Wanita Ini Sanggup Makan Telur Cacing Demi Menguruskan Badan!



Wanita Ini Sanggup Makan Telur Cacing Demi Menguruskan Badan! Seorang pelajar perempuan di China telah memakan telur cacing gelang untuk menurunkan berat badan semata-mata untuk mengikuti satu temuduga kerja - ini kerana pekerjaan begitu sukar diperolehi.

Telur-telur ini akan menetas di dalam perut, membolehkan orang-orang yang memakannya dapat menurunkan berat badan tanpa perlu bersenam atau diet di Xiamen, China.

Namun begitu amalan menelan telur cacing ini dipercayai sangat berbahaya - dan pasti tidak akan diluluskan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan di Tahun Baru ini.

Dengan keadaan kekurangan pekerjaan di seluruh negeri, kebanyakkan perempuan di China tertekanan untuk tampil kurus jika ingin bersaing bagi mendapatkan sesuatu peluang pekerjaan.

kebanyakkan pelajar lain akan merenung gambar mereka sehingga berjam-jam untuk menghilangkan nafsu makan mereka, agar mereka dapat mengurangkan lebihan berat badan.

Seorang pelajar bernama Xiaomei mengatakan bahawa wanita di China akan menggunakan sejenis 'sabun khusus' yang membantu mereka berdiet. Segelintir wanita terpaksa mandi sehingga 10 kali sehari.

Rawatan-rawatan ini dipercayai tiada asas saintifik dan lebih cenderung kepada membahayakan kesihatan.

Pada tahun 1990-an perempuan Cina akan mengambil teh khas dan pil untuk menurunkan berat badan. Akupunktur juga muncul sebagai pilihan yang sangat popular.

Sebagai rakyat di negara yang paling padat penduduk di dunia itu, ramai mahasiswa terpaksa berjuang untuk mencari pekerjaan memandangkan negara tersebut menghadapi masalah pengangguran yang sangat besar di mana hanya 780 juta pekerja yang bernasib baik berjaya diserapkan ke sektor pekerjaan.

Masaalah pengangguran dilaporkan lebih banyak berlaku di kawasan kampung dan pedalaman, manakala peluang pekerjaan di bandar dilihat semakin meningkat dengan cepat seiring dengan proses urbanisasi negara China.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Perghh Kunci Kereta Tercucuk Kaki


Sadih! Bila apabila kunci tertusuk di kaki sewaktu kelas karate, tah macam mana magiknya boleh berlaku. Apa-apapun, RESPECT! Siap boleh upload dalam facebook.











Dah baca klik LIKE (^_^)

Sukan Pelik Tarik Leher Angsa Sampai Putus


Sukan yang dikenali sebagai Goose Pulling ini pada asalnya dimainkan di Netherland, Belgium, England dan North America pada abad ke 17 hingga ke 19. Sukan ini dimainkan dengan menggantung seekor angsa dengan kepala di bawah dan diikat pada tali yang ditambat pada tiang.

Kemudian, peserta akan menunggang kuda dan mencuba untuk menarik leher haiwan malang tersebut sehingga putus. Mereka yang berjaya menarik leher angsa sehingga putus akan dinobatkan sebagai pemenang.

#Dulu kalau tak silap memang guna angsa hidup, sekarang guna angsa yang dah mati. 









Dah baca klik LIKE (^_^)

Proses Pembuatan Beg Tangan Dari Kulit Ular

Tahun ini 2013 ialah merupakan Tahun Ular mengikut kalender Cina. Atas faktor ini, hidangan eksotik daripada ular seperti sup ular menjadi pilihan masyarakat penganut Buddha bagi memperoleh kesihatan dan nasib yang baik. Selain di buat sup, kulit ular juga boleh di jadikan aksesori seperti beg tangan bagi golongan wanita.

Misalnya di Indonesia, Kampung Kapetakan, Ciribon wilayah Jawa Barat di Indonesia merupakan lokasi utama pembuatan beg tangan daripada kulit ular. Ular dewasa yang terpilih dari spesies tedung, sawa, batik merupakan antara spesis ular yang menjadi pilihan untuk di buat beg tangan kerana kulit ular ini tahan lama dan mempunyai corak yang cantik.
Sebagai permulaan, ular-ular akan di basuh dan kemudiannya akan di belah pada bahagian perut bagi mengeluarkan isi. Ular ini kemudiannya akan di rendam dengan air suam bercampur dengan garam bagi membuang bau hanyir. Setelah itu, ular-ular ini akan di salai di atas bara api dalam tempoh 13 ke 14 jam bagi mengeringkannya sebelum proses memisahkan kulit ular dilakukan.

Setelah selesai proses memisahkan kulit ianya akan di jemur seketika dan kemudiannya akan di hantar ke kilang untuk di jadikan beg tangan. Kos pembuatan beg tangan ular ini ialah di antara $USD 15 (Rm 55) sehingga $USD 31 (Rm 116) bergantung kepada saiz. Sekarang mari lihat proses pembuatan beg tangan daripada kulit ular di Indonesia.











Dah baca klik LIKE (^_^)

Asal Usul Nama Blog Takmungkinbenar


Dari mana blog ini mendapat nama? Nah, di sini saya ingin bercerita asal-usul namanya.


Pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang sangat gemar mendengar cerita hingga dia akan meminta sesiapa saja yang lalu lalang di depan halaman rumahnya supaya bercerita. Walaupun begitu, selepas mendengar cerita, dia suka berkata, “Ah, tak mungkin benar!” Jadi orang tidak suka bercerita kepadanya.


                Pada suatu hari, dia meminta Encik Kitchom yang terkenal kerana kebijaksanaannya untuk bercerita.

                “Aku boleh bercerita, tapi kamu mesti berjanji tidak akan berkata, “Itu tak mungkin benar!”

                “Sudah tentu tidak. Aku berjanji,” kata lelaki itu.

                “Jika kamu menyebutnya juga, aku akan mengambil seguni beras dari jelapang padi kamu,” tegas encik Kitchom.

                “Baiklah, baiklah. Silalah bercerita,” kata lelaki itu.

                Encik Kitchom pun mulalah bercerita:

                “Pada zaman dahulu, ada seorang kaya yang sedang mengembara. Semasa dia menghampiri genting gunung, tiba-tiba muncul burung layang-layang di langit. Ia melayang mengelilingi pelangki dinaikinya sambil berteriak. “Pip, pip p-r-r-r pip!”

                Didesak perasaan ingin tahu, Orang Kaya menjenguk  keluar dari pelangki dan mendongak.

                Sejurus kemudian layang-layang itu melepaskan sesuatu yang tidak elok ke atas baju Orang Kaya. Walaupun begitu, Orang Kaya tidak marah. Dengan tenang dia memerintahkan orang suruhan membawa kepadanya sepersalinan pakaian baru. Apabila dibawa kepadanya dia terus menyalin pakaian dan meneruskan perjalanan.

                Tetapi burung layang-layang terus terbang melayang-layang di atas pelangki sambil berteriak, “Pip, pip, p-r-r-r-pip!”

                Orang Kaya itu menjenguk keluar sekali lagi untuk melihat burung itu.

                Kali ini burung laying-layang itu mengotorkan pedangnya pula. Orang Kaya masih tidak meradang. “Bawakan saya pedang baru,” perintahnya. Apabila pedang baru dibawa kepadanya, dia menyelit pedang itu pada pinggangnya dan meneruskan perjalanan.

                Tidak lama kemudian, burung layang-layang datang lagi dan berteriak, “Pip, pip, p-r-r-r-pip!” sambil terbang berkeliling di atas pelangki.

                Orang Kaya menjenguk keluar lagi. Kali ini najis yang digugurkan oleh layang-layang itu jatuh di atas kepala Orang Kaya. Orang Kaya masih tidak marah. “Bawakan saya kepala yang baru,” perintah Orang Kaya kepada orang suruhan. Apabila kepala baru dibawa kepadanya, dia terus memancung kepalanya sendiri dengan pedang lalu memakai kepala yang baru. Selepas itu dia meneruskan perjalanan.

                “Itu tak mungkin benar!” pekik orang lelaki itu.

“Ah-ha, kalau begitu saya akan bawa balik seguni beras kamu. Terima kasih,” kata Encik Kitchom, lalu pergi dari situ.

Tak Mungkin Benar adalah cerita hikayat dari Jepun ditulis oleh Hiroyuki Tomita (Dipetik daripada Yukaina Kitchomsan diterbitkan oleh Kogakukan)



                                                            
          

Jadi, selaras dengan cerita ini, saya pun mendapat idea untuk menulis blog cerita-cerita yang pelik dan menarik dengan nama Tak Mungkin Benar ini.
Hahahaha jangan marah ya…


Dah baca klik LIKE (^_^)

Gambar Orang-Orang Malas Di Dunia


Pernah lihat orang PEMALAS tingkat DEWA belum, cek foto ini
















Dah baca klik LIKE (^_^)

Bunga Berwajah Monyet

stiforp profits
Ahahahahah

Dah baca klik LIKE (^_^)

Bas Terperosok Dalam Hutan Disorok Makhluk Halus


JAKARTA - Seorang pemandu bas bersama 33 penumpang lain mengalami peristiwa aneh apabila bas yang dinaiki mereka secara tiba-tiba berada di tengah-tengah hutan walaupun pada mulanya berada di atas jalan raya.

Dalam kejadian tersebut, bas milik syarikat Pahala Kencana yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Madura, pada mulanya menggunakan jalan Juwana-Rembang sebelum pemandunya beralih ke jalan alternatif.

Namun ketika menyusuri jalan Jaken di wilayah Jati, bas tersebut secara tiba-tiba berada di hutan Gadogan yang terletak di Jawa Tengah. Pemandu bas tersebut cuba untuk bergerak ke depan dan ke belakang, namun gagal disebabkan pokok jati menghalang pergerakan kenderaan itu.

Selepas menyedari bas itu terperangkap di tengah-tengah hutan, pemandu itu kemudian meminta pertolongan daripada penduduk di kawasan terbabit.

Namun, kereta peronda polis tidak dapat memasuki lokasi kejadian disebabkan tiada jalan yang menghubungkan tempat tersebut.

Selepas lima jam tersadai, sekumpulan mekanik syarikat Pahala Kencana berjaya mengeluarkan bas tersebut selepas memotong pokok-pokok yang menghalang laluan kenderaan itu.

Pegawai polis yang ditemui, Briptu Suwignyo mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, badan bas itu tidak mempunyai kesan calar atau rosak akibat melanggar pokok di hutan terbabit.

Namun, jelasnya, ia bukan kejadian kali pertama kerana sebelum ini dua trak minyak pernah mengalami nasib yang sama dan ia dipercayai berkaitan gangguan makhluk halus.

"Kawasan hutan ini sering dijadikan pihak tertentu melakukan amalan syirik dengan harapan menjadi kaya dengan cepat.

"Oleh itu tidak hairan orang yang melalui jalan di sini sering diganggu makhluk halus yang dipuja golongan tidak bertanggungjawab itu," katanya kepada Tribunnews.com. - AGENSI - Utusan

Main kasar makhluk halus sekarang!


Dah baca klik LIKE (^_^)

Ada Berani Naik Lif Ni??

Ini adalah Lift yang paling menyeramkan didunia..rasa-rasanya korang berani naik ka lift ni..??









Dah baca klik LIKE (^_^)

Lelaki Yang Mempunyai 2 Wajah

Lelaki ini bernama Edward Mordake dan benar-benar mempunyai dua wajah, satu di bahagian depan sebagai mana layaknya manusia pada umumnya dan satu lagi berada di belakang. Wajah bahagian depan berfungsi normal sedangkan wajah bahagian belakangnya hanya boleh tersenyum tidak boleh bercakap ataupun makan.

Edward Mordake adalah seorang lelaki tampan yang hidup pada abad ke-19, Edward hidup dilahirkan dalam sebuah keluarga keturunan bangsawan Bangsawan Inggeris. Keluarganya sangat menyayanginya, mengasuh dan merawatnya dengan penuh cinta sayang, namun satu hal yang terlihat selalu mengganggu fikirannya adalah satu wajah yang melekat pada kepala bahagian belakangnya.

Tidak ada rekod perubatan yang lengkap pada waktu itu kerana terbatasnya teknologi pada zamannya, namun semua catatan menyebutkan satu hal yang sama bahawa Edward adalah seorang pemuda yang menawan dengan keperibadian yang mulia. Namun ketampanan itu hanya dilihat dari depan, apabila dia membalikkan tubuhnya wajah muram dan menakutkan.

Beberapa kisah lain menyebutkan bahawa wajah kedua Edward adalah seorang gadis cantik, tetapi para saintis membantah soal itu kerana kembar parasit selalu mempunyai jantina yang sama. Cerita lain menyebutkan juga bahawa wajah kedua Edward adalah wajah Iblis yang selalu memanggil syaitan dan kejahatan

Edward begitu tersiksa dengan dua wajahnya tersebut dan dia cuba mendatangi beberapa orang doktor untuk membuang wajah keduanya yang konon sering berbisik dengan bahasa setan kepadanya pada malam hari, namun doktor tidak ada yang sanggup untuk melakukan perkara tersebut kerana terbatasnya peralatan perubatan ketika itu. Akhirnya Edward berada pada puncak keputus asaan yang membuatnya berfikir fatal dan mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri pada usia 23 Tahun.








Dah baca klik LIKE (^_^)