Bunga Yang Mekar 3000 Tahun Sekali

Inilah Bunga Yang Mekar Setiap 3.000 Tahun Sekali - Bunga bernama Udumbara Buddha, yang mekar setiap 3,000 tahun, ditemui di bawah mesin basuh di Gunung Lushan, Wilayah Jiangxi, China. Youtan Poluo atau bunga Udumbara, yang menurut legenda Buddha, hanya mekar setiap 3,000 tahun, mempunyai saiz sekita 1mm. Miao Wei, 50, sedang membersihkan ketika ia mencari kumpulan bunga-bunga putih di bawah mesin basuh. Mula-mula ia berfikir benda yang berbentuk seperti batang itu hanyalah semacam telur cacing. Namun, hari berikutnya ia mendapati bahawa di atas benda yang menyerupai batang itu tumbuh bunga-bunga putih dan sangat wangi.

Bangsa Jepun menyebut bunga ini dengan sebutan Udonge. Udonge dalam bahasa Bahasa Jepun (= E4 = BC = 98 = E6 = 98 = 99 = E5 = 8D = 8E) digunakan oleh Dogen Zenji untuk merujuk pada bunga pohon udumbara dalam kitab Sh = C5 = 8Db = C5 = 8Dgenz = C5 = 8D ("Perbendaharaan Mata Dharma Sejati"). Dalam dua dekad terakhir, sebahagian orang di dunia ini telah mencari bunga yang diyakini sebagai bunga Udumbara. Bunga ini pertama kalinya ditemukan di Korea pada 1997. Kemudian muncul di China, Taiwan, Hong Kong, Malaysia, Singapura, Australia, Amerika, Indonesia. Bunga ini boleh tumbuh pada logam, kaca, tanaman dan patung-patung Buddha.

Para ahli mempercayai bahawa bunga tersebut adalah spesimen ajaib bunga Youtan Poluo, atau disebut Udumbara atau Udambara (dalam bahasa Sanskrit) yang bererti bunga yang menguntungkan dari syurga.






Dah baca klik LIKE (^_^)

Tidur Dalam Kandang Kerana Tak Mampu Bayar Sewa

Tidur dalam kandang, tak mampu sewa rumah



 WALAUPUN Hong Kong dikatakan antara bandar terkaya di dunia, namun penduduknya masih ada yang terpaksa hidup dalam kandang seperti binatang kerana tidak mampu menyewa rumah.

Hong Kong yang mempunyai populasi tujuh juta orang merupakan bekas jajahan koloni British dan memiliki kawasan seluas 426 batu persegi yang menyebabkan harga hartanah melambung tinggi.

Satu apartmen dengan satu bilik boleh mencapai sewa 1,240 pound (RM6,850.13) sebulan.

Seorang pesara buruh, Tai Lun Po, 79, telah ‘menginap’ di dalam kandangnya selama 30 tahun.

“Saya terpaksa tidur meringkuk kerana saiz ruang terlalu kecil,” katanya.

Menurutnya, beberapa 'kandang' akan disusun secara bertingkat di dalam sebuah bilik gelap dan panas, laporan dipetik dari CNA.


P/S : Bersuyukurlah atas apa yang kita miliki kerana ada orang yang lebih susah dari kita

Dah baca klik LIKE (^_^)

Ikan Pari Gergasi


Ini adalah ikan pari air tawar yang paling besar di dunia.  Pada tahun 80 an, Negara Thai memiliki banyak ikan pari gergasi, namun akibat penangkapan ikan pari tidak terkawal kini hanya segelintir saja yang bersaiz gergasi. Ikan Pari ini boleh membesar sehingga 16 kaki dan berat sehingga 1,300 pound. Jom kita tengok ikan pari yang lain...
 






Dah baca klik LIKE (^_^)

Budak Lelaki 4 Tahun Ditemui Merentasi Padang Pasir Seorang Diri


Budak lelaki berusia empat tahun ditemui berjalan seorang diri di padang pasir. 

Seorang budak lelaki berusia empat tahun ditemui berjalan sendirian di tengah padang pasir di Syria selepas terpisah daripada keluarganya ketika melarikan diri daripada perang saudara di negara mereka.

Pekerja bantuan terserempak dengan Marwan berhampiran sempadan di Syria dan Jordan. Dia mengenakan baju Nike merah, jaket serta berseluar panjang, dan membawa sebuah beg plastik merah yang diisi dengan barang-barangnya.

Gambar menyayat hati yang dirakamkan pada Ahad lalu oleh wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Andrew Harper merakamkan saat pekerja PBB bertemu budak lelaki terbabit yang bersendirian.

Tidak dapat dipastikan bagaimana dia terpisah daripada keluarganya ketika mereka melarikan diri dari perang yang melanda Syria dan menyebabkan berjuta penduduk lain hilang tempat tinggal.
“Sekadar memaklumkan kepada anda Marwan selamat bertemu semula (dengan) ibunya sebaik saja selepas dibawa merentasi sempadan Jordan,” kata wakil pesuruhjaya tinggi bagi pelarian PBB di Jordan, Harper, yang menulis di Twitter.

Pekerja UNHCR membantu Marwan (dua dari kanan) ketika dijumpai berjalan sendirian di tengah padang pasir di Syria.

Nota terbabit adalah berikutan rakaman gambar yang menunjukkan seorang pekerja bantuan membawa seorang budak lelaki, manakala pekerja lain datang memberi bantuan kepada budak lelaki itu.

Marwan adalah antara wajah kesengsaraan di Syria yang membabitkan lebih satu juta kanak-kanak dengan 425,000 daripadanya berusia di bawah lima tahun hilang tempat tinggal.

“Perjalanan merentasi padang pasir boleh mengambil masa sehari atau beberapa minggu,” kata jurucakap UNHCR, Andrej Mahecic.

“Ia amat berbahaya kerana masih ada peperangan berterusan dan di tengah musim sejuk jadi ia mungkin terlalu sejuk pada waktu malam.

“Perjalanan berkenaan amat panjang dan meletihkan, jadi mustahil bagi seorang kanak-kanak berusia empat tahun merentasi padang pasir bersendirian. Kami rasa Marwan mungkin sesat ketika tengah malam. Sehingga kini kami belum mengetahui apa-apa.” – AGENSI

Keris Muncul Dilangit



sumber : Blog serius

Dah baca klik LIKE (^_^)

Lembu Bertanduk Panjang-Panjang



Lembu Ankole atau Watusi adalah sejenis lembu yang berasal dari benua Afrika. Berbadan besar dan mempunyai tanduk yang boleh mencapai sepanjang 8 kaki (2.4 m) dari hujung ke hujung, yang mana digunakan untuk pertahanan diri. Berat lembu Ankole adalah diantara 900 hingga 1,600 pound (410 ke 730 kg). Ianya hidup liar di kawasan padang rumput savana dengan memakan rumput serta daun sebagai sumber makanan utama.



Jenis-jenis Lembu








Dah baca klik LIKE (^_^)