Besarnye Ketam Labah-Labah


Seekor ketam labah-labah bernama Alexander mendapat rumah baharu di sebuah akuarium di sini, Belanda.Ketam tersebut merupakan ketam terbesar di negara itu.Berasal dari Jepun, Alexander mempunyai diameter lebih 3.5 meter termasuk kakinya.






Pihak Muzium Hidupan Laut di sini membina sebuah akuarium khas bagi menempatkan hidupan marin itu.Akuarium berkenaan yang dilengkapi kaca tebal diisi dengan 12,750 liter air sejuk untuk memastikan ketam tersebut dapat menyesuaikan diri di tempat baharunya.Ketam labah-labah boleh mencapai berat hingga 19 kilogram.Haiwan laut itu memakan hidupan dan tumbuhan marin di dasar laut.-Kosmo



Dah baca klik LIKE (^_^)

Buaya Terbesar Tahun 2013


Cassius

Seekor buaya gergasi sepanjang 5.48 meter yang bernama Cassius memperoleh semula gelaran sebagai buaya terbesar di dunia yang dipelihara di dalam kurungan, lapor agensi berita dpa semalam.Cassius dipamerkan kepada orang ramai di taman buaya Marineland Melanesia, Pulau Green yang terletak dekat Cairns, Australia.



buaya dikenali sebagai Lolong
Buaya jantan itu seberat satu tan dan berumur 110 tahun.Reptilia tersebut memperoleh semula gelaran itu selepas seekor buaya gergasi sepanjang 6.17 meter yang bernama Lolong mati di sebuah taman ekopelancongan di Bunawan, selatan Filipina pada Ahad lalu.

Bedah siasat dilakukan bagi mengetahui punca kematian buaya air masin itu yang dianggarkan berusia sekitar 50 tahun.Sebelum mati, buaya itu dikatakan menelan tali pintal.Bagaimanapun, bedah siasat itu mendapati tiada benda ganjil seperti tali pintal itu yang ditemui di dalam perutnya.






Ketua Biro Hidupan Liar dan Perlindungan di Filipina, Mundita Lim berkata, punca kematian haiwan itu akan diketahui hujung minggu ini.Buaya jantan itu ditangkap oleh penduduk dan pakar-pakar haiwan tersebut di sebatang anak sungai pada September 2011 selepas ia dipercayai membaham kepala seorang kanak-kanak perempuan.

"Kami berasa kecewa terutamanya George Craig," kata Billy Craig yang merupakan cucunya ketika mengulas tentang kematian Lolong."Dia (George) merupakan seorang pemburu buaya di sini dan pengasas taman itu."Justeru, kematian itu adalah sesuatu yang menyedihkan walaupun ia menjadikan Cassius sebagai 'raja' semula," tambahnya.Menurut Billy, pihak Guinness Book of World Records menghubungi pihak taman itu selepas Lolong mati.

"Menurut pihak Guinness Book of World Records, rekod itu akan dikembalikan semula kepada kami."Ia baik untuk perniagaan," tambahnya.Cassius ditangkap di sebatang sungai di Wilayah Utara, Australia selepas haiwan itu menyerang bot-bot dan enjin motor sangkut.Reptilia itu dijual kepada George yang membawanya ke Pulau Green.Menurut Billy, adalah sesuatu yang menyedihkan kerana Lolong mati terlalu muda."Cuba bayangkan apakah saiz haiwan itu jika ia boleh hidup selama 50 tahun lagi?" katanya.-Kosmo

Dah baca klik LIKE (^_^)

Kucing Batman

Foto

Kucing batman...alala tomei tomei


Dah baca klik LIKE (^_^)

Lukisan 3D Malaysia Realistik


Cuba bandingkan lukisan 3D luar negara dengan negara kita, lebih realistik..

Dah baca klik LIKE (^_^)

Bawa Kayu Balak Dengan Motor


Apa barang pakai lori...
Cabaran dalam mencari rezeki yg halal.. Semoga murah rezeki mereka. Amin...

Dah baca klik LIKE (^_^)

Son Goku Masa Kecik Yang Real


Real kan hahaha

Dah baca klik LIKE (^_^)

Lemang Berinti Katak!!



Cuba korang bayangkan sekiranya katak ini pada bahagian bawah lemang tersebut dan korang makan bahagian atas dahulu kemudian nanti nyer bukak bahagian bawah tetiba ada katak... adoyai!

Tapi kalau bernasib baik dah nampak awal memang korang tak berani nak makan langsung mana-mana bahagian lemang tersebut bukan.

Kata daripada pemilik gambar ini lemang ini di beli di Lepar. Apa yang dapat kita katakan adalah kurang nya moral oleh pihak pembuat lemang tersebut yang tidak perihatin akan soal kebersihan dan keselamatan lemang tersebut.



Sumber :Facebook Jerantut kampungku

Nie pasti kes buluh dah siap isi daun pisang lepastu kumpul banyak- banyak lepas tu letak kat mana tah kemudian mungkin katak tersebut tersalah landing dan termasuk kedalam buluh lemang tersebut. Tanpa di sedari pembuat terus memasukkan pulut ke dalam buluh lemang tersebut tanpa memeriksa keselamatan dan kebersihan buluh tersebut. Dah banyak confrm tak check punya kan!


Dah baca klik LIKE (^_^)

Misteri Bunyi Tapak Kaki di Asrama Sekolah




Belajar di sekolah asrama meruapakan salah satu pengalaman yang memang tidak dapat dilupakan. Lebih-lebih lagi jika terdapat peristiwa seram yang dapat dikongsikan bersama dengan rakan-rakan. Ada sebuah kisah di sebuah sekolah, beberapa orang pelajar perempuan sedang sibuk mengulangkaji pelajaran. Tiba-tiba mereka terengar satu bunyi tapak kaki yang sangat kuat. Siapakah pemilik bunyi tapak kaki tersebut?




Seorang gadis yang duduk di belakang kelas sudah pun mula berkemas kemas sambil menguap beberapa kali kerana mengantuk. “Sudahlah Milah, aku pun sudah penat. Tinggal kita berdua sahaja. Aku rasa aku nak balik ke asrama, nak baring-baring di atas katil. Marilah temankan aku balik kerana aku takut hendak balik seorang diri.”

Milah tertawa kecil, “Engkau ni Nona, anak dara dah besar panjang pun masih takutkan gelap. Apa yang nak ditakutkan. Kalau engkau takut, engkau serukan sahaja nama abang Guard. Tentu dia datang berlari, “Abang datang!!! abang datang!!!” Ahhh…..Tunggulah aku sekejap lagi. Aku nak habiskan bab tiga ini sedikit lagi.”

“Hai! Jaga sikit mulut kau itu. Jangan cabul sangat. Engkau jangan tak tahu yang bangunan ni keras sedikit. Nanti jangan kerana pulut santan binasa,” ujar Nona. “Lagipun kalau hujan nanti habis basah, susahlah kita nanti,”sambungnya sambil memuncungkan bibirnya.

Nona melambaikan tangannya sambil memasukkan buku ceritanya ke dalam beg galasnya. Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki bergema dilaluan pejalan kaki, memecah kesunyian malam. Nona menutup mulutnya terperanjat hampir menjerit, perasan takut jelas terbayang di matanya. Milah dan Nona berbalas pandangan, masing-masing tertanya-tanya siapakah yang datang kekelas di tengah tengah malam sebegini.



Masing-masing merenung ke arah pintu masuk, debaran jantung berdegup kencang seolah-olah baru sahaja tamat berlari 100 meter. Bunyi tapak kaki itu semakin kuat, menghampiri kelas mereka berdua. Sebentar kemudian, bunyi keriukan pintu kelas sebelah dibuka orang kedengaran. Nona sudah pucat ketakutan, segera dia menerpa ke arah Milah dan memegang tangan Milah dengan erat.

“Dam!” Bunyi dentuman pintu ditutup pula kedengaran. Milah dapat merasakan darahnya berderau, dia menyesal kerana terlalu celupar sebentar tadi, sementara Nona pulak jika ditoleh mukanya pun tidak keluar darah.

Perasan seram menyelubungi mereka berdua apabila bunyi tapak kaki itu kembali kedengaran semakin kuat dan semakin kuat. Tiba tiba…

“Wah! Kuat belajar nampaknya Milah, Nona.”

Mereka berdua tersentak apabila disapa dari arah belakang. Milah dan Nona berpaling ke arah belakang mereka. Abang guard yang mereka kenali hanya sebagai Abang Hassan kelihatan sedang tersenyum sambil melambai ke arah mereka berdua daripada arah luar tingkap. Dia berjalan lurus ke hadapan.

Milah menarik nafas lega,”Abang Hassan ini takut-takutkan kami sahaja. Nyaris kami tidak mati ketakutan. Nona ni sudah nak pengsan sakit jantung, abang Hassan tahu tak…”kata Milah sambil berpaling ke arah Nona.

“Kalau Nona hendak, boleh abang Hassan temankan,”ujar abang guard itu sambil ketawa kecil. Muka Nona semakin pucat ketakutan. Suaranya terkunci, bisu, kelu, hanya gelengan kepalanya yang pantas sahaja menjawab pelawaan itu.

Abang guard itu terus berlalu dari situ, hanya bunyi ketawa kecilnya yang kedengaran. Sekali sekala bunyi salakan anjing memecah kedegaran. Nona masih terpaku membisu di situ ketika Milah berkemas kemas barangnya.

“Engkau ni kenapa takut sangat. Itukan abang Hassan, janganlah sampai tak boleh berenggang dengan aku,” kata Milah, terganggu dengan perangai kawannya yang nampaknya masih tidak dapat mengawal perasaan takutnya dan terus sahaja menggenggam kemas lengannya sehinggakan dia berasa sukar hendak berkemas.

Gambaran kelibat itu


Nona hanya diam membisu dan menggelng-gelengkan kepalanya apabila ditegur sebegitu tanpa melepaskan genggaman tangannya dari lengan Milah.

Sepanjang perjalanan mereka ke asrama, Nona masih terus menggengan erat tangan Milah menyebabkan Milah tertanya-tanya kenapakah Nona begitu takut, tetapi Nona hanya mendiamkan dirinya walaupun ditanya beberapa kali oleh Milah. Bosan dengan perangai Nona dan dia pun masih merasa agak cemas, dengan kajadian yang baru berlaku tadi, Milah berhenti bertanya dan mereka berdua terus kembali ke asrama untuk tidur.

Keesokan harinya Milah tak sabar-sabar lagi untuk menceritakan kejadian semalam kepada kawan kawannya yang lain. “Engkau tahu, Nona ni pucat lesu mukanya, kalau diguris dengan pisau pun tidak berdarah bila abang Hassan tawarkan hendak temankan dia,” cerita Milah sambil disambut dengan deraian tertawa oleh rakannya yang lain. Nona hanya mendiamkan dirinya, ternyata masih belum pulih dari perasaan terkejutnya itu.

“Kalau aku tentu aku sahut tawaran abang Hassan itu,” sambut Elita sambil teryawa kuat.

“Tak sangka Nona ni penakut orangnya,” celah Rosmah pulak.

Hujung skali


Muka Nona berubah menjadi merah menyala dengan perasaan marah. “Engkau orang jangan celupar sangat. Bukannya nama kau yang dia panggil. Cuba engkau tengok sebelah kanan kelas kita ini. Bukan ke tidak ada tempat berjalan kaki. Kalau betul abang Hassan yang tegur aku dan Milah, macam mana dia berjalan di sebelah situ kalau dia tidak boleh terbang. Bukankah kelas kita ini di tingkat tiga. Yang si Milah ni pun bengong sedikit, perkara seperti itu pun tidak perasan. Aku yang sudah hendak terkencing pun dia mana tahu, bukannya nama dia yang diseru-seru. Ha! Kalau betul engkau hendak dia temankan kau orang, datanglah ke kelas malam ini.

Seluruh kelas terdiam mendengar kata Nona, wajah Milah bertukar menjadi pucat sepucatnya. Masing-masing berebut-rebut meluru ke arah tingkap sebelah kanan untuk memastikan kebenaran kata-kata Nona itu.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Ketupat Raya Yang Asli


Adakah ianya dibuat dari orang asli, maka digelar ketupat yang asli...

Dah baca klik LIKE (^_^)

Bayi Gergasi

Berlin: Seorang bayi mempunyai berat 6.1 kilogram (kg) dan berukuran 57.4 sentimeter dilahirkan di Jerman pada 26 Julai lalu.
Bayi sebesar itu biasa dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, tetapi Jasleen dilahirkan secara normal.
Akhbar Der Spiegel melaporkan Jasleen dilahirkan di Hospital Universiti Leipzig dan ibu bayi itu berdepan masalah diabetes yang tidak dikesan.

Keadaan itu yang berlaku pada minggu ke-24 kehamilan boleh menyebabkan saiz bayi membesar lebih daripada biasa.
Foto
PETUGAS hospital memeriksa Jasleen yang mempunyai berat 6.1 kilogram.

Walaupun kedua-dua ibu dan anak terbabit dalam keadaan baik, Jasleen masih berada di unit rawatan neonatal.
Dia kini secara rasminya menjadi bayi baru lahir terbesar di Jerman memecahkan rekod bayi lelaki bernama Jihad yang dilahirkan di Berlin pada 2011 dengan berat 5.8 kilogram.
Seorang ibu rakyat Britain melahirkan seorang bayi lelaki bernama George dengan berat 6.8kg pada Mac lalu.
George dilahirkan secara semula jadi dan menjadi bayi baru lahir kedua terbesar di Britain. 

Yang mengejutkan tiada siapa menyedari ibu George bakal mendapat anak yang besar.

“Dia adalah satu kejutan besar kepada saya.

“Secara jujur, saya tidak ingat langsung. Saya berasa sakit dan kemudian dia keluar. Saya hanya ingat saya meneran dengan kuat,” katanya.

Menurut Buku Rekod Guiness, bayi baru lahir paling berat dilahirkan oleh wanita Kanada Anna Bates pada 1879.

Anak lelakinya mempunyai berat 10 kilogram ketika dilahirkan, tetapi meninggal 11 jam kemudian. - Agensi
sumber : mymetro

Dah baca klik LIKE (^_^)

Gambar Aneh Dalam Hujan Meteor Perseid

Gambar Aneh Dalam Hujan Meteor Perseid. Cer tengok betul2 dalam gambar hujan meteor tahi bintang ni..


Dah baca klik LIKE (^_^)

Penyebab Jerebu Baru-Baru Ini??

Disebabkan Ultraman dan raksasa selalu bergaduh, maka terjadilah jerebu sampai ke Malaysia..




Dah baca klik LIKE (^_^)

Penongkat Motor Guna Kaki Ayam

Penongkat Motor Guna Kaki Ayam



Dah baca klik LIKE (^_^)

Asal Usul Dinosaur

Asal Usul Dinosaur



Dah baca klik LIKE (^_^)