Oh!

Tak Mungkin Benar!

18 November 2011

Khairul Fahmi Che Mat Rebah Menendang Bola Akibat Dijampi Peminat Indonesia?



Saya pasti anda semua pasti menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia semalam(17.11.2011) kan? Nampaknya pasukan harimau Malaya berjaya membenam pasukan Garuda Indonesia yang handal-handal belaka bagai mempunyai ilmu kebal tu. Tahniah buat pasukan Malaysia.

Sengit benar perlawanan dengan aksi-aksi cemas dan mendebarkan. Antara aksi yang mencemaskan adalah penjaga gol harapan pasukan kita yang terjatuh dan cedera seketika ketika menendang bola, pasti ramai yang risau ketika itu kalau abang apek kita ni terpaksa ditukarkan dengan penjaga gol lain akibat kecederaan. Namun akhirnya sihat kembali selepas dirawat segera. Ada la dengar-dengar cerita yang ada peminat fanatik Indonesia pakai bomoh nak cederakan pemain-pemain kita terutama penjaga gol kita tuh. Ish2 khurafat betul lah sape yang buat cerita macam tuh kan. Semua tu semuanya kebetulan sahaja. Tak best lah main bomoh-bomoh ni ketinggalan zaman betul.



Bukan main riuh rendah sorakan penonton pada saat perlawanan bermula namun seramai hampir 100,000 penyokong Indonesia senyap sunyi sahaja disaat2 akhir perlawanan sebab dah tahu akan dikalahkan apabila perlawanan kelihatan banyak memberi kelebihan pada Malaysia huhuhu..Syabas buat pasukan Malaysia! Usaha lagi!! :)



Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

No comments: