Oh!

Tak Mungkin Benar!

04 February 2013

Kanak-kanak 3 Tahun Seberat 60kg

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/03/22/article-1368772-0B480E2700000578-918_634x422.jpg
Kanak-kanak ini berasal dari perkampungan Dashan, China dan mempunyai berat yang luar biasa iaitu 60kg pada usianya yang sangatlah muda.
Lu Hao nama diberi yang kini berada pada tahap obes yang kritikal mempunyai berat 5 kali ganda dari kanak-kanak yang seusianya, juga melebihi berat penulis sendiri iaitu sebanyak 55kg sahaja (tertakhluk pada terma dan syarat).
http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/03/22/article-1368772-0B480CDE00000578-770_634x433.jpg
Kadar kenaikan berat Lu Hao adalah sangat membimbangkan kepada ayah dan ibunya. Menurut mereka, berkali-kali mereka cuba untuk mengawal selera makan anaknya itu, namun mereka tidak mampu menghalang kerana takut akan ‘raksasa’ ini.
Apa yang peliknya tentang kanak-kanak ini ialah, ketika dilahirkan, beliau disahkan underweight dengan 2.5kg sahaja. Namun, dalam masa3 bulan sahaja berat nya sudah mencapai tahap overweight.
Kanak-kanak ini tidak diterima oleh mana-mana pusat jagaan kanak-kanak kerana dikhuatiri dengan badannya yang gedempol itu, beliau akan menjadi pembuli kanak-kanak lain.
Menurut bapanya, Lu Yuncheng, kanak-kanak ini mempunyai selera makan yang sangat tinggi dimana beliau akan makan 4-6 mangkuk nasik setiap kali makan yang mana sudah melebihi dari jumlah bapa dan emaknya makan.
Tahun lepas kanak-kanak ini pernah dibawa berjumpa doktor-doktor pakar, dan doktor berkenaan berpendapat ianya adalah kerana gangguan hormonnya.
PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.


Dah baca klik LIKE (^_^)

No comments: