Cili Yang Berasa Manis

Pedasnya cili kerap menjadi pembuka selera makan. Bagi yang tak suka pedas, kini sudah ada cili tanpa biji yang rasanya manis.

Cili jenis baru yang diberi nama Angello ini adalah hasil projek penyelidikanSyngenta, institusi di Inggeris yang bergerak di bidang makanan. Selama 15 tahun,mereka mencari cara agar cili boleh diambil oleh semua pecinta masakan - tak hanya bagi mereka yang suka pedas.

 

Ditanam di Sepanyol, Israel, dan Belanda, cili varian baru ini didakwa mempunyaitekstur yang lebih rangup jika dikunyah. Cili ini juga mengandungi brix 25 peratus lebih tinggi daripada cili biasa. - Brix biasa digunakan untuk mengukur kadar manis pada buah-buahan dan tanaman.


Seperti dipetik dari dailymail, Jumaat (9/12/2011), Marks & Spencer adalah rangkaian kedai yang pertama di dunia memasarkan cili tanpa biji. Dengan rasayang manis, cili ini diharapkan tak sekadar menjadi salah satu bahan masakan.

"Kami berharap masyarakat boleh membawanya untuk berkelah, menjadi alternatifsnek, atau bahkan salah satu menu bekal sekolah," ujar Zeina Orfali dari Marks &Spencer.

Per 4 Disember 2011 lalu, rangkaian Marks & Spencer di Inggeris sudahmemasarkan Angello dengan harga 1.79 pound sterling.



Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Kucing Yang Rajin Study


Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Motosikal Bentuk Naga


SEORANG pekerja menunggang motosikal yang mempunyai reka bentuk seperti naga di Bangkok kelmarin.


BANGKOK - Sebuah motosikal yang mempunyai reka bentuk seperti seekor naga dicipta oleh seorang artis di Bangkok, Roongrojna Sangwongprisarn dengan menggunakan pelbagai jenis alat ganti dan barang kitar semula.
Roongrojna yang berusia 54 tahun mencipta motosikal unik itu di dalam bengkelnya di sini.
Dia yang mempunyai empat bengkel di Thailand turut mengeksport pelbagai hasil ciptaannya kepada para pelanggannya dari seluruh dunia.

P/S : Macam motor kamen rider pun ade jgk huhu


Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________
Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Pemandu Cekap Letak Kereta di Ruang Sempit


SIRI urutan gambar di New York menunjukkan seorang pemandu meletak kereta sedan di ruang yang cuma boleh memuatkan sebuah kereta kompak. - YouTube


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pemandu yang menunjukkan kecekapannya meletak kereta di ruang sempit menjadi sensasi di laman perkongsian video YouTube, lapor akhbar MailOnline.
Lelaki tidak dikenali itu meletak kereta sedan miliknya di ruang sempit yang cuma muat untuk sebuah kereta bersaiz kompak.
Malah, dia berjaya keluar dari ruang parkir sama tanpa mencalarkan bampar kenderaan di hadapan dan belakangnya.
Dia mengambil masa sekitar lima minit untuk meletakkan keretanya di ruang parkir berkenaan di sini baru-baru ini.


Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Transformasi Badan Christian Bale Yang Menakjubkan

Anda memang bukan seorang peminat movie yang tegar jika anda tak pernah tengok Dark Night. Top 10 movie paling banyak kutipan sepanjang zaman, menang 8 academy award dan yang paling memberi kesan lakonan Joker.  
Pelakon hollywood memang betul2 komitmen dengan lakonan mereka, kalau ada scene lawan, pergi berlatih karate, takwendo, boxing ..err.. silat   dan sebagainya.  Tapi kalau sampai sanggup ubah badan jadi kurus ke gemuk dan gemuk ke kurus hanya sebab untuk menghayati dan memberikan feel karakter macam  Christian Bale ni seriously mantap -___- camna ye dyorang buat, ada tips tak ?










Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Al-Quran Dibuang Dalam Guni


Inilah sebahagian naskhah al-Quran yang dibuang di Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut, Pahang semalam.

JERANTUT – Tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif. Itu yang berlaku apabila penduduk di sekitar Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut di sini dikejutkan dengan penemuan naskhah al-Quran, muqaddam dan kitab agama dibuang bersama dengan sampah.

Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati mereka apatah lagi kitab suci berkenaan ditemui terbiar dalam guni besar di celah longgokan sampah di hadapan sebuah premis di kawasan tersebut petang kelmarin.

Selain 15 naskhah al-Quran, turut ditemui bersama longgokan sampah berkenaan ialah surah Yasin, serta kitab ilmu Tauhid dan Fiqah yang mengandungi ayat suci al-Quran.

Kesemua kitab suci itu ditemui bersama dengan buku rampaian sekolah, kertas dan fail yang dibuang di kawasan berkenaan.


Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Majalah Terkecil Dunia RM2.48 Juta



SEORANG kurator Muzium Musee des Lettres et Manuscrits menunjukkan majalah terkecil bertarikh 1830 yang dihasilkan Charlotte Bronte di Paris, Perancis pada 30 Januari lalu. - Reuters

PARIS - Manuskrip majalah Young Men's edisi kedua yang mengandungi 4,000 patah perkataan dan 19 muka surat yang ditulis oleh seorang penulis novel terkenal England, Charlotte Bronte semasa dia berumur 14 tahun pada 1830 dipamerkan di Muzium Musee des Letters et Manuscrits di sini.

Muzium itu membeli manuskrip itu pada harga AS$826,287 (RM2.48 juta) dalam satu lelongan yang diadakan pada Disember tahun lalu, lapor agensi berita Reuters.

Manuskrip itu mengandungi watak-watak dalam dunia imaginasi yang dicipta oleh Bronte dan saudaranya.


Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Ikan Yu Gergasi Berjaya Ditangkap


DUA kren digunakan untuk mengangkat seekor ikan yu gergasi di Karachi pada Selasa lalu.

KARACHI - Seekor ikan yu gergasi yang ditangkap pada Selasa lalu oleh sekumpulan nelayan 128.74 kilometer di luar pantai Pakistan dibeli pada harga AS$2,200 (RM6,614) oleh seorang penjual ikan dikenali sebagai Qasim untuk dipamerkan kepada orang ramai selama tiga hari.

"Saya telah membeli ikan itu yang pada kebiasaannya tidak mempunyai kepentingan nilai komersial, dengan bantuan rakan-rakan saya hanya untuk menghargai usaha-usaha para nelayan yang sepatutnya mendapat sedikit ganjaran selepas menghabiskan masa satu hari di laut terbuka," kata Qasim seperti dilaporkan akhbar Pakistan Dawn.

Menurut akhbar The Express Tribune semalam, orang dewasa yang ingin melihat ikan yang dianggarkan seberat 7,013 kilogram dan sepanjang 12.19 meter itu dikenakan bayaran manakala kanak-kanak dibenarkan melihatnya dengan percuma.

Ketika ditanya kenapa ikan tersebut masih berdarah, Qasim berkata, ia menunjukkan haiwan tersebut masih berada dalam keadaan segar.

Pemilik sebuah kapal nelayan, Muhammad Yousuf menyatakan kepada akhbar The Express Tribune bahawa para pekerjanya menemui ikan tersebut yang telah mati di laut sebelum ia dibawa ke pelabuhan di sini.

Ribuan orang telah menyaksikan ikan itu selepas dua buah kren digunakan untuk mengangkatnya di pelabuhan pada Selasa lalu. 


Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Ikan Kepala Lutsinar


Ianya sangat pelik apabila melihat ikan laut dalam dipanggil Barreleye yang mempunyai kepala lutsinar dan mata yang berbentuk tiub. Walaupun terdapat dua bonjolan di atas mulut ikan itu kelihatan seperti mata sebenarnya tidak.

Barreleye Itu (Macropinna microstoma) sangat peka kepada cahaya dengan matanya yang boleh berputar dalam perisai lutsinar yang berisi cecair di kepala. Mata tiub ikan adalah dihadkan oleh kanta hijau cerah. Mata akan berkeliaran apabila ikan sedang mencari makanan . Mereka bergerak ke hadapan apabila ikan itu makan. Kedua-dua tempat di atas mulut ikan adalah organ penghidu dipanggil nares,yang mirip dengan hidung manusia. Walaupun barreleye menghala ke bawah, tetapi matanya masih melihat lurus ke atas.


Semua spesies di dalam keluarga Opisthoproctidae ini dikenali kerana mempunyai ultra-sensitif mata berbentuk tiub yang menghadap ke atas, juga disesuaikan untuk mengumpul cahaya.

Menggunakan kenderaan beroperasi jauh saintis telah dapat melihat barreleyes dalam lautan di antara 600 dan 800m. Mendapati bahawa mata Macropinna boleh berputar dalam perisai lutsinar yang meliputi kepala ikan, membenarkan ia untuk melihat apa sahaja yang ia mahu.

Selain "topi" mereka yang mengagumkan, barreleyes mempunyai pelbagai penyesuaian lain yang menarik untuk kehidupan laut dalam. Sirip rata mereka yang besar, membolehkan mereka terus bergerak hampir di dalam air, dan membolehkan bergerak dengan tepat. Mulut kecil mereka menunjukkan bahawa mereka boleh menjadi sangat sesuai dan sedia dalam menangkap mangsanya kecil. Di sisi lain, sistem penghadaman mereka yang sangat besar, yang mana menunjukkan bahawa mereka boleh makan pelbagai jenis haiwan kecil hanyut dan juga jeli.

Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Sejadah Berdiri

Lebih 40 helai sejadah berdiri tegak seolah-olah sedang bersolat di dalam sebuah surau lama.

 

Kejadian aneh tanda kebesaran Illahi yang menggemparkan penduduk setempat itu -- disaksikan sendiri pelajar Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islam, Maran, Pahang.

Menurut pengasas pusat pengajian Islam berkenaan, Azizah Khatib Mat, kejadian itu dimaklumkan oleh pelajarnya, sejurus selepas masuk waktu Maghrib malam semalam.

AZIZAH KHATIB MAT/PENGASAS MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL-ISLAM 


"Pagi tadi saya suruh pelajar ni ambik sejadah ni untuk dibasuh, kemudian mereka basuh dan sidai. Bila petang lepas asar hujan diorang angkat dan benda tu lembab. Jadi diorang naik keatas ni dan terus hamparkan supaya benda tu kering dan dekat hendak Maghrib, mereka buat persiapan solat Maghrib dan solat hajat. Ada empat daripada pelajar tadi hendak ke bilik air dan sorang hendak masuk ambil sikat. Bila nak masuk jer dia orang tengok yang first ni tunduk dan tersusun dan menghadap kiblat dan safnya tersusun-susun. Jadi diaorang terus berlari ke bawah memberitahu kawan-kawan dia."

43 sejadah ini yang diletakkan di dalam surau lama maahad berkenaan menghadap kiblat dan berada dalam kedudukan solat seperti berdiri tegak, duduk di antara dua sujud dan sujud.

Kesemuanya kekal berada dalam keadaan demikian sehingga pagi tadi.

Kejadian aneh ini turut menarik perhatian orang ramai yang tidak putus-putus mengunjungi surau berkenaan sejak pagi tadi.

Beberapa pendakwah bebas yang ditemui menyifatkan kejadian ini sebagai tanda kebesaran Allah swt supaya umat Islam kembali kepada ajaran-agama Islam yang suci.


Jom BACA

Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
________________________________________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Boleh Cakap Korea dan Mandarin Selepas Kemalangan

Anda tonton buletin utama TV3 tadi? Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemala-ngan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.

 

Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.

Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.

“Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar,” katanya.

Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkanNoraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya.

Bagaimanapun katanya, ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku tidak ada lagi
.

“Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi ujian sebanyak tiga kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal memang tidak ada,” katanya.

Bercakap bahasa Korea selepas terjaga dari tidur

Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea.

Katanya, anaknya itu meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini.

“Kami sekeluarga tidak faham maksudnya dan langsung tidak tahu bahasa Korea kerana ia mirip bahasa Cina tetapi selepas dia menunjukkan isyarat ingin minum air baru ibunya beri air,” katanya.

Kata Ismail, selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Pada mulanya, Ismail dan keluarga meragui maksud bahasa yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya.

Menurut Noraini, seorang doktor pakar berbangsa Cina di HUSM yang menjalankan rawatan susulan ke atasnya baru-baru ini juga menganggap kejadian dia boleh bertutur bahasa Cina juga aneh malahan kejadian itu pertama kali ditemuinya semenjak 17 tahun bertugas sebagai doktor.

“Doktor itu minta saya membaca nombor dalam bahasa Cina dan apa yang saya sebut adalah benar,” katanya.

Tidak boleh bercakap loghat Kelantan

Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku sepenuhnya malahan dia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini.

Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu standard (baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja manakala bahasa Kelantan sekarang dia boleh menyebut beberapa perkataan, seperti ‘mok’ dan ‘ayah’.

“Sebelum ini dia nak sebut perkataan mok (emak) memang langsung tidak boleh tetapi kalau perkataan Mama lancar. Saya pun hairan bagaimanana pertuturan boleh berubah,” katanya.

Dalam pada itu Noraini berkata, sejak belakangan ini dia hanya bertutur dalam bahasa Cina atau Korea sekiranya dia tidur semula selepas menunaikan solat Subuh.

“Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila bangun saya tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi pada hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu.

“Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan bercakap korea,” katanya yang juga hairan dengan perubahan yang dialami.

Katanya, dia memahami bahasa Korea atau Cina di kaca televisyen hanya ketika dia boleh bertutur bahasa tersebut tetapi apabila ketika boleh bercakap bahasa Melayu, dia langsung tidak faham makna bahasa berkenaan.

Jalani rawatan alternatif

Bapanya pula agak tertekan dengan masalah yang dihidapi anaknya dan sudah beberapa kali dia membawa anaknya menjalani rawatan alternatif namun setakat ini tidak berhasil.

Kata Ismail, lebih memeritkan keadaan kerana boleh dikatakan setiap hari sama ada sebelum atau selepas Maghrib, Noraini akan tiba-tiba diserang sakit kepala menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapat suntikan.

“Sekarang hampir setiap hari saya terpaksa membawa dia mendapat suntikan kerana Noraini tidak akan sedarkan diri jika lambat dibawa ke hospital,” katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini.

Ismail merayu orang ramai atau ahli perubatan alternatif untuk tampil membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi anaknya kerana dia tidak berkemampuan untuk lebih kerap membawa anaknya mendapatkan rawatan.

Ismail menetap di alamat 2672, Kampung Baru Gong Medang dekat Tembila dekat Kampung Raja.


Jom BACA LAGI


Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
_________________________________________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Wanita Lahirkan Anak 11 Orang Sekaligus

Seorang wanita di negara India melahirkan anak kembar 11 orang sekaligus. Cukup untuk menjadi 1 pasukan bola sepak hehehe...


Subhanallah Allah Maha Kuasa

Jom BACA

Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
_________________________________________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Terkejut Rakam Wajah Misteri

Seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan Langgar secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan.
Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34, berkata, sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar beberapa kali.

Menurutnya, selepas beberapa ketika dia meneliti kembali gambar yang diambil dan terkejut apabila mendapati terdapat satu kepulan asap seolah-olah menyerupai wajah manusia.

“Terdapat seolah-olah kepulan asap yang menyerupai wajah manusia semasa gambar diambil.

“Selepas itu, saya menunjukkan kepada beberapa kawan yang lain dan ternyata mereka juga turut terkejut,” katanya.

Pengalaman pertama kali merakam gambar aneh sedemikian ternyata turut menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang berada di kedai berkenaan.

Terkejut rakam wajah misteri 
Ngeri...rakaman wajah misteri jelas kelihatan..

Zul Azri berkata, dia tidak menyangka bahawa dengan hanya mengambil beberapa gambar menggunakan telefon bimbitnya, dia dapat merakam gambar aneh.

Seorang lagi pelanggan kedai minum itu, Yusof Hat, 40, mengakui masih belum pernah melihat benda aneh yang dirakam secara tiba-tiba.

Menurutnya, bagaimanapun perkara demikian tidak perlu diambil serius kerana langsung tidak memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat di kawasan sekitar.

“Serius saya katakan memang tidak pernah melihat kejadian seumpama ini, sedangkan gambar berkenaan pula dirakamkan pada waktu siang,” katanya.



Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
_________________________________________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Trafik Meningkat Berlipat Kali Ganda!!

Setelah hampir setahun berblog ni, blog ini kini mencecah trafik yang berlipat kali ganda sehari demi sehari. Kebiasaannya jarang mencecah ribuan trafik sehari dan bermula dari pertengahan bulan 1 2012 baru-baru ini trafik blog ini meningkat berlipat kali ganda. Cer tengok skrin shot kat bawah ni. Sy pun terkejut dengan pencapaian ini hohoho. Klik pada gambar untuk besarkan gambar tu. Cer tengok cer tengok :p



Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
__________________________________________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Batu Ajaib di Batu Sangkar

BATU SANGKAR - Kemunculan batu ajaib di Batu Sangkar, Sumatera Barat menambahkan lagi keunikan daerah ini yang sememangnya terkenal dengan keindahan alamnya.


Batu ajaib yang diberi nama angke-angke itu dikatakan boleh menjadi terlalu berat dan ringan seperti kapas mengikut keyakinan orang yang cuba mengangkatnya.
Batu itu dipercayai mempunyai kuasa sakti dan untuk mampu mengangkatnya, seseorang itu perlu membaca doa tertentu.

Ramai pengunjung yang datang cuba mengangkatnya tetapi tidak berjaya kerana berat batu itu boleh mencapai sehingga beratus-ratus kilogram.

Bagaimanapun penjaga batu ini akan memberikan petua bagaimana untuk mengangkat batu itu jika pengunjung membeli cenderamata yang dijual oleh mereka.
Batu ajaib ini dilaporkan telah mula dikunjungi orang ramai sejak 100 tahun lalu dan sebanyak tujuh generasi telah 
menjaganya. - AGENSI


Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Udang Terbesar di Dunia Ditemui

Jika di Malaysia "Udang Galah" adalah udang yang paling besar.Tetapi di luar negara ada lagi sejenis udang yang paling besar yang di namakan "Amphipod Super-Giant".Sanggupkah anda makan udang yang pelik dan kelihatan seram  ni?...
 

Sekumpulan penyelidik dari British telah menemui sejenis udang yang paling besar di dunia yang di namakan "Super-Giant".Ia di temui di bahagian lautan yang paling dalam,lebih dari 4 kilometer di bawah permukaan laut di perairan utara New Zealand.

Udang biasa hanya bersaiz 0.08 inchi hingga 1.2 inchi.Tetapi udang "Super-Giant" ini bersaiz sepuluh kali ganda dari saiz udang biasa.






Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Jangan Tinggalkan Laptop Atas Katil, Bantal Atau Tilam

Haa ini ada peringatan ikhlas buat kaki online, game ataupun chatting dan yang seangkatan dengannya.


Jangan Tinggalkan Laptop Di Atas Katil, Bantal Dan Lain-Lain..

Mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.
Jom BACA

Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
_________________________________________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

Apa Itu Projek HAARP - Senjata Dajal

Artikel ini adalah pendedahan dari sebuah artikel seorang wartawan bernama Serge Monast dari International Press.



Agency for International Free Press dari beberapa slaid video luar negara, dimana kini menjadi topik hangat para conspiracy theorist iaitu BLUE BEAM PROJECT. Projek ini terletak di Alaska,USA.



Apa itu HAARP? High Freaquency Active Aurora Reseacrh Program..Apa itu"Blue Beam Project"? Ia adalahlah sebuah program angkasa yang dikategorikan sebagai 'Above Top Secret' oleh pihak NASA. Program tersebut dirangka dalam empat (4) fasa strategi untuk mewujudkan sebuah 'agama masa depan' dengan Anti-Christ (atau disebut & dikenali selepas ini oleh kita sebagai Muslim: "Dajjal al-Masih") sebagai mastermind. Di sebalik formulasi ini tersembunyi rancangan saintifik yang akan mengimplimentasi teknologi masa depan termaju, dimana ianya dibangunkan bagi tujuan gelap di dalam kerahsiaan yang amat ketat.



Kononnya HAARP adalah untuk mengkaji bencana alam dan bagaimana mengurangkan kesan terhadap peristiwa itu.

HAARP ini sudah dipatenkan dengan nomor 4,686,605 atas nama Bernard J. Eastlund,.

Teknologi HAARP ini diasaskan dari idea dan ciptaan Nikola Tesla (seorang genius yang telah mencipta teknologi wireless pada tahun 1891 dan juga penghantaran tenaga elektrik melalui wireless).



Weapon of Mass Destruction (WMD) yang sebenar ialah HAARP buatan USA itu sendiri. Kalau dilihat dari penerangan "frontend"nya yang terdapat dalam website HAARP, seolah-olah ianya adalah untuk penyelidikan ilmiah. Sebenarnya, HAARP berkemampuan untuk:



1. Senjata Geofizikal (Geophysical Weapon/Warfare)

2. Boleh "lockdown" misil dan peralatan kapal terbang serta komunikasinya

3. Boleh memusnahkan komunikasi sesebuah negara

4. Pengganggu proses mental manusia (kes seperti pelajar universiti yang mengamuk dan membunuh beberapa pelajar lain)

5. Mind Control (sama seperti (4) diatas)

6. Alat "Ex-Ray" bumi

7. Senjata Elektromagnetik



Senjata Geofizikal:



1. Menghasilkan gempa bumi

2. Menghasilkan taufan dan ribut

3. Menghasilkan satu letupan tanpa misil, bom dan bahanapi yang hampir menyamai kekuatan letupan nuklear tanpa sebarang radiasi (impact bomb).



Adakah anda biasa main game Red Alert (Yuri Revenge) dan Red Alert sebelumnya? Kepada siapa yang pernah bermain game ini ia ada SUPER WEAPON yang hebat…kalau di pihak USA anda akan ada super weapon, WEATHER STORM.. senjata ini akan mengeluarkan kilat yang kuat..manakala di pihak Russia ada senjata MIND CONTROL dan NUKLEAR…kalau dunia reality sekarang weather storm itu = HAARP…senjata mind control adalah salah satu cabang di bawah BLUE BEAM PROJECT..




1) Peringkat permulaan Blue Beam berkaitan dengan keruntuhan dan kemusnahan semua pengetahuan arkeologikal, KEAGAMAAN dan konsep saintifik klasik. Melalui beberapa siri kejadian alam yang direka secara teknologi seperti gempa di beberapa lokasi tepat di atas planet Bumi yang akan memuntahkan dari perutnya beberapa 'Penemuan baru' sebagai dakyah program ini kononnya mendedahkan manusia kepada kesilapan besar pada doktrin keagamaan sedia ada.

Pemalsuan maklumat akan mensasarkan untuk meyakinkan umat manusia bahawa ajaran keagamaan telah disalah intepretasikan dan disalahguna berabad lamanya. Ianya adalah fasa persediaan psikologikal untuk menghancurkan asas agama yang kita amalkan, keimanan dengan kaedah melenyapkan semua penanda aras, dan pada apabila tepat waktunya mereka akan menawarkan suatu agama 'sebenar' yang akan menyatukan dan menenangkan umat manusia dengan menyerap semua disiplin agama serta semua kepercayaan.
Fasa Kedua

2)Tengan teknologi HAARP ini mereka boleh pancarkan imej slaid yang besais besar dan jadikan awan sebagai layar untuk di paparkan pelbagai imej ibarat skrin TV.

Rencana Dajjal itu akan menggunakan teknologi 'hologram optikal' disertai bunyian 3-dimensi, memancarkan sinaran laser imej holografik di beberapa tempat di dunia melalui ribuan satelit yang mengorbit Bumi dengan jarak 60 batu dari permukaan.
Imej-imej yang dijana adalah mengikut kepercayaan atau agama rasmi sesebuah negara sebagai contoh di negara yang mengamalkan ajaran agama samawi berkemungkinan dipertontonkan 'jelmaan' Nabi Muhammad s.a.w atau Nabi Isa a.s! Begitu juga dengan janaan imej Buddha dan Krishna dipertontonkan. Dan selepas itu bermulalah kemunculan imej Sang Dajjal yang terbit selepas beberapa ketika imej-imej keagamaan yang muncul sebelumnya akan bersatu dan menjelma dalam bentuk batang tubuh si Kafir Laknatullah.
Itu semua bertujuan untuk memesongkan akidah ummat Islam.

Fasa Ketiga

3) Peringkat selanjutnya adalah juga berkaitan dan pelengkap Fasa Kedua, dimana suatu proses yang kita kenali sebagai 'telepati' dijana melalui medium sistem elektronik yang sudah dan sedia ada di sekeliling kita. Pasti anda pernah terlihat menara-menara pemancar yang dikatakan alat telekomunikasi, dibina di mana-mana sahaja seperti bangunan bahkan didirikan seperti pepohon di tepi jalanraya/highway! NASA akan menggodam peralatan-peralatan tersebut untuk menghantar 'suara Tuhan' ke dalam sanubari manusia melalui frekuensi ELF, VLF dan LF seolah-olah Sang Tuhan Dajjal menyeru terus kepada mereka.

Selain untuk mendatangkan gempa atau banjir, HAARP ini ternyata dikembangkan sebagai mind control. Penelitian Dr Andrija Puharich di tahun 1956 terhadap kaum Yogi India tentang kemampuan telepati telah diteliti secara ilmiah. Telepati dan hipnotis ini ternyata hanya dengan cara mempengaruhi mangsa dengan frekuensi 8 Hz. Otak manusia didapati boleh di pengaruhi dengan gelombang 8 hz.
Mungkin dengan cara inilah yang dajjal sedang lakukan untuk melakukan mind control terhadap manusia sejagat melalui satelit2 dan pemancar radio di bumi.

Menurut Seorang Pengkaji Dr Rosalie Bertell,biasanya teknologi HAARP akan mengeluarkan kilatan cahaya seakan-akan kilat yang terang ketika gelombang ELF di pancarkan.
12 Mei2008,muncul kilatan cahaya di langit China.Kilatan cahaya terang yang seakan sama juga berlaku di Aceh sebelum berlakunya tsunami besar tahun 2004.

Fasa Keempat

4) Penipuan peringkat akhir akan dilengkapi dengan agenda pengawalan secara total keatas manusia melibatkan kejadian luarbiasa (supernatural). Dibahagikan lagi kepada tiga pecahan umpan:

i - Mewujudkan kepercayaan terhadap penjajahan makhluk asing (E.T, UFO) keatas manusia di setiap pelusuk bandar utama di dunia.

ii -Pemalsuan seterusnya adalah kejadian-kejadian akhir zaman yang dicatat di dalam Injil akan berlaku dalam bentuk yang menakjubkan. Kedua-dua proses diatas adalah bertujuan bagi mengumpulkan kumpulan manusia yang enggan tunduk kepada fitnah Sang Pemain Boneka sebelum 'Peristiwa Abad Ini' bermula.

iii -Umpan ketiga ini adalah pelengkap keempat-empat Fasa dengan mengoptimumkan penggunaan semua jenis alat komunikasi moden untuk memancarkan gelombang bagi melemahkan manusia secara individu
dan halusinasi kolektif.

Berita mengenai kewujudan HAARP ini telah di umumkan dalam suratkhabar harian KOSMO..Berita mengenai padang pasir yang kering kontang di Arab Saudi dan kurang menerima hujan boleh turun hujan dengan menggunakan HAARP.. walaubagaimana pun ,wartawan tidak menjelaskan HAARP dalam penulisannya..cuba perhatikan bentuk ilustrasi gambar tiang bercangkuk sama dengan gambar di bawah:


Satu lagi kenyataan rahsia dalam artikel kosmo di bawah..

Saintis cipta hujan lebat di gurun

________________________________________


DUBAI - Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan kira-kira 50 hujan lebat di rantau Al-Ain, Abu Dhabi pada tahun lalu dengan menggunakan teknologi ion, lapor sebuah akhbar semalam.
Para saintis tersebut dilantik oleh Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan untuk melaksanakan projek rahsia itu.
Kebanyakan hujan lebat itu berlaku semasa kemuncak musim panas iaitu pada bulan Julai dan Ogos.
Semasa hujan itu turun pada tahun lalu, penduduk bingung dengan kehadiran hujan lebat tersebut yang kadangkala diikuti dengan ribut petir.
Para saintis ini menggunakan pengion gergasi berbentuk seperti terendak lampu yang dipasang pada batang-batang besi untuk menjana medan partikel bercaj negatif yang dipanggil elektron.
Keadaan ini menggalakkan pembentukan awan dan diharap dapat menghasilkan hujan.
Dalam satu video rahsia, pengasas syarikat Switzerland yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut, Metro Systems International mengakui usaha itu akhirnya membuahkan kejayaan.
"Kami berjaya menghasilkan hujan," kata pengasas Metro Systems International, Helmut Fluhrer.
Pada bulan Jun lalu, Metro Systems telah membina lima tapak pengionan yang setiap satu mengandungi 20 pemancar.
Pemancar itu mampu menghantar bertrilion-trilion ion yang membentuk awan ke atmosfera.
Menurut akhbar Sunday Times, sistem itu dipercayai berjaya menghasilkan hujan buat pertama kalinya.
Projek untuk mencipta hujan itu dipercayai melibatkan kos £7 juta (RM33.21 juta). – Agensi


Berikut adalah tanda-tanda aneh di langit (HAITI,CHINA,ACHEH dan terbaru JEPUN) sebelum bencana alam yang di hasilkan melalui HAARP ..


Saya petik dari beforeitnews.com..kejadian gempa bumi dan tsunami (terbaru di Jepun..adalah seperti berikut...

Now for the analysis:

1. Japan is Moving Towards Breaking Ties with the US: the earthquake took place the day after the article broke. The video above shows that Japan has been threatened before by our "earthquake machine". This one could have also been a "Russian" HAARP job that targeted the Okinawa military installation.

2. Haiti was possibly a test. Or it could have been the result of the Illuminati Psychopaths to continue their campaign of eradicating the Black race. The lack of an immediate response to the disaster makes this a very real possibility.

3. This Chili Earthquake will generate Tsunami waves that hit will Russia and China and possibly Japan very hard. It could have been a US HAARP event, or a Chinese one targeting Japan. I would tend to believe that the Chinese and Russians also want to send the Japanese a message.

If I am right, we are in for a whole slew of retaliatory HAARP induced earthquakes and Yellowstonewill be a primary target.

I am almost near 100% certain on this one Folks. You better make sure you are prepared.

Adakah anda faham akan makna tersebut...bermakna Dajjal laknatullah ini mahu mencetuskan PERANG DUNIA KE-3...dan....

Adakah dengan teknologi HAARP ini akan di jadikan senjata baru kepada kuasa-kuasa besar dunia.dan apakah Dajjal mampu memanfaatkan teknologi ini untuk melakukan mind control kepada penduduk dunia?..Kebarangkalian adalah sangat tinggi..seperti yang telah disebutkan dalam arikel kedatangan Imam Mahdi..Al-Atsar..renung-renungkanlah..
Bersediakah kita...? Wallaualam


Jom BACA


Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
_________________________________________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com