Potong dan Rebus Tangan Anak!!


KEKEJAMAN seorang bapa tiri di China yang sanggup memotong tangan anak lelaki tirinya dan kemudian merebus tangan itu di dalam sebuah periuk air yang sedang mendidih terbalas apabila dia dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun.

Ketika kejadian, Wang Xinyu, 31, dipercayai mengalami pertengkaran kecil dengan isterinya di dalam telefon berhubung masalah kewangan. 

Sejurus selepas perbualan dimatikan, suspek hilang sabar dan bertindak merotan anaknya Xiao Jun, 9, sebelum memotong tangan kanak-kanak itu dengan pisau pemotong daging dan mencampakkannya ke dalam periuk bagi menyukarkan ia disambung kembali lapor Mirror Daily.

"Saya dengar kanak-kanak itu merayu, ayah jangan ayah. Kemudian dia menjerit, tetapi saya tidak menyangka ia akan menjadi insiden yang dahsyat begini," menurut jiran suspek.

Bagaimanapun, selepas kejadian itu suspek sendiri menelefon polis untuk mengaku apa yang telah dilakukan dan membawa kanak-kanak malang tersebut ke hospital untuk mendapatkan rawatan. - AFP


Dah baca klik LIKE (^_^)

No comments: