Bayi Perempuan Parah Digigit Biawak di Tioman

ROMPIN: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan parah digigit biawak di rumahnya di kuarters pekerja sebuah resort di Pulau Tioman, di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.
Kejadian terbabit disedari ibunya yang berusia 20-an sebelum membawanya ke Klinik Desa Kampung Tekek dan kemudian dirujuk ke Hospital Mersing.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu di pondok polis Kampung Tekek, malam tadi.
Johari berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan termasuk meminta Jabatan Perhilitan Pahang melakukan pemeriksaan di kediaman mangsa.
Beliau juga berkata kes berkenaan adalah pertama kali dilaporkan di pulau itu membabitkan biawak menyerang manusia.
Difahamkan, bayi berkenaan di hantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk rawatan susulan.
Sumber : Bharian Online

Dah baca klik LIKE (^_^)

No comments: