Robot Gundam Bersaiz Sebenar!

Pada tahun 2009, engineer² di Tokyo telah membina sebuah robot Gundam RX-78 berskala sebenar (1:1) sempena menyambut ulangtahun ke-30 siri anime popular Mobil Suit Gundam.

Ia juga adalah sebahagian daripada Green Tokyo Gundam Project iaitu projek mendapatkan dana bagi menghijaukan Tokyo untuk menghadapi penganjuran sukan Olimpik dan Paralimpik 2016.

Didirikan pada Jun 2009 dan dibuka kepada orang awam pada 11 Julai 2009. Pada Julai 2010, robot ini telah diupgrade dengan beam saber atau pedang di tangan kanannya. Kini, ia berdiri megah di hadapan stesen keretapi Higashi-Shizuoka & akan dipamerkan di sana sehingga Mei 2011.

Robot berketinggian 18 meter ini, mempunyai kepala yang boleh bergerak menggunakan remote control, 50 unit pemancar cahaya & boleh mengeluarkan kabus dari beberapa bahagian badannya!

1 comment:

inche hlovate said...

adik sya giler gundam..