Rumah Wardina Dirompak

Personaliti TV, Wardina Safiyyah Fadlullah, 33, kerugian kira-kira RM20,000 selepas rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa di sini dirompak oleh tiga lelaki yang memakai tudung. 

Perompak berkenaan dipercayai warga Indonesia berdasarkan kepada percakapan mereka.
Ketika kejadian yang berlaku pada jam 3.15 pagi itu, suami Wardina, Ikhwan Johari, 36, dipukul di kepala dan kaki menggunakan pemutar skru serta batang kayu sebelum diikat menggunakan wayar selama 45 minit.




Takziah buat Wardina Safiyyah sekeluarga yang baru ditimpa musibah pagi tadi, rumahnya dirompak. 5 laptop dicuri, handbagnya juga. Dia dan anak2 ok tapi masih dalam trauma. Suami dipukul. Inna lillah wa inna ilaihi raji'un. Doakan kesejahteraan beliau dan keluarga, sahabat semua.