Pasangan Pelik Kahwin 22 Kali


Pasangan Pelik, Janji Berkahwin 22 Kali di Seluruh Dunia : Berbagai karenah manusia di dunia ini, ada yang biasa malah ada juga yang agak pelik sedikit seperti Pasangan Pelik, Janji Berkahwin 22 Kali di Seluruh Dunia ini.

Pasangan Pelik, Janji Berkahwin 22 Kali di Seluruh Dunia
Alex dan Lisa melakukan upacara pernikahan mengikut adat resam penduduk di Guatemala.
LONDON – Agak pelik tetapi benar kisah Alex Pelling, 32, dan isterinya, Lisa Grant, 30, meraikan ikatan cinta mereka dengan berkahwin dalam 22 majlis di negara berlainan dan kini masih berbaki lapan majlis yang belum dilalui.
Pasangan yang bercinta lebih 11 tahun daripada Yorkshire, Britain memulakan pengembaraan sejak musim panas tahun lalu dengan melakukan 22 upacara pernikahan mengikut adat negara yang dijejaki.
Setakat ini, mereka melalui beberapa majlis pernikahan seperti dikelilingi ikan lumba-lumba di Hawaii, berpakaian pontianak di Los Angeles, pernikahan adat di kepulauan Honduras, di kebun anggur Quebec, di pantai Mexico, dan 15 lokasi lain di dunia.


Dah baca klik LIKE (^_^)

No comments: