Kelibat Roh Pengganas di Kg Tanduo Lahad Datu??


Belum lagi selesai sepenuhnya kes pencerobohan di Lahad Datu. Kita disajikan pula dengan cerita-cerita begini. Bagi pendapat aku personal, perkara-perkara macam ini tak perlu pihak media war-warkan di dada akbar. Bukan boleh tolong Polis dan Tentera kita pun, makin merosakkan akidah masyarakat kita ada la. Motif apa cerita begini disiarkan. Kalau untuk melariskan jualan, memang tak patut. Sedangkan seluruh rakyat Malaysia sedang bersimpati dengan pahlawan kita yang terkorban.


LAHAD DATU - Ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.
Sumber memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu.
Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib.
"Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.
"Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih," dakwa sumber itu di sini semalam.
Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu akan hilang.
"Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas.
"Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal," tambahnya.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_02.htm


Dah baca klik LIKE (^_^)

Pelbagai Tangkal dan Azimat Pada Mayat Pengganas Sulu


KEPERCAYAAN pada amalan mistik dan karut-marut di kalangan pengganas militan Sulu bukan satu rahsia lagi.

Ini dibuktikan dengan kejayaan pihak keselamatan merampas pelbagai tangkal dan azimat daripada pengganas yang berjaya ditembak mati.

Menurut sumber, di antara 61 orang pengganas yang berjaya dibunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan negara, salah seorang daripadanya dikenal pasti individu yang cukup ‘dihormati’ di kalangan pengganas kerana ‘kemampuannya’ dalam perkara berkaitan.

Dikenali sebagai Pawang, lelaki tua itu dikatakan agak lemah dari sudut fizikal tetapi kemampuannya dalam ilmu kebal membuatkan kelibatnya cukup dihormati di kalangan pengganas yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu ini.

Malah disebabkan ‘kelebihannya’ itu jugalah, Mynewshub.my difahamkan yang Pawang dikatakan antara mereka yang terlibat dalam rundingan awal dengan pihak keselamatan ketika mereka mula-mula mendarat di Lahad Datu ini.

Namun ternyata Pawang juga manusia biasa, dia akhirnya terbunuh dalam salah satu siri pertempuran dengan pihak polis dan tentera kita.

Difahamkan, mayatnya ditemui diselimuti karpet sewaktu operasi penggeledahan dibuat.

Sementara itu menurut sumber pertahanan, tiada individu tertentu yang ditetapkan untuk menjadi ‘sasaran’ dalam setiap operasi yang dilancarkan.

” Dalam setiap operasi yang kita lancarkan, semuanya dianggap petualang dan musuh yang perlu ditangkap atau dihapuskan demi menjaga kedaulatan negara.

” Yang mati mungkin seorang komander, seorang bomoh, seorang pengikut atau sesiapa saja…maknanya di sini, selagi dia enggan menyerah diri dan berterusan untuk melanggar undang-undang, dia terpaksa menerima akibatnya!,” katanya.

Kisah Misteri Penjara Paling Seram Di Dunia



Kisah Misteri Penjara Paling Seram Di Dunia | HANTU ada di mana-mana di Alcatraz. itulah ungkapan yang sering keluar jika anda bertnanya kepada penduduk di Amerika Syarikat. Jika satu ketika dulu, pulau yang menempatkan banduan ini tidak boleh dihampiri, kini ia ‘membuka pintu’ kepada pelancong yang berminat untuk mengetahui rahsia penghidupan di dalam penjara. Sebagai pulau terpencil, Alcatraz, penjara yang menempatkan paling ramai pembunuh kejam dan penjenayah licik di dunia, kini menjadi antara tempat pelancongan yang perlu dilawati sekiranya berkunjung ke California, Amerika Syarikat.

Juga dikenali sebagai The Rock, Alcatraz, tidak hanya menyimpan kenangan banduan yang pernah menghuni tempat diberi jolokan Penjara Paling Berhantu Di Dunia’ itu, sebaliknya turut diselubungi 1,001 misteri dan kisah menyeramkan.

Sejak menjadi Penjara Persekutuan pada 1934 hingga penutupannya pada 21 Mac 1963, Alcatraz adalah perhentian terakhir bagi 1,576 penjenayah termasuk pembunuh dan kumpulan samseng. Antara yang pernah tinggal di Alcatraz ialah Al Capone, samseng keturunan Itali yang menguasai Chicago dengan darah dan senjata.

“Saya tidak percaya ada hantu. Namun di Alcatraz, suasananya sungguh berbeza. Pada satu malam saya mendengar bunyi gelas berlaga seolah-olah ada parti sedang berlangsung. Tempat ini amat menyeramkan sebaik gelap. Bulu roma sentiasa meremang" kata Al Capone ketika dipenjarakan di Penjara Alcatra.

Seorang lagi pengawal yang pernah bekerja syif malam mengawal penjara itu selama 10 tahun, Erik Novencido, turut mengalami pengalaman menyeramkan. Dia pernah mengambil gambar bilik terapi kejutan elektrik pada waktu malam untuk ditunjukkan pada seorang rakan.

Apabila filem itu selesai diproses, gambar menunjukkan satu muka yang sedang merenung pegawai tersebut. Manakala Mary McClure, 52, bekas anggota paramedik yang bekerja di situ selama 12 tahun, pernah berasa punggungnya dipicit oleh seseorang walaupun ketika itu beliau sedang bertugas seorang diri. 

Menurut cerita, sel 14D dipercayai antara bilik kurungan yang paling menyeramkan. Pelawat dan pekerja dilaporkan berasa seram sejuk sebaik tiba di sel berkenaan. Kejadian berlaku pada 1940-an apabila seorang banduan yang dikurung di sel 14D menjerit sepanjang malam mengenai satu makhluk dengan mata terbeliak cuba membunuhnya. Keesokan hari, pengawal menemui lelaki itu mati dicekik di dalam sel itu.

Tiada siapa mengaku bertanggungjawab di atas kematian itu. Bagaimanapun, apabila dikira pada keesokan hari, bilangan banduan terlalu ramai, malah sebahagian pengawal mendakwa melihat banduan yang mati itu di celah tahanan lain, sebelum ia lesap dalam sekelip mata.

Sementara itu, Al Capone yang menghabiskan sisa usianya di Alcatraz dengan kesihatan merosot disebabkan penyakit sifilis, suka bermain banjo, sejenis alat muzik bertali seperti gitar, dengan kumpulan pancaragam penjara. Bimbang dibunuh jika berada di luar sel, Capone diberi kebenaran menghabiskan masa lapang berlatih bermain banjo dalam bilik air.

Menariknya, ia tidak terhenti dengan kematian Capone, sebaliknya seorang renjer mendakwa mendengar muzik banjo dimainkan dalam bilik air.Tidak biasa dengan sejarah Alcatraz, renjer berkenaan tidak mengetahui punca bunyi itu dan mendokumentasikan kejadian aneh berkenaan. Pelawat dan pekerja juga melaporkan pernah mendengar bunyi banjo dimainkan.

Perkara pelik lain yang dialami pelawat dan pekerja penjara itu, termasuk terbau asap tetapi tidak menemui api, bunyi tangisan dan mengerang, berasa seram sejuk di bahagian tertentu, malah ada mendakwa ternampak hantu banduan atau anggota tentera.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Misteri Pocong Hutan Lipur Kanching



Kisah Misteri Pocong Hutan Lipur Kanching Akhirnya Terjawab | Pengunjung terutama pelancong asing di kawasan rekreasi air terjun Hutan Lipur Kanching, Rawang didakwa sering diganggu lembaga misteri.

Kelibat lembaga dikatakan berpakaian putih seolah-olah hantu pocong itu menakutkan pengunjung dan ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, menurut penduduk, perbuatan itu merupakan tindakan segelintir individu dipercayai penagih dadah yang mencuri barangan pengunjung.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 35, berkata, beberapa kes dilaporkan berlaku sebelum ini dan kejadian terakhir berlaku dua minggu lepas.

“Individu ini berpakaian seperti hantu untuk menakutkan pengunjung yang berkelah dan apabila pengunjung melarikan diri, barangan mereka akan dicuri. Ada kes pengunjung juga diragut,” jelasnya.


Perkara yang sama pernah berlaku pada empat tahun lalu tetapi selepas individu itu ditangkap oleh pihak berkuasa, ia kini timbul semula.

“Kami penduduk menggelar lembaga itu hantu pocong kerana dia berpakaian dengan menyelubung kepala sebelum meragut dan menyamun mangsa,” jelasnya.

Katanya, lembaga itu disyaki mereka yang mahir selok-belok hutan kerana menjadikan jalan hutan sebagai laluan keluar masuk.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Jalan Seram dan Berpuaka di Kedah


Jalan Berpuaka Di Jalan Titi Haji Idris | Kisah ini adalah mengenai sebuah tempat yang mana sering berlakunya kejadian kemalanganmaut yang membabitkan ramai orang. Lokasi yang di maksudkan adalah di Jalan Titi Haji Idris. Lokasi ini telah dilabel sebagai jalan yang berpuaka sehingga membimbangkan orang ramai. Lihat sahaja keratan di dada-dada akhbar, banyak kemalangan maut yang berlaku di sana. Ikuti beberapa siri kisah mengenai lokasi ini.



JKR Diminta Siasat Jalan Maut

Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta melakukan siasatan di Jalan Titi Haji Idris yang sering menyebabkan kemalangan maut dengan kes terbaru yang membabitkan lima guru persilatan dari Persatuan Persilatan dan Pengendangan Silat Negeri semalam . Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah , Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata , jalan yang kerap mengalami kemalangan itu perlu diberi perhatian bagi mengelak kejadian yang sama berulang . Menurutnya , JKR mungkin dapat membuat kajian di kawasan berkenaan sama ada untuk memperbesarkan jalan atau mengambil langkah lain . “
Tindakan perlu diambil oleh JKR atau Kerajaan Persekutuan sama ada memperbesarkan atau meluruskan jalan berkenaan . “ Langkah ini penting kerana jalan Titi Haji Idris itu merupakan laluan utama pengguna di kawasan berkenaan , “ katanya kepada media ketika melawat mangsa kemalangan di Hospital Sultanah Bahiyah ( HSB ) semalam . Beliau turut melawat Mohd Idris Senafi , 20 yang mengalami kecederaan di bahagian muka dan kaki kanan . Ahmad Bashah berkata , beliau akan menggerakkan UMNO Bahagian di tempat tinggal mangsa untuk menghulurkan bantuan .

Jeritan Minta Tolong dari Dalam Van

Ketika merangkak menuju ke bahagian jalan raya disebabkan betis berasa sakit dan berharap ada kereta yang lalu pada waktu itu , saya mendengar suara merintih meminta tolong datang dari dalam van tetapi saya tidak berdaya untuk berpatah balik membantu , “ kata Ariffin Mahazon , 55 , dari Kampung Tok Led , Jalan Panchur , dekat sini . Dia yang merupakan seorang daripada ahli Kumpulan Seni Rela Bakti dari Rombongan itu hanya mengalami kecederaan di kepala dan menerima enam jahitan . Ariffin berkata , rintihan meminta tolong berkenaan membuatkannya terus mengharapkan sebuah lagi kereta rombongan yang mengekori mereka dari belakang cepat sampai di tempat kejadian .

Menurutnya , sebaik sahaja melihat kereta berkenaan menghampiri tempat kejadian , dia melambaikan tangan dan kereta itu berhenti . “ Lima lagi penumpang di dalam kereta terus mendapatkan saya tetapi saya menyuruh mereka pergi melihat keadaan mangsa lain yang berada di dalam van itu , “ katanya sebak ketika ditemui di rumahnya . Ariffin yang juga Guru Silat Persatuan Silat Gayong Cawangan Kampung Tok Led berkata , suasana kawasan di situ gelap dan mengharapkan lampu daripada kereta sebuah rombongan lagi menyuluh ke arah van terbabit .

Mengimbas kembali sebelum kejadian itu , Ariffin terjaga ketika van itu berhenti di Plaza Tol Pendang , van terus bergerak dan saya sempat bertanya kepada pemandu , Rashidi Ahmad di mana lokasi sekarang dan dia mengatakan bahawa sudah berada berdekatan dengan Langgar . “ Merasakan bahawa sudah hampir sampai , saya mencari kasut dan tunduk untuk memakai kasut dan pada waktu itulah van melanggar pokok , katanya . Menurutnya , pada saat itu dia menyangka bahawa sesuatu buruk berlaku dan berusaha untuk keluar dari van melalui tingkap disebabkan mangsa lain bergelimpangan antara satu sama lain . “ Ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Sultanah Bahiyah ( HSB ) , saya ada terdengar perbualan antara Rashidi dengan petugas ambulans yang mendakwa dia melihat sesuatu benda melintas , katanya .

Sementara itu , seorang lagi anggota rombongan yang menaiki kereta , Mohd Noor Nin berkata , sebelum van berkenaan sampai ke Plaza Tol Pendang , ia memberi isyarat untuk memasuki Kawasan Rehat & Rawat ( R & R ) Gurun tetapi tidak berhenti sebaliknya meneruskan perjalanan . Guru Silat Persatuan Gayong Cawangan Kampung Alor Rela berkata , mungkin disebabkan merasakan bahawa destinasi tempat pulang semakin hampir , dia terus mengekori van itu dari belakang . “ Sesampai sahaja di tempat kejadian saya melihat Ariffin berada di tepi jalan sebelum menyuruh saya memberi bantuan kepada kawan – kawan lain . “ Memang ada orang kata , kalau van berkenaan berhenti di R & R Gurun pasti kemalangan itu tidak berlaku , tetapi itu Cuma andaian . Kalau sudah hendak jadi semua akan jadi , “ katanya .


Senarai mangsa yang maut dalam kemalangan Jalan Titi Haji Idris

Jumaat @ Saad Mat Akir, 62 tahun, Kampung Manggol, Jitra
Juhari Darus, 65 tahun, Kampung Paya, Kodiang
Ahmad Ismail, 65 tahun, Alor Rela, Langgar
Sudin Deris, 65 tahun, Telaga Mas, Langgar
Ishak Awang Kechik @ Hanafiah, 78 tahun, Kampung Tualang, Pokok Sena

Tidak Sempat Berjumpa Keluarga

Kegembiraan rombongan persatuan seni silat Rela Bakti dari Kampung Alor Rela Langgar Pokok Sena bertukar kepada suasana sedih apabila sebuah van yang membawa ahlinya terbabit dalam kemalangan maut awal pagi , semalam . Kemalangan maut itu berlaku kira – kira jam 3.30 pagi berhampiran lampu isyarat Titi Haji Idris dekat Jalan Pendang ke Langgar menyebabkan lima penumpang di dalam van berkenaan maut , seorang berada dalam keadaan kritikal dan sedang mendapat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar manakala tiga lagi hanya mengalami kecederaan ringan .

Sinar Harian yang turut ke lokasi kejadian kira – kira jam 4 pagi , semalam mendapati beberapa pihak iaitu bomba , polis , kakitangan kesihatan cuba mengeluarkan mangsa yang berada dalam keadaan itu . Satu demi satu penumpang yang di bawa keluar didapati sudah meninggal dunia manakala pakaian dan alat – alat muzik yang dibawa turut bertaburan di tempat kejadian . Mereka pergi menyahut panggilan illahi dan tidak kesampaian untuk bertemu keluarga masing – masing walaupun sudah begitu hampir untuk sampai ke rumah atau destinasi masing – masing .

Penyelia Bomba Jalan Raja Alor Setar , Mat Nasir Syafie berkata , setelah mendapat maklumat mengenai kemalangan itu , anggotanya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati semua mangsa yang terbabit adalah warga emas kecuali pemandu van . Menurutnya , anggota bomba mendapati satu mangsa tercampak dari kenderaan ke dalam sawah manakala yang lain berada dalam van . “ Tiga mangsa dikenal pasti meninggal dunia manakala tiga mangsa lain dikejarkan segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan , “ katanya .

Kesan Mendalam atas Pemergian Tok Guru Ahmad

Pemergian Ahmad Ismail , 65 memberi kesan kepada prestasi Kumpulan Gendang Seni Rela Bakti yang kini memang terkenal dalam kalangan masyarakat setempat dan juga di luar Kedah . Yang Dipertua Seni Silat Raja Wali Tunggal Kedah , Riduan Laidin berkata , kehilangan semua guru itu sangat terasa kerana jasa mereka menjadi nadi kepada perkembangan seni silat dan juga seni pergendangan di Kedah .
Menurutnya , mereka sememangnya menjadi penyambung tradisi kepada seni warisan Melayu dan kehilangan ini mampu meninggalkan kesan yang besar kepada bidang berkenaan . “ Kehilangan ini memang memberi kesan kerana mereka terdiri daripada pelbagai aliran seni silat dan menjadi idola kepada pesilat muda , “ katanya . Bagi Guru Silat Persatuan Silat Gayong Cawangan Kampung Tok Led , Ariffin Mahazun , Ahmad menjadi penasihat kepada kumpulan gendang berkenaan .

Menurutnya , kumpulan yang dibentuk pada 2001 dan membawa irama aliran utara itu kini menjadi perhatian pelbagai masyarakat dan sering diundang untuk membuat persembahan pada majlis kenduri kahwin , dijemput pihak sekolah dan juga keraian yang diadakan di luar Kedah . “ Pemergian Ahmad pasti memberi kesan kerana dia adalah tonggak kepada kumpulan ini termasuklah empat lagi yang terkorban di dalam nahas itu , “ katanya .



Ragut ratusan nyawa pengguna jalan

Pelbagai kisah sering diceritakan penduduk kawasan Pendang terutamanya mereka yang daripada beberapa kampung berhampiran sepanjang laluan Titi Haji Idris yang dikatakan mempunyai perkara misteri di situ . Sinar Harian cuba membongkar cerita mengenai jalan itu yang dikatakan mempunyai kejadian pelik sehingga meragut banyak nyawa penggunanya termasuk lima guru silat yang maut dalam kemalangan di laluan sama , kelmarin .

Selain itu , difahamkan laluan itu sentiasa dilalui pelbagai kenderaan dan menjadi jalan utama pengguna sejak ia diturap untuk ke Langgar , Pokok Sena dan Pendang . Seorang mangsa kemalangan , Ahmad Jaafar , 47 , dari Perumahan Keda Tanjung Setol turut berkongsi pengalaman di sebalik kejadian kemalangan yang berlaku pada dirinya ketika memandu lori tanah di laluan itu kira – kira awal Februari 2009 .

Menurutnya , kemalangan itu berlaku di jalan yang sama iaitu dari arah Langgar ke Pendang apabila lori yang dipandunya itu terbabas di tepi kawasan sawah sehingga melanggar tiga pokok besar di bahu jalan itu sehingga semua pokok itu patah . “ Kemalangan itu menyebabkan seluruh bahagian hadapan lori saya remuk teruk , namun saya bersyukur kerana saya tidak mengalami apa – apa kecederaan kecuali masalah pada urat saraf bahagian lutut sahaja . “ Kejadian yang berlaku kira – kira jam 10 pagi ketika saya dalam perjalanan dari Tanjung Bendahara Alor Setar menuju ke Tobiar itu tidak dijangka apabila saya memandu dalam kelajuan 60 kilometer sejam sahaja dengan penuh berhati – hati dan berwaspada ,namun tiba – tiba stereng lori saya dipulas kuat oleh satu ‘ benda ‘ kea rah kiri jalan sehingga melanggar pokok , “ katanya .

Ahmad berkata , dia bergelut dengan ‘ benda itu ‘ dengan mengawal stereng lorinya , namun tidak terdaya memandangkan stereng lorinya ketika itu terlalu berat . “ Selepas kejadian itu , keadaan diri saya tidak bermaya seolah – olah ada ‘ benda halus ‘ yang menumpang pada diri saya apabila seluruh badan terasa berat . “ Pelbagai ubat daripada hospital dan klinik telah saya makan , namun keadaan saya tidak berubah dan menyebabkan saya pergi berubat secara tradisional kepada seorang bomoh . Namun saya dimaklumkan oleh bomoh berkenaan bahawa ada ‘ benda misteri ‘ yang menumpangkan pada diri saya pulang ke rumah , “ katanya .

Menurutnya , dia cuba mengikut perubatan yang dilakukan secara tradisional apabila bomoh berkenaan memandikan seluruh badannya dan membawanya melepaskan ‘ benda halus ‘ di jalan terbalit di mana tempat kemalangan berlaku . Sementara itu , pihak bertanggungjawab membuat pemeriksaan terhadap lorinya , namun dimaklumkan keadaan lori itu tidak mengalami sebarang masalah ketika kejadian terbabit . Selain itu , Chik Abdullah , 59 , menceritakan bahawa jalan itu turut meragut nyawa dua kakaknya . “ Kakak sulung saya iaitu Pura Abdullah , 63 , meninggal dunia 10 tahun lalu manakala kakak bongsu saya meninggal pada 2009 di lokasi yang sama dan cara kemalangan yang sama apabila motosikal yang ditunggang mereka dilanggar kereta dari arah belakang . “ Saya tidak menyangka nyawa dua kakak saya berakhir di jalan itu apabila mereka mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala , “ katanya .

Jalan Misteri Perlu ‘Dipulihkan’

Penduduk di beberapa kampung sekitar Jalan Titi Haji Idris dekat sini menyarankan supaya laluan yang dianggap misteri dan lubuk maut kerana banyak meragut nyawa pengguna jalan raya itu perlu dipulihkan dengan segera bagi mengelak lebih ramai lagi nyawa pengguna jalan itu terkorban .

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Alor Pudak, Yaakob Yunus berkata, hampir setiap hari berlaku kemalangan di jalan itu dan dia yakin beberapa kejadian kemalangan yang meragut nyawa di situ ada berkaitan dengan kejadian misteri yang sering diperkatakan ramai pengguna .

“Saya yakin terdapat benda misteri yang sering mengganggu pengguna jalan raya kerana banyak yang maut di jalan itu adalah disebabkan kenderaan mereka terbabas sendiri dan melanggar pokok di bahu jalan” katanya kepada sinar harian .
Yaakob berkata beliau meminta mana–mana pakar perubatan tradisional yang mahir mengenai kejadian misteri ini tampil bagi memulihkan laluan itu demi menyelamatkan ramai lagi nyawa .

“Kami tidak mempunyai wang untuk menanggung segala perbelanjaan perubatan untuk memulihkan laluan itu namun kami meminta mana–mana bomoh yang sukarela membongkar misteri yang diperkatakan ramai pengguna jalan itu, tampil membantu .
“Saya cadangkan supaya jalan itu dipulihkan dengan segera bagi memastikan sama ada benar atau tidak dakwaan yang diperkatakan ramai penduduk termasuk pemandu van ternampak lembu melintas menyebabkan van yang dipandunya itu terbabas sehingga beberapa guru silat terkorban” katanya .

Menurutnya, sebelum kejadian meragut nyawa enam guru silat baru-baru ini, dia juga banyak mendengar kisah misteri mengenai jalan itu oleh mangsa kemalangan yang tidak maut sehinggakan banyak mangsa yang pergi melepas kembali benda misteri itu di tempat kejadian .

“Cerita misteri yang dihebah oleh orang ramai berkemungkinan benar kerana banyak pengguna yang diganggu adalah ketika mereka melalui jalan itu antara jam 12 tengah malam sehingga awal pagi .

“Mereka yang masih belum ‘tersua’ sahaja yang masih bercakap besar dan menolak kisah misteri tentang jalan ini. Namun bagi mereka yang pernah alaminya perkara ini dianggap wajar” katanya .

Kakitangan JPJ Maut Kereta Terbabas


Alor Setar, 18 Mei 2012 – Niat seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah untuk melihat sepupunya yang terbabit dalam kemalangan tidak kesampaian apabila maut setelah kereta yang dinaikinya terbabas ke dalam longkang di Alor Pundak, Pendang.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Pn.Zahidatul Akmam Che Lah, 28, yang menaiki kereta Proton Wira bersama sepupunya, Mohd.Haris Mohd.Sobri, 17, dalam perjalanan menuju ke Alor Ponti untuk meninjau keadaan adik Mohd.Haris, Mohd.Hanif, 15 yang terlibat dalam kemalangan di situ.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Manakala Mohd.Haris pula mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Ibu mangsa, Pn.Som Abd.Ghani, 57, berkata, pada jam 7.30 pagi, mereka menerima berita tentang kemalangan yang menimpa Mohd.Hanif sewaktu dia sedang dalam perjalanan menaiki motosikal untuk ke tempat tuisyen di Tanah Merah, Pendang.
Pn.Som bersama menantunya, En.Ahmad Nazri Ismail, 29 iaitu suami Pn.Zahidatul serta ahli keluarga Mohd.Hanif menaiki kereta berlainan untuk melihat keadaan Mohd.Hanif.

‘Anak saya serta Mohd.Haris pula berada dalam kereta berasingan mengikut kereta kami dari belakang. Namun bila tiba di lokasi kemalangan di Alor Ponti, kereta yag dinaiki anak saya masih belum tiba’ kata Pn.Som
Menurutnya, dia mula risau apabila Pn.Zahidatul yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu tidak menjawab panggilan telefon. ‘Saya dan suaminya cuba menelefon Zahidatul beberapa kali, namun tidak dijawab dan saya mula terasa ada sesuatu yang tidak elok berlaku’ ‘Telahan saya betul kerana tidak lama kemudian saya menerima berita tentang kemalangan yang menimpa anak saya di Alor Pudak yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kemalangan yang menimpa Mohd.Hanif’
Katanya Pn.Som, dia masih terkejut dengan kejadian yang menimpa anaknya kerana tidak menyangka anaknya pula yang akan maut dalam kemalangan. Namun dia reda dengan apa yang berlaku.

Laluan Misteri Ragut Nyawa

Pendang, 19 Mei 2012 – Kejadian kemalangan yang meragut nyawa kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Pn.Zahidatul Akmam Che Lah, 28, dekat Jalan Alor Pudak semalam dipercayai bersabit gangguan ‘makhluk halus’ di laluan berkenaan.
Penduduk, En.Johari Ismail berkata, kejadian kemalangan maut itu berkemungkinan disebabkan oleh gangguan makhluk halus yang sering kali dilihat melintasi oleh penduduk setempat dan para pengguna yang melalui jalan ini.
Manurutnya, sudah terlalu banyak kemalangan maut yang berlaku di Jalan Titi Haji Idris dekat Alor Pudak yang meragut nyawa walaupun hanya menyebabkan kenderaan dipandu terbabas ke kiri atau kanan jalan di laluan ini.

Laluan ini sudah terkenal dengan gelaran ‘Jalan Puaka’ kerana sering meragut nyawa dan boleh dikatakan hampir semua kes kemalangan yang berlaku adalah disebabkan makhlus halus yang melintas ketika kenderaan melalui jalan ini”
“Majoriti penduduk kawasan ini telah mengetahui kisah misteri di laluan ini dan sentiasa berhati-hati terutama pada waktu malam” kata En.Johari En.Johari yang juga selaku Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Seri Pudak berkata, sebagai pemimpin kampung, pihaknya mengharapkan supaya pihak berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya berkaitan jalan terbabit.

“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) juga perlu mengambil tindakan seperti membuat garisan kuning di laluan itu supaya pemandu sentiasa berhati-hati” katanya.


Dah baca klik LIKE (^_^)

Reaksi Perempuan Bila Main Game

Reaksi pompuan bila main game..hahaha


Dah baca klik LIKE (^_^)

Misteri Manusia Gergasi




Sains mengatakan bahawa bangsa-bangsa manusia gergasi tidak wujud. Adakah gergasi pernah hidup di Bumi? "Tapak kaki Goliath", adalah panggilan penduduk tempatan terhadap tapak kaki gergasi ini. Ia menjadi salah satu daripada rahsia Afrika Selatan.

Michael Tellinger menunjukkan salah satu gambar bukti yang terbaik bahawa terdapat gergasi di Bumi pada masa dahulu kala. Ahli-ahli geologi amat kagum dengan penemuan bekas tapak kaki gergasi ini yang berada dalam batuan granit kasar, iaitu kira-kira 4 kaki panjang.

Ia terletak di Afrika Selatan, berhampiran bandar Mpaluzi, berhampiran dengan sempadan Swaziland. Ia adalah dianggarkan antara 200 juta dan 3 bilion tahun berdasarkan pemahaman yang sedia ada sekarang hasil daripada pembentukan granites dalam pembentukan Bumi.

Pada tahun 1877 pencari gali di luar Eureka Nevada mendapati kaki manusia yang terputus ditemui melekat daripada batu kuarzit pepejal merah yang berasal dari masa dinosaur. Doktor-doktor perubatan telah mengkaji tulang dan menyatakan bahawa ia telah dimiliki oleh seorang manusia yang sangat moden. Yang menarik adalah saiz tulang. Mereka mengukur kira-kira 39 inchi dari tumit ke lutut. Pemilik tulang ini mungkin berukuran 12 kaki tinggi. Cerita ini banyak disiarkan dalam akhbar-akhbar masa itu.

Di Nevada, di wilayah Barat Daya Amerika Syarikat, satu puak asli iaitu Paiute Indians yang tinggal disitu menceritakan terdapat kumpulan gergasi berambut merah dengan ketinggian melebihi 12 kaki tinggal disitu sebelum puak itu mendiami kawasan itu. Gergasi-gergasi ini suka makan manusia dari puak Paiute dan ini menyebabkan puak Paiute menyerang hendap gergasi-gergasi itu. Gergasi-gergasi itu mendapat perlindungan di sebuah gua yang dikenali sekarang Gua Lovelock. Akhirnya, puak Paiute membakar gua tersebut dan memanah mati gergasi-gergasi itu.
Pada tahun 1911, pemungut tahi kelawar mula bekerja di dalam gua yang sama. Selepas menggali empat kaki, mereka mendapati banyak anak panah patah telah dilepaskan ke dalam gua itu sepertimana yang diceritakan oleh puak Paiute serta lain-lain artifak menarik, dan mereka juga menemui gergasi berambut merah. Walaubagaimanapun, hanya terdapat mumia dan rangka antara ketinggian dari 8 hingga 11 kaki.  

Terpulang kepada anda untuk membuat perbandingan ketinggian berdasarkan salah satu gambar tulang rahang gergasi dan rahang gigi seorang lelaki biasa.

Gambar National Geographic dari tahun 1920-an 


Roy Chapman Andrews mengambil gambar lelaki 7 kaki lima inci ini pada tahun 1922 diUlaanbaatar. Gambar ini tidak pernah disiarkan dalam berita ataupun majalah.





Dah baca klik LIKE (^_^)

Kereta Terhumban Elak Pocong


Pocong punca kereta terhumban
Jentera pembajak sawah digunakan untuk menarik kereta berkenaan.
Pocong punca kereta terhumban
Adik Janariah bersama seorang rakan menarik kereta kakaknya yang terhumban ke dalam parit.
KUALA KURAU - Seorang pekerja kilang nyaris maut apabila kereta dipandunya terhumban ke dalam parit akibat cuba mengelak objek misteri seperti pocong yang merintangi jalan di Kampung Sungai Baru, di sini, semalam.

Mangsa yang hanya dikenali Janariah, 38, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 6.15 pagi itu, dia yang memandu kereta jenis Perodua Kancil dalam perjalanan ke tempat kerja.

Menurutnya, keadaan ketika itu masih gelap dan ketika melalui laluan itu, dia terlihat objek aneh berwarna putih berada di atas jalan.

“Saya cuba mengenal pasti objek tersebut dan terkejut mendapati ia seakan-akan hantu pocong yang muncul  tiba-tiba di atas jalan.

“Akibatnya, saya tidak dapat mengawal kenderaan dan terus menjunam ke dalam parit yang terletak di tepi jalan berkenaan,” katanya sewaktu ditemui media di sini semalam.

Janariah berkata, walaupun keretanya hampir tenggelam di dalam parit,  dia tidak keluar dari kenderaan berkenaan akibat berasa takut mengenangkan objek mistik putih yang dilihatnya.

Jelasnya, bagaimanapun, dia sempat menelefon adiknya untuk meminta bantuan dan menceritakan kejadian yang menimpa dirinya.

Sahabat karib mangsa yang hanya dikenali Hayuzzi berkata, sewaktu kejadian berlaku, dia dalam perjalanan ke sebuah pasar awam di Tanjung Piandang untuk membeli barangan perniagaan.

Katanya, dia terkejut melihat kelibat manusia dan cahaya lampu dari dalam parit.

“Setibanya di lokasi kejadian, saya sekali lagi terkejut apabila mengetahui kelibat itu adalah rakan karib saya yang tinggal berhampiran rumah.

“Keadaan mangsa pada waktu itu seperti terpinga-pinga dan tidak mampu bercakap,” katanya.

Hayuzzi berkata, setelah pulang ke rumah barulah Janariah menceritakan punca kemalangan berlaku kepada orang kampung.

“Ini merupakan kejadian kemalangan kedua berlaku di laluan itu melibatkan kenderaan terhumban setelah terlihat sebuah objek aneh dalam tempoh dua tahun,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Dah baca klik LIKE (^_^)

Umur Pelakon the Expendable 2

Umur dah lanjut taraf atuk-atuk yang kena rehat kat atas kerusi baring. Tapi diorang ni masih lagi stamina tinggi. Wacaya sama luu


Dah baca klik LIKE (^_^)

Apabila Labah-Labah Menguasai Sebatang Pokok

Macam web spiderman



Dah baca klik LIKE (^_^)

Rumah Batu Flintstone


Jika anda mempunyai RM106.76 Juta, rumah ini akan menjadi milik anda. Ya Bada Badoo!


Dah baca klik LIKE (^_^)

Batu Bata Diperbuat Daripada Darah


Bata ini dicipta oleh Jack Munroe seorang arkitek yang menggunakan kajian ini untuk mendapatkan MASTER di University of Westminster. Bata ini menggunakan darah lembu dan dicampur dengan pasir kemudian ia dipanaskan selama 1 jam dalam suhu 70c.



Dah baca klik LIKE (^_^)

Kucing Yang Pandai Mengurut


Agak cute anak kucing bila bila si putih datang dan yang kelabu pula urut perut si putih,




Dah baca klik LIKE (^_^)

Pengganas Lahad Datu Guna Ilmu Sihir Kelas Pertama?


PERANG LAHAD DATU: Tangkal kalimah celah kangkang, pengganas amal sihir kelas pertama


Tangkal bertulis kalimah al-Quran ditemui pada mayat seorang daripada pengganas dan amat menyedihkan kerana tangkal itu turut dipakai di celah kelangkang.

Gambar: PERANG LAHAD DATU: Tangkal kalimah celah kangkang, pengganas amal sihir kelas pertama

Tangkal bertulis kalimah al-Quran ditemui pada mayat seorang daripada pengganas dan amat menyedihkan kerana tangkal itu turut dipakai di celah kelangkang.

Menurut sumber, tangkal itu ditemui pada mayat pengganas yang ditembak ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara di Kampung Tanduo, dekat sini, jam 6.45 pagi kelmarin.

“Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota pasukan keselamatan terkejut menemui tangkal dengan kalimah al-Quran yang dipakai di celah kelangkang serta di pinggang.

“Kemungkinan pemakaian tangkal itu bertujuan menjadikan mereka kebal, namun terbukti perbuatan itu sebenarnya sekadar amalan syirik kerana dia akhirnya terbunuh akibat terkena tembakan,” katanya.
Pengamal perubatan Islam Sharhan Shafie ketika mengulas tindakan pengganas Sulu itu memakai tangkal berkenaan berkata, ia dianggap sebagai amalan sihir kelas pertama.

“Dalam pengamalan sihir ini, semakin Allah murka, semakin ilmu itu menjadi. “Mungkin itu pertimbangan pengganas terbabit menyebabkan dia tergamak meletakkan ayat al-Quran di tempat yang tidak bersih kerana hampir dengan kemaluan,” katanya.

Menurutnya, pemakai tangkal seperti itu yakin pihak musuh menghadapi kesukaran ketika berdepan mereka dengan bantuan ghaib termasuk pandangan dialihkan menyebabkan mereka terselamat walaupun berada dalam kepungan.

“Ia dimurkai Allah selain sihir kelas pertama seperti dinyatakan Rasulullah. Saya syorkan anggota keselamatan beragama Islam membaca surah al-Furqan ayat 23 bagi menghindari sihir diamalkan musuh,” katanya.

Menurut sumber, tangkal itu ditemui pada mayat pengganas yang ditembak ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara di Kampung Tanduo, dekat sini, jam 6.45 pagi kelmarin.

“Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota pasukan keselamatan terkejut menemui tangkal dengan kalimah al-Quran yang dipakai di celah kelangkang serta di pinggang.

“Kemungkinan pemakaian tangkal itu bertujuan menjadikan mereka kebal, namun terbukti perbuatan itu sebenarnya sekadar amalan syirik kerana dia akhirnya terbunuh akibat terkena tembakan,” katanya.
Pengamal perubatan Islam Sharhan Shafie ketika mengulas tindakan pengganas Sulu itu memakai tangkal berkenaan berkata, ia dianggap sebagai amalan sihir kelas pertama.

“Dalam pengamalan sihir ini, semakin Allah murka, semakin ilmu itu menjadi. “Mungkin itu pertimbangan pengganas terbabit menyebabkan dia tergamak meletakkan ayat al-Quran di tempat yang tidak bersih kerana hampir dengan kemaluan,” katanya.

Menurutnya, pemakai tangkal seperti itu yakin pihak musuh menghadapi kesukaran ketika berdepan mereka dengan bantuan ghaib termasuk pandangan dialihkan menyebabkan mereka terselamat walaupun berada dalam kepungan.

“Ia dimurkai Allah selain sihir kelas pertama seperti dinyatakan Rasulullah. Saya syorkan anggota keselamatan beragama Islam membaca surah al-Furqan ayat 23 bagi menghindari sihir diamalkan musuh,” katanya.   VW AUTO Memang Menarik!!


Dah baca klik LIKE (^_^)