Oh!

Tak Mungkin Benar!

22 March 2011

Nak Sihat? Menangislah!


Mengikut satu buku berjudul, “Psychology – Human, humor, eyes and tears”, ada menerangkan bahawa setiap tangisan akan mengeluarkan segala masalah dan mampu menenangkan fikiran. Jika seseorang itu cuba menahan diri dari menangis, beliau boleh menyebabkan sistem peredaran darah ke dalam otaknya tidak stabil menyebabkan beliau tidak mampu mengawal emosi negatif seperti kemarahan yang melampau!

Siapa kata menangis tak ada gunanya? Menangis terlalu lama memang boleh menyebabkan mata merah dan bengkak. Tapi jangan salah tafsir, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuhdan fikiran. Apa saja keajaiban air mata itu?

Ini dia 7 khasiat atau kebaikan yang anda semua perolehi dari menangis dan mengeluarkan air mata : -

1. Membantu Penglihatan.

Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang bisa membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat mata seperti ‘Eyemo’. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit. Cool kan? haha.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis mampu menurunkan level tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandung 24% protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar hasil daripada menangis kerana emosi ternyata mengandungi racun. Ini bermakna, racun dikeluarkan dari badan setiap kali kita menangis selepas bergaduh dengan boyfriend atau girlfriend! Bunyi macam anda akan bergaduh dengan kekasih setiap hari sebab nak buang racun. :-P

5. Mengurangi stress

Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin(aku pun tak tahu apa benda ni.haha). Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun sifat komuniti

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang membangunkan sebuah sifat komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan mereka nasihat, dan hal ini akan meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan perasaan

Semua orang rasanya akan berasa sedemikian. Meskipun Anda didera berbagai macam masalah dan cobaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega di hati. Setelah menangis, sistem saraf, peredaran darah, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuatkan seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam karena Anda boleh menangis tanpa tertahan dengan penuh perasaan negatif.

Jadi, tidak apa-apa kalau anda menangis sesekali.

Air Mata ternyata memiliki beberapa fungsi yang amat sangat ajaib, jadi siapa kata orang yang menangis terus-menerus boleh menyebabkan air matanya kering? Malahan, orang yang menangis memiliki beberapa kelebihan akibat dari kesan yang ditimbulkan air matanya. Jadi jangan malu untuk menitiskan air mata karena air mata itu memiliki keajaiban. Air mata berfungsi untuk membersihkan kotoran yang ada dimata.


#P.S: MENANGIS LAH! KELUARKAN AIR MATA MU

No comments: