Kuantan: Hari ini masyarakat digemparkan dengan keadaan cuaca yang berubah menjadi salji. Berita ini tersebar meluas menerusi internet dan kejadian ini sangat mengejutkan ramai pihak. Difahamkan oleh sebuah akhbar tempatan, salji ini mula turun dari awal pagi ini. Keadaan menyebabkan cuaca di sini sejuk sehingga mencapai suhu tahap beku.
Jabatan Kaji Cuaca mengesahkan kejadian itu berlaku disebabkan udara sejuk yang datang dari timur semenanjung. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga akhir bulan Mei 2011. Keadaan ini sangat membimbangkan orang ramai di Pahang.
Oit admin, apa yang kau merepek ni? Rupa-rupanya aku ini berangan je. Berita tu tipu je. Apa punya blogger ni, buat artikel palsu. Sorry kawan-kawan. Sebenarnya admin nak cerita pasal cuaca yang selalu sejuk ni. Sejak kebelakangan ni cuaca asyik hujan je. Pagi tadi admin bangun dari tidur rasa macam sejuk sangat. Ingatkan ada dekat London tapi rupanya ada dekat kolej. Hampeh! Tapi serius sejuk betul kat sini hari ni. Kipas tak pasang langsung tapi tetap sejuk.
Berangan nak duduk luar negara konon, duduk kat negara sendiri pun tak tahan sejuk. Adess!! Nampaknya tak bolehlah nak duduk kat luar negara. Mati beku aku duduk luar negara. Huhuhu
No comments:
Post a Comment