Oh!

Tak Mungkin Benar!

19 January 2012

Suara Dari Langit Samarahan Sarawak Terus Menjadi Misteri


Kota Samarahan Sarawak terletak kira-kira 20km dari bandaraya Kuching iaitu kira-kira 15 minit perjalanan. Bunyi pelik yang didengari orang ramai terutamanya mereka yang tinggal di Desa Ilmu Kota Samarahan pada 11 dan 12 Januari lalu kini kian menjadi misteri kepada orang ramai terutama kepada penduduk terdekat tatkala penduduk disana sedang nyenyak tidur,sesetengah daripada mereka dikejutkan bunyi yang dianggap seram dan menakutkan.

Ekoran terjadinya perkara ini timbul pelbagai spekulasi,ada yang menganggap ianya hanya sebuah rekaan cerita untuk menakutkan orang ramai,namun bagi saksi yang melaluin situasi ketika itu menyangkal,bunyi yang menakutkan itu memang wujud dan ada yang sempat merakamkan peristiwa aneh dan menakutkan itu.

Bunyi yang kedengaran seperti orang sedang berdengkur kuat dan sekata sekitar pukul 2 pagi dan berhenti apabila subuh menjelang amat menakutkan penduduk setempat.

Ada pula teori mengatakan ia bukan bunyi yg dating dari langit tetapi bunyi dari perut bumi kerana pada hari kejadian berlaku gempa bumi kuat sekitar 7 skala rikter di Acheh. Peristiwa ini mungkin juga mengingatkan kepada kita bahawa bumi ini semakin hari semakin menunjukkan tanda-tanda pelik dan musibah  yang digunakan untuk mengingatkan dan menginsafkan akan kekuasaan Allah SWT.

Peristiwa ini mendapat perhatian hebat dari seluruh dunia dan penduduk sekitar emngharapkan penjelasan dari pihak yang berkenaan segera.
Mari saksikan video rakaman tulen oleh saksi yang melalui pengalaman ini: 



Singgah SINI

Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
__________________________________________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com dan Klik juga iklan penaja di kiri blog ini :)