Oh!

Tak Mungkin Benar!

10 November 2013

Lelaki Dengan Kekuatan Lengan Luar Biasa



Denis Cyplenkov adalah lelaki gagah dan juara gusti lengan berasal dari Ukraine yang dikenali tidak hanya kerana mempunyai kekuatan yang luar biasa, tetapi juga saiz lengan dan telapak tangan yang luar biasa besar. Ketika melihatnya, anda pasti teringat akan watak fiksyen dalam filem Hulk.

Denis Cyplenkov (31 tahun) lahir di Krivoy Rog, Ukraine, di mana ia telah mengikuti pelbagai kelab sukan sejak  kecil dan remaja. Dia dilatih kettlebell lifting selama beberapa tahun dan mempunyai hasil yang bagus dalam beberapa aktiviti kompetitif, sebelum menjadi salah satu ahli gusti lengan terbaik di dunia.

Beliau telah memenangi Nemiroff World Cup pada tahun 2010 dan 2011, dan memegang beberapa gelaran Russian Arm Wrestling Champion. Pada laman web peribadi, Cyplenkov juga mendakwa ia memegang rekod bisep terbesar di Rusia dan orang terkuat di Rusia.

Dengan tinggi 186 cm dan 140 kg , Denis Cyplenkov mempunyai fizikal yang cukup mengkagumkan. Tetapi aset yang paling luar biasa dari tubuhnya adalah tangan raksasa berukuran abnormal.

Bila dibandingkan dengan kebanyakan lelaki, saiz jari kelingkingnya saja dua kali lebih besar berbanding ibu jari mana-mana lelaki, belum lagi jari yang lain. Pergelangan tangannya juga tak kalah besar dengan saiz 24 cm, yang menjelaskan mengapa kerjaya gusti lenganya boleh berjaya.

Jari Cyplenkov tidak hanya berukuran raksasa tetapi juga sangat kuat. Dengan menggunakan jari-jarinya, Cyplenkov mampu memecahkan buah keras hanya dengan cara menyelipkannya di antara dua jari, seolah-olah buah keras selembut buah anggur.

Dengan hanya melihat foto, kebanyakan orang mungkin berfikir bahawa tubuh Cyplenkov adalah hasil editan photosop. Tapi semua otot dan saiz tangannya yang raksasa adalah asli, ratusan video yang beredar di laman2 web cukup menjadi bukti.


Dah baca klik LIKE (^_^)

1 comment:

Anonymous said...

boleh bawa watak incredible hulk ni ...