Asteroid Hampir Dengan Bumi

Info terkini dan terbaru yang diperolehi di berita tv...ianya mengenai berkenaan ASTEROID 433 EROS BERADA PALING DEKAT DENGAN BUMI SEJAK 1975. Ingin tahu apakah mengenai asteroid ini yang akan berdekatan dengan bumi..???

Apa yang akan berlaku ???

Jom kita baca.....


Pada 31 Januari 2012 (malam ini), asteroid 433 Eros akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi sejak 37 tahun yang lalu, bergerak merentasi langit malam dalam buruj Leo, Sextans dan Hydra. Ketika ia berada paling dekat dengan Bumi iaitu kira-kira 26.7 juta kilometer, asteroid yang bersaiz 34 kilometer ini akan dapat dilihat walaupun menerusi teleskop kecil dengan kecerahannya sekitar magnitud 8 dan berkemungkinan mencecah sehingga magnitud 7. Asteroid 433 Eros tidak pernah berada sedekat sekarang sejak tahun 1975, dan ia juga tidak akan berada sedekat ini lagi sehinggalah pada tahun 2056.

Asteroid Eros dijumpai pada 13 Ogos 1898, oleh ahli-ahli astronomi Carl Gustav Witt di Berlin dan Auguste Charlois di Nice. Pengiraan terhadap orbit Eros menunjukkan ianya berbentuk bujur memanjang yang merentasi orbit Marikh. Ini memberikan kita peluang yang baik untuk melakukan pencerapan kerana ianya boleh membantu kita melakukan pengiraan jarak dari Bumi ke Matahari dengan lebih tepat.

Mengkaji objek angkasa seperti asteroid Eros ini boleh memberikan kefahaman kepada kita tentang pembentukan sistem suria. Ia juga membolehkan ahli astronomi lebih memahami komposisi asteroid yang mana maklumat ini boleh digunakan untuk mengelak apa-apa kesan hentaman yang berpotensi berlaku terhadap Bumi di masa-masa akan datang.




Walaupun Eros akan berada kepada kedudukan menghampiri Bumi pada 31 Januari2012,tetapi tidak akan ada bahaya perlanggaran. Ia masih kekal pada jarak kira-kira 26.7 juta kilometer atau 0.178 AU. Jarak ini adalah lebih 80 kali lebih jauh berbanding jarak asteroid 2005 YU55, yang berada dalam lingkungan orbit bulan pada 8 November 2011 yang lalu.

Observatori Negara Langkawi
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

Jom baca LAGI DI SINI


SubhanaAllah Maha Suci Allah !!!



Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
__________________________________________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Pokok Makan Objek

Berapa lama agaknya ambil masa jadi macam ni?























Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
_________________________________________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Tiang Elektrik Manusia Gergasi

Direka oleh Choi + Shine Architects, projek ini dipanggil sebagai "Land of Giant" yang memenagi anugerah 'High-Voltage Pylon Competition' di Iceland. Serius nampak pelik.











Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
__________________________________________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Petir Sambar Patung Jesus

Sebuah patung Yesus Kristus 62-kaki disebuah gereja di Ohio telah dipanah petir semasa ribut petir yang teruk dan meletup kemudiannya terbakar dan mengakibatkan patung tersebut hangus dijilat api. Patung yang bernilai $300,000 US dan diperbuat daripada bahan gentian kaca dan Styrofoam itu hanya tinggal rangka dawai. Kebakaran yang berlaku juga telah menyebabkan kerosakan $400,000 US kepada 'Solid Rock Church' di Monroe, Ohio.













Kuasa Allah jua yang hebat, Subhanallah



Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
__________________________________________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Ribut Matahari Cetus Kebimbangan

Fenomena ledakan yang berlaku di matahari yang dikaitkan dengan ribut matahari telah berlaku pada hari Isnin 23 Jan 2012 . Ledakan terkini atau aktiviti matahari terkini dicatatkan sebagai yang paling kuat sejak tahun 2005, menurut Doug Biesecker, pakar astrofizik dari U.S National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA). Walaubagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang boleh mencetuskan malapetaka di bumi, ujarnya lagi.

Fenomena ledakan matahari mencetuskan radiasi gelombang elektromagnetik yang diikuti dengan radiasi gelombang dalam bentuk partikel proton. Selain itu, ledakan juga telah menghamburkan jisim korona (Coronal Mass Ejection-CME) ke angkasa iaitu plasma bertenaga tinggi dari matahari.


Radiasi partikel bertenaga tinggi dan hamburan jisim korona sememangnya berkait rapat dengan fenomena letusan matahari. Partikel bertenaga tinggi akan tiba ke bumi dalam jangka masa 1-2 hari sementara radiasi elektromagnetik akan mencecah bumi dalam masa 8 minit.

Menurut laporan Goddard Space Weather Lab, hamburan jisim korona dijangka akan tiba ke bumi pada hari selasa atau rabu jam 21.18.

Selain bumi, planet-planet lain yang berada di sekitar matahari turut merasai kesan dari fenomena ledakan dari ledakan tersebut. Planet Marikh akan merasai kesan tersebut pada hari Rabu bersamaan 24/Jan.

Menurut Doug Biesecker, CME yang tercetus bergerak dengan halaju 6.4 juta kilometer/jam menuju bumi. Jumlah bahan yang terbebas dalam proses tersebut dianggarkan mencapai berjuta-juta kilogram.

Pelbagai kesan akibat partikel bertenaga tinggi dan CME yang tercetus yang perlu diawasi menurut pakar. Antaranya ialah gangguan kecil fungsi satelit, gangguan sistem komunikasi dan juga GPS. Walaubagaimanapun, menurut laporan tiada perkara buruk yang serius akan berlaku ke atas manusia.

Menurut Kobus Olckers, penyelidik yang bertugas di Ises Regional Space Weather Warning Centre, Afrika Selatan, planet bumi dilapisi oleh medan magnet.
Partikel-partikel yang terhasil dari letusan matahari itu tidak membahayakan nyawa manusia bumi kerana dihalang oleh medan magnet. Sekiranya ia boleh mengancam nyawa manusia, ianya telah berlaku semalam (Isnin 23/Jan) menurutnya lagi.

Kesan aktiviti matahari yang mencetuskan ledakan yang paling buruk pernah direkodkan berlaku pada abad ke-19. Ketika itu kesan ketara yang berlaku ialah gangguan sistem telegraf. Gangguan yang berlaku pada tahun 1989 mengakibatkan kawasan Quebec di Kanada mengalami gangguan elektrik selama 9 jam.
Walaubagaimanapun, orang ramai terutamanya mereka yang tinggal di Asia dan Eropah masih boleh menikmati keindahan aurora yang terhasil dari fenomena ini.

Lihat juga di laman web INI



Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
____________________________________________________________________________
Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Bencana 2012 Suatu Yang Dirancang?


2012 baru sahaja membuka tirainya, namun beberapa peristiwa pelik dan aneh sudah berlaku antaranya suara aneh dari langit dan ribut matahari yang sedang terjadi di bumi ini.

SESUNGGUHNYA ianya sudah basi apabila saya ingin mengulas sebuah filem terbitan hollywood iaitu 2012 . Apa yg saya ingin kongsikan bersama para pembaca sekiranya anda menonton filem tersebut , maka kita akan dapat membuat kesimpulan filem itu hebat , dapat menggambarkan bagaimana kiamat berlaku dan sebagainya .Adakah kita mendapat mesej yg ingin disampaikan oleh fiem terbitan Yahudi itu ?

Filem itu mempersembahkan bahawa bumi akan musnah 2/3 dan yg hanya tinggal ialah 1/3 daratan sahaja . Bumi musnah akibat ribut matahari .ribut matahari yg luar biasa itu menyebabkan medan magnet bumi terbalik , yg utara bertukar ke selatan yg selatan bertukar ke utara . pertukaran medan magnet itu menyebabkan ketidak setabilan kerak bumi yg menyebabkan terjadinya gempa bumi yg berurutan dan hampir serentak diseluruh dunia . Gempa-gempa bumi purata bersekala 8.0 richter .

Gempa-gempa bumi yg terjadi diseluruh dunia itu yg hampir serentak menyebabkan rekahan kerak bumi yg memuntahkan larva dengan kadar mega hyper mengakibatkan semua bandar di seluruh dunia terbakar dan tenggelam . Ditambah thunami-thunami yg muncul selepas gempa -gempa bumi yg kuat itu . Gempa-gempa itu juga mempercepatkan ledakangunung berapi yg terbesar di dunia iaitu yg terletak di Yellow Stone .

Itulah punca yg menyebabkan bumi musnah 2/3 daratannya . Walaubagaimanapun sebahagian kecil manusia dapat diselamatkan dengan menggunakan 6 buah kapal laut alat bahtera Nabi Noh a.s . Kesimpulan nya kalaulah itu yg di maksudkan kiamat maka itu bukan lah kiamat kerana kiamat adalah kemusnahan secara total .bukan sahaja bumi yg musnah bahkan seluruh alam ini .
 

Banyak sebab dunia akan kiamat pada tahun 2012 itu menurut" maklumat "sebaran di internet di antaranya ialah ..


  • Ribut matahari seperti yg digambarkan di filem 2012
  • Letupan gunung berapi di Yellow Stone juga seperti digambarkan di filem tersebut
  • Pelanggaran planet NIBIRU dengan bumi
  • Penjajaran planet -planet di sistem suria kita
  • Bumi sudah letih berpusing dan beredar
  • dan banyak lagi
Tidak perlulah saya ulas sebab-sebab bumi ini akan kiamat menurut sebaran internet itu ,para pembaca boleh melihat dan memahami klip-klip yg disiarkan di U- tube dan sebaran-sebaran intenet yg lain . Walaupun telah disenaraikan 5 faktor dan lebih bumi akan kiamat pada 2012 menrut mereka . tetapi apa yg kita boleh fahami ialah kiamat menurut mereka adalah hanya kemusnahan bumi sahaja ..ia tidak membabitkan planet yg lain . kalaulah itu maksud mereka tentang kiamat maka itu bukanlah kiamat yg sebenar .

Realitinya

Apa yg terjadi sekarang ialah ( pendapat ini akan berubah mengikut dapatan semasa ) bermulanya tahun 2010 . Tabir tahun ini dirasmikan dengan gerhana bulan dan matahari dan juga letupan gunung berapi dan bencana-bencana yg lain .bencana -bencana itu semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini . Gempa bumi seolah-olah hujan yg turun dimusim hujan ,dalam seminggu ada 2 hingga 3 kali gempa bumi selepas reda di sambung pula dengan ribut-ribut taufan dan bencana kemarau dan banjir di sana sini.

Seakan-akan apa yg diramalkan seolah-olah akan terjadi nanti .... persoalannya adakah bumi yg kita huni ini akan menuju kiamat ..maka jawapannya YA tetapi pada tahun 2012 kiamat tidak berlaku .... para pembaca yg baru mejengok blog ini akan memahami berkenaan tahun 2012 dan perkara -perkara kiamat dengan mengklik label-label artikal yg berkaitan seperti AKHIR ZAMAN ... 2012 ..illuminati dan freemason serta melihat klip video dokumntari the arrivals ... maka anda akan faham dan mudah menolak pendapat manusia yg mengatakan kiamat akan berlaku pada 2012 ...selamat membaca ...

p/s - gambar di atas ialah janakuasa H.A.R.R.P = suatu ciptaan senjata tabie yg canggih ,pembunuh bersekala mega dan tanpa disedari oleh manusia iaitu mesin gempa bumi dan berupaya menterbalikkan medan magnet bumi yg utara bertukar ke selatan dan sebaliknya ....maka misi mereka akan ..????....pada 2012 nanti .

Sumber : Blog tanyalah ustaz

Jom lawat juga di SINI


Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
_________________________________________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Ribut Matahari Bakal Landa Bumi


BANYAK ramalan menyebut 2012 merupakan tahun berlakunya kiamat. Teori kemusnahan alam semesta kaum Maya telah dipopularkan menerusi filem 2012 hinggakan filem tahun 2009 itu meraih kutipan global sebanyak AS$769 juta (RM2.3 bilion).

Nostradamus, si peramal tersohor Perancis turut menamakan 2012 sebagai tahun kemusnahan planet-planet, manakala para ahli astrologi China dari Dinasti Chang mengatakan akan berlaku bencana besar tahun ini.

Oleh kerana itu, apabila saintis menjangkakan fenomena ribut matahari terjadi pada pertengahan 2012 hingga 2013, mitos kiamat yang dicanangkan sebelum ini terasa bagaikan semakin hampir.

Dalam ilmu astrologi, matahari merupakan bintang yang terletak paling dekat dengan bumi iaitu sejauh 149 juta kilometer. Ia mempunyai suhu teras 15 juta darjah Celcius dan telah terbentuk lebih 5,000 juta tahun yang lalu.
 

"Ribut matahari berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal. Suhu panas itu menyebabkan ia mengeluarkan gas yang sebahagiannya akan masuk semula ke dalam matahari.


"Bagaimanapun, sebahagian gas itu berlegar di ruang angkasa dan memasuki atmofera bumi. Fenomena itulah yang digelar ribut matahari," kata seorang pakar astronomi tempatan, Shahrin Ahmad.

Namun, beliau berpendapat ribut matahari tidak akan memusnahkan bumi. Malah, kejadian ribut matahari sampai ke bumi jarang berlaku kerana ia dihalang oleh lapisan atmosfera dan medan magnet bumi.

Kesan

"Ribut itu akan termusnah sendiri sebelum sampai ke daratan. Tetapi jika ia menembusi lapisan atmosfera dan medan magnet bumi dengan saiz dua atau tiga kali ganda melebihi saiz bumi, kerosakan besar boleh berlaku.

"Apa pun, ia terhad kepada kerosakan peralatan elektrik dan sistem telekomunikasi seperti satelit, sistem penerbangan dan Internet," kata Shahrin.

Beliau memberitahu, kesan ribut matahari pernah dirasai di bumi pada tahun 1859. Akibatnya, sistem telegraf di Amerika Syarikat dan negara Eropah lumpuh sama sekali.

"Peristiwa itu dinamakan Carrington Event. Begitupun, kejadian itu kini boleh dielakkan dengan dua satelit peninjau matahari bernama Stereo yang dilancarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) Amerika Syarikat.

"Kedua-dua satelit itu berperanan mengumpul data untuk memahami dan meramalkan ribut matahari sebagai persediaan awal jika ia berlaku," ujarnya.

Shahrin menambah, memang wujud kebimbangan bahawa ribut matahari kemungkinan menjejaskan struktur asid deoksiribonukleik (DNA) manusia namun beliau berpendapat perubahan DNA itu lebih disebabkan oleh kesan rumah hijau dan pelepasan gas beracun radioaktif.

"Makanan, radioaktif dan bahan kimia yang meresapi tubuh boleh mengganggu sistem tubuh tetapi ia tiada kaitan secara langsung dengan fenomena ribut matahari," tegasnya.

NASA sebelum ini meramalkan ribut matahari akan kerap berlaku sepanjang tahun 2012 dan 2013.

Ini mengakibatkan saintis Amerika Syarikat (AS) mengandaikan impak kerosakan akibat ribut matahari pada tahun 2012 lebih dahsyat berbanding Taufan Katrina yang melanda AS pada tahun 2005 dan mengorbankan 1,800 orang.

"Puncak kerisauan sebenar ialah gangguan ke atas kehidupan sosial yang bergantung pada teknologi seperti GPS dan komunikasi satelit," kata ahli fizik NASA, Lika Guhathakurta.

Seorang lagi pegawai NASA, Michael Kaiser menambah, matahari mencetuskan ribut solar sejak berbilion tahun dahulu tetapi hanya pada akhir-akhir ini ramai yang mengambil berat isu tersebut.



"Ribut elektromagnet matahari boleh menjejaskan sistem tenaga elektrik selain membahayakan angkasawan.

"Pertambahan tenaga magnetik dalam atmosfera dijangka mengeluarkan radiasi yang mampu menyebabkan kuasa janakuasa elektrik meningkat mendadak," katanya.

Ujarnya lagi, kali terakhir pancaran matahari meletus adalah pada tahun 1859 hingga menyebabkan dua pertiga daripada ruang angkasa bumi bertukar menjadi warna merah.

Dijangkakan, peristiwa itu dapat dilihat sekali lagi dengan beberapa bandar utama seperti London, Paris dan New York mengalami ribut awan pada 2012 atau 2013.

Pakar astronomi dari Indonesia, Hakim L Malasan pula berpendapat, fenomena ribut matahari tidak berhubung kait dengan kiamat. Seorang lagi pakar, Thomas Djamaluddin, mengatakan kiamat mungkin berlaku lima juta tahun lagi.

"Matahari akan menjadi bintang raksasa merah dan menelan planet terdekat, Utarid, Zuhrah dan mungkin bumi," jelasnya.

Hidrogen

Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna, Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman berpendapat, bidang astrofizik tidak dapat menentukan hari kiamat selagi tiada perubahan pada matahari.

"Ahli fizik memang percaya bahawa alam semesta akan berakhir tetapi sama ada pada 2012 atau 10 juta tahun dari sekarang mahupun 10 bilion tahun lagi, ia terpulang kepada teori yang kita ada.

"Dari segi fizik, jika matahari sudah kehabisan hidrogen, ia akan berkembang menjadi bintang lain. Ketika itu kehidupan di bumi akan mengalami perubahan dan kejadian tersebut boleh dikatakan sebagai tanda kiamat.


Baca lagi cerita sambungan di SINI

Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
 ________________________________________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Suara Dari Langit Samarahan Sarawak Terus Menjadi Misteri


Kota Samarahan Sarawak terletak kira-kira 20km dari bandaraya Kuching iaitu kira-kira 15 minit perjalanan. Bunyi pelik yang didengari orang ramai terutamanya mereka yang tinggal di Desa Ilmu Kota Samarahan pada 11 dan 12 Januari lalu kini kian menjadi misteri kepada orang ramai terutama kepada penduduk terdekat tatkala penduduk disana sedang nyenyak tidur,sesetengah daripada mereka dikejutkan bunyi yang dianggap seram dan menakutkan.

Ekoran terjadinya perkara ini timbul pelbagai spekulasi,ada yang menganggap ianya hanya sebuah rekaan cerita untuk menakutkan orang ramai,namun bagi saksi yang melaluin situasi ketika itu menyangkal,bunyi yang menakutkan itu memang wujud dan ada yang sempat merakamkan peristiwa aneh dan menakutkan itu.

Bunyi yang kedengaran seperti orang sedang berdengkur kuat dan sekata sekitar pukul 2 pagi dan berhenti apabila subuh menjelang amat menakutkan penduduk setempat.

Ada pula teori mengatakan ia bukan bunyi yg dating dari langit tetapi bunyi dari perut bumi kerana pada hari kejadian berlaku gempa bumi kuat sekitar 7 skala rikter di Acheh. Peristiwa ini mungkin juga mengingatkan kepada kita bahawa bumi ini semakin hari semakin menunjukkan tanda-tanda pelik dan musibah  yang digunakan untuk mengingatkan dan menginsafkan akan kekuasaan Allah SWT.

Peristiwa ini mendapat perhatian hebat dari seluruh dunia dan penduduk sekitar emngharapkan penjelasan dari pihak yang berkenaan segera.
Mari saksikan video rakaman tulen oleh saksi yang melalui pengalaman ini: 



Singgah SINI

Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
__________________________________________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com dan Klik juga iklan penaja di kiri blog ini :)

Suara Aneh Dari Langit Samarahan Sarawak Peringatan Buat Manusia



Video bunyi aneh dan menakutkan datang dari langit kota Samarahan Sarawak menjadi tumpuan satu dunia. Pelik dan aneh apabila suatu bunyi aneh kedengaran dari langit. Ramai yang beranggapan bahawa bunyi tu adalah petanda kiamat pada tahun 2012.


Jom saksikan video rakaman tulen oleh penduduk yang mendengarinya:


Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu. Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.

Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP) HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).

DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat. HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca. Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI).

IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz. IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi. Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari.

Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya.


Jom baca artikel lepas tentang misteri perkara ini di SINI

Tag: suara dari langit kota samarahan, suara misteri samarahan, suara menakutkan samarahan, suara di langit di desa ilmu, suara dari perut bumi, suara misteri 2012, suara berdengkur dari langit, suara dajjal, misteri suara dari langit sarawak


Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
________________________________________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Suara Misteri Dari Langit di Samarahan Sarawak Gemparkan Dunia


Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.



Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark. Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu



The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya. Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia. Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut. - Sumber mynewshub.my

Adakah ia perkara aneh yang merupakan petanda malapetaka 2012 baru bermula? Jom baca tentang perkara misteri ini di entri SEMALAM


Ikuti sambungannya di SINI

Tag : suara aneh dari langit, suara menakutkan dari langit, suara aneh samarahan, suara dari perut bumi, video suara dari langit samarahan, suara aneh di kampung meranek, suara aneh di desa ilmu, bunyi aneh di samarahan, suara misteri dari samarahan


Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
__________________________________________________________________________________

 Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Bunyi Aneh di Udara Kota Samarahan Sarawak


Warga Kampung Endap di Kota Samarahan, Sarawak tidak boleh tidur malam sejak beberapa hari yang lalu akibat bunyi aneh yang memenuhi ruang udara pada waktu malam.

Bunyi yang seakan dengkusan kuat ini akan hanya berhenti apabila menjelang subuh. Apakah ia? Warga Samarahan mahukan jawapan dari pihak berkenaan. Ada teori mengatakan ini bunyi dari kilang yang beroperasi berhampiran tetapi pihak kilang menyangkal kerana mereka sudah beroperasi selama 10 tahun dan mengapa hanya kini mahu membuat bunyi aneh.

Saksi juga mengatakan bunyi ini datang daripada langit dan bukan dari kilang. Amat menakutkan bagi pendengar. Ini Bukan gurauan ini satu petanda kiamat sudah dekat…MASYALLAH - Sumber Edisi.com





Artikel ini di petik daripada halaman Mufti Perlis berkaitan "Suara daripada langit" Cuba kita lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akan berlaku pada 2012??

Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? "

Beliau menjawab: "Suara keras" di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)-copy by Kasman Azizul Othman.. Ya Allah,Engkau lindungilah hambamu ini yang sungguh kerdil,yang sungguh hina ini,Kau ampunilah segala dosa hambamu ini Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang,sesungguhnya hambamu ini berasa sungguh kerdil,lindungila kami sekeluarga..aammmiinn ya Rabbal Alamiiiiiiiiinnnnn. Sumber : Mufti.perlis.gov.my


# Ada pertambahan : HADIS TERSEBUT SEBENARNYA BERSTATUS DHAIF




Jom baca lagi di SINI

Tag: suara dari langit, suara aneh di samarahan sarawak, suara aneh dari kota samarahan sarawak, suara aneh di langit pada 11 dan 12 januari 2012, bunyi misteri di samarahan, suara misteri di samarahan, misteri suara di sarawak, misteri bunyi di samarahan

Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
 _________________________________________________________________________________

 Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Roundabout Paling Pening


Sape kat sini pernah pergi jalan-jalan kat Putrajaya??? Kalau pernah, korang mesti perasan yang korang semua ade lalu dekat roundabout yang terbesar di dunia… Ramai yang tak perasan sebab roundabout tue mengelilingi sebuah bukit… Panjang roundabout tue adalah 3.4KM… Kalo tak caye jom tengok kat bawah nie…


Macam mane dah caye kan… Tapi kite negara membangun memang tak kesah la ade roundbaout yang besar cam nie… Cube banyangkan kalau England ade tapi tak besar mana pun… Cuma ianya sangatlah “PELIK & PENING” kepada pengguna… Kalo tak caye lagi jom tengok kat bawah…


Ha macam mane pening tak??? Agak korang la macam mane nak lalu jalan nie??? Jawapan die mudah je… Kalau korang pelancong korang cuma perlu follow bulatan yang paling besar sekali macam biase je… Tapi kalau korang dah expert dengan roundabout nie korang boleh follow short cut macam gambar kat bawah nie….





Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
 _________________________________________________________________________________

 Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Koleksi Gambar Pelik Dari Zaman Dulu



Selamat sejahtera semua…Seperti kita tahu sejak zaman dahulu sehingga sekarang, bermacam-macam perkara aneh telah berjaya di tangkap dengan menggunakan kamera zama dahulu yang mungkin tidak secanggih kamera pada zaman sekarang… 


Tetapi ianya sudah cukup dan memadai untuk dipertontonkan pada generasi hari ini yang menggunakan kamera untuk aksi seperti dibawah:



























Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
 __________________________________________________________________________________

 Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com