Oh!

Tak Mungkin Benar!

15 October 2011

Minum Petrol Selama 42 Tahun - Ketagih Punya Pasal

\

Chen Dejun yang berusia 71 tahun, tinggal di dalam pondok uzur di sebuah bukit di dekat Bandar Shuijiang, mukim Nanchuan di barat daya daerah Chongqin, mendakwa dia minum minyak petrol selama 42 tahun.


Chen yang bertubuh pendek dan kurus berkata, dia minum tiga hingga 3.5 liter minyak petrol sebulan yang dibeli di sebuah stesen minyak di kaki bukit. Dikalangan penduduk setempat, Chen dikenali sebagai seorang pemahat batu dan pengayam buluh yang pandai berniaga. Dia juga dikenali kerana gemar minum minyak petrol.


Dia mula minum minyak petrol pada 1969 apabila dia mula batuk dan dadanya terasa sakit. Setelah mencuba pelbagai ubat, penyakitnya masih tidak sembuh, dia mula mengikut petua orang tua dan minum minyak tanah.


Penyakitnya sembuh, dan sejak hari itu, dia mula ketagih minyak tanah. Dia kemudian berubah selera dan minum minyak petrol pula. Kata Chen sukar untuk dia menganggarkan berapa banyak minyak petrol yang diminumnya sepanjang hidupnya, tetapi menurut sebuah akhbar, Chen telah minum sekurang-kurangnya 1.5 tan minyak petrol sejak 42 tahun.


Isteri Chen, Yuan Huibi dan tiga anak lelaki mereka, telah berkali cuba untuk menghentikan ketagihannya kepada minyak petrol tetapi usaha mereka menyebabkan hubungan keluarga menjadi tegang. Lapan tahun lalu, Chen terus pindah ke pondok untuk hidup sendirian.

Sumber dari Hospital Honglou di Chongqin berkata, kesihatan Chen baik walaupun dia mempunya simptom emfisema (penyakit paru-paru) tetapi Chen tidak mahu mendapatkan pemeriksaan percuma di hospital.







6 comments:

Haszrol said...

dia pakai enjin apa? turbo ker NA? :)

naga said...

mungkin tubuh dia pelukan petrol untuk menjana semua organ....sape tau kan? manusia pelik membuat kita berfikiran pelik juga...kih..kih..kih..

Unknown said...

mau berapi perot ni

mya bajuri said...

hebat giler dia!

Anonymous said...

adoii pak cik ni..kang kalau isap rokok,mau terbakar perut.he2.~minum air suam lagi elok~

CikNuwairah said...

sedap ke?ada rasa sirap limau x??:P