Oh!

Tak Mungkin Benar!

31 July 2011

Ramadhan - Bulan Kurangkan Makan atau Pesta Makan?


Salam Ramadhan buat semua. Alhamdulillah bertemu kita lagi sekali pada bulan Ramadhan yang mulia dan suci ini. Setiap kali bulan mulia ini tiba, pasti rancangan tv sibuk nak tayangkan rancangan masakanlah, bazar ramadhan lah, kuih rayalah, makanan itulah, inilah dari pagi sampailah ke malam. Kelihatannya seperti aktiviti makan2 ni lebih meriah lagi walhal pada bulan ni kita perlu mengurangkan makan. Jadi tidak hairanlah ramai yang bertambah berat badan pada bulan Ramadhan. Jadi di kesempatan ini cikgu ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada para pembaca, semoga ia menjadi bulan yang lebih baik dari yang sebelum2nya. Tingkatkan amal ibadat, berzikir, membaca quran, bersedekah dan lain2. Sama2lah kita ingat mengingati sambil berblog ini. Ingatlah bahawa setiap amal kebaikan yang kita lakukan pada bulan ini pahalanya berlipat kali ganda. Amatlah rugi jika disia-siakan dengan amalan dan aktiviti yang tidak berguna. Nauzubillah. Walaupun tahun ni tak dapat berpuasa bersama keluarga di Temerloh, namun kemeriahannya tetap dapat dirasai di Sarawak tempat cikgu bertugas ini. Uhuk sedihnye huhu...

P/S : Tahun ini nak khatam quran lagi. Tahun lepas dapat khatam 2 kali. maklum la taun lepas jadi guru separuh masa dan pengnggur terhormat separuh masa jadi banyak masa terluang hehe..InsyaAllah...

No comments: