Kat sini mungkin ramai yang suka tengok drama korea. Minat dengan artis Korea atau pun terpegun sampai tahap jatuh hati melihat ketampanan mahupun kecantikan mereka. Kalau peminat daripada Korea jangan kate la. Boleh jadi histeria kalau nampak artis diorang ni depan mata. Mengalahkan fan artis hollywood!
Saya tak minat dengan apa juga benda berkaitan dengan industri hiburan diorang. Kalau pasal bidang engineering dengan automotif die tu minat jugak la. Kereta buatan Korea mantap kot sekarang. So tak kenal sangat artis-artis sana. Tapi ada satu fakta yang saya belajar hari ni iaitu obsesi orang Korea terhadap kecantikan. Obsesi yang hampir serupa yang mereka tunjukkan terhadap artis.
Rupa-rupanya majoriti rakyat Korea terutamanya perempuan (of course) sangat obses dengan kecantikan sampai terbawak-bawak dalam semua aktiviti kehidupan diorang samada nak interview kerja, nak kahwin, nak jadi perhatian orang lain, nak cari makan dan macam-macam lagi. Diorang menganggap cantik paras rupa la benda paling penting untuk berjaya dalam hidup sampaikan pembedahan plastik menjadi satu kemestian di sana.
So dalam entri ni nak share sedikit fakta yang saya dapat berkaitan obsesi orang Korea terhadap kecantikan.
1. Hampir 30% pendapatan individu dibelanjakan semata-mata untuk nampak cantik. Nak tak nak kena kahwin dengan orang kaya untuk tampung kos maintenance yang tinggi.
2. 50% wanita Korea dalam usia 20-an dah menjalani pembedahan kosmetik.
3. 70% lelaki Korea rasa diorang pun patut buat pembedahan plastik.
4. Sangat sensitif bila orang mengata pasal rupa paras diorang. Kalau ada sape-sape cakap “ko tak cantik”, diorang sanggup carik jalan untuk jadi cantik. Tak kisahla dengan pembedahan ke ape ke. Sebab tu pembedahan plastik jadi feymes di Korea.
5. Pembedahan alis mata adalah prosedur pembedahan paling common kat sana (diorang rasa bengang sebab mata diorang sepet) dan dilakukan seawal umur 14 tahun. Siap jadi hadiah hari lahir atau pun hadiah tanda tamat zaman persekolahan lagi oleh sesetangah parent. Itu kira pembedahan plastik pertama la yang diorang akan buat sebelum beralih kepada pembedahan payudara, hidung, dagu, liposuction dan lain-lain.
6. Sanggup pakai skirt pendek kat luar semata-mata nak jadi perhatian walaupun suhu sekitar kadang-kadang mencecah sub-zero! Kat Cameron tak pakai sweater pun rasa macam nak beku dah.
7. Klinik kosmetik jadi sesak terutamanya masa cuti sekolah sebab remaja kat sana berpusu-pusu nak buat pembedahan kosmetik. Yang bestnya, budak-budak tu pun expert dalam bab-bab ni siap boleh cakap dengan doktor tu lagi prosedur pembedahan macam mana yang diorang nak dengan menggunakan bahasa medikal yang saintifik.
8. Mak ayah pentingkan anak-anak diorang buat pembedahan plastik sama seperti pentingnya diorang hantar anak-anak untuk belajar kat sekolah. Untuk mereka kecantikan adalah tiket untuk berjaya. Mak ayah pun sama naik macam anak masing-masing. Sebab tu pembedahan plastik jadi hadiah tamat belajar atau pun hadiah hari jadi.
9. Majoriti yang menjalani pembedahan adalah wanita berusia 20-an.
10. Dah kurus kering (BMI berada di daerah kurang berat badan) pun masih anggap diri tu gemuk dan nak buat liposuction kat bahagian peha sebab dia rasa peha tu masih lagi besar.
Tapi…
Bila tak bersyukur dengan ciptaan tuhan, cantik tak dapat tapi muka kerepot yang diorang dapat.
1 comment:
kaki operate dorang nie rupanya..
alahai..dah jd trend...
Post a Comment