Tips Pemakanan Awet Muda

Untuk kelihatan awet muda tidak dinafikan amalan dan pengaruh permakanan amat mempengaruhinya selain faktor usia, kesihatan, keceraian, dan sebagianya.



"Pilihan yang salah boleh menyebabkan keradangan pada sel kulit," sumber dipetik daripada Dermatolog Nicholas Perricone, yang juga menulis buku Forever Young. Buku ini memberikan maklumat, dengan memilih menu yang sesuai dan boleh membuatkan anda kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya.

"Sementara anda tidak dapat melihat kesannya, keradangan menyebabkan kulit berkerut, mengendur, juga penuaan," katanya. Disunting daripada laman Detail, berikut adalah 5 jenis makanan yang baik untuk membuat anda kelihatan lebih muda atau awet muda.

1. Ubi
Beta-karotena, yang memberikan warna orange kekuningan pada ubi, bermanfaat untuk menyeimbangkan kadar pH pada kulit, mencegah kekeringan, dan menggalakkan pertukaran kulit. Semua itu akan membuat kulit anda menjadi lebih halus.

2. Ikan Salmon
Astaxantin, pigmen yang membuat ikan salmon berwarna pink adalah musuh terkuat untuk menangkal radikal bebas. Itu adalah molekul jahat yang boleh merosakkan membran sel dan DNA sehingga membuat kulit kelihatan kusam dan penuaan awal. Sebuah kajian menunjukkan sekurang-kurangnya mengambil sekali dalam tempoh lima hari ikan salmon boleh mencegah actinic keratosis, fail yang buruk dan kasar yang juga tanda awal kanser.

3. Tomato
Likopen, pigmen yang memberi warna merah pada tomato, adalah antioksidan yang bagus untuk menangkal kerosakan kulit akibat sengatan sinar matahari, seperti krim tabir suria, tetapi bekerja dari dalam ke luar. Untuk mendapatkan hasil kerja yang lebih baik, makan tomato bersama-sama dengan minyak zaitun.

4. Limau
Vitamin C yang terkandung pada limau menghasilkan kolagen, komponen-komponen penting untuk kelihatan lebih muda, di mana kolagen biasanya berhenti dihasilkan saat usia lebih daripada 20 tahun. Selain itu limau juga mengandungi bioflavonoid yang melindungi kulit dari sinar matahari dan mencegah kematian sel kulit.

5. Sayuran hijau
Bayam, kangkung, dan sayur-sayuran hijau yang lain mengandungi lutein yang melindungi kulit dari sinar matahari yang menyebab keradangan dan keriput.

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Lihat Apa Yang Pelik Pada Gambar Ini

Apa yang peliknya gambar-gambar ni? Nampak ok ja kan.. kalau korang mempunyai penglihatan yang tajam dibantu dengan pemikiran yang logistik ataupun slapstik, boleh try kesan apa yang tak kena..






























Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Rahsia Yahudi Yang Dirahsiakan Daripada Kita

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Banyak rahsia kelebihan dan kelemahan diorang yang disimpan rapi dari diketahui oleh dunia.Antara 10 daripadanya!



1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia,
namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka
cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir
dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar,
kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan
merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel
sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/
isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka
akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk
mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini
fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak
dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari
segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh
yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi
sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak
dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN
BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum
memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan
hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah
buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan
payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini
kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci
mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan
Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu
dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan
sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab
yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967?
Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab
terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan
Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah
serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim
bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan
dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak
memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika
perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10)Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika
selama 30 tahun!

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Malaysia Kalahkan Indonesia dalam Final Bola Sepak Sukan Sea



Sepakan penalti kelima Malaysia oleh Baddrol Bakhtiar : Gol. Indonesia 3 Malaysia 4. Malaysia berjaya mengalahkan Indonesia dan mempertahankan pingat emas Sukan SEA! Tahniah Harimau Malaya!!!

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Awas Ketika Membeli Makanan Ringan!!

JANGAN BELI !!! ADA BABI. buat sahabat dan umat seislamku,,marilah kita pakat2 berhati2 dengan rezeki dan apa yang akan menjadi darah daging kita.. .patutlah lepas makan ni..kita susah nak baca al quran & solat !!! contoh lain.. apollo, cadbury etc. print code ni simpan dlm wallet atauhenset. refer bila nak beli. Semoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam. wallahu a'lam info : persatuan pengguna pulau pinang Yg jelas nye.....pringles pun ader gak lemak ni. ..kalau xcaya tgk ader E471 kat ingredients nya tu...mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu.... Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua ..laki..pompuan. ..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging.......nauzubillah..



Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut? Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan...... Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama... Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua...

Jika kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan2 seislam...semoga kita lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt... share dan war2 kan kepada sahabat2,,dan rakan 2 seagama kita..Allahuakbar...Kita sama2 berkongsi sesuatu yg bermanfaat,,,semoga Allah...Satu kan hati2 kita amin...



Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka." Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Kegunaan Air Coke Selain Untuk Diminum

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian
santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain
serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.



Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan
2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku
kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba
tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
______________________________________________

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau
hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
______________________________________________

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan
selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari
tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk
mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
______________________________________________

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap
bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!
______________________________________________

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri
kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
______________________________________________

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang
setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
______________________________________________

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadiberperisa coke.
______________________________________________

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan
lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di
Yawata tu kerana ianya amat mahal!
______________________________________________

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka
ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain
dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori
yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran
"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga
diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .
Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang adatanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebabhakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian
enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
______________________________________________

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.
Wahh!
Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap
lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak
berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up,Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah diciptauntuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerjaburuh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalahekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataanCocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam
mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda
minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
______________________________________________

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuhserangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racunseranggalah pulak.
Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh
serangga.

11.membuat sos BBQ(supaya rasa ayam bakar dan daging lebih enak)
Cara-caranya:anda boleh mencampurkan coke dengan kicap dan campuran sos yang biasa anda gunakan untuk membakar daging untuk menghasilkan aroma yang sungguh lazat..
____________________________________________________________________
12.Untuk mencuci tandas;masukan 1tin air coke dalam mangkut tandas dan biarkan selama 1jam dan kemudian flush.kesan kotoran akan hilanh dari tindakan asid sitrikyang berada dalam coke.sau bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis!kalau umah korang banyak air coke yang xguna tu,jadi boleh laa guna coke tuk mencuci nya k..hehe
________________________________________________________________________
13.Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta yang dari jenis chrome,caranya lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan coke.kesan karat hilanGG..wah ajaib coke ni yee..
____________________________________________________________________
14.untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’@hakisan pada skru/nat bateri kereta anda.caranya tuang saja 1tin coke pasti kesan hakisan hilang serta merta..FUHh..caya lah gempakk
_________________________________________________________________________
15.untuk melonggarkan skru yang dah berkarata dah ketat:caranya sekali ag tuang 1tin coke,tunngu buat seketika skru tersebut pasti longgar dan boleh bibuka dengan senanag jee
_______________________________________________________________________
16.untuk menghilangkan kesan minyak dari pakaian:caranya..Masukan 1tin coke dalam mesin basuh korang bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.kesan minyak tu pasti hilang.kemudian bolehla diminum air basuhan tadi tu ye..sbab dah berperisa coke tu..hahah
_________________________________________________________________________
17.menghindari diri dari serangan asma:caranya,berdasarkan dari beberapa buku kedoctoran popular..untuk menghindari dari serangan asma,anda boleh memeinum 2tin coke semasa asma dating menyerang..
__________________________________________________________________________
18.Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual didi pasaran tu kerana ianya amat mahal!
________________________________________________________
19. Membersihkan kotoran/karat pada wang syiling
Cara: Masukkan wang syiling ke dalam Coca Cola lalu tunggu selama 1 jam dan lapkan syiling tadi dengan kain yang bersih..kesanya kotoran tdi hilang
__________________________________________________________________________
20. Menyuburkan tanaman bunga dan tanaman lain di taman anda
Cara: Siram bunga-bunga ini dengan Coca Cola untuk meningkatkan keasaman pada tanah, keasaman ini mempengaruhi pertumbuhan tanaman sehingga tanaman cepat membesar.
____________________________________________________________________
21. Menghilangkan sakit perut
Cara: Biarkan Coca Cola terbuka selama beberapa saat, lalu setelah gasnya hilang, anda boleh meminumnya untuk menghilangkan sakit perut.
_________________________________________________________________________
22. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!:victory:

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain
dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki. bukan lori
yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran
"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis :danger:: bahaya". Lori tangki itu juga
diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .
Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.:pissed:

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian
enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.
_______________________________________________________________________
23. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah:fool: tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum.:plead: Tambah pula dengan ais!.
Wahh!:lol:
Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap
lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak
berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam
mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!:kiss2:

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda
minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
_______________________________________________________________________
24. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh
serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
______________________________________________________________________
25.Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci
cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga
dll.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan
cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia
dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

26.Tahukah anda satu biji gula-gula mentos jika dimasukkan ke dalam air coca cola akan menghasilkan letusan buih seperti gunung berapi..tak percaya cuba la.
tapi jangan buat kat kedai mamak pulak marah pulak dia nanti ..haha

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Khairul Fahmi Che Mat Rebah Menendang Bola Akibat Dijampi Peminat Indonesia?



Saya pasti anda semua pasti menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia semalam(17.11.2011) kan? Nampaknya pasukan harimau Malaya berjaya membenam pasukan Garuda Indonesia yang handal-handal belaka bagai mempunyai ilmu kebal tu. Tahniah buat pasukan Malaysia.

Sengit benar perlawanan dengan aksi-aksi cemas dan mendebarkan. Antara aksi yang mencemaskan adalah penjaga gol harapan pasukan kita yang terjatuh dan cedera seketika ketika menendang bola, pasti ramai yang risau ketika itu kalau abang apek kita ni terpaksa ditukarkan dengan penjaga gol lain akibat kecederaan. Namun akhirnya sihat kembali selepas dirawat segera. Ada la dengar-dengar cerita yang ada peminat fanatik Indonesia pakai bomoh nak cederakan pemain-pemain kita terutama penjaga gol kita tuh. Ish2 khurafat betul lah sape yang buat cerita macam tuh kan. Semua tu semuanya kebetulan sahaja. Tak best lah main bomoh-bomoh ni ketinggalan zaman betul.



Bukan main riuh rendah sorakan penonton pada saat perlawanan bermula namun seramai hampir 100,000 penyokong Indonesia senyap sunyi sahaja disaat2 akhir perlawanan sebab dah tahu akan dikalahkan apabila perlawanan kelihatan banyak memberi kelebihan pada Malaysia huhuhu..Syabas buat pasukan Malaysia! Usaha lagi!! :)



Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Hukuman Pancung Guna Chainsaw (18SG)


Di Mexico Hukuman Pancung untuk pengedar dadah menggunakan gergaji berantai.

Orientalis Barat dan musuh-musuh Islam sering memberikan imej yang buruk terhadap hukum "hudud" Islam ... provokasi mereka disokong pula oleh golongan Munafik dari kalangan orang Islam sendiri ... mereka sebaliknya membutakan mata terhadap hukuman lain ciptaan manusia yang sangat kejam ...



Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Asal-Usul Nama Blog Takmungkinbenar

Dari mana blog ini mendapat nama? Nah, di sini saya cikgu azim ingin bercerita asal-usul namanya.



Al-kisah maka tersebutlah sebuah kisah pada zaman dahulu kala di sebuah tempat nun jauh di dalam kawasan perkampungan di negara Jepun. Tinggallah seorang petani yang malas bekerja macam nujum pak belalang yang benama Yamaha (aku pun tak ingat nama dia apa sebenarnya). Hobinya suka mendengar cerita daripada sesiapa je yang dia nak dengar. Tak kiralah dia nak dengar cerita bila ada orang melintas depan rumah ke, dekat kebun ke, atas pokok ke, hatta kat kawasan perkuburan sekalipun.

Ada satu tabiat yang dah menjadi habitat dan bersebati dengan dirinya iaitu beliau akan menyebut ‘tak mungkin benar’ setiap kali orang habis bercerita tak kiralah cerita tu cerita rekaan, dongeng, atau cerita apa-apa saje. Ini membuatkan orang fed-up bila nak bercerita kepadanya. Mana taknya, cerita benar yang logik pun dia akan menyebut ianya adalah ‘tak mungkin benar’ diakhir cerita. Tu yang membuatkan orang buat ‘dek’ je bila dia minta bercerita.

Pada suatu hari sedang si Yamaha ni tengah duk rehat kat beranda rumahnya lalulah seorang sahabatnya seorang pengembala kambing yang benama Honda. Lalu dia pun memanggil Honda, “Wei Honda, meh la datang sini bercerita, aku bosan ni takde apa nak buat petang ni”. Maka dengan lemah longlainya si Honda pun pergilah duduk dekat dengan si Yamaha itu.

“Aku boleh bercerita kat kamu, tapi dengan satu syarat, kamu jangan sebut perkataan tak mungkin benar bila aku bercerita nanti, kalau kamu cakap nanti aku akan ambil sekampit beras dari dapur kamu, boleh”. Lalu Yamaha berkata, “Okay okay aku janji, ceritalah cepat sikit, aku tengah bosan betul ni hohoho”, kata Yamaha dengan penuh harapan. Minatnya mendengar orang bercerita tidak dapat disangkal lagi.

Lalu si Honda pun mula bercerita…

“Pada zaman dahulu kala ada seorang maharaja sedang bersiar-siar melawat keindahan di sekitar negerinya. Maharaja itu bersiar-siar dengan menaiki tandu yang dibawa oleh pengikutnya yang ramai mengiringi perjalanannya. Sedang maharaja itu khusyuk duduk sambil menghirup udara segar di dalam tandu tersebut, beliau terdengar bunyi burung bangau yang berwarna kuning keemasan sedang terbang berlegar-legar di atas tandunya dengan. Dek kerana tertarik dan rasa nak melihat burung itu, lalu beliau pun keluar menjenguk dari tandunya. Pap! Tetiba najis burung tu pun jatuh dan terkena kasut maharaja tersebut. Beliau hanya tersenyum saja dan berkata kepada pengawalnya. “Buang kasut ini dan bawakan saya kasut yang baru”. Lalu pengawalnya membuang kasut tadi dan menggantikannya dengan kasut baru.

Kemudian maharaja itu meneruskan lagi perjalanannya. Tak lama lepas itu, burung itu muncul lagi berlegar-legar di atas tandu. Disebabkan tadi tak dapat melihat dengan jelas, maharaja itu sekali lagi keluar melihat dan…Pap! Najis burung itu jatuh tepat dan mengenai baju zirah maharaja tersebut. Beliau hanya tenang sahaja dan berkata, “Pengawal, buang baju ini dan gantikan dengan yang baru”, seperti hamba abdi, pengawalnya menjalankan perintah dengan penuh hormat. Lalu burung itu terbang lebih setelah dihalau oleh pengawal-pengawalnya.

Maharaja meneruskan perjalanannya lagi sambil bersiul-siul keriangan. Entah apa yang die ‘happy’ sangat pun tak tau lah. Tak lama lepas tu burung bangau keemasan tadi muncul lagi dan maharaja sekali lagi berasa ingin menghalau burung itu sendiri lalu dia mengacu-acukan pedangnya kearah burung itu. Tetapi, nasib maharaja itu sekali lagi dihinggapi oleh najis burung nakal itu. Kali ini ia mengenai pedangnya. Beliau hanya bertenang sahaja, “Buang pedang ini dan gantikan dengan yang baru”. Lalu pedang yang baru digantikan.

Nampaknya burung tersebut memang degil dan tiada kesedaran sivik tak tau nak buat kerja lain agaknya. Maharaja meneruskan perjalanannya lagi kerana hari sudah petang, jadi beliau menyuruh pengawalnya membawa tandu dengan cepat. Ketika hampir sampai ke istananya, burung itu sekali lagi muncul di atas tandu tersebut. Maharaja hanya mengeluarkan kepalanya dari tandu itu dan mendongak melihat burung itu. Pap! Najis burung itu tepat mengenai kepala maharaja tersebut. Beliau diam seketika seraya berkata, “Bawakan saya kepala yang baru”. Lalu pengawal memancung kepalanya dan membawakannya kepala yang baru. Setelah diganti dengan kepala yang baru, lalu maharaja pun sampai ke istananya.

….Begitulah adanya ceritanya” Honda menamatkan ceritanya.

“Tak mungkin benar ini!” si Yamaha berkata dengan spontan. “Aha, nampaknya kamu telah memungkiri janjimu, sekarang aku akan ambil sekampit beras dari dapurmu itu”, kata Honda dengan girang lalu pergi ke dapur mengambil sekampit beras dan terus berlalu…

Jadi, selaras dengan cerita ini, saya pun mendapat idea untuk menulis blog cerita-cerita yang pelik dan menarik dengan nama Tak Mungkin Benar ini.
Hahahaha jangan marah ya…

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Lawak - Kambing Bukan Penyebab Darah Tinggi



Setelah menerima rawatan daripada seorang Doktor yang menyatakan pesakit itu ada penyakit darah tinggi maka kambing juga dipersalahkan..

Pesakit : '' Saya rasa saya banyak makan daging kambing lah Doktor ''..

Doktor hanya mengangguk angguk saja..dalam hati beliau daging kambing tiada lah akan membawa apa apa kemudaratan..boleh saja dimakan pada bila bila masa..

Sebulan kemudian Pesakit tersebut telah masuk wad unit rawatan rapi..kebetulan Doktor yang merawat pesakit itu dahulu bertukar syif daripada unit rawatan pesakit luar kepada unit rawatan rapi pula..Doktor masih cam lagi kepada pesakit itu..

Doktor : '' Nurse apa kes pesakit ini ..adakah beliau masuk icu ini akibat darah tinggi ''?..


Nurse : '' Tidak doktor..pesakit ini masuk icu kerana di sondol kambing ''..

Baca lagi di SINI

Lebuhraya Dalam Bangunan





Ianya tiada di Malaysia sebab rakyat Malaysia takut nak lalu highway macam nie.. Lebuhraya ini ambil masa 5 tahun untuk disiapkan. Itupun, setelah pelbagai perbincangan dengan pelbagai pihak.

Macam-macam kecanggihan teknologi Jepun ni kan.


Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Kucing Bersayap Di China







Sebenarnya, fenomena kucing bersayap ini bukanlah yang pertama kali. Anak kucing ni sebenarnya dilahirkan normal kemudian mula tumbuh bulu membentuk sayap.
Saintis percaya bahawa ia disebabkan mutasi gen dari bahan kimia semasa dalam kandungan ibunya..Walaubagaimanapun sayap tu tak menggangu kehidupan anak kucing tu.

Seorang Nenek bernama Feng yang tinggal di Kota Xianyang, Propinsi Shaanxi,China, mempunyai seekor kucing jantan yang istimewa.
Kucing tersebut mempunyai sepasang sayap sepanjang sekitar 10 cm.
“Pada awalnya terbentuk gumpalan, kemudian tumbuh dengan cepat dan membentuk sepasang sayap dalam masa satu bulan”, nenek Feng menjelaskan.



Ada yang kata, tu bulu kucing yang tumbuh pada musim sejuk….tak tahu la tu tapi korang boleh la explore sendiri...

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Selepas Beberapa Jam Dikebumikan

3 jam selepas dikebumikan......di gali semula kerana keperluan tertentu...



Saatnya kita menyaksikan… kejadian nyata tentang siksa kubur yang berlaku di Jazirah Arab… Seorang pemuda yang dikeluarkan dari kuburnya setelah beberapa jam dia dikuburkan… Akibat mengalami azab kubur, pemuda tersebut telah berubah wajah dan jasadnya… Pemuda tersebut merupakan remaja muslim yang meninggal pada usia 18 tahun…

Seorang pemuda yang rosak akhlak dan agamanya… DAN SERING MELALAIKAN SOLAT… hampir tiga (3) jam pemuda tersebut dikuburkan, pihak keluarga meminta kubur tersebut digali semula untuk keperluan tertentu…Dan apa yang terjadi selepas mayat tersebut dikeluarkan… pandangan yang sangat mengaibkan… Rambut yang hitam menjadi putih…

Dari mulut dan hidung keluar darah yang masih merah pekat… seperti baru mengalami siksaan kubur yang sangat keras… seperti ada yang memukul dibahagian belakang kepalanya… dengan wajah seperti dilemas dan membeku.

Sumber: Facebook

Blog Takmungkinbenar Meriah Dengan Entri PM Balik Haji

Warga Malaysia kita memang perihatin dengan PM kita. Blog meriah dengan carian keyword PM kita Dato' Najib dan isteri Datin Rosmah Mansur pulang dari haji baru-baru ini. Nampaknya ramai yang mendoakan kesejahteraan dan perubahan yang dibawa oleh PM kita walaupun masanya begitu singkat ketika menunaikan haji di tanah suci....Wallahualam...



Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com/2011/11/cepatnya-najib-rosmah-balik-haji.html

Kucing Makan Tembikai



Hai kucing zaman sekarang ni, pandai-pandai belaka. Makan tembikai pun dah pandai. Jimat tuan die tak payah beli makanan..

Cepatnya Najib & Rosmah Balik Haji??


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.

Sebab-sebab Orang Gila Jarang Mendapat Penyakit



Perkara ini jarang difikirkan oleh kita semua... namun itulah hakikatnya kenapa orang tidak waras (gila) selalu sihat. Untuk itu moh kita berfikir dan mencari jawapanya. Mengapa orang gila tidak pernah atau jarang sakit dan mungkin fakta dibawah ini adalah beberapa versi jawapan dari pertanyaan tersebut.

Yang pertama
Orang gila tidak pernah sakit kerana tidak berfikir macam-macam. Memakan apa sahaja makanan yang boleh makan. Tidak seperti kita selalu banyak pilihan, sudah ada nasi goreng masih mencari ayam goreng, dah ada sorang nak tambah sorang lagi hehehe... dan masih banyak contoh yang lainya.

Yang kedua
Orang gila itu selalu qona'ah atau menerima apa-apa sahaja pemberian daripada Allah. Tidak pernah menuntut macam - macam. Tidak seperti kita, yang sudah punya basikal ingin motor. Sudah ada motor nak ke kereta pulak, sudahnya hutang keliling pinggang terkumpul dan akhirnya membuat seseorang terlalu banyak fikiran dan jatuh sakit.

Yang ketiga
Orang gila itu selalu bahagia, buktinya mereka selalu nampak tersenyum... ya dok? ... hehehe. Orang yang selalu tersenyum pasti hatinya bahagia dan damai. Semuanya ceria sentiasa. Kalaupun ada masalah, dia menganggap itu hanyalah sebagai hiburan yang menyenangkan. Sememang dia nampak ceria sentiasa dan selalu gembira dan tersenyum.

Moralnya yang boleh kita pelajari dan boleh kita ambil perhatian agar kita selalu sihat jadilah "Orang Gila" hehehe... .. tapi jangan berfikir negative dulu, maksudnya jadilah manusia yang Qona'ah atau menerima apa yang diberikan oleh Allah kepada kita, tak usah nak berangan macam-macam kalau memang kita tidak mampu. Selalu tersenyum agar hati kita bahagia, mudah - mudahan dengan begitu akan membuat kita selalu sihat.

Panjang angan-angan dan banyak sangat pilihan... boleh membuat kita tidak berapa sihat jika sekiranya tanpa usaha :)

Gunting Rambut Guna Api

Biasanya korang gunting rambut menggunakan gunting dan paling koman pun mencukur rambut pakai kapak macam orang zaman dulu-dulu. Tapi entri kali ni menunjukkan cara orang gunting rambut menggunakan api. Ni bukan kat Malaysia, jom tengok video ni :

Anjing Mampu Mengesan Sel Kanser

Jika melihat sekumpulan anjing diiring polis untuk mengesan bom, itu perkara biasa. Namun anjing yang boleh mencium bau sel kanser, itu pastinya sesuatu yang luar biasa.



Daisy, anjing jenis labrador yang tinggal di luar Milton Keynes, Inggeris berjaya menghidu sampel barang yang berasal dari pesakit kanser. Dia merupakan salah satu haiwan pertama di dunia yang boleh melakukan biodeteksi-perubatan.

Awal tahun ini, penyelidikan di Jerman mendapati bahawa anjing boleh menghidu kanser paru-paru dengan mencium sampel nafas pesakit.

Ada empat sampel anjing yang terlibat dalam kajian ini. Mereka dilatih dan boleh ‘meneka’ sehingga 71 peratus tepat dari masa yang telah ditentukan dalam kajian.
Peratusan ini merupakan angka yang terlalu tinggi untuk membuat kesimpulan bahawa ia hanya kebetulan untuk anjing dapat mengesan sel-sel kanser tersebut.

Kisah pesara Inggeris, Maureen Burns barangkali boleh memperkuatkan kesimpulan ini. Anjing yang ia punya pernah terlanggar payudara kanannya. Ternyata, ketika itu ia menderita sakit tumor dan belum dibedah.

Kesimpulan ini tidaklah berlebihan. Ada teori saintifik yang boleh menyokong hasil kajian ini. Diyakini bahawa kanser menghasilkan bahan kimia yang mudah menguap. Anjing boleh dilatih untuk mencium bau bahan kimia itu dan membantu dalam pengesanan awal penyakit berkenaan.

Namun, penemuan ini tidak bererti setiap rumah sakit perlu terus boleh dilengkapi dengan ‘anjing pengesan kanser’. Sampai saat ini penyelidik hanya berharap untuk menyimpulkan jenis-jenis kanser melalui bau yang khusus.

“Salah satu salah faham terbesar yang kita hadapi adalah bahawa orang berfikir kita mengatakan bahawa anjing lebih baik daripada mesin, itu tidak benar,” kata doktor yang bertanggungjawab terhadap kajian, Claire Guest.

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com