya. Dan kami tnye la pd org asli tu ade nmpk xkete yg mnjunam tu, siap kuar asap lagi. Org asli tu kate xde nmpak ape2 pun. Kitorang senyum je n terus hidupkan enjin motor dan terus menuju ke KL hik3...

Sorila cite pnjang sangat tpi cikgu mmg nak cite jugak hehe...

Anda boleh tonton video ini tentang beberapa kisah seram dan misteri yang dikatakan pernah terjadi di Karak :

 
Subscribe Channel Info Cikguzim

Tag: misteri karak, lebuhraya karak, karak, highway karak, hantu karak, hantu makan orang, filem karak, misteri lebuhraya karak, volkswagen kuning

Apa komen anda? 

6 comments:

Unknown said...

byk sgt story hantu kt TV la ni..boring

siti suraya said...

uish , menyeramkan betul nihh . hehe . macam2 cerita hantu yang keluar skang ni kan ?

Unknown said...

huiii bnyak nyer tauu! tabik tabik!

Yatt S. said...

pernah dengar cerita ni. macam-macam versi. menakutkan!

Lelaki Memang Tak Akan Faham Perempuan
Antara Keinginan Dan Yang Dah Tertulis

micah aje said...

seramnye dengar..huhuhu

Azza Azman said...

Saya orang bentong, cerita memang byk tapi dah tak rasa ape dah. Ulang alik uia, genting, bentong, jerantut sensorang tgh malam alhamdulillah xde ape...