Anjing masuk pertandingan luncur ombak




Lebih 40 ekor anjing pelbagai saiz dan rupa mengambil bahagian dalam Pertandingan Luncur Anjing Surf City di negeri California, Amerika Syarikat.

Berlangsung di sini pada Sabtu lepas, kejohanan tahunan kali ketiga itu dibahagikan kepada beberapa kategori berat bermula daripada anjing di bawah sembilan kilogram (kg) hingga kepada lebih 27kg. 

Pertandingan tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton sejak ia diperkenalkan.Selain bersaing sesama sendiri, anjing-anjing itu cuba mencipta rekod dunia dengan meluncur bersama-sama di atas sebuah papan luncur pada satu masa. 

Salah seorang pemilik anjing, Mark Bednorz memberitahu anjingnya telah menyertai sukan berkenaan sejak dua tahun yang lalu. Malah, anjingnya amat gemar melakukannya."Hampir semua anjing suka berada di sini," kata Bednorz.[kosmo]


Dah baca klik LIKE (^_^)

1 comment:

Dunia Wilma said...

Tak tahu nak cakap apa...
Tapi bagi Wilma...Wilma kurang setuju...Coz seolah2 macam menyeksa binatang pulak...Sedih :-(