Banglasia??!


Repairing peti sujuk
Esi gas
Tukar compressor
Atas ada sujubawah tiada sujuk
Boley buat dsruma anda.
Cer tengok.. tada tulur..kincin kuat..vara manya busit.
Ini worang suda GANGU bisnes org tempatan.
Ini worang melayu islam umno tara peduli cantas bisnes org tempatan.
Kudai runcit, kudai jahit , kudai ikan , workshop , kudai makan .. summa sapu.. kasi banggela.
Ini melayu niaga.. cina niaga.. itu melayu islam umno tara pedulik sama kita.
Itu banggela jugak.. ic kasik

Dah baca klik LIKE (^_^)

Situasi di Akhir Zaman...

Nauzubillah semoga kita tak termasuk dalam golongan yang berlumba membuat bayaran ke neraka...


Dah baca klik LIKE (^_^)

Jambatan Unik Yang Boleh Tenggelam


Jambatan ini unik sebuah lagi jambatan unik di Greece. Dua buah jambatan tenggelam timbul boleh ditemui di Corinth dan Isthmina. Ia terletak di hujungTerusan Corinth dan siap dibina pada tahun 1988. Untuk membenarkan laluan kapal jambatan ini akan tenggelam sedalam 8 meter. Terusan ini hanya mempunyai 8 meter dalam dan 16 meter lebar. Tanpa struktur pada bahagian atas jambatan, kapal layar dapat melepasi jambatan ini tanpa risau berlakunya perlanggaran pada bahagian atas.






Dah baca klik LIKE (^_^)

Keadaan Kereta Yang Pelik-Pelik














Dah baca klik LIKE (^_^)

Penduduk Gembar Ular Tedung & Ular Sawa Berlawan

Seorang lelaki tidak menyangka bunyi ganjil yang datang dari sebuah longkang di tepi rumahnya di Taman Kenari di sini malam semalam berpunca daripada dua ekor ular yang sedang berlawan.
   

Penduduk gempar ular tedung, sawa berlawan

Empat anggota JPAM Kulim yang diketuai Ketua Skuad Saifilizan Azizi, 35 (kanan) menunjukkan ular tedung selar buluh dan anak ular sawa yang ditemui seorang penduduk Azmi Abdul Rahim, 45, ditepi sebuah longkang di rumahnya, Taman Kerani di Kulim semalam. - Foto Bernama

Azmi Abdul Rahim, 45, berkata dia agak terperanjat apabila melihat seekor ular tedung selar sedang dibelit seekor anak ular sawa apabila dia menyuluh ke arah bunyi ganjil yang didengarinya.
   
"Saya minta jiran-jiran memanggil pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kulim membantu menangkap kedua—dua haiwan itu kerana kehadiran haiwan berkenaan amat berbahaya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.
   
Azmi berkata, beliau mendengar bunyi ganjil itu kira-kira 10.50 malam ketika membantu membuat persiapan kenduri kahwin anak jirannya.
   
Sepasukan tiga anggota JPAM yang tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian berjaya kedua-dua ular tersebut.

Ketua skuad JPAM, Saifulizan Aziz, 34, berkata, ini pengalaman pertamanya menyaksikan ular berlainan spesies berlawan.
   
Biasanya kami jumpa ular yang berkelahi daripada jenis sama, katanya.
   
Menurutnya anak ular sawa sepanjang 2.5 meter dan ular tedung selar sepanjang tiga meter itu akan dirujuk ke tempat bersesuaian atau Zoo Ular di Perlis.


Sumber : Sinar Harian

Dah baca klik LIKE (^_^)

Bumi Hancur Dilanggar Asteroid 16 Mac 2880?

Sainstis Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), menjangkakan sebuah asteroid besar dikenali sebagai 1950DA akan melanggar bumi pada 16 Mac 2880, sekali gus menyebabkan dunia hancur.

Menurut laporan Daily Mail, Asteroid itu mula ditemui pada 23 Februari 1950, dan diperhatikan selama 17 hari sebelum hilang dari pandangan selama setengah abad.



Bumi hancur 16 Mac 2880?

Pada 31 Disember 2000, 1950DA muncul kembali dan melalui pemerhatian optik, ia berputar sekali pada setiap 2.1 jam dan menjadikannya asteroid kedua berpusing paling laju dalam saiznya.

Difahamkan, asteroid itu terletak hampir 5 kilometer dari garis pusat dan bergerak kira-kira 15 kilometer sesaat untuk ke bumi serta mampu menghentam Lautan Atlantik pada kelajuan 61 kilometer sejam.

Asteroid1950DA dianggarkan berlanggar dengan planet bumi pada kuasa 44,800 megatan.

Bagaimanapun kebarangkalian kesan hanya 0.3 peratus, iaitu 50 peratus lebih hebat berbanding impak dari asteroid lain.


Sumber Sinar Harian

Dah baca klik LIKE (^_^)

Penemuan Patung Doraemon Di Zaman Dinasti Qing


Seorang pelancong mendakwa telah menemui patung doraemon ketika ia melakukan perjalanan ke cina. Pemilik kedai barangan antik yang menjual barangan itu mengatakan bahawa artifak itu dari dinasti Qing (164 -1911). Kerana tidak yakin, penemu patung itu kemudian menghantar foto patung doraemon itu ke twitter untuk mendapatkan pendapat dari orang lain.



Reaksi atas foto itu sangat berbeza ada yang meyakini keaslian artifak itu, ada juga yang tidak. Salah satu orang bahkan mengatakan itu mungkin ada orang yang sengaja meletakan patung itu untuk jenaka. Lain mengaatkan bahawa patung itu nampak diperbuat daripada simen. Jika artifak itu asli, tentu saja ada orang yang rela membayar berjuta-juta dolar untuk itu.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Tasik Berpuaka Yang Menjadikan Haiwan Bertukar Jadi Batu



Tidak semua tasik berisi air yang tenang, salah satunya sebuah tasik yang mempunyai mistik di Tanzania, Afrika Timur , air dalam tasik membunuh binatang yang yang tenggelam di dalamnya, menjadikannya batu.Aneh bukan ....


 Dengan suhu yang boleh naik menjadi 60 darjah tidak kira waktu , Tasik Natron mempunyai kealkalian yang tinggi akibat pengumpulan abu gunung berapi dari lembah Great Rift .

 Jurugambar Nick Brandt datang ke lokasi , mendokumentasikan bangkai burung dan haiwan kecil yang telah membatu kerana pengapuran , korban tasik yang mistik ini.

Dengan panasnya yang boleh mencapai suhu 60C dan pH yang tinggi , Tasik Natron di Tanzania bukanlah lokasi yang tepat untuk dijadikan tempat bercuti, apalagi didiami , baik manusia mahupun haiwan .



Keadaan lingkungannya yang ganas membuat tasik ini hanya didiami oleh satu jenis ikan, iaitu ikan jenis alkaline tilapia . Ada juga haiwan lain seperti burung yang cuba tinggal di kawasan tasik tersebut, tapi seringkali pantulan cahaya dari langit dari permukaan tasik membingungkan mereka , yang lalu terjatuh lemas dan mati. Bangkai -bangkai mereka yang terjatuh lalu berubah menjadi seperti batu kerana proses kalsiumisasi.







Dah baca klik LIKE (^_^)

Pokok Nangka Berbuah Pisang Rasa Durian


Penemuan sebatang pokok nangka di sebuah kampung yang bernama Cilubang, Kecamatan Cicantayan, Sukabumi Indonesia telah menimbulkan kegemparan penduduk sekitarnya. Ini kerana pokok nangka itu telah berbuahkan buah pisang, menambahkan pelik lagi jika dimakan nangka berbentuk pisang itu mempunyai rasa seperti buah durian pula.

Menurut pemilik pokok nangka itu Sirojudin "Pokok nangka ini untuk kedua kalinya berbuahkan pisang dengan rasa durian. Bagi saya, (ini) merupakan anugurah Allah SWT, "katanya kepada wartawan. kerana ramainya orang yang melihat nangka pelik ini, Pemilik pokok nangka ini Sirojudin telah meletakkan kotak amal di kebunnya. "Hasil sedekah dari orang ramai ini, Insya Allah digunakan untuk pembinaan pusat keagamaan disini," katanya lagi.



Dah baca klik LIKE (^_^)