Oh!

Tak Mungkin Benar!

18 January 2012

Suara Aneh Dari Langit Samarahan Sarawak Peringatan Buat Manusia



Video bunyi aneh dan menakutkan datang dari langit kota Samarahan Sarawak menjadi tumpuan satu dunia. Pelik dan aneh apabila suatu bunyi aneh kedengaran dari langit. Ramai yang beranggapan bahawa bunyi tu adalah petanda kiamat pada tahun 2012.


Jom saksikan video rakaman tulen oleh penduduk yang mendengarinya:


Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu. Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.

Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP) HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).

DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat. HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca. Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI).

IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz. IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi. Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari.

Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya.


Jom baca artikel lepas tentang misteri perkara ini di SINI

Tag: suara dari langit kota samarahan, suara misteri samarahan, suara menakutkan samarahan, suara di langit di desa ilmu, suara dari perut bumi, suara misteri 2012, suara berdengkur dari langit, suara dajjal, misteri suara dari langit sarawak


Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
________________________________________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

1 comment:

ch000tz said...

errrrrrrrkkkkk what the heck >_<