Pocong Belakang Pengawal!

Kisah yang akan aku ceritakan ini, pengalaman aku dengan kawan sekerja aku sama-sam kerja Mac Donald. Kerja sebagai pelayan restoran ini biasa lah kan memang sibuk memanjang, lagi-lagi kerja di dalam dapur. Biasa shiff aku memang selalu malam je, kena buat closing, cleaning semua memang memakan masa.

Kerja pun habis lewat-lewat 12 lebih dekat 1 pagi jugalah, aku dan kawan aku naik moto sama sebab tinggal pun dekat-dekat juga. Masa perjalanan nak balik rumah, aku ikut jalan Conlay dekat Kompleks kraff tu. Sana memang sunyi je atas pukul 10 malam, lagi satu kat situ selalu ada roadblok polis. 

Gambar contoh, pocong itu agak mengerikan, tapi hanya nampak bahagian kepala sampai badan je.

Cerita nya macam ini,Di jalan Conlay itu ada sebuah rumah banglo besar warna putih, sesiapa yang pernah lalu jalan itu mesti perasan punya banglo putih tu. 

Malam aku balik kerja tu, keesokannya aku off tapi kawan aku masuk noon. Aku behenti motor aku kat tepi jalan traffiq light depan Kompleks Kraff itu. Aku tanya kawan aku. "wei esok kau noon shiff kan?" Kau ingat tak banglo putih kat depan sana tu? 

Kawan aku pun jawab macam ini " wei kau dah tebiat bukan ke banglo itu ada orang jaga?" Maksud aku pengawal. Aku jawab " eh kalu ada lagi bagus suruh dia teman kita la ok tak?

Jadi kawan aku pun setuju, aku pun menuju ke banglo itu. Keadaan memang sunyi dan gelap, tapi pengawalnya aku tak nampak pula. Meja dengan moto je ada kat dalam banglo itu. Aku redah je masuk banglo tu, agak semak la dalam tu. 

Tiba-tiba ada suara bertanya " siapa itu, siapa itu" aku dengan kawan aku diam je la, mana tahu benda tu ke yang tanya. Suara itu pun hilang. Lepas itu, aku terdengar enjin motor berbunyi, bila aku tengok dekat luar xda pun enjin motor hidup. Dekat setenggah jam dah aku dengan kawan aku lepak sana, terkantoi sudah aku dan kawan aku dengan pengawal.

"eh korang buat apa kat sini?" ni kan kawasan larangan, pengawal tu pun duk bising-bising la kat aku dan kawan aku. Nak tahu apa yang aku nampak masa pengawal tu bising-bising? Pocong la! betul-betul belakang pengawal itu. Aku pun pandang la bawah pejam mata sebab terkejut nampak pocong! aku dalam hati cakap alamak pocong ni asal pandang tepat ke mata aku!  


Aku lari dengan kawan aku tinggal kan banglo itu, pengawal tu je yang tak nampak padahal aku da jerit pocong! pocong! pocong!

Hidupkan enjin motor terus cabut! ini lah pengalaman aku jumpa pocong, nasib dia x ikut balik ke apa. 


Sumber : mforum

Dah baca klik LIKE (^_^)

No comments: