Oh!

Tak Mungkin Benar!

27 March 2011

Murid Tahun 1 Mati Dibelasah Guru

ZIARAH… guru serta kenalan keluarga mengusung jenazah Saiful di Masjid Ar-Rahman di Jejawi Dalam, Kangar, petang semalam.

Apa nak jadi. Kebanyakkan kisah yang kita dengar jika melibatkan pergaduhan dan selalunya belasah sampai mati, agak kerap kali berlaku di Sekolah Agama. Ke mana perginya sahsiah diri pelajar dan guru dan ke mana perginya segala pengajaran agama yang diberi sehingga begitu mudah melakukan sesuatu mengikut nafsu peribadi.

Apapun bagi kami, itu normal. Nama pun sekolah agama dan pastinya lebih banyak iblis dan syaitan yang cuba menghampiri tempat-tempat sebgitu untuk terus menyesatkan umat manusia.

Dan kejadian baru-baru ini melibatkan seorang pelajar tahun 1 iaitu Saiful Syazani Saiful Sopfidee yang dibelasah sehingga koma oleh guru sekolahnya atas sebab dituduh mencuri wang RM7 milik rakan sekelas mangsa. Paling menyedihkan, apabila pelajar tersebut yang ketiadaan ibu dan juga anak tunggal menghembuskan nafas terakhir di ICU akibat pendarahan dalaman.

Bayangkan, hanya kerana RM7, tergamak guru tersebut meragut nyawa budak yang baru ingin kenal dunia. Kalau benar guru tersebut bersalah, harap hukuman yang setimpal dapat diberikan kepadanya agar menjadi contoh dan pengajaran kepada yang lain.

1 comment:

azim_3110 said...

emmm..ada update berita lepas tu???mmg xdisiar kan dlm TV..namun ade sorg blogger mengatakan itu sebenarnya tak betul..difahamkan guru dan sekolah tersebut...emmm...ade kaitan la ngan politik...sebab tu maklumat diputar belitkan..

lagipun macam xmasuk akal tindakan guru tu..so sorg blogger ni pergi siasat memandangkan beliau ade kenal rakan kepada guru tersebut yg merupakan rakan sekerja..cerita sbenarnya yg sy ingat, guru tu just ikat tangan arwah, kemudian tak lama lepas tu beliau keluar untuk menyelesaikan urusan, lalu mengunci pintu bilik dan membiarkan arwah kat dalam bilik tu selama beberapa jam..sekembalinya arwah dah dalam keadaan longlai.. wallahua'lam..