Oh!

Tak Mungkin Benar!

20 October 2011

Kenapa Saya Guna Laptop Asus Update Blog?


Entri kali ini lebih santai iaitu saya nak cerita pulak kenapa jenama Asus menjadi pilihan berbanding jenama lain macam Acer, Compaq, Dell dll tuh. Pilihan yang saya buat ni mungkin agak berbeza dengan majoriti pengguna terutamanya pelajar yang kebanyakannya memilih jenama Acer dan Compaq. Dan dengan laptop ni la saya selalu guna update blog hohoho..

Saya buat dalam bentuk point dengan sedikit huraian berdasarkan ‘ simple research’ yang saya buat dalam tempoh dua minggu pencarian. Jom kita usya kat skang.

1. Pengeluar motherboard terbesar dan no 1 di dunia

Satu daripada tiga desktop adalah dikuasakan oleh motherboard Asus dengan penguasaan pasaran motherboard dunia sebanyak 40 peratus. Asus juga diiktiraf sebagai pengeluar motherboard terbaik selama enam tahun berturut-turut dan ramai gamers yang pakai jenama ni kat desktop masing-masing. Motherboard memang benda yang sangat penting sebab kos pembaikannya adalah tinggi jika mengalami sebarang kerosakan (kebiasaannya kena tukar baru terus). Jadi, memang kena cari motherboard yang reliable la sebab laptop sebelum ni kong pun adalah berpunca daripada kerosakan motherboard. Malas den nak pegi service center selalu walaupun dekat gile dengan rumah.

Dari segi ranking pengeluar, Asus menduduki tempat ketiga selepas Acer dan HP. Ranking ni berdasarkan bilangan unit yang dieksport ke negara-negara yang menjadi pasaran mereka pada suku ke-3 2010.

2. 2 Years Global Warranty (default)

Warranty memang benda yang sangat penting sebab benda yang korang beli tu bukannya murah kan? Tambah pulak laptop sekarang tak semuanya tahan bertahun-tahun macam laptop zaman dulu. So, warranty la yang boleh menyelamatkan duit korang.

Semua laptop Asus didatangkan sekali dengan 2 tahun jaminan (kecuali netbook) jika berlaku kerosakan dan korang boleh claim warranty kat mana-mana service center Asus di seluruh dunia. Sesuai sangatlah untuk yang selalu travel.

Kebanyakan pengeluar laptop lain hanya letak setahun jaminan sahaja. Kalau nak extend korang kena bayar sket (lebih kurang RM100- RM200, bergantung pada model) dan tak semua model yang boleh dilanjutkan tempoh jaminannya. Bila dah dapat 2 tahun tak payah nak pening-pening kepala dah. Malangnya laptop suka rosak lepas tamat tempoh jaminan. Macam tau-tau je diorang ni.

3. Telah Teruji Dalam Keadaan Ekstrem

Laptop Asus pernah dibawa dan digunakan di kawasan ekstrem antaranya Gunung Everest, 600 hari beroperasi tanpa gagal dalam misi di angkasa lepas, off-road car race, digunakan dalam helikopter unit penyelamat dan macam-macam lagi.

Takdela pulak nak angkut benda alah ni ke tempat-tempat macam tu. Tapi contoh kat atas tadi menunjukkan yang laptop Asus telah teruji dengan persekitaran ekstrem dan bukan sesuatu yang mustahil untuk teknologi yang sama digunapakai dalam pengeluaran model laptopnya untuk kegunaan orang biasa macam saya.

Laptop Asus juga telah menjalani beberapa ujian ketahanan antaranya vibration test, hinge test, shock test, pressure test, drop test dan twist test. Mungkin ada yang tak faham dan korang boleh tengok kat sini untuk pencerahan.

Tapi kalau korang pegi hempas laptop tu memang komfem rosak punya. Hahaha… Jadi sila jaga dengan baik!

4. Kebarangkalian Untuk Cepat Rosak Adalah Rendah

Graf kat atas tu dikeluarkan oleh Rescuecom (untuk tahun 2010 tak silap) iaitu syarikat membaiki komputer terkenal kat US. Dalam unjuran 3 tahun, laptop Asus 40 peratus lebih reliable daripada HP dan encik Acer. Kalau tengok jenama HP, satu daripada empat laptop keluarannya mungkin akan buat hal. Sekarang mungkin dah improve kot sebab logiknya tak kan diorang goyang kaki je bila tengok graf ni betul tak?


Data untuk graf tu diorang dapat berdasarkan daripada bilangan call pasal kerosakan yang dibuat oleh pelanggan kepada mereka. Lagi rendah grafnya lagi baik.

Apa pun itu hanya kajian sahaja dan mungkin agak berbeza dari tahun ke tahun. Biase la benda buat dalam mod mass production (buat dalam kuantiti yang banyak), mesti ada defect punya untuk sebahagian model yang dikeluarkan tanpa mengira jenama apa sekalipun dan kerana itulah warranty disediakan untuk melindungi pembeli macam kita semua.

Mana Yang Bagus?

Soalan ni sangat subjektif sebab semuanya bagus tapi nak cari yang paling best dan kena pulak dengan bajet yang kita sanggup keluarkan. Kalau memang tak bagus dah lama dah syarikat tu bankrap. Dari segi spec pulak lebih kurang sama je untuk semua jenama. CPU masih lagi dikeluarkan oleh Intel/AMD, kad grafik oleh AMD/NVidia, ram oleh Kingston/Corsair dan lain-lain.

Cuma dari segi kualiti bahan buatan (terutamanya body laptop tu), craftmanship dan rekabentuk je yang membezakan syarikat-syarikat tu semua.

Ok itu saje untuk kali ini. Ada lagi yang lain tapi saya hanya highlightkan yang penting-penting je. Tapi korang tak dipaksa nak percaya bulat-bulat sebab apa yang saya tulis pun hanya pandangan peribadi semata-mata berdasarkan apa yang saya cari kat alam maya ni dan juga lepas pegi usya beberapa kedai komputer kat KL. Saya cadangkan korang tanya kat forum Lowyat. Berlambak otai-otai komputer dalam tu dan diorang memang tak lokek ilmu.

Pada saya harga tak penting dah buat masa sekarang. Reliabiliti yang harus menjadi keutamaan. Nak pakai lame kan. Kalau murah tapi selalu rosak pun boleh bikin panas jugak. Buatlah pilihan yang bijak supaya berbaloi dengan duit yang korang keluarkan nanti.

Kalau ade pape nak tanya boleh diajukan kat ruangan komen ye. Harap-harap entri ini dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya kepada mereka yang nak usya laptop baru.

3 comments:

Anonymous said...

Tapi kan abg Azim, Asus ni mahal laa. Adik ni baru student nak beli laptop high quality pnye.

Laptop first adik dulu Acer. Fuh. setiap semester buat hal. Ada je masalah. Last2 sekali, motherboard rosak. Mak saudara adik bagi adik duit, lepastu ummi tambah duit, beli laptop baru utk adik. time tu, dah xnk beli Acer dah. mmg anti giler. pakai compaq.

Now, xpernah buat masalah pn setakat ni. Alhamdulillah. Dah setahun pakai, baru sekali format. laptop ni mmg jaga sungguh. nak pakai smpai abez degree. da keje nt ley la pakai laptop mahal mcm abg azim. haha:D

Dingdang said...

sy pon update blog guna ASUS. hihi.

Hanz said...

yup..aku setuju gak..aku guna laptop asus gak..penah x off 7 hari siang malam..sbb aku sengaja nk uji ketahanan dia..selagi ade waranti la nk pakai lasak2....tp alhamdulillah..x de masalah..akuda penah guna Dell..compaq..tp takat nie..Asus the best..