Beribu Ikan Melompat Ke Darat di Lahad Datu Sabah

Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.

Ribuan ikan melompat ke darat di Lahad Datu
 
Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.
 
Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu berkata, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.
 
"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.
 
"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.
 
"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.
 
Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.
 
Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.

Sumber : SH

Dah baca klik LIKE (^_^)

3 comments:

veesandy said...

ya . maybe tanda nak tsunami .

shameel Iskandar said...

harap2 tiada kejadian buruk berlaku.

rabiatul adawiyah said...

dah di sahkan kan bukan petanda tsunami...semoga segalannya baik baik aja...