Penduduk Kampung Terkejut Lelaki Yang Mereka Kuburkan Setahun Lalu Tiba-Tiba Pulang Rumah


Jakarta, 4 Ogos - Kepulangan seorang lelaki dari Yogyakarta menggemparkan penduduk kampung apabila dia tiba-tiba pulang selepas dikuburkan oleh penduduk kampung setahun yang lalu kerana terlibat dalam satu kemalangan.

Waluyo, 62, secara tiba-tiba pulang ke rumahnya yang berada di Kampung Suryoputran Panembahan, Kecamatan Kraton, Yogyakarta pada Selasa lalu.

Kepulangan Waluyo bukan sahaja membuatkan orang kampung tidak percaya malah keluarganya sendiri turut sukar mempercayai orang itu adalah Waluyo.

Dalam kejadian yang berlaku pada 1 Mei 2015, seorang lelaki yang mirip Waluyo terlibat dalam kemalangan di daerah Gading, Wonosari, Gunung Kidul di Yogyakarta. Keluarganya yang mengetahui kejadian itu menerusi laman Facebook kemudian pergi ke hospital Nurrohmah untuk mengesahkan sendiri identiti lelaki itu.

Menurut keluarga, lelaki itu tersangat mirip dengan Waluyo. Selepas 6 hari dirawat dihospital, lelaki terbabit akhirnya meninggal dunia.

Isteri Waluyo, Alim Eskatinah dan anak-anaknya yang tanpa mempunyai perasaan curiga menjaga lelaki itu ketika dia dirawat. Selepas meninggal, lelaki itu dikuburkan di tanah kelahiran Waluyo di Suren, Patalan, Jetis, Bantul.

"Ketika dia koma di hospital, saudara dan jiran tetangga datang menjenguk. Akhirnya dia meninggal pada 7 Mei 2015.", kata anak Waluyo, Anti Ristanti.

Dah baca klik LIKE (^_^)