Tidak Akan Gemuk Sampai Bila-Bila




Perry berumur 59 tahun, lelaki ini dapat memakan makanan apapun yang diinginkannya dalam jumlah tak terbatas termasuk makanan yang tinggi lemak seperti makanan fast food dan dia tidak perlu khuatir kegemukan. Lelaki ini menderita sindrom yang disebut Lipodystrophy, kondisi tubuhnya secara cepat boleh membakar lemak.

Semasa kecil Perry adalah anak yang gemuk tetapi ketika berumur 12 tahun tiba-tiba berat tubuhnya turun  dalam waktu semalam. Meskipun berusaha makan sebanyak-banyaknya tetapi tidak menimbulkan kesan apa-apa. Ketika diperiksa oleh pakar ditemukan kelainan pada tubuh Perry yang ternyata tubuhnya mengeluarkan hormon insulin 6 kali lebih banyak dibandingkan orang yang normal. 


Dah baca klik LIKE (^_^)

Pencarian Blog List 2013 Blog Takmungkinbenar

Assalamualaikum wbt pengumuman, pengumuman, dan pengumuman,kali ini saya ingin membukakan ruang kepada para blogger diluar sana untuk menjadi bloglist blog ini untuk tahun 2013 yang serba indah ini.


Antara kelebihan yang bakal dimiliki oleh senarai bloglist ini adalah kunjungan dan komen setia untuk setiap masa bila2 masa on sahaja internet tanpa wayar ini.. Dan lokasi yang akan diletakkan senarai bloglist ini adalah di bahagian  bawah blog ini.

Kelebihan lain lagi yang akan diperolehi oleh kalian para bloglist semua adalah kalian sendiri tahu, mungkin boleh menjadikan blog anda sedikit  terkenal atau dikenali oleh pelusuk blogger tanah air mahupun seantero dunia yang memiliki blog.


Anda juga mestilah linkkan semula blog ini DI BLOG LIST ANDA juga. :)

Cara-cara untuk anda menjadi bloglist ini adalah senang, mudah dan cepat malahan tidak memerlukan segmen atau penulisan entri tetapi anda hanya perlu komen dan tinggalkan link blog yang anda ingin disenaraikan pada bahagian komen.


Tanpa rakan blog dan pembaca, siapalah blog saya. Terima kasih, happy blogging peace yo!!

Dah baca klik LIKE (^_^)

Lelaki Tidur Dalam Kubur Selama 15 Tahun!




Fuh Gila! Lelaki Ini Tidur Dalam Kubur 15 Tahun! | Seorang bekas pekerja binaan mengaku dia tidur bersama mayat sejak 15 tahun lalu selepas berpindah ke tanah perkuburan di Nis, Serbia. Bratislav Stojanovic berkongsi liang lahad dengan abu mayat sebuah keluarga yang mati lebih 100 tahun lalu. Menurut Stojanovic, 43, sebagai orang yang tiada rumah, dia terpaksa menjadikan kubur sebagai tempat tidur.

“Saya membuat beberapa ubah suai pada kubur berkenaan dan selepas itu, saya selesa di situ,” katanya. Selain kering, hangat dan dilengkapi lampu, Stojanovic berkata, liang lahad itu adalah syurganya. “Ia bukan sehebat istana, tetapi ternyata lubang itu jauh lebih selesa berbanding tidur di jalanan,” katanya.

Tidak pernah memiliki kerja tetap, Stojanovic terpaksa melepaskan rumahnya di Nis apabila dibelenggu dengan masalah hutang yang banyak. Selepas berbulan-bulan berkeliaran di jalanan, Stojanovic mengambil keputusan berpindah ke kubur itu untuk berlindung daripada cuaca sejuk dan gelap.

Kata Stojanovic, hidup bersama mayat tidak begitu menakutkan seperti sangkaan sesetengah pihak. “Pada mulanya saya takut, tetapi lama-kelamaan keadaan di situ menjadi biasa.

Kelihatan Stojanovic keluar masuk kubur

“Kini, selain masalah kelaparan, saya lebih takutkan manusia yang hidup berbanding dengan orang mati,” katanya. Menurut Stojanovic, setiap kali dia mahu keluar dari ‘rumah’ itu, dia akan mengintai terlebih dulu bagi memastikan tiada sesiapa di situ. Jika tidak, kata Stojanovic, dia mungkin menakutkan orang lain yang kebetulan ada di sekitar kawasan berkenaan.

Stojanovic berkata, dia juga bersedia jika ditakdirkan mati dalam kubur seluas dua meter persegi itu.“Sekurang-kurangnya saya dapat mati di tempat yang sesuai,” katanya.



Dah baca klik LIKE (^_^)

Misteri Obor-Obor Gergasi Menyerang Jepun

Para penyelidik memberi amaran bahawa arus laut boleh membawa kawanan obor-obor raksasa ke Jepun, yang sebelum ini telah berhadapan dengan serangan-serangan yang serupa dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Para Penyelidik Jepun sedang memantau aktiviti obor-obor gergasi di perairan Cina yang berpotensi akan berlaku dalam masa terdekat ini. Ia boleh dikatakan sebagai bencana tahunan bagi industri perikanan di Jepun. Bilangan obor-obor gergasi ini nampaknya didorong oleh peningkatan suhu laut dan penurunan dalam pemangsa semulajadi.



Kaji selidik marin yang dijalankan pada akhir bulan Jun telah mendedahkan kebimbangan terhadap bilangan obor-obor Nomura  iaitu makhluk gergasi  yang mampu membesar sehingga 2 meter  diameter dan berat mencapai kira-kira 220 kilogram berada di Laut Kuning dan Timur Laut China. Berdasarkan pemerhatian yang telah dilihat setakat ini, para penyelidik memberi amaran bahawa serangan Nomura obor-obor (Nemopilema nomurai, atau Echizen kurage dalam Bahasa Jepun) tahun ini boleh memberikan satu tamparan besar kepada industri perikanan Jepun. 

Kaji selidik yang sedang dijalankan oleh pasukan yang diketuai oleh Shinichi Uye, seorang profesor biologi oseanografi di Hiroshima University yang juga mempengerusikan satu jawatankuasa penyelidikan kerajaan yang ditugaskan dengan perkembangan teknologi untuk meramalkan dan mengawal serangan obor-obor.

Uye telah memantau kepadatan populasi obor-obor Nomura di Selatan Laut Kuning dan Timur Laut Laut China sejak tahun 2006. Para penyelidik yang berpendapat kebanjiran populasi pada tahun-tahun kebelakangan ini adalah disebabkan oleh peningkatan 1.89 degree Fahrenheit dalam suhu di perairan China akan membuatkan keadaan yang lebih sesuai untuk pembiakan.


Kebiasaannya seekor  ikan akan memakan obor-obor yang masih kecil. Ikan juga bersaing dengan obor-obor untuk mendapatkan makanan  seperti zooplankton, akan tetapi dengan penangkapan ikan berlebihan, bilangan obor-obor semakin meningkat, kata penyelidik.

Antara 20 dan 24 Jun, 2009, pasukan Uye memerhatikan spesimen yang banyak ini yang berukuran 10-50 sentimeter, dan mereka mengira taburan purata 2.14 obor-obor setiap 100 meter persegi. Angka ini adalah melebihi daripada 200 kali lebih tinggi dari 0.01 obor-obor setiap 100 meter persegi yang diperhatikan di rantau yang sama pada tahun 2008.

Ia juga hampir tiga kali ganda 0.77 obor-obor  setiap 100 meter persegi yang diperhatikan pada tahun 2007, semasa industri perikanan di Laut Jepun mengalami kemerosotan yang teruk.

Lebih memburukkan lagi keadaan, kawanan Nomura pada tahun ini muncul untuk mengambil laluan secara terus dan laluan selatan ke  Jepun, tidak seperti pada tahun 2007 apabila obor-obor muncul untuk mengambil laluan yang lebih utara, mendekati pantai Laut Jepun dari arah Korea. 

Obor-obor Nomura biasanya membiak di perairan China pada musim bunga, dan mereka matang menjadi dewasa semasa arus lautan perlahan-lahan membawa mereka ke utara. Pada bulan Julai, apabila kawanan pertama sampai di Tsushima (di utara pulau selatan Kyushu), kebanyakan obor-obor bersaiz besar seperti ahli gusti sumo. Pada saiz ini, ia hanya memerlukan kira-kira 5 atau 10 daripada mereka untuk merosakkan jaring nelayan.

Selain dari merosakkan jarring nelayan, obor-obor gergasi juga dipersalahkan kerana membunuh ikan yang lain dengan racun mereka, menyebabkan penurunan kualiti dan kuantiti hasil tangkapan ikan.

Pada tahun 2005, industri perikanan melaporkan lebih 100,000 kes-kes yang berkaitan dengan obor-obor perosak di seluruh negara Jepun. Pada kemuncak serangan pada tahun itu, obor-obor raksasa dianggarkan kira-kira 300 hingga 500 juta melalui Selat Tsushima ke dalam Laut Jepun setiap hari.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Air Terjun Yang Membeku

Segala fenomena alam yang ada di sekitar kita boleh menjadi suatu pelajaran bagi kita, betapa kecilnya kita di hadapan sang pencipta, seluruh alam semesta dan jaringan raya ini adalah miliknya .. Seperti pada fenomena ganjil ini ini, pernahkah anda melihat sebuah air terjun membeku dan berhenti mengalir? ini adalah satu lagi bukti Kebesaran Allah SWT .. Mari kita boleh melihat Air Terjun Beku berikut ini.







Dah baca klik LIKE (^_^)

Ngeri...Sup Darah!!!

China adalah salah satu negara yang terkenal dengan kulinernya yang super enak, super banyak, super maknyuss dan .. super aneh .... Kerana banyaknya, kuliner aneh yang terkesan menjijikkan pun menghiasi negara tirai buluh ini.

Salah satunya seperti telur dara bahan urine yang lama sudah kita bahas. Hari ini kita akan membincangkan tentang salah satu makanan dari China yang aneh juga, namanya adalah sup darah ini yang katanya sangat lazat namun kelihatan sangat mengerikan sekali.

Asalnya, sup atau sop adalah masakan berkuah dari air rebusan yang dibuat dengan cara mendidihkan bahan, dan biasanya diberi rempah serta bahan lain untuk menambah rasa. Bahan yang terdiri dari daging, sayur, atau kacang-kacangan direbus sampai membentuk sari.




Perebusan bukan merupakan suatu cara masak yang am sampai penciptaan bekas tahan air sekitar 5.000 tahun yang lalu. Tapi sup yang satu ini beza terbuat dari darah itik atau angsa yang disembelih hingga kehabisan darah. Kamu berani mencuba masakan yang diperbuat dari darah ini?

Dah baca klik LIKE (^_^)

Ayam Yang Bagaikan Penguin





JIANGSU (Berita SuaraMedia) - Bingung. Mungkin ini kata yang tepat untuk ayam dari China ini

Inilah Mumble, ayam dari China yang mengira dirinya adalah seekor penguin.

Alih-alih mengorek tanah mencari makanan dan bertenggek di kandang, dia malah berjalan seperti seekor penguin.

Pemiliknya Lu Xi, membesarkan ayam itu dari kecil. "Dia mempunyai sayap yang kecil, mirip seperti penguin, gayanya juga seperti penguin pada waktu mengepakkan sayap dan berjalan," ujarnya seperti diberitakan Orange, Jumat (30/7/2010).

Media tempatan di Jiangsu pun menamainya Mumble, seperti watak seekor penguin yang tak boleh menyanyi tapi jaguh menari dalam sebuah filem animasi di Happy Feet.

Lu Xi mengaku tak masalah ayam uniknya diberi nama Mumble. Meski ia mengaku belum pernah menonton 'Happy Feet'.

"Aku tidak pernah lihat filemnya, tapi aku suka nama itu, walaupun dia tidak boleh menari dan juga mungkin tidak akan boleh berenang," katanya.

"Mungkin kerana itu dia tidak boleh terbang," kata Lu Xi seperti diberitakan laman media, Orange.co.uk.





Dah baca klik LIKE (^_^)

Asal-Usul Perkataan Rock Kapak



 Jom baca asal usul nama Rock Kapak.. daripada blog 10tinsardin.

Statement yg selalu buat orang selalu confuse dan kerap kali di misunderstood kan.

Tapi kajian theory aku menunjuk kan bahawa, "Rock Kapak" itu bermula dari perkataan "Rock kapa" -without the "K" at the end.

"Rock kapa" adalah shortform dari gabungan perkataan "Rock kah atau apa?" (Terjemahan omputih: "You rock? or what?"

Dulu, kalo lu orang pegi tengok konsert rock, time show nak start, pasti vokalist kumpulan rock itu akan diri depan stage dan jerit kepada penonton:

"AMACAM LU ORANG SUMAAAA??!! LU ORANG MAU ROCK KAPA..??!!" (how are you guys? you want to rock or what??)

So dari situ ler bermulanya perkataan "kapa" dalam kamus mat rock dan menjadi ikutan mat-mat rock pada zaman itu.

Dalam ayat2 perbualan seharian juga, perkataan rock & kapa juga ader diselitkan demi mencerminkan jiwa & sanubari seseorang rocker itu.


 For example:

Apabila kita nampak member pakai style sikit, kiter musti puji...

"Wahh! Pakai sluar search kapa?" Or "Lu rambut dindong rock kapa??"

ATAU, kalo kita nak tegur member yg tgh jalan sorang...

"Dengar walkman sorang lagu rock kapa??"

ATAU, nak kenal-kenal dgn minah, abeh tu nak ajak dia gie ehemm ehemm.

"Fewwwiittt...jamboo minah nih. rock kapa??"


So, perkataan rock & kapa memang tak bole dipisahkan pada setiap ayat-ayat mat rock itu.

Mungkin dari situ lah ianya merebak dari satu molot ke satu molot mat rock yg lain.

Oleh kerana sebutan itu telah dipassing dari berjuta-juta molot ke berjuta-juta telinga, maka sebutan itu pon bertukar-tukar. Ianya menjalani satu transformasi dalam sebutan dan keaslian dan sebutan asal nyer telah hilang.

Maka, dari situ lah sebutan "Rock kapa" telah bertukar menjadi "Rock Kapak".

So, conclusion aku, perkataan "Rock Kapak" itu terbit dari sebutan dan pendengaran yg salah, tetapi ianya masih terus digunakan oleh mat-mat rock selepas zaman rock kangkang.


p/s : Zaman kemuncak muzik rock Malaysia.. Lirik penuh bermakna dan puitis.. bukan macam lagu sekarang... "asalkan aku okay..duit dalam kocek.. hidup mesti sederhana...kaya macam datuk k..bla3.. " mesej bagus..tapi elemen puitis tarak..

Dah baca klik LIKE (^_^)

Lipan-lipan Terbesar di Dunia

Lipan merupakan haiwan artropod yang tergolong dari kelas Chilopoda dan upafilum Myriapoda. Kelabang adalah haiwan metameric yang memiliki sepasang kaki di setiap ruas tubuhnya. Haiwan ini termasuk haiwan yang berbisa, dan termasuk haiwan nokturnal ..


1. Lipan GALAPAGOS



Scolopendra galapagoensis (lipan raksasa Galapagos) yang terbesar adalah 30-40cm panjang 44-46 cm.

Habibat penyebaran : di Kepulauan Galapagos Island Santa Cruz, di daerah pesisir Ekuador, Peru selatan, di Kepulauan Cook. Warna hitam raksasa lintibang di Raja. Terdapat juga penemuan jenis ini yang berukuran 62cm


2. Lipan PERU




Scolopendra Caribiaenensis di pulau Curacao, Holland Anttilles telah ditemukan hingga 41-42cm dari individu liar.

Habitat penyebaran : Karibia pulau Trinidad, Amerika Selatan, Peru, Ekuador, Brazil, the Amazon River Basin negara dan daerah


3. Lipan AMAZON



Scolopendra gigantea Robusta (Lipan raksasa amazon) panjang 25-30cm.

Habitat penyebaran : Brazil, Ekuador, Peru, the Amazon River Basin negara dan daerah. Umumnya tubuh berwarna merah, hitam sebagai individu, adalah hasil dari setiap perbedaan warna berubah, dan lainnya adalah hitam individu sebenarnya lipan raksasa Galapagos. Karena yang paling meyakinkan adalah yangpaling banyak disirkulasikan foto masing-masing sepanjang 44cm, jauh lebih besar daripada rata-rata lipan amazon raksasa


4. Lipan PUERTO RICO




Scolopendra sp.cf.crudelis (Lipan raksasa puerto rico) panjang 20-25cm.

Habitat penyebaran : di Karibia, Puerto Rico, Haiti dan negara-negara lain dan daerah amerika selatan.


5. Lipan VIETNAM


Scolopendra subspinipes (lipan raksasa Vietnam) 18-25cm panjang.

Habitat penyebaran : hutan hujan vietnam.


6. Lipan MALAY



Scolopendra subspinipes ssp. (lipan raksasa malay) 18-20cm panjang.

Habitat penyebaran : di Malaysia, Indonesia.


7. Lipan PASIFIK



Scolopendra subspinipes dehaani (Hastelloy lintibang) 16-20cm panjang.

Habitat penyebaran : secara luas di negara-negara barat dan wilayah Pasifik, banyak jenis lintibang, karena distribusi Scolopendra subspinipes dekat dengan daerah tropis, sehingga tubuh juga lebih besar. Di wilayah Kepulauan Solomon masing-masing panjang lebih dari 20cm.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Ekzos Motor Dari Buluh

Lelaki Ini Gunakan Buluh untuk Ekzos Motornya

Agak pelik dan aneh apabila seorang lelaki berasal dari Chongzuo, Guangxi Zhuang, China, Fang Jen memasang ekzos buluh pada motornya.


Alasan Fang adalah kerana dia tidak menpunyai wang untuk membeli ekzos yang baru. Jadi sebagai altenatif dan dengan kreatifnya, Fang telah mendapat idea untuk mengantikan ekzos besinya dengan buluh. Tak tahu la nak kata kreatif ke kedekut nie..hahahaha.



Fang telah memilih ukuran buluh yang sama dengan ukuran ekzosnya. Dan tidaklah keseluruhan ekzos ini adalah daripada buluh, pada bahagian yang menyambungkan kepada enjin Fang masih lagi menggunakan besi ekzos asli.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Cerita Hantu Karak



Beberapa tahun yang lepas, satu keluarga berbangsa melayu dalam perjalanan pulang ke Terengganu untuk menziarah saudara mara di kampung. Mereka semuanya berempat iaitu sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka. Mungkin ingin mengelakkan jalan yang sibuk, mereka bertolak agak lewat dan sesampainya di Tol Gombak, jam telahpun menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.

“Bang, jangan bawak laju sangat bang, Ayu dengar kat area depan tu banyak accident tau,”

“Alah, abang tahu tapi kereta dah bikin cam ni mana boleh slow, kenalah lenjan habis, heh”, balas Hamid.

Sementara mereka berdua sibuk berbual, anak-anak mereka telah pun lena tidur di belakang. Ayu cuba menahan dari tertidur untuk berbual dengan suaminya agar tidak merasa mengantuk jika memandu sendiri. Ketika sedang asyik berbual tiba-tiba kedengaran bunyi rempuhan.

“Ah, sudah apa yang kita terlanggar tadi?”

“Bang, try check entah-entah kita terlanggar orang melintas ke, susah kita dibuatnya bang” kata Ayu kepada suaminya.

Akur dengan kehendak isterinya, Hamid memberhentikan keretanya di bahu jalan. Hamid keluar dari kereta dan cuba meninjau jalan yang telah dilaluinya tadi tetapi gagal menjumpai apa-apa. Hamid mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya, tetapi entah mengapa enjin keretanya tidak dapat dihidupkan.

“Eh…pelik tadi ok je, orang nak cepat dia buat hal pulak!”bentak Hamid.


“Kenapa bang?…rosak ke, trylah tengok-tengokkan enjin tu”, balas Ayu.

Apabila bonet depan dibuka, Hamid dapati keretanya kekurangan air. Hamid menyumpah-nyumpah dirinya kerana kecuaiannya menyebabkan mereka sekeluarga tersangkut di tengah-tengah Lebuhraya Karak. Memikirkan kemungkinan ada anak sungai berhampiran, Hamid mencapai botol dari dalam kereta dan berjalan seorang diri dalam kegelapan malam. Sebelum itu sempat dipesan kepada isterinya agar semua pintu dikunci dan jangan melayan jika ada orang selain darinya yang datang.

Sambil berjalan, Hamid menyumpah-nyumpah dalam hati. Kemarahannya reda bila mendapati ada cahaya di depannya, lantas dia menuju ke arah tersebut. Cahaya tersebut adalah bayangan cahaya bulan pada air sungai, tanpa berlengah Hamid memenuhkan air ke dalam botol yang dibawanya. Keadaan di sekeliling sungai sepi, hanya sesekali desiran angin malam membuatkan tubuh Hamid menggeletar kesejukan.

Ketika sedang mengambil air Hamid memandang sekelilingnya, hanya pohon-pohon tua yang berbentuk ganjil,besar,tinggi dan kelihatan menakutkan. Dan ketika itu pandangan Hamid tertumpu pada sebatang pohon tua yang berada di hadapannya. Lamunannya tersentak bila dia mendapati ada sesuatu yang bergerak di balik pokok. Hamid mula mengundurkan diri, memikirkan kemungkinan ianya binatang buas. Tetapi sangkaannya meleset bila perlahan-lahan ada sekujur tubuh di tutup kain putih keluar dari balik pokok.

Tanpa menanti botol penuh Hamid segera mengangkat kaki sambil mulutnya terkumat-kamit membaca Ayat Kursi. Ketika berlari pendengarannya dikejutkan dengan suara perempuan menjerit keras, diikuti dengan raung tangis berpanjangan. Sinar rembulan membantunya melihat dengan jelas akar-akar pokok yang berselirat agar tidak tersungkur. Sesampai di kereta isterinya terkejut melihat suaminya yang ketakutan.Terketar-ketar Hamid cuba menyatakan sesuatu.

Dengan cepat Hamid mengisi air dan terus menghidupkan enjinnya. Ketika hendak meneruskan perjalanannya, sempat dia menjeling pada cermin pandang belakang dan alangkah terkejutnya Hamid bila mendapati tubuh berbalut kain putih tadi berada di belakang keretanya tetapi kali ini Hamid dapat melihat dengan jelas mukanya. Kulitnya kering kontang, berkeriput dan biji matanya tersembul keluar.

Ketika itu juga hidungnya dapat menangkap bau busuk seperti mayat yang terbiar. “Ayu, jangan pandang belakang”, kata Hamid mengingatkan isterinya. Walaupun Hamid menekan habis minyak tetapi dirasakan keretanya bergerak terlalu perlahan dan makhluk yang mengejarnya telahpun berada di sebelah kanannya. Isterinya telah pun pitam bila memandang makhluk tersebut. Kini hanya tinggal Hamid seorang menghadapi makhluk tersebut.

Keesokan harinya terpapar di dada akhbar sekeluarga maut ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Keretanya terperosok ke dalam sungai yang letaknya sejauh 1 kilometer dari bahu jalan!! Sehingga kini bagaimana kereta tersebut boleh terbabas sejauh itu masih menjadi misteri yang belum bertemu jawapannya.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Pelik! Nangka 'Dukung Anak'


[EDISI PELIK TAPI BENAR] Nangka madu 'dukung anak'.



Seorang pekebun terkejut apabila nangka madu yang ditanam berhampiran rumahnya di Pekan Kayu Ara Pasong, dekat sini, berbentuk seakan-akan ibu yang sedang mendukung anak.

“Saya dan isteri terfikir bentuk nangka seolah-olah melambangkan kami yang mempunyai sebuah keluarga besar iaitu anak seramai enam orang dengan 17 cucu serta seorang cicit yang masih kecil,” Abdul Hamid Sargidon, 70


Dah baca klik LIKE (^_^)