Pelik Bayi Muncul Dari Dalam Lumpur

Bayi muncul dari dalam tanah, ini benar-benar cerita nyata dan bukan cerita dongeng untuk menarik pembaca. Mungkin anda membuat kesimpulan bahawa bayi tersebut adalah bayi jadi-jadian, bayi ajaib atau bayi yang di buang oleh orang tuanya kerana berasal dari hubungan gelap mereka. Ketika di temui pun bayi ini menimbulkan banyak soalan, bagaimana mungkin seorang bayi muncul dari dalam tanah? Mungkinkah bumi melahirkan seorang anak manusia secara nyata? Berikut ini ceritanya.

Kisah ini terjadi di Bangladesh.Suatu petang seorang lelaki melintas pada sebuah jalan yang rosak dan telah porak peranda di Gerus ganasnya banjir di kota Bangladesh. Secara tidak sedar telinganya menangkap suara tangisan bayi, menurut lelaki ini suara bayi tersebut adalah sebuah keanehan kerana disekitar tempat tersebut sudah tidak lagi di dapati rumah, kerana bangunan-bangunan di kawasan tersebut sudah rata dengan tanah. Yang membuat lelaki ini semakin penuh tanda tanya adalah suara tersebut seolah-olah berasal dari dalam tanah.

Tidak menunggu lama lelaki tersebut terus mencari suara bayi yang sepertinya berasal dari dalam tanah. Alangkah terkejutnya lelaki ini ketika melihat pemandangan ganjil di depan matanya, seorang bayi kecil masih merah ada di antara belahan lumpur bekas banjir dan seperti muncul dari dalam tanah.

Masyarakat setempat ketika itu diliputi pelbagai macam soalan, bagaimana mungkin bayi muncul dari dalam tanah. Akhirnya salah seorang warga mencari sebuah idea yang bersandar oleh perkiraannya. dia menjangkakan bayi tersebut lahir dari perempuan mangsa banjir yang belum lama menimpa kawasan tersebut. Idea penggalian tempat di temukannya bayi tadipun muncul, ternyata benar di tempat tersebut di dapati mayat yang di kenali oleh masyarakat setempat sebagai perempuan yang hampir melahirkan sebelum berlakunya bencana banjir di tempat tersebut. Saat mayat di temui, pada mayat wanita malang ini masih terdapat tanda-tanda seperti orang baru melahirkan.







Dah baca klik LIKE (^_^)

No comments: